Kerana kebosanan yang melanda hari isnin dan kerana tak puas hati semalam balik rumah parent takde kat umahhh.. berbuka makan macaroni jer.. dan tak puas hati jugak tersalah tarikh kelas memanduu (tibe-tibe)... dann.. ahh.. takde alasan dah.. kerana kemalasan nak buat kerja, jadi layan benda cengini kejap..


Peribadi berdasarkan tarikh lahir...


ANALISIS UMUM


NO. PERIBADI    : 4


ELEMEN         : Kayu


CIRI UTAMA     : Rancang (eh, minggu depan rancang nak pergi bali, saper nak ikut)


SINOPSIS         : Disukai kerana kemahiran dan perancangan, namun kemahiran perhubungan sempit (yakk.. batu hempap kepala).


TAFSIRAN UMUM  : Kemahiran tinggi, bijak *2 x 5 = 10*, tidak mudah putus asa, sukar simpan wang (duit gaji pun ciput jer, nak simpan camne (tibe-tibe) alasan sbenornya) , perhubungan mudah putus ( huh?)


WARNA SESUAI     : Hijau.


STATUS BMI     : 18 => Underweight (terlalu kurus. Dinasihatkan berjumpa dengan pakar pemakanan bagi mendapatkan nasihat pemakanan yang sesuai bagi meningkatkan berat badan kepada yang ideal. *patutlah sir den kata den macam orang sakit*


PENYAKIT UMUM     : Struktur tulang, kawasan hati, mata, masalah tendon, kekejangan otot (terutama sekitar bahu), masalah kulit.


PERINCIAN ANALISIS PERIBADI
Seorang yang popular (samada disedari/tidak disedari) *ehh..aku popular ker?* . Perancang yang percaya dalam prinsipnya, membawa kejayaan, didorong oleh gerak hati (intuisi). Perancang yang sibuk, sentiasa berada dalam tertekan *sangat-sangat* . Perancang yang cepat dan mampu menyiapkan kerja dalam jangkamasa yang singkat, ringan tulang. Seseorang yang strategik yang sentiasa merancang untuk kejayaan. 


PERINCIAN ANALISIS KERJAYA


(KERJAYA SESUAI)
Perabut *memang den belajar bahagian ni pun*, kertas, pendidikan, perpustakaan *den skolah dulu pustakawan, saje nak habaq..kekeke*, pertukangan, pakaian *ermm..skolah menengah den ambik pengajian pakaian*, kebudayaan manusia, buku, studio rekaan, fabrik, penanaman *ehh..memang suker la.. kecik-kecik dulu den frust, sebab ayah den pi cabut anak pokok cili yang den tanam.. ingatkan semak katanyaa.. huaahhh..sedey~ nanges hentak kaki*, perladangan, hortikultur, perkebunan, perhutanan, kilang papan, perubatan, hospital, keagamaan, pelukis, doktor, ahli farmasi, guru *cepat buat kerja skolah tu!*, profesor *amboi*, penerbit, pegawai perhubungan, pentadbir pejabat.


(KERJAYA TERBAIK)
Hartanah, pusat kewangan, pembuat pasu, kedai antik, pakar runding , perakaunan *duit sendiri pun tak reti manage*, pengkebumian *ohhh*, batu permata*bersinar-sinar mato den*, marmar, kontraktor, perlombongan, kebajikan, pembinaan, broker saham dan sekuriti *mok guard ker?*, arkitek *cita-cita den kecik-kecik dulu..wakakaka*, pekebun, peladang.




"Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir"
Hanya sebagai renungan,
Rahsia-Tarikh-Lahir.Com
Jumaat, hari eksited tunggunya cuti tiba.. yeaaayy..esok coti nak jalan-jalan bawak kreta and vroomm balik rumah.. kununnya la walhal kreta boleh bawak time ader cikgu kat sebelah jer. limit dalam litar and sekerat jalanraya.. ader hati nak vroomm balik umah...booo.. *kat diri sendiri*

HAri ni tersangat la malas, kemalasan, kelembikkan, ke segalanyaa sebab dok teringat rumah..badan di opis hati dekat umah dah... paling tak menahan dok opis takda watpa sebab ceq punya kerja dah submit, so kena tunggu next review baru leh sambung balik... kononnya takde kerja nak buat, den pun menepek jela depan pc, tengok kertas kosong, tengok fb yang bersawang dan baca blog orang.. waaa... macam bahagia betol..

Walaupun berpuasa, meeting still lagi berjalan seperti biasa.. cewaahhh..tak risau punnn.. sebab takde aper nak tunjuk dekat bos. lenggang lengguk masuk bilik bos, bwak buku and pen sebatang. duduk pula di kerusi paling empuk, mengadap pulak bos..

HAmbik kau takde kerja sangat nak tunjuk time meeting..ale-ale bos discuss pasal next exhibition..mampus aku buat research ala kadar je ritu..lupa! cis cisss dan cissss kekk.. camne boleh lupa nak bt research untuk next exhibition.. dah tu bos suruh kasi pendapat la aper la, idea la, shape la, warna la.. haaa..*dush dushh.. bertubi aku kena tumbuk..wakakaka... takdelah.. den pun wat muke seposen jela~ muka tak bersalah sebab tak buat research pasal concept tu.. bos tanya den pun hantam sajalah dan selebihnya diam.. obvious sangat kot tak wat researchhh..wakakaka *gelak dlam muka sedih* dah tu kena serang..

'fairuz..you diam jer' (kira lebih kurang la ayat dia)
'yela saya mana tau pasal pokok' hahaha..bajet sungguh. tapi betol! aku memang tak terer la bab-bab plant-plant, pokok memokok ni, den bukan landscaper tegar.

kena pulak time tu bincang pasal pokok...huahahaha..senang la nak jawab.. sadis sungguh..  naseb time tanya tu cakap pasal pokok kalau cakap pasal design, den nak jawab perrr.. research pun takda.. cakap yang mana ingat jelaa.. nyampah... buat muka sanggap dalam tu.. muka blurr.. goyang-goyang pen bawah meja tunggu bila nak habis meeting.. hehe..

opismate dekat sebelah siap bawak keluar paper dia tulis-tulis pasal research tu..  haa.. nampak benor aku tak tau paper.. kan.. kikiiii *geletek pinggang sndiri paksa gelak*

Haaa..rindu dekat my frenz, selalu ingatkan macam-macam time lupa itu ini. la ni takde saper nak ingatkan.. wake up! back to reality! hohohohoo.. berdikari.. alertt~

eh, byelah..nak balik awal grini...
Tatkala bosan melanda suasana opis, hanya pen, pensil dan kaler menjadi peneman... biar tergetar melukis, biar tak cantik line yang ader janji terubat bosan yang melandaaaaaa....makk... nak balik rumahh... homesick! 




DAh dua bulan kiranya laptop aku hilang dan dah dua bulan jugaklah aku tak boleh nak bukak email yahoo gara-gara terlupa password yang aku tukar. hehe.. tula, main sedap jer tukar..ale-ale lupa...kononnya untuk keselamatan sebab laptop aku yang dicuri tu dah automatik set email and password sekali, so senang je nak bukak kalau dapat dekat orang lain.

Dalam 2 bulan ni aku cuba recover balik password tu dan cara yang boleh aku buat ialah dengan menjawab security question yang ada. Itu je pilihan yang ada memandangkan pilihan pertama, alternative email pun aku tak tau password dia.parah. JAdi yahoo tak dapat nak send lost password dekat alternative email yang ader.. kalau hantar pun aku still lagi tak boleh bukak.

Disebabkan aku dah lupa jawapan secret question tu, jadi aku main teka jela.. Setiap hari boleh teka (cehh) secret question tu dalam 7-9 kali jer yang selebihnya kena tunggu next 12jam baru boleh cuba lagi.First question memang aku tau tapi second tu aku tak tau.. Soalan dia siapa favorite author.. dah sudah,,.. last update tahun 2009, mana aku nak ingat.

Jom! aku nak bawa korang semua ke kota frenchh..

Sempat bergambar berlatar belakangkan seni bina french..
Yeahh.. inilah 'french' tu..wekikii..gurau jer. Ni lah tempat yang aku excited bebenor nak ambik gambar tu, Colmar Tropicale. Walaupun sunyi dan tak ader aktiviti sangat dekat sini tapi aku suka. bagi yang tak tau cerita, korang baca entry yang sebelumnya (Bukit tinggi).
A place to go kali ni membawa aku ke Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Sebenarnya memang dari awal lagi aku sudah diberitahu oleh bos untuk ke sini minggu ni. So, sangat la teruja menunggu hari Jumaat tiba..ofcoz la sebab aku memang suka bab-bab berjalan ni cuma takde kesempatan untuk pergi. Nak bawak kereta pulak memang tak la kan sebab lesen pun takde lagi. Kalau ikut orang pulak selalunya menerjah ke shopping mall jer.. adoii.. letih mengikut orang shopping. Tolonglah bawak aku ke tempat-tempat yang tenang~

Dan hari yang ditunggu pun tiba...

Perjalanan dari Subang ke Bukit tinggi memakan masa hampir 1jam setengah. Terasa lama sangat sebab dah tak sabar nak menjejakkan kaki ke bukit tinggi. Before bertolak ke Bukit Tinggi sempat aku buat research cewaahhh coz nak tahu mana mana rupanya. Dan excited tengok Colmar Tropicale yang bertemakan french. Huahaha..tak sabar nak bergambar dekat situ. punyer excited aku.

Perjalanan yang berliku-liku tu tidak aku hiraukan.. haishhh..jangan muntah!

Destinasi pertama kita orang setibanya di Bukit tinggi ialah... jeng jengg jenggg....

Rabbit farm~~~~ okayy.. rabbit farm and animal park. Kenapa bos bawa kita orang kat sini pulak.. ? Kita orang memang berat hati nak masuk tau sebab tengok dari luar macam takde apa jer.. tapi disebabkan bos kata dia nak tidur kejap, so kita terjah jela.. dengan harga tiket RM3, korang boleh menjelajah tempatnya yang tak sampai 5 minit dah terasa nak balik tu.. heeee.. okay la.. tu rasa bila kali pertama masuk ke animal park ni.

kecik jer tempatnyer
Assalamualaikum semua :)

Salam Ramadhan bagi yang beragama Islam. Harini first day kita berpuasa kan... :) ader yang terlupa ker? mana la tau ader yang pi breakfast pulak.hee... Pagi ni aku ke kelas memandu, yup dan yang pasti bukan dengan cikgu kamal tapi cikgu nik. Kebetulan minggu ni jadual cikgu kamal full, so aku terpaksa pilih cikgu lain.

Dugaan first day puasa~ harini enjin asyik termati jek dekat jalan raya..arrrrrhhhhh.. apelah malang nasebku harini. kak nik pulak agak garang bagi aku. siap pegang rotan..huahahaha... aku pusing jalan raya berapa kali harini.. termati kat traffic light la, atas bukit la, nak masuk simpang la.. adoinyer pun... selalu okay je dengan encik kamal. kenapa kali ni asyik termati enjin jer.. sabor je la.. kak nik yang duduk di sebelah agaknya dah berapa kali geleng kepala..hahaha... bila dah dua perkara nak disatukan begitulah jadinya.. yang mana nak ikut cara encik kamal dan kak nik.. dua-dua mengajar dengan cara dan tip yang berbeza. dulu dah terbiasa cara lain, kini nak mula pulak cara baru.. conpius di situ. Tapi dengan penerangan dan tunjuk ajar kak nik, aku serba sedikit terasa dah improve di jalan raya. :)

Harini bukan problem dekat jalan raya jer tapi dekat litar jugak..okayyyy! aku tension. nak masuk parking langgar tiang la pulak.. nak undur kete terlanggar lagi tiangg.. makkkkkk.. kenapa? sebelum ni okay maa... hurrrmmm... memang harini banyak pulak kesilapannya.. walaupun cara mengajar kak nik lebih berkesan tapi aku rasa belajar dengan cikgu kamal lebih tenang, aku boleh fokus untuk ingat apa yang perlu aku buat. cara kak nik juga bagus, rasa lebih improve.

Harini aku nak cerita a place to go dekat korang tapi rasanya tak sempat kot nak tulis sekarang.. sebab dah nak berbuka pose.. hehehe.. mungkin lewat malam sikit aku sambung. okay..selamat berbuka.


fesbuk giler~ sekian.
Salam semua :)

Hari ahad~ hari yang sangat malas. tapi tetap bersemangat nak update entry baru untuk tatapan masa hadapan.. hukhuk.. ^_^"

JUmaat lepas, seperti biasa ada meeting dengan bos and semua opismate. dan seperti biasa juga kita orang akan menerjah tempat-tempat yang belum pernah kita orang pergi. jika sebelum ni shopping mall dan taman-taman menjadi pilihan tapi kini kita orang menerjah jauh di Sepang goldcoast. Memang jauh dan tak sangka untuk haritu akan pergi sejauh itu hanya untuk meeting dan makan-makan.

Perjalanan ke Sepang memakan masa hampir 2 jam, dalam perjalanan terfikir juga bagaimana rupanya Sepang Goldcoast tu. Cantik sangat ker sampai bos nak bawak sampai ke situ. Sebelum tiba di Sepang Goldcoast, korang akan melalui Sepang international Curcuit... memang besar!

Akhirnya sampai jugak ke tempat yang dinamakan Sepang Goldcoast tu dan destinasi yang lebih tepat untuk ditulis ialah The Golden Palm Tree, iconic resort and spa. Landskap dekat situ memang cantik! patutlah bos sanggup pergi jauh untuk kita orang tengok landskap dekat situ.

Korang biasa tengok kan gambar ni.. inilah tempatnya.. bentuk palm tree. kredit, pakcik mkcik gogel
Ehh.. ader pulak search keyword 'fairuz jaafar blog'.. owhh..korang stalker blog fairuz yer.. jeng jeng jenggg.. tengok kiri tengok kanan... tengok atas kot-kot bos mengintai dekat cctv.. oppss.. sori bos.. tension baca plan, tulis blog jap.. piss V..

hari ni belajar baca plan.. okay... banyak kerja kena buat.. macam mana nak jadi arkitek ni, plan pun tak reti nak baca.. huahahah.. cita-cita masa skolah dulu..hebat tak!  susah jugak yer nak paham arkitek punya drawing, kena view atas, elevation..site depan, belakang... uishh.. tak paham camna nak buat landskap.. now baru tau, banyak benda yang silap gara-gara tak paham plan dengan betul. huhu... tambah-tambah bangunan yang banyak tingkat tu..lagilah penin..  takpe fairuz, belajar slow-slow..

Entahlah, kadang-kadang tu rasa macam malas nak buat design.. buat modelling lagi best! jadi model pun best jugak... opss.. fendek..xboleh..

Dalam seminggu ni hati sangat tak tenang.. kenapa? entahlah.. asyik mimpi orang yang sama jerk.. siap bawak awek pulak tu. giler.. takde tempat lain nak lending, mimpi den jugak hang nak mai na. mimpi itu mainan tidur..kan kan kannn... then tak tenang sebab asal naik lift jer ader orang tanya itu ini.. rasa macam pelik di situ.. hermm.. hurmm.. sangat tak tenang.

Takde idea nak tulis aper, so mengadu dekat korang jela.. penuhkan report kad.

okay.. salam.

p/s: zasss..

Aku ingin bahagia..
Tapi terlalu bahagia buat aku takut..
Lalu aku lari..
Dan akhirnya terhenti di sini..

Aku mahu disayangi..
Tapi terlalu menyayangi dan disayangi buat aku takut..
Aku lari lagi..
Tapi semakin jauh aku pulak sendiri..

Sejauh mana aku nak lari? Tak mahukah aku dengan bahagia? Aku takut.. 

Kerana itulah kerja syaitan, memburukkan ibadah dan mengindahkan yang sebaliknya.

Biar kita rasa buruk,
Biar kita rasa sendiri,
Biar kita rasa tak disayangi manusia di sisi..
Biarlah.. cukup DIA buat kita..
Moga DIA menemukan kita semua dengan bulatan yang lebih bahagia.

Bulatan itu! Jom pergi! 


Salam semua (muka takde semangat!)

Huaaaaahhh haa.. menguap pulop! Mengantoknya harini rasa tak muh bangun dari tidur. Rasa tak cukup rehat. Minggu lepas sangat full dari isnin sampai ke ahad. Huaaahhh haa.. menguap pulop lagi. HAri sabtu last exhibition memang ramai orang yang datang. Berhari-hari pergi situ duduk dalam aircon yang sangat kuat, badan rasa letih.. selesema dan bibir jadi sangat kering. 

Walaupun penat TApi sangat best sebab banyak idea menarik dekat situ plus dapat borong goodies bag, heheee.. biasalah.. buat stok. Borong-borong… 

Nak tempek jugak..
Sempat kita orang singgah makan malam after exhibition.. orang dah belanja, kita makan la. kan kan.. time ni  dengan opismate jer.. bos takde... sooooo..kita enjoy! ngehehe..xdelah.. so, kita makan something yang kena dengan citarasa kita la kan...carik nasik la.. takkan spaghetti pulop.



Parkinson di situ..
Ahad memang sangat full. Gear 1, reverse, gear 1, reverse…  parking, naik bukit, parkinggg…naik bukitt… pastu tiga penjuru. Sakit kaki main dengan gear!  Tapi best la kan..heheheheheeee… huhuuuuu…

Dan akibatnya, harini menjadi sangat letih, mengantok, malas, takde semangat.. memacam la.. xde mood.. nak marah… syak wasangka (tibe-tibe).. rasa nak baling handphone (tah pape, bajet orang kaya).. takdelah semua tu, Cuma badan letih dan mengantok jer.

okaylah..nak start buat keje.. salam..
Assalammualaikum semua :)

Hee.. lamanya rasa tak update blog :) walhal baru beberapa hari lepas update. Harini membuzykan diri join design contest dekat internet. Saja, bosan mengadap pc tapi takde buat aper. Dari terconggok depan pc and layan mengantok, lebih baik join contest. Tak menang pun takpe, at least kita sentiasa belajar benda baru. Explore sana sini. Kalau menang Alhamdulillah la. :) best jugak join contest-contest ni, dari tak tau terus belajar sampai tau. ok kan.. tambah skill.


Semalam 1st day Archidex, tak ramai sangat orang sebab bukan untuk public. public jumaat n sabtu. So, ambik peluang untuk jenjalan tengok booth orang lain. tapi tak semua hall pergi... mungkin besok kot baru nak jelajah semua..hehehe..


company punyer booth..moh datang :)
salah satu booth yang terkenan di hati :)

Suke booth ni. kreatif!

cute :)

comel, coffee table guna kotak..

wall dia, nice
Tamat 1st day Archidex, close booth and jenjalan cari makan. isi perut yang berkeroncong. kali ni kita bertiga jer..me, opismate n bos. 

kedai makan yang ader : suri kafe
 kita orang makan di suri kafe, makanan arab rasanya.. tapi time ni yang ader cuma kebab. tapi best!garlic sos dia sedap! daging kambing best and yogurt dia..hurrmm..masam leh.. tak boleh terime.

kedai yang comel


kita orang pun tak luper nak posing di sini. :)

 Nota kaki kambing: adoi.. pening kepala makan daging kambing..

eh lupa nak inform korang, kita dekat ECO-B hall tau :)

TRADE: 4-5 JULY
PUBLIC: 6-7 JULY (Jumaat dan Sabtu)

Archidex tahun ni terasa best sikit dari yang sebelumnya sebab company tempat kerja join exhibition kali ni. Sebelum ni cuma jadi visitor jer, then upgrade sikit jadi trade visitor, sekarang jadi exhibitor pulak. Esok bermulanya Archidex 2012 dan untuk public dibuka pada 6 dan 7 julai.

Tentunya ada banyak benda dan idea menarik dekat sini dan yang pasti tak boleh terlupa bawa kamera besok. Jom terjah.

p/s: Kalau terlepas tahun ni.. korang tunggulah tahun depan yer :)
Powered by Blogger.