Jom pius bawa korang ziarah rumah pius.. ziarah gambar jela.. hehehe..

Malam raya kita orang buat bbq.. kecik-kecik je.. rumah pun xde kawasan sangat so cuma boleh bakar guna bekas bbq yang kecil-kecil dan comel. Niatnya nak lepak-lepak bawah rumah, borak ramai-ramai sambil tu makan tapi malam tu hujan pulak. Macam mana nak bawa anak buah semua turun. So, hanya abang ipar jela yang bakar. DAh selesai bakar semua baru bawak naik.


Malam tu layan anak buah..
Sehari before raya pius pergi interview.. hurmmm.. gatal pergi apply! cadangnya nak tunggu ada kereta dulu baru nak tukar tempat kerja. TApi... hehehe..

So, malam before interview pius balik rumah tapi agak lewat jugaklah sebab jalan dah mula jam. 2 jam setengah bertapa dalam bas.. huuuu... belum lagi naik bas nak balik rumah..

Haaaa... letih menunggu..
perempuan kalau jumpa cermin~~
Malam tu prepare nak pakai apa untuk besoknya. Carik punya carik akhirnya jumpa baju nih..
macam over jee..
BAru aku sedar selama ni aku jarang beli kemeja dan seluar slack. Ni pun time diploma dulu.. adehh... Kira boleh la..

ATV Adventure at kemensah.

Assalamualaikum.. *tak jawab dosa, jawab sayang* ngehehehe.. gatal.

Malam semua.

Macam mana cuti korang? Cuti minggu ni best sangat aku rasa, sebab penuh dengan aktiviti. Korang tau jela, aku nih jenis terperap je kat umah sebab takde saper nak bawak jalan..hehehehe.. takpe-takpe.. dapat kereta nanti tau la aku nak membalas dendam!

okay..cuti nih banyak tempat yang aku tuju bersama cik kiah tapi aku nak bawak korang jelajah atv dengan aku. jelajah gambar jela.. sebab aku dah pergi. hehehe..

okay ni senarai pakej yang ader dekat atv kampung kemensah ni.. aku paste dekat sini tapi kalau nak lagi detail, korang boleh masuk site dia. pius ambik pakej C, sebab nak pergi sampai air terjun.. hehehe..

pakej atv.


ye, minggu ni girls outing! 

Lama sangat rasa tak jumpa cik kiah *bukan nama sebenar* tapi aku suka panggil camtu. kejap cik kiah..kejap aku panggil cik peah..sesedap rasa nak panggil la.. hehehe.. Dalam banyak-banyak kawan, yg ni la yang paling rapat..  aku rasa  mungkin sebab kita orang dah pernah gaduh besar dulu, so masing-masing dah paham sangat la dengan perangai memasing. Thanks cik peah, sabar dengan aku yang sengget nih.


Cik kiah bertolak dari pahang dan sampai ke rumah aku dalam pukul 11 pagi (sabtu 20/10). Kalau bawa cik peah datang rumah memang takde hal la sebab semua orang dah kenal dia. Dia pulak jenis ramah.. Haritu memang rumah riuh rendah la sebab kakak aku semua balik rumah.. kecoh dengan anak-anak buah.. mak-mak budak jugak.hehehe...

Sabtu tu sebenarnya kita orang nak mendaki batu caves.. *seriusly, aku tak pernah rasa nak daki batu cep! walaupun batu cep ni dekat je dengan rumah* tapi cik peah nih teringin no nak daki.. hahaha..lawak tol.. aku pun ikut la sebab aku pun tak pernah masuk situ. 

time nak parking tu...
Assalamualaikum.. selamat pagi, selamat malam, selamat tengah hari (over the sea time)..

Korang cuba bagitau pius, cmne nak berhenti kerja dekat company best camni walaupun gaji kecik jer? cmner? every week selalu ada outing. Dah outing ada time untuk shopping pulak. Bos pulak sporting. Adehh.. entah kat tempat lain sama ke tidak macam ni???.... sayang nyer nak tinggalkan company ni..

Okay la.. kita tak tau rezeki kita kemudian hari di mana kan.. bersyukur..

Minggu lepas pius ke genting untuk meeting. Jauh tu semata-mata nak pergi meeting. hehehe.. takde lah, memang kebiasaan bos nak bawak kita orang keluar dari opis sekali seminggu. Tak kira la mana-mana, kalau masa panjang pergi jauh sikit tapi kalau tak pergi dekat-dekat je.

Mula-mula bos tanya nak pergi genting atau clubhouse dan memandangkan 2 lagi staff tak pernah pergi genting, so pius setuju jugak la nak g genting. Apa salahnya..kan kan... 

perlu ke buat gaya macam tuh?
HAritu makan di restoran kampung at Resort hotel. Sebenarnya kita orang pusing jugak tempat lain carik kedai yang boleh order ala carte tapi sayang.... semua kedai dekat situ telah berkompromi.. lunch time semua kedai hanya ada buffet.  Seorang RM43++ .. hermm memang rugilah kalau bawak pius! makan seciput.

EEiiii... poyonyer tajuk entry nih kan.. hehe.. okay-okay, pius promise ni entry terakhir pasal singapore, ok lalalala..cross finger.

Marina bay Sand Skypark.

Marina bay sand
Okay korang nampak kan building dekat atas tu.. macam kapal tersadai dekat atas bangunan. Tula dia marina bay skypark.
Sejak beberapa hari ni cuaca mendung je.. Langit gelap then hujan.. Kan. Bilik aku pun mendung je sbb org tengah fogging.. Hehe.. Musim macam nilah nyamuk banyak kan.. Hari ni meeting sepatutnya dekat clubhouse kiara tpi terpaksa stop dekat sunway giza je.. Hurm borinknye dengar giza.. Erm cakap pasal fogging tadi, banyak betul nyamuk sekarang ni walaupun duduk kt tingkt 9.. Terpaksa aku memaksa diri mgeluarkan duit demi ubat nyamuk letrik, tapi aku pulak yang lemas dengan bau dia.. Last2 balik keje tadi, orang tengah fogging.. Elok la.. Bukak tingkap luas2.. Puas hati..

Hort park, the gardening hub.

Hort park adalah taman dalam bandar.. yang keseluruhannya adalah berkaitan tanaman. Disini ada pelbagai jenis tanaman antaranya tanaman herba, sayur-sayuran dan sebagainya. *lulus tak karangan spm cmni?

huhuhu...

Hort park lobby
Assalamualaikum..

Hari isnin kembali dengan mood yang masih bercuti. hermm..malas and tiada mood nak buat kerja. Idea pulak tiada~

Sebulan dua ni aku sedar.. aku dah kembali ke tapak lama. aku berdiri lama, tidak berganjak walau aku sedar semua itu silap dan salah buat aku. Tapak yang masih belum diperbaiki.. masih berlumut dan berdaki. Aku lihat sisi kiri... tercatat segala perkara yang ingin aku capai.. tapi apa yang aku buat sekarang sedikit lari dari apa yang aku hajati. Macam mana nak ubah semua ini kembali?

Assalammualaikum... selamat pagi :)

Bestnyer dah hari jumaat kan.. yahoooo... esok cuti..balik kampungg...oooo balik kampungg... ceh! macam jauh sangat rumah. xpe-xpe.. semangat itu penting. Entry kali ni nak kasi perabis cerita trip. boleh kan.. ngehehehe...




Hiyahhhhhkk... berkungfu sikit.. hehehe.. happynyer pagi-pagi ni kan..macam takde keje nak buat.. jeling sebelah, alamak! bertimbun kerja.

Assalamualaikum semua :) and morning...

Pagi ni bangun-bangun je tidur terasa happy sangat.. padahal kerja kat opis banyak lagi tak siap.. tapi, entahlah.. just happy. Sempat juga tengok mhi before gi kerja..

harini nak sambung trip pergi singapore.

After pergi marina barrage and flower dome.. pius pergi ke cloud forest pulak.. sambung dari cloud forest ye...

Cloud forest

Cloud forest ni sejuk je and lantai always wet..  tapi okay je.. tak banjir tau.. hehe.. feeling-feeling best..
Yang paling menarik waterfall dia, cantik! my frenz said.. 'macam avatar' sebab ader tukar macam-macam warna. Herm.. 'yelaaaaaa macam avatar!' hehe.. aku pun mengiyakan.

Cloud forest mountain
Singapore Green and Blue Tour (Part 1)

Ilam program
Hiii.. Assalamualaikum :) Tak jawab dosa, jawab sayang.. huhu...

Okaylah, disaat kerja masih lagi menimbun, meja masih lagi berselerak dan kepala still running kan kerja. Pius curik jugak masa nak update entry kali nih.. Kali ni bukan nak cerita pasal clubhouse atau shopping komplek yang selalu pius terjah time hari jumaat (meeting day), tapi nak cerita trip ke singapura baru-baru nih.

Salam semua :) 

Lamanyer rasa tak mengupdate entry baru. *sigh* sori, memang banyak benda tertangguh bulan lepas dan sekarang dah masuk bulan baru pun still keje masih tak sudah. Ada saja yang tak kena. Kadang-kadang sampai lewat malam baru balik rumah sebab nak siapkan ikut dateline. bila dah siap.. esok lusa still lagi ader je benda tak kena.. then kena la betulkan. 

Bulan lepas tak dapat update sebab my sister kawen, so takde masa nak mengadap laptop. minggu seterusnya buzy sebab keje tak sudah2 bertimbun nak kena buat sebab dah apply cuti 2 hari sempena wedding. Haaa... hampir-hampir nyawa ikan..huhu.. Minggu lepas pulak cuti lagi 2 hari pergi Singapore follow ilam trip. Nanti ade masa pius update trip pergi singapore tu ye.. okay.. :)
Powered by Blogger.