Sukarnya meluahkan rasa..hurmmm...

Saat ni tengah melayan lagu-lagu.. saje...ambil feel sikit.. tapi bukan pasal perasaan ehem-ehem yang saya ingin luahkan. Tapi perkara yang kurang saya gemari.

Kurangnya perasaan tanggungjawab dalam dirimu.. geram saya rasa. takkan semua perkara harus diuruskan oleh orang lain walhal yang ingin berjaya itu adalah diri kamu sendiri. mana pergi usaha kamu? mana pergi tanggungjawab kamu? alasanmu senang... 'tak tahu nak buat'.. jadi mereka yang tolong kamu itu tahukah semuanya? mereka juga tidak tahu tapi demi menolong kamu.. kami usahakan juga..

Saya hairan malah pelik dengan sikap mereka yang ini. Nak kata tak faham bahasa melayu, bukan orang bangla. semua arahan dalam bahasa melayu, ikut sajalah.. asyik tak reti saja, bila masa nak belajar. Bila main game tau pulak dekat mana nak save walhal bahasanya korea/jepun. Kejap lagi salah, tahu pulak nak menuding jari pada orang lain. walhal diri sendiri tidak peduli sebelumnya. IShhh..bila lah nak besar dan pandai berfikir, jangan tahu nak enjoy saja.

Bila nak matang ni oittttt... dah besar dahhh...takkan semua mak ayah nak buatkan jugak..

p/s: Belajar lah berdiri atas kaki sendiri... jgan nak orang je buatkan semuanya.

Sedey pulak hati ni bila tengok jari kanan saya kosong, rasa sesuatu dah hilang dalam diri. Hurmm.. sebenarnya saya dah jualnya pergi… :( Memang saya beli dulu untuk simpanan masa depan, guna bila perlu dan terdesak. Lama saya bertahan..akhirnya hilang juga dari pandangan mata. Rasa KOSONG sangat~

Selalu bila duduk-duduk saja mesti saya akan pegang dan betulkan kedudukannya yang teralih. Sekarang dah takde pun still jugak rasa macam nak betulkannya. Hermmm..rindu..

Dulu masa dia ader, saya selalu kata… ‘selagi kau dekat sini, aku takkan terima yang lain’ tapi kini dia dah tiada.. maknanya saya kena cepat-cepat carik yang lain, agar janji terus-menerus menjadi janji. Takmuh yang lain datang menganti. Sememangnya saya benci dengan janji yang begitu senang ditarik kembali. Jadi lebih baik janji itu milik saya sendiri.  Yang hanya saya tunggu, si dia yang mengerti disebalik perjanjian ini.



Entah kenapa sejak aku balik dari pameran, aku rasa macam malas sangat.. tido malam tu boleh kata awal jugak lah. then esoknya, tengahari dan petang still jugak rasa mengantok and tido. kaki pulak macam kejang-kejang jer time nak tidur tu. Den tau la den ni bukan kaki suka bersenam.. jalan sikit dah kejang.. hmm.. rasa  macam lain lah diri ni.. 

Sebenarnya banyak yang nak aku catatkan dekat blog ni tapi asal bukak je laptop mesti mengantok. then tidur jela jawabnya. Den sebenarnya nak bercerita tapi tak tahu dengan sapa nak kongsikan ceritanya. Selalu saya bercerita dengan kawan saya tu..cik peah.. tapi dia takde sekarang ni.. bz kerja. Then next week kot baru kita orang dapat jumpe. tak sabar nak borak-borak dengan dia. 

Beberapa hari lepas saya cuba shoot gambar serangga tapi tak sharp dan tak berapa nak jadik. Klik dekat Sini Sunny day kalau korang nak tengok. Yang banyak dapat pun lebah jela.. lokasi paling dekat dengan rumah. Hmmm...betul ke gambar yang cantik hanya dari kamera yang canggih? korang belikan saya satu lah yer kamera DSLR.. besday nak dekat dah ni..hehe...

okay ye korang.. thanks..
Selasa, berakhirnya sudah pameran bonsai dan orkid 2012. Waiting for Floria Putrajaya pulak. Hehe… 5 hari dekat pameran rasa macam sekejap sangat. Sebenarnya tak puas ambil gambar:( kite ni suke ambil gambar serangga, bunga-bunga dan apa-apa jela yang kecik.. mikro la kiranya kan. Tapi sayang seribu kali sayang, kamera saya tak dapat nak ambil gambar sharp dan tak dapat nak detect benda yang kecil sangat, so blur memanjang. Pakai pun kamera digital biasa jer, macam mana nak sharp. Tambah-tambah yang diambil tu serangga kecik. Lagi lah payah. Owhhhh.. teringin betul. Bila lah nak terel ni~

Rasa macam kejang la kaki ni… 5 hari berjalan sana sini. 5 hari berturut-turut juga asyik tersenyum dan menyenggih. Yela, orang datang meyinggah booth kita kan mestilah kita senyum. Kalau sesame booth tu lagilah. Menyenggih sampai ke telinga. Last day, rasa sangat bosan dan bosan. Walaupun agak ramai jugak lah yang datang time kerja nih.. tapi seriously dah malas nak layan orang yang datang..heee… last day kot… so, macam biasalah..sesama booth tu kita tegur menegur, tanya-tanya sikit.. bisnes ok tak..kan.. dah 5 hari kat sana mestilah kita dah familiar dengan muka-muka yang join tu kan.

So, suddenly man beside my booth show a signal to ask my phone number and ask me to quiet/secret la kot from my friend. I’m just sengih jela. There is nothing serious la for me. He asked again.. What should I do huh..? Phone number must be personal right now.. He ask again and I said ‘FB jela’ … then he reply… ‘ takkan nak ajak date dekat FB kot, nanti orang nampak la’ Ohh.. I’m not thinking to have a date but to make friend…ayooo… baru kenal dah cakap macam tu, buat orang rasa takut jer.. saya senyum bukan sebab saya admire or falling and feeling with you. But just want to be nice with exhibitor.hermmm...  I’m just keep smiling… rasanya that man dah salah anggap dengan saya kot, dia ingat saya ni ramah-tamah agaknya.. kaki melayan....maybe la kan.. sebab memang time pameran ni saya asyik tersenyum, tersengih dan asyik menegur orang kiri-kanan.. biasalah pameran, mestilah kena nice2 sikit.

haa..tulisan pon tunggang langgang.. penat la nak menulis.. tangan pon dah kejang. byelah.. tidooooooOOO...

p/s: baba nyonya secret in my hand!!!!


Rupa-rupanya  1ST DAY pameran banyak lagi yang tak complete. so, semalam second day..besttt... pintu-pintu masuk dia dah cantik dengan bunga-bunga.. barulah macam pameran..hohooo...korang kene pergi. semalam meriah sangat. macam-macam aktiviti ader. harini tak tahulah. saya sendiri pun tak dapat atur cara majlis. heheeee... kat mana tah nak search. ok lah nak siap-siap dah!


Jom ke pameran bonsai dan orkid bertempat di Taman Botani perdana (lake garden/taman tasik perdana).
23-27/3/2012

Siapa-siapa yang minat dengan orkid dan bonsai boleh la singgah sini..hehe.. pokok-pokok lain pon dia ader jual jugak. esok 24/3/2012 ader perasmian Agong. Datang sini ambik-ambik gambo best la.. kalau setakat jalan n tengok tu rasanya tak puas kot.. sebab pameran ni bukan macam pameran floral tu yang ader macam-macam benda cantik. pameran ni simple jer. sesuai bagi yang minat la.. 

Saya jaga booth kat sana..hehe... sementara carik kerja tetap kan, jenjalan la. dok rumah jer bukan duit masuk kn. lagipun bukan buat aper.. duduk-duduk je kat booth tu. bosan-bosan main congkak. hehehe.. kalau korang datang jangan la tegur saya.. nanti saya segan...huhuuuu....

oklah,.. ni la gambar-gambar yang sempat saya ambil tadi.. 



Satu lagi malam penuh semangat! Yeahhh..

Tapi…. Gam uhu dah habis tak dapat nak siapkan kerja. Baru bersemangat nak siapkan malam ni.  Hehe.. teacher ani tunggu la yer.. lama dah tertangguh kad-kad tu sebab saya final sem sebelum ni. But now dah keluar pun masih tak siapkan lagi. So, sekarang dah start balik! Bila dah start jangan disuruh berhenti yer.



Beberapa malam ni sibuk siapkan blog yuyubi, okay.. semangat dah datang balik. Hope terus bersemangat. :)

Nota malam :Malam yang berbahang dan gatal dek serangan nyamuk. Nak hujan agaknya.

Yearrr.. susahnya nak carik koje. Hai lah kojer.. ader koje den tak muh p koje, xde koje den sibuk carik kojer.. apelah yang den nak sebenor-benornyer ni…

Eh..lupa nak kasi salam.. Assalamualaikum.. siapa di luar? Aku di dalam.. hehe…

Bagi yang masih belajar, baru habis belajar dan tengah mencari kerja tu boleh lah buat online portfolio supaya senang company nak tengok hasil kerja korang semua. Masa time belajar dulu memang lecturer saya dah suruh buat siap-siap dah online portfolio ni tapi masa tu tangan tak gatal lagi dan tak terfikir sangat kepentingan onlinekan portfolio.

Pernah juga saya cuba buat portfolio guna blogspot  tapi di sebabkan saya ni terel tahap gaban, saya gagal menghasilkan portfolio tu. Saya bukan terel sangat blog-blog ni, jadi rasa macam remeh n susah je nak buat. Then, bermacam jenis web la yang saya cuba untuk hasilkan portfolio saya tapi hampeh gas, semuanya den tak reti.  


Dan akhirnya, bulan lepas terhasil jugaklah portfolio saya tu melalui web www.coroflot.com. Aplikasi yang paling mudah nak hasilkan portfolio. Thanks pada sahabat sebab remindkan pasal web  ni. Memang dah lupa sangat dulu lecturer saya ada inform pasal web coroflot ni.

Selain coroflot ader banyak lagi web lain untuk buat portfolio korang…

Carbonmade.com ni nampak macam menarik tapi saya tak pernah cuba lagi, just tengok-tengok artwork orang lain je.

Wix.com ni pulak saya pernah cuba tapi sampai kesudah tapi siap-siap lagi. Kalau dapat buat dekat wix ni best la. Nampak macam stylo n professional sikit..hehehe…

Lagi banyak la.. korang boleh search dekat pakcik makcik google… kalau taknak buat portfolio pun takpe, korang still lagi boleh tengok hasil kerja orang lain.. carik-carik idea ke kan..

Kalau korang nak tengok portfolio saya pun boleh.. tengok lah.. hehehe… nak tutup muka dulu.. ^_^”

p/s: untuk bisnes korang pun boleh.. :) 

Salam semua…
ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#


Korang semua dah tengok ke belum filem Hafalan Shalat Delisa ni? Siapa yang ada Astro first dekat rumah dia mesti dah tengok kan. Umah saya takde astro, tau pasal cerita ni pun dari kakak saya. Siang tadi baru berpeluang tengok filem ni itupun tengok melalui youtube.. hehe.. ala bese ler…


Gombak, 30 Feb 2012 - Malaysia hari ini digemparkan dengan fenomena fifi fairuz fuyyo yang kedengaran di corong-corong radio hampir setiap minggu. Anda kini berpeluang mendengar deejay terhot anda membaca berita, menyampaikan sari berita utama dan sekaligus menghiburkan anda dengan dendangan lagu-lagu berirama seribu.

Music Myspace CommentsWakakaka…  rasa macam nak guling-guling je dekat lantai rumah sambil buat kuak ikan duyung. Saya jadi deejay???? Hahaha.. orang lain tanya pun den jawab sepatah dua je, ni nak cakap berpatah-patah. Hiburkan mereka yang tengah melabur tu boleh la, saje kasik tak senang duduk… aiyooo… memang takde talent betul nak hiburkan hati orang.

Hehehe.. xdelah, bukan saya jadi deejay pun. Esok baru nak pergi interbiu jadi deejay tapi tak tau nak pergi ke tidak sebab saya bukannnya minat pun nak jadik deejay. Saja menggatal hari tu pergi klik apply. Tak pasal dia panggil interbiu.  Tapi rasa macam ada best-best je bunyikan… kot-kot la besok dia kasik mic, den nak berlakon lah sikit jadik ramah… hahaha.. walhal pergi interbiu sebelum ni diam membatu.. weeheheheeee….

Esok rasa macam nak pi la, den saje nak berlakon jadik ramah sikit. Buat-buat terel bercakap…hohoho… kot-kot la jadik pengalaman best interbiu. Sure-sure la orang tu pengsan nanti dengar den bercakap. Reject terus~ hehehe…

Sari berita utama oleh bernama.

Okaylah, sampai disini sahaja segmen radio kita malam ni. Harap berjumpa kembali di waktu dan hari yang sama. Selamat malaaaaaaammmm…



Salam semua

ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#

Mulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah..hehe… nyanyi cikit-cikit.. lalala.. Bismillah dulu, takut nanti tertulis perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Permulaan yang baik, isi pun kena lah baik.

Sekarang dah pukul 3.24, tapi rasa macam dah pukul 6 pulak sebabnya dekat luar hujan. Lebat jugak hujan hari ni, nasib baju sempat kering. Perkara pertama bila hujan turun ialah ‘HUjannn… bestnya mandi hujan’. Hehehe… Seronoknya terkenangkan waktu kecik-kecik dulu, tau nak seronok jer! Tak pikir dah bahaya kot-kot ulor dalam air ker, kilat ker, demam ker main rembat je semua asal seronok.

‘mak kite kata kalau kena hujan mandi basah kepala, nanti tak demam lah’

Tulah ayat yang saya pegang sampai sekarang.. hehehe.. alasan nak mandi hujan :) Pantang nampak langit mendung sikit, berlari lah ke rumah kawan ajak mandi sama. Kalau main depan rumah sure-sure la mak marah kan. Mak kawan saya pulak sangat sporting masa tu, jadi saya ambil la kesempatan bermain hujan dengan anak-anak dia. Lalala…

Rindu sangat dengan kawan saya tu, Farah. Hampir setiap kali bila sudah bermain hujan mesti saya akan bermalam di rumahnya. Then, before tidur kita orang minum susu dulu. Start dekat situlah saya suka sangat minum susu. Yurm yurmmm.. pelik bila ada orang kata dia tak suka/ tak minum susu, agaknya kecik-kecik dulu mesti dia orang mengalami kejadian susu masam kot.. tengah-tengah feeling nak nyonyot botol susu, tibe-tibe yang masuk tekak tu susu basi. Wahahaha.. agaknya gitulah kot.

Dalam family, saya kiranya yang paling lama menyusu badan, 3 tahun. Sebabnya jarak antara saya dengan adik 5 tahun, jadi saya ni kiranya lama jugaklah jadik adik bongsu yang tak digemari ramai tu (korang semua dengki kan)..huahaha..  kena marah sikit demam..konon… hehe.. kakak saya lah paling kesian sekali, umur baru setahun setengah dah dapat saya..heheheeeeee… kalau sebut je saper menyusu paling lama dalam family, mesti macam-macam dorang kata.

‘tengok aku ni hah, sanggup tau berkorban untuk kau’ tak dapat minum susu tu dah ler.. hohoho..
‘patutlah mulut kau juih yut’ erk.. dengki!

Patutlah saya sehat dan kuat! Yeahhhhh… tunjuk muscle.. yeah yeahh yeakkk.. tak nak timbul pulak.

Erk.. tiba-tiba masuk bab menyusu pulak. Bukan ker tadi cakap pasal hujan oh hujan? Hujan dah berhenti dah pun. Heeeeee… senyum lebar-lebar selebarnya sebab dekat luar udara tengah besttt. Pemandangan jadi jelas, suasana bersih! Bukit-bukit nampak cantik. Sukenyer pemandangan lepas hujan.  Hurmm.. feeling-feeling sikit, angin sejuk.

Tak sampai berapa minit hujan berhenti, budak-budak dah keluar sambung main bola. Hehe.. Baguslah main bola dari terperuk dalam rumah duduk mengadap laptop and main game. Rindulah suasana kampong!

Panjang pulak jadiknya T_T…… takpelah yer.. korang layankan jela entry nih.. (mata terkelip-kelip, mulut tersenyum lebar)

Salam semua..


Jiwa kosong hati tak tentu.. membawa duka termenung seribu, mana menghilang mana pergi putih yang dulu, mengalir laju membasahi… menyesali perginya ia tidak tercari lagi.

Jiwa itu melangkah lagi mencari sahabatnya putih yang tertinggal sedari dulu lagi.. mana kau menghilang sahabat..? jika kini kau ada disisi, nescaya aku tidak bergini… meniti setiap apa yang tertulis kini buat aku terasa kosong dan tidak bernilai lagi.

Jiwa kosong masih dituruti.. setiap langkah menuju kehadapan kini.. berjalan bak di awangan tidak terjejak tidak tersakit. Setiap yang ada bagaikan lautan madu begitu manis sehingga tiada satu pun yang tersedar darinya.

Jiwa itu masih lagi kaku.. melihat luar dan dalam tiada yang berbeda..  yang di luar asyik dengan negatifnya.. tidak pandai berkata tapi yang ada hanya marah marah marahhh…  di dalam terseksa, tertekan. Setiap yang ada itu memang ada lahirnya walau setitik air yang sedikit, dan kerana itu jangan di marah, kerana itu bakal membuat lahirnya itu terpadam hingga malas lagi hendak mendengar semua marahan.

Jiwa itu mencari.. jangan dipadam rasa yang sedikit itu.. kerna mimpi mengalir deras tidak terhenti di sini.
Ibnul Qayyim
Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah. Ketika orang lain berasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain berasa bahagia dengan kekasih-kekasih mereka, jadikanlah dirimu berasa bahagia dengan Allah. Ketika orang ramai pergi mengadap raja-raja dan para pembesar mereka untuk mengharap harta dan mencintai mereka, jadikanlah dirimu betul-betul mencintai Allah S.W.T.

p/s: HATI: PENYAKIT DAN UBATNYA (KLIK SINI)

JAm dah hampir pukul 12 mlm, mata ni dah mula rasa berat.. before tidur still jugak nak post something kat blog, jadi fairuz tulis kata-kata Ibnul Qayyim ni, terbaca buku kakak and rasa berguna untuk ingatan diri sendiri. Hope semua pun boleh ambil sesuatu dari kata-kata Ibnul Qayyim ni. Selamat malam semua.. 


Salam semua…

ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#

Rasa macam dah lama tak buka blog ni, hari-hari dok melayan anak buah jadi terasa malas pulak nak berlaptop dan berinternet. Da ada teman nak buat kacau..hehehe…  amirah dah tido, jadi auntie boring la pulak, tu yang auntie buka laptop ni. Tak sabar tunggu miya n ali besar, dah pandai nanti boleh ikut auntie jalan-jalan ye :)

Sekarang ni dah bulan 3, pius masih belum bekerja dan bercuti-cuti goyang kaki…hukhukk… Belum ada rezeki buat saya lagi agaknya. Or maybe saya yang tolak rezeki tu… saya tolak ker? :) hehehe…
Yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah :)


Semalam pius apply lagi satu kerja secara online, Jawatan Pereka tapi tak dijelaskan secara terperinci tugas Pereka tu. Tak tau la kena reka ape, jangan suruh reka lori bajak dah la.. den tak tau ler… hehe..

Ya Allah, kau permudahkan lah urusan Fairuz Jaafar. Ketemukan lah pekerjaan yang sesuai dan baik untuknya. Ameen.

Dalam nak apply tu, tak jumpa pulak sijil diploma dulu.. sudah, mana hilangnya. Angin pulak satu badan ni, geram mencari, mulut pulak dah mula membebel-bebel.. barang kita orang alih, tak tau nak carik dekat mana… huhuu… terus tak carik dah, baring atas katil and nyakat amirah. Baru lega sikit hati ni.

Petang baru rasa lega 100% sebab dah jumpa sijilnya and dah boleh apply.. hehee..  dapat tak dapat lain cerita, yang penting apply dulu. Ok.. chayok!       


T__T wuuuuu... sedeynya tengok cerita aamir khan ni... sebak betul. Korang dah tengok cite ni? mesti dah tengok kan sebab akak pius ckp ulangan. Best cite ni..best bestt... sebest 3 idiot.... :)

Fuhh fuhhhhh… jap yer.. tiup abuk ni hah.. dah tak nampak huruf dekat keyboard… ngeee~  hermm.. sebenarnya malas nak menaip hari ni tapi tangan ni gatal jugak nak menaip.. Pagi ni pergi interview, 2 jam kat situ. Lepas je jawab soalan, soalan dan soalan (simple test) .. akhirnya masuk jugak ke bilik interbiu… Besar company ni… glup~ layak ker aku….? Then, 3D test……  guna rhinoceros!!! Adoiiiiiila nye pun~ Rhino ceq dah lupa bangat.. cmno yer.. ceq jalan jela apa yang boleh di buat… Selebihnya Allah tentukan.. Kalau ada rezeki tu adalah la kan… at least aku dapat jugak pengalaman pergi interbiu yang memang betul2 interbiu tu. Siap kena lukis-lukis.. conteng-conteng.. entah apa yang aku conteng tu pun tak tau la.. hehe…  kat mana interbiu?? Korang rasa-rasa kat mana? Hurmmm… rasa macam tak layak jer… T__T”.



Powered by Blogger.