..Assalamualaikum..

Membosankan. Yup! Kanak-kanak bersama ipadnya adalah sesuatu yang sangat membosankan. Aku bosan dengan kanak-kanak sekarang terutamanya anak-anak buah aku. Huuaaahhhh... Sibuk dengan ipad sampai lupa dekat auntie piyussshhh. Huahhh... Sedey.. Dah tak main macam dulu, duduk mengadap game dekat ipad je.


Harini anak buah pius datang rumah beserta ipad barunya. Aku sedey... Aku pun nak ipad jugakkk.. Eh.. Tetibe.. Sedey sebab anak buah dok mengadap je depan ipad. Takpe, korang buat la apa nak buat.. Nak tunggang langgang satu rumah pun takpe.. Janji korang tak usik ipad tu...

Senyap-senyap aku letak ipad tu dekat tempat tinggi sampai dorang lupa. So, takde ipad mestilah main ngan auntie kann... Itupun bertahan berapa jam je sebab kakak pius pergi bawak keluar ipad dan ajak dorang main... Oittt... Penat aku sorok!!

Okaylah fine.. Korang main la game korang tuh. Auntie pun adalah!

Ngindunya zaman kanak-kanak dulu.. Sahiba, galah panjang, polis pencuri, senapang buah terung. Baling selipar. Baling tin... Waaaa... Ngindunyer!!! Zaman dah banyak berubah... Sob sob sob..


Sent by pius meh..
Last nite sebenarnya aku tidur tak lena, asyik terjaga je. Entah kenapa. Agaknya aku tidur terlalu awal kot plus lampu tak off. Tu pasal kot asyik terjaga. Disebabkan malam semalam takde kawan nak borak, aku decide dok dalam bilik dan membaca. Sampai terlelap lupa nak tutup lampu + malas.

Paginya aku bangun dalam keadaan yang stress sebab rasa terganggu tidur aku. Perut pulak meragam. Haishh..mengeluh je kerja aku harini. Fairuz fairuz...

So, arini memang rasa takde mood sangat. Pagi ni bos masuk opis terus ajak bincang pasal BQ. Dia da pening Kepala dah.Sebab meeting yang dia nak pergi ni tak boleh nak bawak aku. Private & confidential~...Then BQ tu pulak segala detail mak nenek tu aku yang buat. Lepas berbincang ngan bos pasal kerja, bos pun melangkah keluar dari opis menuju ke emmm... Mesyuarat kot.. After that, aku dah takde apa nak buat.

Tadi tc mesej tapi aku macam biasa buat-buat takde mood padahal happy giler dia mesej. Denda sebab tak send gambar main futsal < boleh terime tak alasan ni?

Dia:Hye
Pius:Pe
Dia:Awak buat ape?
Pius:Entah <hahaha...
Dia:Da makan?
Dia:Awak sihat?
Pius:Da
Pius:Mmm
Dia:Sye tgh makan <tak tanya ponn..
Pius:So?
Dia:Sye sihat
Pius:Pastu?
Dia:Arini sye bz
Dia:Arini terdelete keje
Dia:Arini sye fed up
Dia:Arini sye letih
Dia:Arini sye rindu awak
Dia:Arini sye ntah pape
Dia:Arini k la bye

Pius baru nak taip 'tak tanya pun' sekali dia balas bukan main panjang. Terus tak jadi send. Kesian la pulak.. Macam takde mood jugak je.. Kang bertambah stress pulak. So,

Pius:K.Bye

Eh.. Rasa bersalah pulak.

Pius:Makan ape?

Diam... Tak balas. Takkan nak merajuk jugak kot. Melampau ini budak. Kasi telepon sama dia.

'Assalamualaikum'

'Waalaikumsalam'

'Kat mana?'

'Tengah makan ni'

'Orang tanya dekat mana'

'Entah' << okayyyy... Balas dendam ke hape?? ^_^"

'Makan kat mana?'

'Dekat mulut la' << arrhaaaaa... Tetibe rasa macam stress je dengar.. Adakah dia juga sebegitu bila aku jawab nak tak nak tadi. Hahaha... Nak gelak pun ade.. Padan muke den.

Pastu aku tanya apa tak tau dah.. hilang ingatan jap.

'Hari ni kenapa? Takde mood ea?' << Macam nak jawap 'saya stress' tapi kang dia tanya stress sebab apa, aku tak tau pulak sebab apa. Just stress.. Leh tak jawab gitu.

P/s:Nak pergi pulau..nak jumpa laut.. Nak jejak pantai.. Sob sob..



Sent by pius meh..

..Assalamualaikum..

Dear diari, iols harini sakit pinggang >>> stress ruang kepala >>> sakit kaca mata. huh? Silap penulisan ni.

Hari ni lepas pius makan tengahari terus rasa mabuk-mabuk plus pening kepala. Sampaikan bila tertengok je gambar makanan dekat internet terus rasa mual. Tak tau lah.. makanan tu ke atau aku yang bermasalah. eh.

Cukuplah info kesihatan harini. Pius sebenarnya nak memperkasakan bahasa malaysia terchenta ini dengan karangan berjudul ' aku spek mata' << hancur..., punah bahasa. Baru-baru ni ketika aku outing bersama opismate, aku sempat singgah ke kedai spek mata dan mengechek tahap kepoweran mata aku sekarang ini. Jelas lagilah bersuluh mata aku semakin rabun! Memang dalam hati dah berniat nak buat spek mata baru tapi bila teringat kata-kata tc tempoh hari terus aku tak jadi nak buat. Katanya nak pergi sama sebab nak tengok macam mana orang beli spek mata. Jakun eaa... sah-sah la jakun kan *ahakss* sebab dia sendiri mana pakai spek mata. *Tunggu kamu alamatnya tahun depan la kan*


Sebenarnya kan..kan... aku nak buat pengakuan.. time aku kecik-kecik dulu, aku rasa orang yang pakai spek mata itu adalah orang yang hensem, cantik, bergaya, anggun, menawan.. bla bla bla.. haha..dan disebabkan ayah aku juga merupakan specky man, maka aku rasa adalah sesuatu yang cool jika memakainya. Dan apa aku buat?? aku mula curi-curi pakai spek mata babah aku, nenek, datuk dan semua orang yang ada spek matalah. hukk.. nak rasa sendiri bagaimana perasaan pakai spek mata. Pening la... time tu mata baik lagi..

Dan sekarang... setelah menjadi specky girl, aku rasa memakai spek mata bukan lah sesuatu yang best sangat. Bila power mata dah naik, kepala korang akan start pening sebab spek mata tak sama power dengan mata. Terpaksa tukar spek lagi.. lagi... dan lagi...

Aku tahu sekarang ni memakai spek mata merupakan satu trend, ala-ala korean, cute mute bila pakai, hensam dan macho giler lah bila pakai.  Tapi aku tak rasa ciut miut pon bila pakai spek ni *tolong la puji aku*. Haku nii??? rasa tak teringin dah nak pakai spek mata. Rasa macam nak buang je spek mato yang dipakai ni.. erkk.. tapi nati aku buta la pulak tak nampak jalan. Ko anak caper?? den tak nampak la..

Aku ada juga berusaha untuk pulihkan mata aku nih, siap beli pinhole glasses lagi tapi... haremm nak pakai. Kekadang je.. tu pun bila aku balik rumah.

Kesimpulannya: entah apa aku merapu, xde modal nak menulis.

Sebenarnya pius macam stress bangat tapi tak tau apa yang pius stresskan tuh.. kekadang rasa macam nak terjah pulau-pulau. Nak pergi travel sensorang.. haku stresss!!! tapi tak tau apa yang aku stress kan sangat. korang stress tak dengan aku??
..Assalammualaikum..

Ya.. harini adalah hari I.S.N.I.N... maksudnya hari isnin.. yela, tau la isenin kan... bukan harijadi pakcik senin tapi memang betul-betul hari ni hari isnin. Dah la.. apa aku merapu nih. -.- Harini aku masuk opis lambat, tau tak. tak tau kan..lambat setengah jam. jalan jam<< alasan biasa hari isenin. *betul lah...*  Pastu masuk-masuk je opis boleh layan nasi lemak.. urmm..sedap!

*motip letak gambor nih?* saja letak gambor blur ..
Takde lah motip mana pon letak gambar nih.. cuma nak tunjuk keadaan meja aku yang giler kemas tu.. hohohoho.. ^_^" apa maksudnya? maksudnya takde kerja lah.. tak nampak ke muka kepura-puraan aku di situ?? 

Perkara yang paling menyeksakan bila anda bekerja >>>> tiada kerja untuk dibuat! Ahh... sengsara aku dibuatnya. Macam ni la opis aku sekarang.. time projek tengah running dekat site, dekat opis semua goyang kaki terutamanya aku..hahaha.. *malu* pastu bile time kerja berlambak giler,, habis sampai kol 12 malam baru aku balik rumah.. fuhh.. sedey..

Kalau time takde kerja tu kita kuar jenjalan, okay la jugakkan.. nii??? kena duduk jugak dalam opis. Sakit tulang belakang. Pastu bos masuk semua selamber badak jer main mukabuku, layan blog *aku la tuh*..  pastu pergi belakang carik biskut-biskut and air kotak layan running man. boleh tak.. rasa macam nak letak toto baring dekat situ. Ishhhh.... xpelah.. rehat-rehat jap.. sat gi ada sale mati kutu pulak nak perah otak design itu ini. 
..Assalamualaikum..

Korang pernah dengar tak tajuk di atas 'dengan basikal aku mejelajah'? Pasti korang dah banyak kali dengar kan..kan.. sebab selalu ada iklannya dekat tv al-hijrah. Selama ini aku ingat itu semua hanya lah sekadar iklan atau apa-apa jela yang dibuat oleh tv-alhijrah yang bertindak sebagai medium untuk menyebarkan dakwah. Tapi aku silap! itu memang journey seseorang yang bernama ZAHARIZ dengan basikalnya.

First time aku bukak laman web tv al-hijrah untuk mencari aktiviti-aktiviti yang mungkin boleh mengisi hari minggu aku... then terjumpalah aku dengan blog ZAHARIZ ini. Apa yang boleh aku kata?? Subhanallah... Allahu akbar.. dunia ciptaan Allah.. Aku sangat terpegun dengan segala gambar yang diambil oleh lensa kamera ZAHARIZ itu. Sisi dunia yang tak pernah aku lihat mahupun jelajah.. sangat indah!


..Assalamualaikum..

Sedey la.. 

Semalam waktu aku nak makan malam, tetibe je housemate tanya. 

"haritu kata hilang i/c kan, dah buat baru ker?" aku pun angguk lah... 

"nak tengok i/c baru, ada dua muka kan" huh? aku macam pelik la tetibe dia nak tengok i/c baru aku padahal dah lama dah aku buat. awal bulan 10 haritu > klik sini 

Sambil pikir-pikir keanehan sikap housemate malam tu, aku terus masuk bilik bukak dompet dan keluarkan i/c baru aku tuh...

Nahh.. jakun sangat nak tengok! ambik lah.. ada dua muka. satu besar, satu kecik.

Time dorang tengok i/c tu kan.. boleh pulak.... boleh pulakkkkkkkkkkk... huahhhhhhh... dorang tunjuk kad holder aku yang hilang haritu! sambil gelak berdekah-dekah... arrrghhhh.. apakah yang terjadi? Aku adalah terkaku, terpesona, tertaktau nak cakap ape... mahal kot aku buat i/c baru sebab hilang! bukan i/c je tapi segala jenis kad.. Bayangkan aku buat i/c yang dendanya bukan main mahal tu, pastu buat kad bank, lesen... huahhhh... menyampah dengan diri sendiri. 

"Ehh???? jumpa kat mana?"

" Dalam plastik-plastik dekat belakang dapur"

Apakah yang terjadi, sejak bila kad holder tu berjalan dekat situuu??? heran betul. Kali terakhir aku pegang kat holder tu masa keluarkan duit dekat petronas, lepas tu pergi beli nasik lemak. Kad tu aku letak dalam poket baju jeans aku dan gantung dekat tempat penggantung la.. pelik.... agaknya kad tu jatuh dalam plastik nasik lemak kot... kottt.. KOT!

huuuuuuuuuuu~ semua housemate gelakkan aku. Sebab sampai sekarang dah 3 i/c aku buat dan ketiga-tiga i/c tu ada dalam simpanan aku. Aku sedey.. sedeyyyyy... So, sebagai langkah berjaga-jaga.. i/c lama perlu di tebuk lubang guna penebuk la..  korang nih... tebuk dekat bahagian cips.. dan perkataan malaysia.. *ada 2 lubang, aku follow orang jpn buat* so, takdelah ianya disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawabbbbb...

Akhir kata dari pakcik umputih....


Huahhhhhhhhhhhh.....
..Assalamualaikum..

klik banner untuk join sama :)
Korang buat apa cuti-cuti ni (selangor).. hikss.. selangor jer.. tapi aku tak cuti ponn.. maen game online kat opis.. huahahaha... lawan ngan opismate... <<<  gila takde kerja nak buat!

so, aku terserempak la segmen ini.. korang join aku pun nak sibuk-sibuk jugak join..tak kira.. tak menang pon nak join jugak. 

korang kena jawap soalan-soalan yang diberikan dengan jujur.. hahaha.. matik lah! rahsia akan terbongkar. Jom jawab.. alaa..tahap cikedis je ni... *matik*

v
v
v
v


1. Apa akan you buat kalau tiba-tiba ada budak kecik tumpahkan kuah kari kat baju paling you sayang :
Selalu budak-budak kecik ni.. anak buah pius je.. apa lagi... kalau dah baju tersayang.. mestilah salin baju terus cuci dekat sinki. hikksss..

2.Pernah tak you terkentut kuat sampai ada orang dengar :
Bile ekks?? selalu kalau kentut tak malu tu kat umah je.. pastu sat gi, semua ngadu..busuk la.. busuk laaa.. hahaha.. burok perangai.

3.Pernah tak you korek hidung tiba tiba ada orang perasan :
i selalu korek idung dalam bilik air jer.. tapi tak tau la kalau ada orang ngintai kann...

4.Bila kali terakhir you menangis ? sertakan bila masanya tu dan sebab apa :
Kali terakhir beberapa minggu lepas, sedey sebab dia jauh..huaahhh.. giler jiwang tak tahan, sampai nak nanges bagai.

5.Mase kecik kecik , ape budak budak sebaye you selalu ejek you :
"fairuz.." toleh.. "you gilak!" 

6. Berapa berat badan you sekarang :
50 dan mungkin lebih..52 ker.. dah lama tak timbang.

7.Ape you akan buat kalau you tengah marah gilaa :
Dok terperap dalam bilik air. cuci toilet! << kalau kat rumah.
tepon orang tu dan marah dia balik <<< hahahaha

8.matapelajaran paling k.o masa sekolah :
Kimia << selalu tidur dalam kelas.. krokk krokkk krookk...

9.Adakah you pernah bergaduh masa sekolah dulu sampai bertekak memaki mengherdik musuh you . ceritakan :
I pendiam lah kat sekolah, tak berkawan sangat.. paling teruk pun kawan ajak teman dia pergi bergaduh ..pasal boiprennn... giler takde kerja mereka itu..hahaha.. (stok ramaikan geng)

10. orang pertama you jatuh hati masa sekolah rendah dan mase darjah berapa(tak perlu letak nama) :
Darjah tiga << selalu ngintai i tengah belajar. hishh..gatal!

11. You pertama kali couple masa umur berapa :
First time couple masa belajar diploma.. umur tak ingat.. maybe 19/20

12. Berapa lame you penah kapel dgn seseorang dan tahun bila :
3 tahun.. sepanjang diploma 2007-2009

13. Last you putus sebab apa :
Malas nak mengharap lagi..

14. Adakah you pernah buat your mother menangis dan kenapa :
Tak tau.. mungkin my mak pernah nanges masa baca surat wasiat yang i tulis..<<< hahaha... sampai hati mak geledah almari pius!

15. Bila dok sorang sorang , ape mesti you buat :
Menulis, menulis dan menulis cerpen tapi tak pernah ada penamatnyer..<<< cerita baru banyak! hahaha...

16. Keputusan upsr you :
2A 2B 1C << malas! asyik main hoki jer.

17. You nak kawen masa umur berapa dan kenapa :
Nak kena cakap ker.. *malu* kalau boleh nak kawen cepat-cepat. Nak bercintan cintun lepas kawen.

18. You selalu berangan tentang ape :
I sakit.. pastu ada orang lawat i kat hospital <<< wehh sedey... hiksss.

19. Perkara yang you paling tak suka tapi ia selalu berlaku dalam hidup you :
Tipu, tipu dan ditipu << tak suka.

20. Perkara paling you suka tapi pernah berlaku sekali je dalam hidup you :
Surprise party.

21. Blogger yang paling you suka dan sebab ape you suka dia :
Uncle Jonni (http://catatan-abg-jonni.blogspot.com/) >> suke merepek meraban sesuka hati.

22. Sesuatu yang you tak suka bila blogwalking :
Links yang membawa kepada blog-blog tidak bermoral << sebab tu blog saya takde shoutbox...dah delete.

23. Mase tahun bila you pertama kali buat facebook dan apa yang buat you terasa nak buat facebook :
2009, semua orang ader facebook, aku pun nak gak.. tak main dah friendster!

24. You selalu bangun tidur pukul berapa :
6.30 << hari kerja.
pukul berapa nak bangun tak tau <<< zone 'cuti-cuti malaysia'

25. kritikan terhadap blog saya :
Eh..macam blog kawen-kawen jer... hikss.. 
^
^
^

Hishhh.. mencabar betol soalan-soalan cepu cemas nih... terbongkar segala rahsia.. tapi best jugak.. ada tak soalan cepu cemas lagii.. lagi cemas...please... nak jawap nih... hahaha... best la.. serius.

Korang macam mana pulak??? 

tag korang semua!

Haah.. aku stress.. stress dengan spek mata.. sebab terpakai spek mata lama, seharian sakit pale dekat opis. haah.. aku stress.. stress dengan si budak kecik yang tak tau la apa motip dia.. macam aku pulak yang beriya-iya.. haah, aku stress sebab nak merajuk tapi tak boleh.. sebab nanti rindu takde kawan nak borak...haah.. aku stress sebab tak tau nak pura-pura buat kerja apa depan bos.. haah, aku stress.. tengok jam dari tadi lambat bergerak..

isninn.. kenapa begitu stress?
..Assalamualaikum..

Kabare? Warass...

Harini rasa bersyukur sangat! Sakit pinggang dah lega banyak. Punya lah tertanya-tanya kenapa lately sakit pinggang dan anggota sebelah kanan..

Tau kenapa?

Malam semalam pius tidur lewat jugak la.. Dok tengok tb sambil baring kat sofa.. Sakit tu memang sakit la tapi nak buat macam mana. Dalam pukul 11 gitue pius masuk tidor tapi macam biasalah tak boleh nak tidur sebab rasa sengal sengal sangat.

Dari membazir masa, pius pasang video semanis kurma yang pius download dekat ofis 'misteri jodoh'.. Hari lepas tengok 'didik anak kita' memang best gilaerr.. Nak cakap punyer best tapi rasa sekejap sangat. Baru dapat sikit input.. Stress tau kalau tengok tapi tak puas. Eh.. Ok2.. Sambung.. Disebabkan video tu tengok kat handphone je.. Maka siti fairuz yang bijak itu menyandarkan bb pada dinding dan pakai earphone.. Senang la kiranya tak yah pegang..

Ermmm... Pius nak cerita apa sebenarnyer yek?? Ooooo... So, masa tengok video tu pius baring.. Tapi tak selesa pulak nak tengok .. Tinggikan bantal *lipat dua*... Tak tau bila terlelap...

Esok pagi bangun, pinggang dah rasa lega sangat. Then barulah pius realized yang posisi tidur pius tak betul. Disebabkan tidur bantal tinggi semalam sampai ke pagi, maka pinggang pon dah baik. Ayoiii... Kena beli support pillow la camni..


Sent by pius meh..
Lately pius susah nak tidur malam. Bukan sebab berangan yang pelik-pelik. Bukan la oit..Tapi sebab badan ni senggal-senggal. Rasa macam baru jungle tracking gituw ler.. Tak tahan~

Senggal sangat terutama anggota belah kanan. Wehh.. Apa pasaiii??? Start pius balik keje lewat hari tu sampai la sekarang anggota belah kanan semua sakit-sakit... Sampai tak boleh nak tidur.. Penat dah pusing kiri pusing kanan.. Letak bantal bawah pinggang.. Semua tak jalan... Acane ni weh... takkan 24 jam nak berdiri..

Takkan aku dah gemuk sangat sampai tak boleh nak membawa dan menampung diri.. Alaaa.. Logik kerr? Aku tau la aku dah bertambah kilo sekarang ni tapi rasanya ni lah bmi yang normal. Kalau tak dulu aku keding jer.. Berat 46.. Tapi after habis belajar.. Badan mula naik jadi 50.. Dan mungkin lebih 50...Berat time sekolah menengah dulu...

Tapi tak logik la kata lenguh sengal ni semua sebab berat badan dah naik. Ada logik ker?? Berat naik belah kanan jer? Logik ke?? Selama ni ok je...

Acane eh.. Nak tampal koyok ke?? Ke letak yoko-yoko.?? Esok kena carik jugak la ni... Kalau tak mau tak lena tidur.. Ni dah masuk berapa hari tak boleh tido xlena tidor.. Tak kan nak demam kot??? Petanda awal kalau nak demam.. Lenguh-lenguh badan.. Tapi la ni rasa lain macam sungguh.. Sampai duduk opis pun terasa sangat sakit sangat. Terutamanya bahagian pinggang. Mungkinkah kerusi opis tidak ergonomic lagi? Semakin hari semakin nipis dek menampung berat siti fairuz ini???

Ahhhh.. Tak tahan...

Perlu ke pius beli toto letak kat opis.. Tidur tepi meja seperti dekat studio kala dulu.. Hahaha.. Pengsan bos aku!

Ke pius kena banyak bersenam?? Alaaaa... Sayang la lemak-lemak ni nak gi jogging... Tapi faktanya, pius ni cepat naik dan cepat turun berat badan.. Kalau time tak aktiv tu.. Cepat je berat badan naik. Tapi kalau aktiv kurus keding kemain...

Okaylah.. Makin membebel makin sakit pulak pinggang ni.. Adehh..

Esok apa aktiviti korang?? Pius nak pergi warehouse sale dekat area shah alam. Lama tak beli baju untuk diri.. Sebab pius kedekut sikit nak keluar duit untuk bershopping.. Rasa bazir sangattt tapi kalau aktiviti luar.. Tak rasa bazir..hahahaha... Dan disebabkan pemikiran ini, aku rasa dah takde baju nak pakai.. Mana pergi baju-baju aku???? Ohh.. Patut la.. Dah lama rupanya aku tak membeli-belah. Tak boleh blah betul. Disebabkan ini warehouse sale, jadi pius la.. Sebab mesti murah-murah kan.. Macam padini warehouse dulu.. Every item RM5.. Yang reject shop ni tak tau la harga dia camne.. Kita tengok jela ye..

Okay korang.. Dah tak tahan sangat ni.. Makin senggal!..

Kbai. Selamat malam! Assalamualaikum.


Sent by pius meh..

..assalamualaikum dan salam Jumaat..

Harini takde ape pun yang aku buat dekat office.. duduk depan pc search resort berhampiran port dickson untuk stay tahun depan. Dari minggu lepas bos dah tanya, nak stay dekat resort mana tapi masing-masing buzy minggu lepas. so, disebabkan aku takde kerja harini... review pasal resort jela. 

Sambil-sambil tu tertengok la dorang dok post video dekat fb. selalunya memey aku malas nak tengok tapi macam best pulak tajuk dia... so.. layan kan la... ju on kena tendang.. ju on ker? aku pun tak tau sangat antu-antu nih.. hantu kak limah tau la... 

Jom tengok!


Adehhh.. jahat sungguh!

Tu baru satu.. ni ada lagi.. gelak guling-guling tengok dorang dalam lift nih.. walaupun takde speaker tapi still lagi rasa lawak..  jahat la korang.. kalau aku kena ni tak tau la.. i babap u!


nak tengok lagii?? tengok bawah pulak..


oitttt.... gelak ehhh...
Assalamualaikum

Hiksss... Malam ni rasa macam happy-happy je. :) bukan sebab pekena durian yang dah rasa tempoyak tu. Bukan bukan. Tapi sebab dengar amiya nyanyi (on call). Auntie terus jadi happy.

"Auntie piyush!!! Tadi kat sekolah kan.. Amiya belaja a bi ti.."

"Waaa... Bestnya.. Ajar auntie"

" A bi ti di e f g.. H I j k l m n... O p q r s t u.. v w.. x y z"

"Waaaa... Tepuk tangan tepuk tangan" atit telinga auntie amiya jerit.

"Auntie auntie.. Nati kita pergi ninerrrr"

"Niner? Ape tuh"

"Duhai angin.. Bawalah bicara ku pada dia.. Sampaikan la kataku buat dia" ecewahhh.. Tetibe feeling cite neelofa n mamat dari indonesia tu.. Uweeekkk.. Jiwang!

Eh.. Boleh pulak tetibe bermadah puisi bagai.. Salam pun takde..

Assalamualaikum...

Semalam ye ye je aku pulun nak tidur. Sekejap ke kiri, tak sampai berapa saat ke kanan pula. Pinggang kemain letih lagi.

Aku tengah makan durian nih.. Eceehh.. Tibe-tibe buat iklan.. Sedap ohh da rasa tempoyak!.. Hikkksss.. Naseb la..

Semalam time nak tidur tc kol, katanya na.. Hah? Tc tu sapa? Someone yang rapat dengan aku selain kak peah. K sambung.. Katanya nak cakap kejap je tapi pergi buat supersaver pulak.. Acane tuh? Supersaver kan 1 jam. Aku memang sah-sah la tak boleh tido..okay je nak borak.. Tapi dia ler menggatal buat supersaver ngapo dio.. Esok dah la nak bangun awal gi kerja... Pastu kang jadi mumia kt opis.. Kan.. Aku ok la.. Masuk keje kol 9.. Dia kol 7 dah kena masuk!

Baru setengah jam borak dia dah mamai..hikkss, Acane nak borak tu.. Aku seolah-olah bercakap dengan kata puru tau.. Hahaha.. Tah ape dia cakap pun aku tak tau la.. Selebihnya aku cakap ngan angin..

Last-last dia tak bersuara terus.. Bunyi angin je.. Tapi aku tak letak lagi kol.. Aku senyap je.. Saja la kan.. Kot-kot la dengar dia berdegur ke kan.. Boleh buat bahan esok lusa. Hahaha.. Motif sangat..

Lama sikit baru aku bersuara, tu pun berbisik.. "Da tidur ke" bisik ni.. Skali dia terbangun da.. Kejut aku..

"Apasal tak letak kol?" Ceh dengan poyonya aku tanya. Padahal boleh je kalau aku nak letak.

"Button rosak...." Dalam mamai2 boleh lagi dia nak buat cerita tipu..

Acane tu?


Sent by pius meh..
..Assalamualaikum..

Selamat pagi korang.. Pagi kan? kan kan.. Time aku menulis ni malam lebih kurang pukul 11 suku. Time ni aku dah berselimut bergelap tunggu nak tidur tapi mata ni degil sangat tak muh tidur.. Rasa macam nak babap je mata ni..

Time aku pejam mata nak tidur ni, aku perasan tangan dan kaki aku bersilang. Huh? Camne tuh? Tangan bersilang borink tu korang tau kan camne.. Kaki pulak, ibu jari kanan bersilang ke jari kiri. Korang paham ke aku cite ape ni? Hikss.. Ala kira silang-silang jela.. Fail la bahasa melayu nak terangkan.

motif? Tengah pikirkan sesuatu. memang kalau aku tengah fokus jari-jari aku bersilang-silang. Kalau fokus buat kerja dekat komputer, jari kiri akan cross secara tak perasan.. Selalu macam tu la kalau time fokus.. Bila nak habis fokus baru perasan jari tengah cross. fokus makan, kaki bersilang, fokus nak tidur.. Jari kaki bersilang.. Nasib telinga tak leh bersilang, kalau tak mesti bersilang time kusyuk mendengar.
Kadang terfikir, did I stress? Stress ke??

Time aku belajar dulu, kawan-kawan selalu memekak camni kat aku 'fifi fairuz fuyyooooo'. Aku tak tau la apa pe'el dorang cakap macam tuh.. Nak menganjing kot... Hiikkksss.. Bila dorang tanya pasal assigment/kerja aku camne.. Bile dah jawab mesti penghabisannya dorang memekak fifi fairuz fuyooooo... Malas nak layan.. Tapi kekadang aku fuyooo kan diri sendiri sebelum dorang sempat fuyooo kan aku.. Hiksss.. Ngindu wehhh benda-benda tuh.. Aku suka study.tiba-tiba je kan.

Siyes ngindu time difuyooo kan.. Time buzy study. Lepak studio siapkan kerja sampai tengah malam sampai esok pagi. Pasang tirai nak tido bawah meja/workspace aku tuh.. Hahaha.. Lawak bila ingat balik. Pastu pok guard bising tak kasi stay studio..

Sekarang memang la takde stress nak siapkan assigment projek semua tapi stress ke lain pulok dah. Kerja ok la.. Takde stress sangat cuma time banyak kerja la penat sikit.

cuti-cuti malaysiaaaa... di kota juga di desaa.. bersama kitaaaaa.. mari bergembiraa..  nyanyi lintang pukang

Kekadang aku rasa macam nak buat cuti-cuti malaysia pulak. Jelajah pantai sekitar malaysia. Lama weh tak pergi pantai yang biru jernih tu. Feeling-feeling tepi laut sambil tudung berterbang-terbangan ditiup angin.

Eh.. Pehal kelaut pulak ni. Kan tadi cite pasal fokus.dah-dah, aku dah hilang fokus dah ni. Ni mesti dah mamai nak tidur.. Okay ye korang.. Selamat tidur untuk aku dan selamat pagi untuk korang. 

Sent by pius meh..
Tihani memandang sepi bekas alatan jahitannya.. Kain felt yang bertimbun tidak sedikit pun menarik perhatiannya kini. Apatah lagi dengan keadaan keluarga yang sepi seperti tidak berpenghuni.

"Ya Allah.. Dugaan ini buat aku terasa sendiri" Air mata mula membasahi pipi Tihani.

"Di mana puncanya Ya Allah"

Keadaan cuaca malam yang hujan seakan selari dengan perasaannya kini. Ingin saja dia berlari di tengahnya.. Menyejukkan hatinya yang sudah sememang basah itu.

Ingin saja aku membina keluarga ku sendiri tapi urusan kahwin bukan lah sesuatu yang mudah di zaman serba moden dengan segala macam budaya dan adat yang membebankan.. Siapa yang cipta semua itu.. Huh..

Tihani membebel sendirian, hatinya kusut. Semua perkara seakan tidak kena baginya.

Sudah lah.. Apa lagi yang hendak disedihkan. Lantas Tihani mencapai telefon bimbitnya, jari-jarinya mula pantas menaip. Mungkin Amar sudah pulang dari hospital.

Baru sampai rumah rupanya. Tentu penat. Biarlah dia.. Pasti banyak perkara lain yang perlu di lakukan. Penat satu hal, mandi juga satu lagi hal. Tidak adil pula aku menganggu dia.

Tihani merebahkan diri ke katil, syilling bilik yang di hiasi bintang-bintang kecil di tatap satu persatu. Matanya mula bergenang lagi lantas Tihani menarik nafas sedalamnya.

Senyuman diukir sebaik mungkin.. Mesej dari Amar dibalas bersahaja malah disertakan juga icon senyum.. Tidak mahu Amar menyedari kesedihan hatinya kini. Biarlah, Amar sendiri sudah banyak masalahnya.

Hurm.. Lauk yang dimasaknya tadi sedikit pun tidak dijamah. Biarlah.. dia sendiri sudah tidak berselera.

************************

Hikssss :) tamat episod satu yang belum tentu ada sambungannya... Hehehe.. Bosan.


Sent by pius meh..
Jam sudah pun berganjak ke pukul 2 pagi tapi aku masih lagi tidak tidur. Hari cuti la katakan... Hikss.. Tapi aku sebenarnya memang dah mengantok tapi aku layan kan juga tengok tb.. Sebab aku kira, mungkin tc akan telefon.. Sebab sabtu ahad saja la masa untuk aku dan dia berborak panjang.. Itu pun 1 jam saja..

Hari-hari lain masing-masing sibuk dengan kerja dan malam pula kena tidur awal.. Dan selalunya aku la yang tidur awal tuh..

Sekadar bbm, itu pun boleh kata kurang dah sekarang ni..

Walaupun rasa jauh tapi sedikit sebanyak aku terasa kebaikan berjauhan itu. Takpe la, Jodoh itu urusan Allah.. Jodoh itu misteri.. Hikkss..

Lebih kurang pukul 1 pagi.. Start la 1jam buat aku...biasa aja.. Banyak borak pasal kerja.. Kawan..dan sedikit buat Cinta *ahaks* ..

****************

Pagi ni aku bangun sedikit lewat. 'Cuti-cuti malaysia' betul-betul menjadi alasan utama aku untuk bangun lewat.. Adehh..
Sent by pius meh..
..Assalamualaikum..

Dear diary, harini hujan lebat.. Basah kuyup baju iuolss.. Haha.. Konon diary..

Harini seperti biasa, aku keluar meeting.. Meeting makan-makan la sebab kerja aku dah setel semalam.. So, harini takde ape nak tunjuk.. Tunjuk muka je... Senyum-senyum.. :)

Lupa nak share dengan korang.. Semalam aku pergi site dekal k.l... Rumah banglo.. masih dalam proses pembinaan.. Aku label rumah tu sebagai rumah hantu sebab besar sangat! Aku tak tau la satu family tu ada berapa ramai orang.. Semuanya ada 3 tingkat or maybe 4.. Setiap floor ada taman.. Second floor ada swimming pool yang sangat besar. Apa yang aku musykil dekat sini ialah kenapa tak boleh ambik gambar? Dan kenapa rumah tu di design dengan tembok tinggi di hadapan? Kalau masuk dari depan memang tak tau ada banglo mewah dekat situ.Emmrr.. Private mungkin.. Tapi serius macam resort dah.

Okaylah, lupakan pasal rumah banglo itu. Aku sekarang masih lagi dekat luar.. Tunggu bos habis meeting. Dah penat tunggu, dah penat jalan, dah penat pusing.. Xtau dah nak pusing mana..

Habis satu MPH tu aku pusing.. Baca baca dan baca..penat berdiri aku duduk.. Siap duduk kat lantai lagi.. Nak suruh aku shopping ke??? Cuci mata dah lah.. Aku adalah kedekut nak bershopping tapi bab2 aktiviti luar aku rela berhabis. That's me.

Seriusly... Nak balik rumah sekarang! Motif entry adalah melepaskan keboringan diri.. Relak la..
Sent by pius meh..
..Assalammualaikum..

Selamat pagi korang :) hari ni aku tak berapa buzy sangat dekat office jadi dengan hati yang happy-happy gitu, aku pun join contest 'saya sayang kamu, sahabat ku' 

Klik banner untuk join sama :)
Siapa nama sahabat yang aku sayangi? aku sayang semua sahabat aku dan sahabat yang paling rapat dengan aku bernama cik kiah... eh, silap.. NOOR SUZILAWATI .. dia adalah sahabat yang paling aku sayang... muahh muahh muahhh.. *terima lah suzi oitttt* oh lupa nak kenalkan diri yang bernama FAIRUZ ini.. saya FAIRUZ JAAFAR..

Suzi (kiri) dan fairuz (kanan)

Cerita serba sedikit mengenai sahabat anda? cerita pasal saya tak nak ker? hehe :) Aku mula berkawan dengan kak kiah ni..adehh silap.. cik suzi ni sejak azali lagi.. hahaha... ehem.. sejak diploma. Waktu tu kita orang kelas sama. Blok asrama juga sama. ehehe.. Waktu pertama kali berkenalan dengan cik suzi ni, dia adalah sangat tegas orangnya malah cerewet okay! nak bahasakan diri aku-aku pun xleh oittt..hahaha... sangat la sopan *habis la kena duku pasni* 
Klik sini untuk join
Harini tak buzy sangat dekat opis, kerja pon dah siap cuma mungkin ada beberapa part yang kena betul selepas direview nati. So sementara tunggu untuk direview tu... pius join Pencarian Bloglist Musim 1 Diari Farisha bagi mengisi jemputan yang dikirimkan. :)

..Assalammualaikum..

Hari minggu buat saya seperti biasa berada di rumah selayang. Memalaskan diri sambil makan, makan dan makan. Biasalah kalau dah balik rumah, mak masak. Selera sangat. Malah kalau ikan masin je pon akan ku santap sampai licin. Punya nak kata sangat selera makan dekat rumah.

Pagi sabtu takde apa yang saya buat, turun ke bawah rumah sambil tengok kucing-kucing yang ada. Ada seekor kucing yang tak tau mana datangnya. Kata adik itu kucingnya yang dahulu, maknanya 'emak' bagi anak kucingnya sekarang. Tapi saya sendiri tak dapat nak pastikan sebab kucing tu terlalu kurus, bulu pun dah takde. Malah badan berkurap, berdarah dan sebagainya. Sangat kesian. Dah seminggu kucing tu dekat sini.. semua kata tu bukan lah 'miki' tapi TUAN nya lebih tahu.  

Tengok adik dan kakak mandi kan kucing dan sapu minyak dekat badan 'miki' yang berkurap dan berdarah tu. Aku? aku tengok jela. Sebab aku paling takut kucing gigit aku. so aku tak berani nak mandikan, nak geletek-geletek badan dia, nak pegang dia terutamanya time dia nak main-main dengan kite. Memang aku menjerit. Setakat usap-usap letak dekat peha tu okay lagi. Masa TAMTAM sakit dulu je aku berani pegang, angkat, basuh berak bagai. 

masa ni dah sapu minyak dekat badan dia, so.. 'miki' jilat-jilat badan dia.

Harini hari yang baik, langit cerah dan berangin. Apalagi yang buat hati kita seronok selain dapat balik ke rumah family. Tak kira lah macam mana keadaan rumah kita, tetap rasa bahagia.


Sent by pius meh..

Assalammualaikum..

Hari ni tak di jangka langsung, meeting yang sepatutnya hari esok dipindah ke waktu ini. Peluh besar, kerja tak siap lagi.

Akhirnya dengan kerelaan hati sebagai pekerja cemerlang *award sendiri* maka segala file yang berkenaan disusun rapi untuk ditunjukkan nanti. Peluh lagi.

Awan mendung sepanjang jalan seperti menemani hati yang kusut dek kerana tertekan ingin menghasilkan kerja sebaik mungkin. Kemana arah tuju kali ini? Kali ini ke clubhouse bukit kiara (Berjaya clubs-Bukit Kiara Equestrian & Country resort), mungkin tidak asing bagi kalian yang selalu ke sini atas sebab aktiviti yang ada begitu serasi dengan minat anda. Ecewahhh.. *serius nak tanya, mahal tak aktiviti dekat sini* semua yang masuk kete2 besor je.. Aku ni ape ade? Setakat idung besor den ado la.. Itu pun dah bersyukur sangat.. *oittt.. Ape melalut ni* serius dah mamai nak tidur. Ngee.. Peluh besar bila encik bos cerita member cardnya seketika dulu habis berpuluh ribu.. Haaa? Giler! Peluh-peluh... Banyak lagi yang boleh dibuat dengan jumlah sebanyak tu.

Di meja makan,sampai giliran aku. Nah bos, ini sahaja idea yang saya ada untuk ditunjuk. Option 1 dan 2.. Option 3 ondaway. Idea-idea yang hampas hampagas itu ku letak berhadapan.

Semuanya okay dan menarik katanya.. Tapi....... Peluh besar! Nah dikeluarnya kertas contengan seorang artist. Idea baru katanya... Haaa.. Sigh. Idea baru lagi. Rasanya sudah berzaman cari idea dan design itu ini, dah bertimbun pun sampai sudah bertukar-tukar tangan. Ada saja idea baru yang nak diketengahkan.. Macam mana mau siap begini? Masa tidak panjang lagi..

Design bertukar tangan sekali lagi.. Fuhhh.. Nasib juga aku ada kerja baru untuk dibuat. Stress dengan kerja yang semuanya kena perfect itu. Langsai.

Habis meeting tiada lain, jalan-jalan sekitar club untuk mencari apa yang menarik dekat situ.. Atau lebih tepat, port nk bergambar.. Hahaha..

Alaaaa... Stress la tulis gaya macam nih..

Harini dinner dekat 'jom cari makan' makanan chinese malay. Agak sedap tapi ada juga yang tak boleh nak diterima untuk ditelan.

Sekian, yang begitu stress.

Lupa, cantik juga clubhouse ni walaupun dah lama.. Buat annual dinner ok kot.


Sent by pius meh..

..Assalammualaikum..

Hikhik.. ape punya tajuk tu? *muka tersengih-sengih* bukan apa, tiba-tiba teringat pulak kisah semalam *kisah apa tuh?* tersengih lagi.

"oit! bukan aku lah, aku cuma nak mencungkil isu jumpa bakal mak mertua je" silalah percaya.

Harini sebenarnya stress dengan kerja dekat office sampai rasa tiada idea nak design apa. Design yang dah siap pun rasa macam hampas hampagas gitu la. So, untuk menghilangkan stress yang telah bermaharajalela.. maka aku pun mencarilah bacaan yang bagus-bagus.. contohnya.. ehem.. inilah. Tips jumpa bakal mak mertua. huyoooo.. dengar je dah berdebar-debar, tu belum jumpa lagi. Mau tertumpah-tumpah air nak minum. gigil~

Hahaha.. cehhh.. macam aku pulak yang nak berjumpa bakal mak mertua itu. Tidak tidak.. aku awal lagi.. tapi sebagai persedian awal *hahaha*, kena lah buat research dulu. Nebes okay.. okay-okay, aku tengah bayangkan...





Seperti jangkaan aku, pagi ni kl mendung, subang pula hujan lebat. Nasib juga hujan dah berhenti saat aku tiba di puteri subang. Fuhh.. Lega.

Sampai je opis, takde mende lain yang aku buat. Breakfast! Tak sempat nak menyinggah kedai nasi lemak, so beli roti jela. Then on pc..

Benda pertama yang aku buat setiap kali on pc ialah.. Sign in fb.. Tengok-tengok and log out. Hehe.. Then sign in blog. Aitt?? Satu kehairanan di sini.. Kenapa pageview banyak sangat nih? Gosok-gosok mata sikit.. Konon tak percaya.. Hurmm.. Entah apa dorang cari dekat sini, aku pun tak tau.. Bukan ade ape pun.. Cite-cite kosong je..
Assalamualaikum :)

Waaa... Feelingnya sejuk-sejuk :) dari pagi sampai ke petang hujan. Sambung pula ke malam. Ermm.. Pikir jap, agak-agak besok nak pergi kerja hujan tak.. Alamak!

Seharian duduk rumah rasa malas sangat. Nak mengemas lagilah sangat malas tambah-tambah minggu ni takde anak-anak buah. Nginduuunyer auntie dekat kalian.. Wewe, zeti, mira, ali.. Alya auntie jumpe dah semalam. Lupa ambik baju auntie beli kan..

Mata ni rasa macam nak tidur awal je tapi bila teringat kerja yang babah suruh taip terus tak jadi nak baring. Tapi duduk-duduk ni malas pulak nak buat.. Hehehe.. Adeh, kalau dah malas tuh xboleh nak kata ape dah..

Sigh...
Sent by pius meh..

Yeahhhh.. Akhirnya dapat jugak update entry guna bb.. Fuhhh.. Punyer senang rupanya.. Apelahhh..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Hai.. Selamat malam.. Testing-testing 123.. Roger-roger.. Dapat tak yang disana??
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

when you are far away from someone you love. always miss him. and always asked him to be a friend. jom kawan. jom kawan. jom kawan. afraid of frustrated. and what you get is..

'Please don't repeat what u have said, please'

yet, still missing him. 



Assalamualaikum :)

Semalam seharian duduk rumah.cuti kan. tapi rasa bosan sangat duduk rumah. nak keluar pulak terasa macam malas pulak. Dok mengadap tv sahaja la. 

Bangun pagi. buat roti bakar.bancuh susu.

punya malas nak keluar rumah. makan mama jela. dok sorang-sorang pulak tu.lagilah bertambah malas.

Orang cuti dia kerja pulak. hurm. lagilah bosan.

malam housemate balik. dok tanya pasal minat dak baju kemeja. ader tak anak buah. sah-sah! mesti nak menjual nih. adeh. ni yang paling malas ni. " jap, orang bawa keluar.. tngok la.. tak beli pun takpe" adoi. aku nih memang jenis cepat cair. tengok kemeja. cuba. fuhh..nasib kecik. keluar baju budak pulak. adeh..terus gelap mata. okaylah aku beli 2! 

hai.. susah hidup aku jumpa orang yang banyak cakap ni. tak reti nak layan. 

ada kawan baik pun bnyak cakap. ok lagi.. menghiburkan hati. ada yang tersayang pun banyak cakap. ok lagi. gumbira di hati. ada housemate banyak cakap..? adehh..habis duit aku!

i luv you toooooo baby..
yup..alone and lonely.. hehehe.. aku kan pjj.. percintaan jarak jauh..hahahaha.. tak2, aku dah terbiasa macam ni.. tak payah kesian kt aku sb aku suka cara yang macam ni.. having fun sometime.. sendiri..

Okay, aku dalam ktm ke cm.. hurmm.. best ke? istanbul aku datang bagi aku biasa je.. lebih best aku, dia dan tong sampah.just pendapat aku. Tapi harini saja nk pg tengok sb rasa mcm best... jalan cerita da biasa tengok.. oklah.. aku kasi 3* dari 5*...

Hurm lapar la perut.. nak makan sizzling rice ke kfc? *itu je ke fav ko?* hahaha..
Borink-borink dalam office, buat planner sambil tuh carik bahan untuk dibaca.. tiba-tiba ternampak la video ni.. ayat ngorat artis top malaysia.. hehehe.. 


Siapa pilihan korang? 

sharnaaz paling best, comel.. faizal hussein imbau kenangan lama, beto sweet..

p/s: april 2013, could be another day?
Asyik tertangguh je kau wahai kereta.. Memang dah lama nak ambik kereta tapi asyik tertangguh jer.. Hari ni ingat nak setelkan dokumen yang perlu nanti.. then.. kakak mesej tanya pasal software.. sambil tu tanya pasal kereta. katanya better ambik tahun depan/2013. sebab kalau ambik sekarang dah hujung tahun.. mana tahu 5 tahun akan datang ke kan nak pakai kereta lain.. harga kereta akan ikut tahun. So, rugilah katanya sebab dah nak dekat tahun baru. Hermm pius pun tak paham la sangat bab -bab cengini. Mesej lah abang ipar.. dan dia pun terangkan lah panjang lebar.. katanya ikutlah, kalau nak ambik sekarang pun boleh.. paham tapi tak berapa nak nampak sangat... hehe

so.. search internet pulak.. jumpalah page niii ahmadijat..


Tips Membeli Kereta 1

Kali nih AI nak bercerita mengenai pembelian kenderaan pulak. Istilah yg org bank guna – ‘Hire Purchase’ [suka sgt pakai istilah penjajah]. Yang mana lebih untung? Beli kereta tunai (tp 2nd hand), beli kereta baru [pinjaman penuh, RM0 byr muka] atau kereta baru [byr muka 10% + pinjaman selama 7 thn]???? Pernah tak kita terfikir atau kira berapa yg kita bayar pada bank utk pinjaman kereta? Berapa faedah yg bank dapat? Ok, cuba kita kira satu persatu..
———————————–
OPSYEN 1: BELI TUNAI (Kereta 2nd Hand)
————————————
Cth anda membeli kereta Perodua Kancil (tahun 2000) pada harga RM7,000. Apa yg anda dapat?
Anda akan dapat sebuah kereta yg milik anda sepenuhnya tanpa ada bebanan utk membayar hutang bulanan. Anda juga bebas daripada membayar faedah ke atas pinjaman anda kepada bank. Tp anda perlu menyimpan sedikit daripada duit gaji bulanan anda kerana kereta 2nd hand kadang-kadang mempunyai masalah-masalahnya yg tersendiri. Yelah, kereta lama kan. Banyak ‘wear and tear’ yg ada.
—————————————————
KERETA BARU (Full loan, 0 down payment)
—————————————————
Jika anda membeli kereta baru tanpa muka dengan pinjaman penuh, pecahannya adalah seperti berikut:
Cth: anda membeli kereta Proton Saga FL Executive dengan harga RM43,800.00 dgn faedah bank sebanyak 3.5%. Anda membuat pinjaman penuh dgn bayaran balik selama 9 tahun.
Harga Kereta      : RM43,800.00
Faedah Bank      :  RM43,800 x 3.5% = RM1,533.00
                           RM1,533.00 x 9 tahun = RM13,797.00
Jumlah Keseluruhan : RM43,800 + RM13,797 = RM57,597.00  —> inilah harga kereta yang anda perlu byr.
RM57,597.00 / 9 tahun [108 bulan] = RM533.30 sebulan. Ini bermakna anda telah membayar RM13,797.00 lebih daripada yg sepatutnya anda bayar kepada pihak bank.
——————————————————————-
KERETA BARU [byr muka 10% + pinjaman selama 7 thn]
——————————————————————-
Kita ambik cth yg sama seperti di atas.
Cth: anda membeli kereta Proton Saga FL Executive dengan harga RM43,800.00 dgn faedah bank sebanyak 3.5%. Anda membuat pinjaman 90%, bayar muka sebanyak RM4,380 [10% harga kereta] dgn bayaran balik selama 7 tahun.
Harga Kereta    : RM43,800.00
Pinjaman Bank  : RM43,800 – RM4,380 = RM39,420.00
Faedah Bank     : RM39,420 x 3.5% = RM1,379.70
                                 RM1,379.70 x 7 tahun = RM9,657.00
Jumlah Keseluruhan : RM39,420 + RM9,657 = RM49,077.00  —> inilah harga kereta yang anda perlu byr.
RM49,077.00 / 84 bulan [7 tahun] = RM584.25 sebulan. Ini bermakna anda hanya membayar RM9,657.00 lebih daripada yg sepatutnya anda bayar kepada pihak bank.
Berdasarkan kiraan ini anda boleh nilai sendiri opsyen mana yg sesuai dgn bajet anda. Saya akan sambung pd post akan dtg utk bercerita bagaimana nak kurangkan bayaran faedah pd bank. Jumpa lagi ye…

Tips Membeli Kereta 2

Bagaimana caranya hendak mengelakkan daripada membayar lebih kepada bank??
Jika anda belum membaca post saya mengenai Tips Membeli Kereta, sila baca di sini.
Satu cara adalah dengan menjual kenderaan anda pada tahun kelima @ keenam. Tp dgn syarat, anda perlu menggunakan opsyen pertama atau ketiga *ini bermakna skim siswazah adalah sangat tidak baik* daripada cth di atas.
Cthnya. Kita ambil opsyen ketiga di atas. Beli kereta baru dgn harga RM43,800, byr muka 10% dan pinjaman selama 7 tahun.
Susut nilai kereta lebih kurang 10% setahun [tetapi bergantung juga kpd keaadaan ekonomi dan pasaran kereta terpakai]. Kita ambil 10% sbg ukuran.
Tahun pertama   : RM43,800 – RM4,380 = RM39,420
Tahun kedua     : RM39,420 – RM3,942 = RM35, 478
Tahun ketiga      : RM35,478 – RM3,548 = RM31,930
Tahun keempat  : RM31,930 – RM3,193 = RM28, 737
Tahun kelima     : RM28,737 – RM2,874 = RM25,863
Maka pada tahun kelima, harga kereta anda adalah dalam anggaran RM25,000.
Kita tgk pula berapa jumlah baki pinjaman anda pada tahun kelima. Setiap bulan anda membayar RM584.25.
Maka setahun = RM7,011.00. Jumlah pinjaman anda ialah RM49,077.00.
Tahun pertama   : RM49,077 – RM7,011 = RM42,066
Tahun kedua      : RM42,066 – RM7,011 = RM35,055
Tahun ketiga      : RM35,055 – RM7,011 = RM28,044
Tahun keempat  : RM28,044 – RM7,011 = RM21,033
Tahun kelima     : RM21,033 – RM7,011 = RM14,022
Pada tahun kelima, baki pinjaman anda adalah RM14,022. Katakan harga kereta anda pada tahun kelima adalah RM20,000 [disebabkan harga pasaran kereta terpakai agak merosot, kita tolak RM5,000 dari jumlah yg telah dikira di atas]. Maka kita akan dapati jika anda menjual kereta anda pada tahun kelima, anda akan masih mempunyai baki sebanyak RM5,978 [RM20,000 – RM14,022]. Anda untung RM5,978. Duit keuntungan bukan utk anda pakai pergi melancong.. :)  tetapi anda gunakan sebagai bayaran muka utk kereta baru anda. Di mana penjimatannya?? [yelah, tolak kereta lama, ambik kereta baru. Tambah hutang lagi.]
Untungnya ialah, anda hanya perlu membayar RM39,435.00 [bayaran bulan RM7,011 x 5 tahun + RM4,380 duit muka] berbanding harga sebenar kereta iaitu RM43,800.00. Jumlah yang anda bayar jauh lebih jimat berbanding harga sebenar yang anda perlu bayar kpd pihak bank iaitu RM49,077.00. Anda telah jimat RM4,365.00 [RM49,077 – RM39,435.00].
Nampak tak penjimatannya?? Inilah teknik yg sering dipakai oleh org-org yg tahu menguruskan aset [terutama aset yg mempunyai susut nilai seperti kereta]. Pemahaman org bahawa pakai kereta sampai habis bayar adalah salah sebenarnya. Dgn penerangan saya td, saya harap anda dpt memahami apa yg cuba saya sampaikan. Jika anda ada kawan yg sering bertukar kereta setiap 5 ke 6 thn, kwn anda sebenarnya bukan hendak menunjuk-nunjuk ada kereta baru tp dia melakukan seperti penerangan saya di atas. Apa yg penting…kerjasama  duit muka dan bayaran bulanan yg anda mampu bayar.
Jadi, anda bagaimana??? Tepuk poket, tanyalah duit. Jika anda mampu apa salahnya.

So, lepas baca page tu aku pun kepala ada tak betul sikit.. nak ambik sekarang ke tunggu tahun depan.. haa.. camneee... ting tong ting tong...

*nampaknya kite sebagai siswazah telah ditipu..* orang menggunakan kite untuk keuntungan mereka.. so, nak buat ke skim siswazah??? huahhhhhh camne...
Jom pius bawa korang ziarah rumah pius.. ziarah gambar jela.. hehehe..

Malam raya kita orang buat bbq.. kecik-kecik je.. rumah pun xde kawasan sangat so cuma boleh bakar guna bekas bbq yang kecil-kecil dan comel. Niatnya nak lepak-lepak bawah rumah, borak ramai-ramai sambil tu makan tapi malam tu hujan pulak. Macam mana nak bawa anak buah semua turun. So, hanya abang ipar jela yang bakar. DAh selesai bakar semua baru bawak naik.


Malam tu layan anak buah..
Sehari before raya pius pergi interview.. hurmmm.. gatal pergi apply! cadangnya nak tunggu ada kereta dulu baru nak tukar tempat kerja. TApi... hehehe..

So, malam before interview pius balik rumah tapi agak lewat jugaklah sebab jalan dah mula jam. 2 jam setengah bertapa dalam bas.. huuuu... belum lagi naik bas nak balik rumah..

Haaaa... letih menunggu..
perempuan kalau jumpa cermin~~
Malam tu prepare nak pakai apa untuk besoknya. Carik punya carik akhirnya jumpa baju nih..
macam over jee..
BAru aku sedar selama ni aku jarang beli kemeja dan seluar slack. Ni pun time diploma dulu.. adehh... Kira boleh la..

ATV Adventure at kemensah.

Assalamualaikum.. *tak jawab dosa, jawab sayang* ngehehehe.. gatal.

Malam semua.

Macam mana cuti korang? Cuti minggu ni best sangat aku rasa, sebab penuh dengan aktiviti. Korang tau jela, aku nih jenis terperap je kat umah sebab takde saper nak bawak jalan..hehehehe.. takpe-takpe.. dapat kereta nanti tau la aku nak membalas dendam!

okay..cuti nih banyak tempat yang aku tuju bersama cik kiah tapi aku nak bawak korang jelajah atv dengan aku. jelajah gambar jela.. sebab aku dah pergi. hehehe..

okay ni senarai pakej yang ader dekat atv kampung kemensah ni.. aku paste dekat sini tapi kalau nak lagi detail, korang boleh masuk site dia. pius ambik pakej C, sebab nak pergi sampai air terjun.. hehehe..

pakej atv.


ye, minggu ni girls outing! 

Lama sangat rasa tak jumpa cik kiah *bukan nama sebenar* tapi aku suka panggil camtu. kejap cik kiah..kejap aku panggil cik peah..sesedap rasa nak panggil la.. hehehe.. Dalam banyak-banyak kawan, yg ni la yang paling rapat..  aku rasa  mungkin sebab kita orang dah pernah gaduh besar dulu, so masing-masing dah paham sangat la dengan perangai memasing. Thanks cik peah, sabar dengan aku yang sengget nih.


Cik kiah bertolak dari pahang dan sampai ke rumah aku dalam pukul 11 pagi (sabtu 20/10). Kalau bawa cik peah datang rumah memang takde hal la sebab semua orang dah kenal dia. Dia pulak jenis ramah.. Haritu memang rumah riuh rendah la sebab kakak aku semua balik rumah.. kecoh dengan anak-anak buah.. mak-mak budak jugak.hehehe...

Sabtu tu sebenarnya kita orang nak mendaki batu caves.. *seriusly, aku tak pernah rasa nak daki batu cep! walaupun batu cep ni dekat je dengan rumah* tapi cik peah nih teringin no nak daki.. hahaha..lawak tol.. aku pun ikut la sebab aku pun tak pernah masuk situ. 

time nak parking tu...
Assalamualaikum.. selamat pagi, selamat malam, selamat tengah hari (over the sea time)..

Korang cuba bagitau pius, cmne nak berhenti kerja dekat company best camni walaupun gaji kecik jer? cmner? every week selalu ada outing. Dah outing ada time untuk shopping pulak. Bos pulak sporting. Adehh.. entah kat tempat lain sama ke tidak macam ni???.... sayang nyer nak tinggalkan company ni..

Okay la.. kita tak tau rezeki kita kemudian hari di mana kan.. bersyukur..

Minggu lepas pius ke genting untuk meeting. Jauh tu semata-mata nak pergi meeting. hehehe.. takde lah, memang kebiasaan bos nak bawak kita orang keluar dari opis sekali seminggu. Tak kira la mana-mana, kalau masa panjang pergi jauh sikit tapi kalau tak pergi dekat-dekat je.

Mula-mula bos tanya nak pergi genting atau clubhouse dan memandangkan 2 lagi staff tak pernah pergi genting, so pius setuju jugak la nak g genting. Apa salahnya..kan kan... 

perlu ke buat gaya macam tuh?
HAritu makan di restoran kampung at Resort hotel. Sebenarnya kita orang pusing jugak tempat lain carik kedai yang boleh order ala carte tapi sayang.... semua kedai dekat situ telah berkompromi.. lunch time semua kedai hanya ada buffet.  Seorang RM43++ .. hermm memang rugilah kalau bawak pius! makan seciput.

Powered by Blogger.