Mengantoknya... Mcm nak mandi jakuzi.
macam nak beli kolam plastik kekanak
Rebina. Pastu rendam sengsorang blkg
rumah. Haha. Petang petang sambil
tengok awan.. Bestnyooooo.

Tertelan telan air liur ni tengok sungai.
Nak mandi tak dapat. Dah propa macam
macam. Maunya kita nak mandi. Takut!

Yela.. Best juga kolam plastik pun. Janji
boleh berendam. Aunti piush pun dah janji
nak beli kolam untuk mandi reramai.
sambil menyelam minum air la.
Korang takde, aunti la guna. Tak gitu.

Mengantok. Nak mandi dulu. Pastu
kebabom tido.

Malam ni panas, berpeluh rasa walaupun
kipas dah pasang sampai 3.
Time time nak tidur macam ni la tangan
rasa nak menaip.

Tadi dapat bungkusan kalendar. Terus
check fb dan ig. Nyata saya dah lupa
persatuan yang satu ini. Projek Iqra.

Dalam dok belek fb & ig. Ternampak
gambar-gambar sukarelawan. Terus teringat tahun tahun sudah.

Saat mengikuti program sukarelawan.
Organisasi apa.... biarlah rahsia.
Waktu tu banjir besar melanda. Jadi
dikumpulkan semua anak muda untuk
turun membantu.

Berbas-bas ramainya.

Kerja kerja pembersihan banyak dilakukan
di hospital, sedikit di sekolah dan sedikit
di rumah rumah penduduk kampung.

Ya dalam masa 3 hari, apa aja yg boleh
dibuat. Untuk bersihkan satu rumah shj
dah ambil masa 2/3 hari.

Sedar masa tak banyak dan ikut program
bawah kendalian organisasi. Perlu ikut
jadual dan sebagainya. Tapi.... perkara yg
memalukan berlaku dan saya kira ramai
yang terpinga-pinga.

Kami singgah di satu sekolah untuk
kerja kerja pembersihan. Baru nak pegang
penyapu.... Dah diarah naik bas. Bersih
apa namanya tu.Cikgu-cikgu tercenggang,

Tadi cikgu sambut dengan gembira....
sekarang muka cikgu... Kita malu nak pandang.

Tau masa tak panjang, tapi... Kan tak best
buat mcm tu... Jatuhkan harapan org.
Takkan sekadar nak isi surat khabar aje.

Balik dari program tersebut, ketua create
persatuan baru dimana ahli ahli nya
Satu bas semasa program.

Maka satu bas juga kami bergerak
ke kawasan terjejas beberapa hari
kemudian. Masuk ke kawasan kampung.
Nah, baru cerita sebenar berlaku.

Waktu tu kami aja di kawasan tu, jadi
ahli ahli berterabur tolong rumah mana-
mana. Sekejap rumah kiri, sekejap rumah
kanan. Bila dah lama sikot, ada group
lain yang dtg. Baru kami stay satu rumah.

Kerja kerja pembersihan mmg ambil masa
lama. Bukan semudah mata memandang.
Nak kaut lumpur tebal keluar dari rumah
pun dah ambil masa 1-2 hari. Sebelum
dalam rumah, keliling rumah dulu.

Perabot2 rosak, sampah sarap.

Memang tenaga lelaki amat diperlukan
time nak angkut keluar lumpur. Kalau
tak kuat, mahu terbalik troli....

Bina tandas sementara. Nak kencing nak
mandi.. Pun was was.

Pakcik makcik tidur dlm khemah. Korang
ingat seronok sgt ke tidur dlm khemah
time tu? Sejuk nak beku!

Masa ni pius tidur kat dlm rumah. Rumah
kayu, tingkat atas dah bersih. Tapi
dinding2 banyak dah tiada la. Dah
roboh dan sebagainya. Pun, sejuk nak beku!

Pukul 4 pagi bangun. Tak tahan sgt dah.
Pergi bilik air.

Tengok masing masing duduk depan
unggun api. Atas rail kereta api. Panas
dan selesa. Duduk la kejap. Panaskan
badan. Sambil tengok jutaan bintang
dilangit. Malam tu bintang paling terang
saya tengok. Paling berjuta saya nampak.

Macam dah banyak sgt cerita.....

Tapi itulah pengalaman tak ternilai.
Banyak benda berlaku sepanjang di sana.
Confirm, bila korang dah join sukarelawan,
pasti selepas tu korang rindu sgt...
hati tu meronta ronta nak pergi mana2
program sukarelawan. Sebab dah merasa,
nikmatnya tu mcm mana.

Serius waktu tu, saya bukan ada duit sgt
pun. Tapi makan tu mcm sentiasa aja ada.
Macam tiba tiba, eh ada org kasi, eh ada
Orng masak, eh eh eh... Semua keperluan
dicukupkan.

Tadi ternampak gambar sukarelawan
Buat kerja kerja pembersihan di kawasan
sekarang yang terjejas, terus rasa mcm...
Nak berada dekat sana.

Rasalah... Nikmat menjadi sukarelawan.
Tak kisah la sukarelawan apa sekalipun.

Pastu jgn la marah orang lain yg bergambar time buat sukarelawan.
Bukan dorang nak menunjuk apa pun,
Dorang gembira sgt time tu, sampai rasa
nak bagitahu satu dunia, dorang happy
time tu. Tu aje. Tak caya, cubalah jadi sekali.

Tersangat happy.

Secebis peristiwa,
Selamat malam.

Waaa... Malam malam baru update blog.
Ini namanya tiada cerita menarik di tv dan
mata juga tidak mahu lelap.

Assalamualaikum.

Entry pertama tahun baru 1 Jan 2017 11:51pm
Esok Isnin masih lagi cuti, cuti tahun baru.
Baru kejap tadi ada yang whatsapp :)
Bekerja secara online, berwhatsapp tak
kira masa. Heeee.

Whatsapp ni ada banyak jenis.........

Whatsapp berjela:
Yang jenis ini memang panjang berjela.
Kadang bersambung-sambung wasapnya
Dari hari ke hari. Kadang sambung minggu depan.
Biasanya yang berwasap tu orang yg baru
mula berniaga. Disebabkan banyak benda
yang mereka tidak faham. Jadi mereka
akan bertanya dahulu.
Selepas sudah confirm dengan encik husben,
partner, ibu, ayah dan keluarga. Makanya
tempahan akan diproses. Hehe. Comel.

Whatsapp pendek:
Yang jenis ini tidak terlalu panjang, cukup
bertanya apa yang penting. Bila tarikh
siap? berapa harga? material? emel?
Selepas pembayaran, terus emel artwork. Biasanya mereka yang sudah berniaga, tetapi bertukar tempat cetak.

Whatsapp touch n go:
Yang ini sangat ringkas dan selalunya
Repeat customer. Antara detail whatsapp:
Nama label, kuantiti > payment > cetak.
Biasanya alamat ada dlm rekod, jadi
customer tak ulang balik detail untuk
penghantaran melainkan bertukar alamat.

Whatsapp bertanya khabar :)
Yang ini agak ringkas juga, wasap sesi 1:
bertanya apa yang patut dan mesej tamat.
Seminggu kemudian baru buat tempahan.
Hehehe.

Banyak lagi jenis whatsapp dan ini yang
paling popular :)

Disebabkan urusan kerja selalunya melalui
whatsapp dan emel, maka secara tidak
langsung.... Gaya fairuz membeli secara
online juga turut berubah.

Selalunya jika nak beli sesuatu barang,
Pius akan baca semua maklumat yg ada
tentang produk yang nak dibeli. Bila dah
confirm nak beli. Terus mesej owner, beri
detail order dan minta detail pembayaran.
Kira touch n go jela ya :)

Kalau beli di website lagi pius suka,
Arahannya mudah. Pilih barang, beri detail
penghantaran dan bayar.

Nota : Mengantok dah.

Powered by Blogger.