Alhamdulillah, selesai untuk harini.

Dah 2 minggu aku pulun baca and jawab soalan kpp sebab nak ambik ujian komputer. punyalah nerves nak ambik sebab dengor encik azan and encik razak cakap macam susah yang amat. aku pun balik pulun la malam-malam baca, baca dan baca. tapi bagus jugak dorang cakap susah, sekurang-kurangnya aku akan buat persediaan.

Pagi tadi lagi sekali aku jumpa miera.. tak perasan naik van yang sama..hehe.. dan tak sangka ambik test hari yang sama jugak..kekeke..jodoh kita. kan..

tapi miera ambik test lambat hari ni sebab ader masalah teknikal, nama dia takde dalam rekod tapi dia da booking untuk ambik test harini. so, aku test awal dari dia. Alhamdulillah, lulus cukup-cukup makan je ujian komputer tu.. hehe.. yang belakang2 tu agak susah jugaklah soalannya.. keliru.. tapi kebanyakkan nya soalan dari buku jugak.

Harini jumpa kawan baru lagi, ija namanya. muka, gaya, tinggi dia serupa sangat dengan kawan aku masa belajar dulu. Serupa!  malah cara dia cakap juga serupa. hurmm.. cara pemakaianya pon sama.. senang cakap 99% sama! style pakai kasut pun sama, style pakai tudung pun sama.. tinggi lebih kurang..aishhh.. serupa la.serupa serupa. aku asyik tenung dia je, kot-kot la diorang adik neradik.. hehe..

Dia siap tanya lagi aku belajar lagi ker.. mentang-mentang aku fendek, dia lagi tinggi.. ngehehe.. bila dia tahu yang aku lebih tua dari dia, terus dia gelak.. caitt.. macam budak-budak ker aku? tapi.. yela, ija dan miera masing-masing nampak macam dah matang.. walaupun umur miera baru 19 tahun.  aku je macam budak-budak.. hee :) takpe la..kan..kan...

'baru lepas spm ker?' soalan biasa kalau naik teksi.. yela pak cikkkkk...

' spm ke tahun ni? '

'belajar sekolah mana?'

Mana ader aku macam budak-budak.. hurmmm...

tapi ader jugak yang melampau benorr.. macam akak aku dulu, selalu introduce aku sebagai kakak dia dekat kawan-kawan dia. dah tu kawan-kawan dia salam tangan aku siap cium tangan lagi..nyampah! saje nak kasi aku tua cepat.

berbalik pada test tadi, aku lulus. yeahhh...

sekian melaporkan.. Assalamualaikum :)

Floria putrajaya.30 jun - 8 julai 2012

Tak tau aktiviti ape nak buat hujung minggu ni? jom kita ke Floria putrajaya. Setiap tahun mesti ada yang menunggu kedatangan floria di putrajaya kan? Banyak aktiviti menarik yang dorang sediakan.. dan yang paling best, pertandingan Photography! hehe.. dah minat, memang la suke kan.. selain tu banyak lagi aktiviti yang menarik untuk korang semua join..

Aktiviti sabtu pagi :)

Jom tengok aktiviti sepanjang floria 2012  di SINI

p/s: Hurmm..bestnya kalau dapat pergi..

Kredit: www.ppj.gov.my
haritu after jenjalan dekat kl bird park, terus balik rumah. Semua tiada kat rumah pergi majlis kahwin. yang tinggal hanya aku, adik dan adik :) walaupun dah makan lepas jenjalan, after dua jam perut ni rasa lapo la balik.. tapi malas nak masak ikan-ikan yang ader dalam peti ais, lambat pulak nak tunggu lembut.Magie pun takde.. So, decide masak sizzling rice walaupun resepi dia tak tau pun, cuma rasa macam pernah tengok resepi tu kat mana-mana.. so, just cuba je sebab ingat-ingat luper. nak bukak laptop malas.

semua bahan-bahan guna ape yang ader je..

gambar sekadar hiasan
Bawang putih
Halia
cili kering
cili padi (kasi lagi pedas :)
Sos tiram
Kicap pekat
Kicap cair
Tepung jagung
Perencah ayam knorr (tak letak pun takpe kot)
Udang (sebab ayam takde, tapi better guna ayam)
Sayur sawi (ape-ape pun takpe)
Cendawan dalam tin (hehe.. tu je yang ader, better guna cendawan  shitake (hitam) lagi best+ sedap)
Telur (kalau suka)
garam secukup rasa.

Tumis bawang putih, halia and cili kering. masukkan sos tiram, kicap pekat n kicap cair.. agak-agak jela nak masuk banyak mana. ikut sedap rasa. tambah air sikit. masukkan perencah ayam then pekatkan kuah dengan tepung jagung. masukkan sayur, cendawan n akhir sekali udang. telur aku tak masuk.. sebab takde.. hehe... garam jangan lupa, nanti takde rasa pulak.. 

**************************

hurmm..siap dah! boleh tahan la cuma rasa udang kuat sangat.. lepas ni nak masak guna ayam n cendawan shitake la.. baru bestt! ni pun main campak2 jer.. asal kenyang. tapi not bad la.. senang n cepat nak masak.

tapi hari tu gas takde pulak.. terpaksa masak dalam rice cooker.. hehe... haa..asal boleh. bese dah, dulu-dulu dok asrama inilah kerjanya.. kan.. 

Mak balik terus buat report la kata gas takde..penat pulun masak dalam rice cooker, rupanya gas ader cuma aku pasang kepala gas tak betul. yela! mana aku tau, kepala gas tu lain sikit siap ader meter gas lagi. dah macam meter kereta. Dah pasang kena tekan button la pulak.. hurmm..safety safety..

next time nak buat lagi lah. sbab aku memang suka sizzling rice with mushroom. oyeahh
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........tension! kenapa boleh silap disaat-saat akhir ni pulakkkkkkkkkkkkkkkkk.....................................!

24 june 2012- Yup! Harini aku ke bukit Broga :) lupakan ujian computer (Lesen L) dan terus ke Broga hill…hehe..Minggu lepas kakak aku ajak ke broga hill katanya ikut opismate dia…conpom aku cancel plan sabtu dan ahad aku sebab  antara wish list tahun ni adalah hiking di Bukit Broga… yeahhh…

Malamnya memang aku dah prepared semua, dari baju, trek suit, tudung, bag, botol air..segala macam la.. excited punya pasal. Kakak aku relak je mengadap laptop dia.  :) ikut perancangan kita orang akan keluar dari rumah pukul 4 pagi, katanya nak tengok matahari terbit..  4 pagi tu?

Malamnya aku terjaga pukul 1.45pagi sebab nyamuk sedang sibuk menjalankan aktiviti membotox badan aku.. giler! Entah kenapa banyak pulak nyamuk time ni.. tapi rasa gigitan dia tu macam nyamuk gajah, sakit dan pedih betul.. tak tahan, aku bangun and terus mandi. Pukul 3.30am kakak aku kejut bangun, caitt.. orang baru je tidur.. ikutkan hati nak sambung je tidur tu tapi broga hill punya pasal.. hehe..

4 pagi bertolak dari rumah menuju ke tempat kerja kakak aku, tunggu kawannya yang lain.

Yurm yurm..
Jauh rasa perjalanan nak ke semenyih, mungkin dah tak sabar sangat kot. Dalam pukul 5 kita singgah mcD breakfast and hamper pukul 6 kita orang singgah ke petronas, solat subuh.

6 suku kita orang sampai dan memulakan pendakian..

nampak tak? kita orang mendaki ni...


Akhirnya dapat jugak aku meyelit tulis entry harini.. semangat nak tulis entry baru sejak semalam lagi tapi buzy kena siapkan presentation untuk rabu ni. Besok la kan.. ada lagi tu kerja yang perlu diperbetulkan tapi tak kira nak hupdate jugak blog.

23 june 2012 - Sabtu ni terasa sangat panjang. Yup! Sebab ada aktiviti yang dibuat. :) hee… walaupun letih berjalan tapi rasa sangat puas. Dah lama rasanya tak begini.. ayat sekolah..  sebenarnya aku tak rancang nak pergi taman burung minggu ni  tapi bila tengok tarikh tiket dah hampir expired aku pun menggelabah la kejap… rugi duit aku kalau tak pergi. Awal perancangan nak pergi dengan cik kiah tapi jauh pulak dia nak datang sini, so decide ajak orang yang terdekat jela.

Pagi tu aku bertolak awal dari rumah sebab tak mau sampai lambat dekat sana.. tapi hampeh.. kawan aku tu pulak yg lambat.. memang takde initiative  langsung nak datang awal. Huh. Niat dalam hati kalau dia tak datang jugak, kol 11am aku pergi sendiri jer.. naseb kol 10.30 dia sampai..  haii.. nape lah takde usaha nak merancang perjalanan, tengok la google map ke kat mana tempat-tempat yang tak tahu tu..  That’s why la…haishhh..ni yang terasa nak membebel ni..

Lupakan bebelan..korang pun tak suka kan.. sekarang menuju ke kl bird park…yeahhh… dah..xmuh cerita panjang dah..
Bnyak sangat burung, tak tau nama apa :)
minum susu..


18 jun 2012 – Alhamdulillah, hari ni aku rasa sangat lega. Tiada lagi bebanan yang berat serta awan hitam di atas kepala. Semuanya cerah menghapus segala kerunsingan aku, melontar jauh muka kelat dan bosan ku. Menyegar kembali mataku yang kuyu akibat mengantok memikirkan jalan apa yang patut aku lalui. TQ Allah, Alhamdulillah. DIA memudahkan urusan kerja aku.

Petang ni aku balik agak lewat atas arahan bos supaya menunggu dia di opis before balik. Jam hampir 5.30, aku ambik keputusan untuk solat asar dulu. Risau kalau bos sampai nanti ada meeting panjang atau urusan tender yang perlu di buat. Mesti mengambil masa yang lama.

Tika aku solat, kedengaran suara bos di luar berbincang sesuatu dengan opismate. Soal kerja agaknya, apa lagi kan. Sungguh tak kusyuk solat aku.

Petang ni tiada meeting mahupun urusan tender tapi aku diberitahu sesuatu yang membuatkan aku lega seribu kali. Alhamdulillah, projek yang aku tengah nak buat tu.. yang xde feeling tu akan diserahkan kepada pihak lain untuk membantu. Memang aku lega. Sebab aku memang tiada idea macam mana nak buat, arah mana harus ku tuju.

Sekarang aku boleh meneruskan tumpuan pada kerja yang sepatutnya di postpone atas urusan projek yang aku tak tau n xde feeling tu. Yehooo.. dapat teruskan kerja…

Muka macam kelat je tapi hati ini siapa yang tahu. Berbunga gembira :)

Dan sekarang 8.30 malam, aku mengembangkan lagi berbunga di hati dengan menonton city hunter.. hehe :) lupa terus pada semangat nak study untuk ujian computer nanti.. layan tv punya pasal.

Yeee… go Monday go… muka xde semangat~ cepatnyer masa berlalu..

Korang buat ape isnin ni? Maybe ader yang cuti hari ni (israk mikraj) tapi den kerja harini :( .. harini memang takde semangat betul, biasalah hari isnin..masih lagi mood cuti. Kerja yang perlu dibuat pulak tak berapa nak feel sangat..  takde perasaan suka dekat kerja tu~ xde hati.. cmne nak teruskan.. tak suka projek kali ni~ ngeee…

Apa-apa pun, perasaan tak sabar nak tunggu next Saturday tetap ader.. kenapa? Ofcoz la cuti kan.. dan lagi satu sebab tak sabar nak ke step seterusnya.

Kalau aku tunjuk gambar ni, mesti semua tau aper yang aku buat… ye tak?

b) kawasan bukit :)
Hehehe.. aku nak pulun! Sebab tak muh duduk rumah sewa lagi..nak cepat-cepat keluar dan balik rumah.  Yeahhh..tak sabar nyer!

Mohon Allah permudahkan urusan aku.

Sabtu baru ni aku daftar kelas memandu, naseb aku baik sebab opismate aku pun sama jugak nak ambik lesen keta Cuma dia dah ader lessen L. jadi dia dah kedepan dulu la.. tak payah nak masuk kpp dan ambik ujian computer. Alhamdulillah.. ada orang bawak, kalau tak aku pun tak tau kat mana. Naseb school tu dekat dekat kawasan aku. So, next time dah tau la.

Pagi tu memang ramai orang dekat pusat memandu.. ingatkan xde orang,, ramai jugak rupanya. After pendaftaran, aku terus masuk kpp. Kpp tu aper? Hermm..kelas pagi petang la.. :) katanya pukul 10 start tapi nak dekat pukul 10.30 baru start.

First sesi tengok encik yang mengajar tu garang jer.. bukan main garangnyer.. tapi lama-lama jadik best… besttt.. rasa macam masuk dewan kuliah pulak.. rindu betul… Encik azan kot namanya..entah la..aku pun tak tahu sebab dia pun tak kenalkan namanya.. masuk je terus mengajar/ceramah. Time pagi ni memang seronok! Lawak sangat, walaupun style dia cakap main lepas jer, tapi kita takde rasa sakit hati/ape-ape la.. makin rasa lawak ader la.. seronok.. adoii..rindulah nak masuk dewan kuliah.. :)

Sesi pagi berakhir agak lambat, dalam pukul 1.45 baru kita orang dapat keluar. Perut masing-masing memang menahan lapar dan dahaga.. haa..lapornyer..

After lunch and solat, sesi petang pun bermula.. start klas pukul 2.45 la.. sebab rehat mesti mau 1 jam.. kan kan… so, petang ni aku duduk sebelah miera… rupanya memang sebelum ni kita orang duduk sebelah pun..Cuma tak perasan..hehe.. yela.. kita tak kenal sapa kan.. sorang-sorang jer.. time rehat tu baru lah kenal-kenal sikit. Memang majority datang sorang-sorang..

Untuk sesi petang ni, en razak ambil alih. Hamboi… yang ni lagi lah..muka serius jer.. ha.. memang senyap je kelas. Naseb misai en razak tak tebal mana, kalau tebal memang conform la..serius. tapiii… awal-awal kelas jer semua orang gerun.. sekali sikit punya best la en. Razak tu :) suara dia memang kuat, sebab dia bekas askar ke aper tah.. tak ingat dah..  yang penting dia orang disebalik takbir soalan-soalan ujian computer tu.. aku memang dah lupa aper jawatannya.. orang jpj la kot.

Klas petang ni memang sangat seronok.. memang happening klass.. semua asyik tergelak.. dan yang penting aku suka cara dia mengajar..  kalau macam nilah style blajar kat sekolah-sekolah.. for sure aku tak ponteng…hehe…  ah..ponteng… memang kalau aku ponteng sekolah dulu-dulu.. pagi-pagi memang aku dah menyorok dalam bilik siap-siap..tak muh babah aku nampak aku tak gi sekolah..hahaha.. after babah aku pergi kerja, baru aku bersenang lenang dlam rumah..hehehe…  time tu memang takde orang dekat rumah, semua kerja.. so, sensorang jela mengadap tv.

Selesai sesi petang, dalam pukul 4.30 kita orang balikkk…. So, sekarang aku nak prepared ujian computer.. alamak.. takutnyer… korang doakan lah aku lulus.

Okay smua.. assalamualaikum :)
Alaaa..design punn..~ cantik tak?? cantik laaaaaaaaa.....laaa....
Ye... hargailah hasil kerja anda walau ia tak sehebat mana.. improve lagi..improve dan improve...kiki.. ahh..buat tebiat je ni.. masuk majalah cina tuuuuu... cina ker?  saje je sebenarnya main edit-edit guna software baru... tu pun lepas baca entry.. saper yer? ala.. lupa lah namanya.. mek cah kot namanya.. bahasa ape pun aku tak tau..tapi memang kelakar layan software tu...

Sebenarnya ader je kerja.. makin bertambah.. cuma untuk harini..petang ni.. dah rasa malas nak buat kerja.. sambung next week la.. kan..nampak sangat malas.. haa... masa dah time.. nak balik..

p/s: tak sabar tunggu aktiviti besok.. Mohon Allah permudahkan urusan. amin..


Haa..malu… harini terbangun lewat T_T” nak pergi kerja.. mak..nak pergi kerja sarung plastic kat kepala… mana plastic ni… huahhh..

Serius! Terlupa nak set alarm bangun.. set jam nak bangun sahur jer.. ~ langsir bilik pulak gelap.. alamatnya memang gelap lagi syahdu la bilik ku itu…

Datang kerja dengan muka tak bersalah nyer + tebal. Bos pulak datang awal pagi ni.. selalu tengahari baru masuk..tak pun petang..tak pun tak datang langsung.. ^_^” kalau ader opismate je takpelah… huu.. aku pun masuk-masuk je opis terus la bukak pc.. ahh..janggal.. janggal…

Duduk kejap, bos panggil… haaaaaaaaaaaaa…. Kenapa???? Kenapaaaa??? KENAPA??????

‘tolong fax surat ni’

Fuhhh… lega… ingatkan aper tadi.. huuuuu… ^___^

Bos aku bukan nak marah pun..biasa memang dia tak marah..  Cuma aku rasa tebal muka lah!!! Pekerja yang Berjaya sangat~  tapi kalau ader paper.. kita orang keluar jer.. nak gi bank ker, pg pejabat pos ker…

Ok..bos dah keluar.. hilang terus rasa janggal..

MEnerjah ke shah alam..

Ye..memang minggu ni aku rancang nak ke UiTM shah alam.. nak uruskan surat apply biasiswa ptptn, ambik gambor konvo dan jumpa kengkawan yang dah lama tak jumpa. So, semalam adalah hari yang tepat, sebab dekat area opis aku tu ader buat penyelenggaraan elektrik.. kiranya area opis takde letrik la.. blackout dari pukul 12-3 ptg.. surat blackout tu memang dah sampai awal dekat opis, so memang dah bajet la.

Tapi tunggu punya tunggu.. tak padam-padam lagi..jam dah pukul 12 lebih dah.. alamak.. tak jadik ker nak blackout? Aku dah janji nak jumpa kawan..

Akhirnya nak dekat pukul 1 terputus jugak letrik..yes!!! haha.. inilah yang aku tunggu.. hehe :)

After lunch baru aku gerak ke shah alam, tapi harini Allah permudahkan urusan aku.. Alhamdulillah.. opismate hantar aku sampai pkns shah alam.. so, dapat jugak aku sampai awal.. kalau nak tunggu bas agaknya petang baru sampai.

After uruskan semuanya dekat uitm, aku gerak ke pkns..carik pos opis, nak pos surat dan student gift… then, baru jumpa kawan-kawan.. hehe..sori, lambat..

Kita orang lepak McD.. borak-borak,, gossip..ahaa,.. biaselerrrr… rasa macam dah lama tak jumpa dorang.. kalau ader kereta senang nak jumpa dorang..malam-malam boleh keluar makan..kan..
Setel semua, balik la…

Sampai rumah lambat la jugak.. sebab tunggu bas lame ken main.. bersesak jugaklah dalam bas tu.. sebab bas tak banyak, sekali datang memang semua skali nak masuk… padat betull.. macam ikan sardine..  aku memang anti betul kalau tepi-tepi aku tu mat-mat warga asing ni.. tak suka betul… suka nak yandar-yandar dekat kita.. ok.. serius! Boleh Nampak perbezaan orang kita dengan dorang.. bukan nak burukkan..tapi memang dah selalu sangat.. tu yang menyampah tu..  

Aku tak peduli,, memang aku ‘berbunyi’ jugaklah kalau dorang dok dekat-dekat ngan aku.. sampai terpegang tangan , sandar belakang aku.. pastu senyum-senyum kat aku.. boleh jalan.. tak kira la org kita ke,, org luar ke.. mat-mat ker.. tak peduli!  Tapi bukan aku buat aper pun..aku pun takut gak ngan orang macam dorang ni… kenalah berhati-hati..baca ayat kursi selalu..
Selalu aku jeling marah la.. tak pun terkeluarlah bunyi ‘haiisssshhh’ dari mulut aku.. tak pun aku toleh, pastu pandang dorang dengan muka marah.. haha..tak boleh blah… kalau tak paham gak memang aku tepis la dorang yg sandar kat aku tuh…  sesedap jer!

Tapi semalam nasib aku baik, sebab dapat duduk tepi driver bas, kat situ ader tong duit..so aku duduk atas tong tu.. tak lah rasa sesak sangat.

Ah.. memang benci naik bas yang penuh dengan mat-mat ni… boleh kira org malaysia ader bape dlam bas tu..ciput jer.. kenapa lah area subang ni banyak sangat warga asing ni… haishhh…

Dah ler.. terbebel panjang pulak..huh!
Ye..harini mak kasi hadiah dekat aku katanya hadiah konvo haritu..ni hadiah konvo.. hehe..

Bila pulak mak keluar pergi beli hadiah...?
Congrat..
nak bukak ke tak nak?? ke nak tunggu balik rumah sewa nanti?
tak sabar... okayyy.... saya dapat hadiah baggg....:)
Bag sandang carlorino yang kemas dan cantik sesuai dengan citarasa aku... :)

memang aku bercadang nak beli bag pun semalam dekat kenanga wholesale tapi bila belek-belek bag kat sana tak minat pulak..
aHaaa..siap tulis tunda lagi tuh!

yang penting.. muat planner ku itu :)
Mak aku ni macam tau-tau je aku nak beli bag... hehe.. tq mak.

Haa.. sekejap je dah tiba ahad.. sekejap sangat..

Semalam girls outing kita orang pergi shopping dekat  kenanga wholesale.. girls outing? Yup! Sebab semua adalah girls haha..termasuklah mak den.. 
Bag aku tapi akak aku yang pakai..
aku pakai bag buatan sendiri :)
 Disebabkan aku takde bag sandang yang sesuai dan muat dengan diary/planner aku tuh, aku decide nak carik bag la semalam..  bag santa barbara aku tuh akak aku dah kebas,.. aku pakai bag sandang kecik yang aku buat sendiri tu.... hehe.. tapi biasalah.. bila barang kita, kita macam tak minat nak pakai, bila barang orang lain kita mesti minat nak pakai.. sama jugak macam aku yang selalu kebas baju-baju akak aku tu..haha.. so, aku tak kesah pun dia nak pakai bag aku ke. baju ker.. biasalah adik beradik..

la ni pakai bag laptop pergi kerja sebab muat nak masuk planner aku tuh.. tapi bila pikir balik bahaya la pulak.. kang orang ingat aku bawak laptop pulak...

macam uniform ke baju aku pakai ni?
Banyak juga yang aku beli semalam.. dan yang best dapat beli items dengan harga borong. Sebenarnya keluar semalam nak carik baju untuk kenduri kawen akan datang sebab decide nak pakai sama 5 beradik perempuan. Banyak sangat pilihan sampai pening jadiknya.. hehe...

Aloya yang aktiv sangat....
penat berjalan sampai rasa macam nak tercabut peha aku ni... terpikir jugak aku dengan kaki shopping.. tak letih ker? balik memang pulun tidur la.. penat..!

tapi sebenarnya tak tidur pun sebab nak pulun siapkan felt gift untuk students kakak.. tapi akhirnya tak sempat juga nak siapkan harini.. so, dia balik ke school dia dengan tangan kosong la.. 


Serius tak sempat nak siapkan.. sebab aku cuma ader masa 2-3 jam je tiap-tiap malam nak siapkan gift ni.. balik kerja pun dah penat.... maybe next week sempat la kot disiapkan. :)

tamat aktiviti sabtu!
Salam..

‘Pandang macam nak makan orang!’

Serius.. aku rasa sejak akhir-akhir ni aku selalu Nampak serius, think tak kira dari segi ekspresi muka, cara percakapan mahupun penulisan. Selalunya memang muka aku ni Nampak serius je  tapi kalau dekat rumah, ngan kawan-kawan atau tulis blog tentunya aku ceria la.. tapi…

Bila aku review penulisan entry aku akhir-akhir ni atau dengan perkataan yang tepat lagi, sejak akhir degree ni..aku rasa macam penulisan aku dah tak Nampak happy berbanding entry-entry yang lepas. Lebih banyak serius/moody berbanding happy.

Seronok pulak baca entry yang lepas, semuanya rasa macam happy jer. Bila baca tu rasa macam tersenggih-senggih sorang diri. Orang sebelah jeling-jeling..apo kono la dia ni.. golak sorang-sorang… 

‘ko ni banyak pikir kot’

‘ader masalah ker?

‘senyum la sikit’

Rasanya perlu ambil suntikan 'ceria + happy'... ada tak? coldsweats01 hehe..

Oh! tak sabar balik rumah minggu ni. (balik lagi~ lari bajet) Aktiviti cuti ni??? ape yer?

camera mungkinkah berpanas di tepi rumah mengambil gambar?
train ataupun jalan-jalan teman orang lain shopping...
tket taman burung tak guna lagi... maybe..
Jalan-jalan main lelayang??? oh.. tidak~




Bosannya hujung minggu.. Selain duduk rumah, pergi shopping tapi tak shopping pun sebenarnya, sapu halaman.... main dengan kucing... then, selebihnya tengok tv memanjang... bosan dah..

terpikir jugak nak jumpa blogger-blogger, then makan-makan sambil tu boleh kenal-kenal... lagi best kalau piknik sambil tu main lelayang dekat taman kepong.. alaaa... bestnya... pergi air terjun ker.. waaa.. bukan main lagi...

xde ker blogger yang nak 'meet and make friend' ni? kalau ader tu tag-tag la sekali.. dan yang pastii.... tempat tu kena ader public transportation la..sebab..ehemm.. denn ni bulom ader yang sendiri punya... kalau gi travelling pun best jugak na...

p/s: da lama tak main sukaneka, explorace, berkemah... alaa... rindunya aktiviti macam tu...


Huahhhhhhh... Ishh..tutup mulut..

' tak elok la macam tu (menguap ader lagu..).. tu lagu syaitan'
'biarlah.. dorang pun nak dengar lagu jugak' kakakah...

Memang teramat mengantok sangat hari ni.. bertambah mengantok after lunch tadi.. hiyakkkk.. dah keluar segala kung fu pun tak muh segar jugak..akhirnya fairuz ambik keputusan tidur sekejap dekat bilik solat.. haa.. puas betul walau hanya 15 minit.. haa.. lega.

**************
Cuti..cuti..cutiii.. bilakah akan tiba lagi cutii... sekejapnyer rasa sabtu dan ahad. Rasa tak puas duduk rumah.. hati ni tak sabar untuk cuti lagi, terbayang sungai di depan mata.. air terjun yang sejuk memukau suasana..aicehh.. ni semua penangan dia yang saja menggamit perasaan tak sabar dalam hati ni. saja jer ...kn... nak kasi aku excited terlebih-lebih.. adoii..rasa macam minggu ni jugak nak pergi ke sana.. tapi bila terfikir kerja yang belum disiapkan, hampeh jadi nya... bila lah dapat merasa lagi suasana kampung yang best camtu..

Mak..carikan aku orang kampung... tapi kampung dia kena best lah.. ada ayak terjun...kekeke...

MAk..buat masa sekarang, ni lah bakal menantu mak.. :) okay?  
p/s: entry kasi celik biji mata..

Kenapa potong rambut~

Salam dan selamat malam.. lewat malam..tengah malam..

‘Kekok sangat harini rasa..’

‘Kekok? Janggal la.. ‘

‘Yela..janggal.. harini sensorang dekat opis.. semua fairuz yang kena buat.. dan kebanyakkan reaksi yang selalu tertonjol keluar ialah... jeng jeng jenggg.. muka blur! Muka tak tahu ape benda!’

Tula.. awal-awal pagi rasa borink.. dah petang-petang banyak pulak kerja sampai terkejar-kejar nak siapkan... bos pulak bajet fairuz tau semua... ah..tak kira.. geledah pc-pc opismate carik file. 3 pc sekali fairuz kongke (oh! Bahasa sekarang). Kejap meja belakang, kejap meja depan.. balik pulak meja sendiri.. ulang alik ulang alik... tapi kira okaylah.. sebab tiba-tiba tau buat pulak.. dalam tak tahu nak buat tu..explore jugak kasi tahu buat.

Harini balik tepat pada masanya.. 6 petang keluar opis.. bubye bos.. tinggal sensorang buat kerja.. ngehehe... boleh tengah siap-siap nak keluar opis tu orang telepon suruh betulkan quotation... hampeh..  opsss, pandang kiri kanan.. takut ader stalker report dekat bos luar....hehe... tula.. saya mana pakar benda-benda ni.. on balik pc..  entah aper formula yang dia guna pun fairuz tak tahu.. then last-last suruh dia sendiri yang betulkan.. sebab tak paham dekat mana yang salah.. 

‘ suruh dia betul sendiri lah’ kata suara di belakangku aka bos. Fuhhh..lap peluh.. nasib ader green light!

Again..bubye bos.. arrghhh nak balik. Bye rumah sewa!!

Sampai je rumah, terus babah tanya macam mana kes pecah rumah tu.. fairuz jawb ringkas je :)

Mak? Takde... jenjalan..

Sempat jugak masak sardin + telur nak isi perut yang bukan main berdondang sayang sesampai je dekat rumah. Jadi lah kan... takkan nak masak udang masak tempoyak pulak tengah malam ni... bukan ader saper.. den je yang nak makan. Senang, cepat dan lazat! Ye..itulah moto kita malam ni.

Hurmm.. mengantok dah.. layan cerita omputih ni buat mata aku terbuntang luas dan hampir je lalat berak dalam gua ku. Caittt.. omputih ni kalau buat cerita nombor satu.. habis ternganga aku melihat segala tipu helah tu..  tapi best kan...hehe..

Okaylah..tidur semua..malam.

Salam..

p/s: apa punya tajuk tu...
Powered by Blogger.