..Assalamualaikum..

Dear diary, harini hujan lebat.. Basah kuyup baju iuolss.. Haha.. Konon diary..

Harini seperti biasa, aku keluar meeting.. Meeting makan-makan la sebab kerja aku dah setel semalam.. So, harini takde ape nak tunjuk.. Tunjuk muka je... Senyum-senyum.. :)

Lupa nak share dengan korang.. Semalam aku pergi site dekal k.l... Rumah banglo.. masih dalam proses pembinaan.. Aku label rumah tu sebagai rumah hantu sebab besar sangat! Aku tak tau la satu family tu ada berapa ramai orang.. Semuanya ada 3 tingkat or maybe 4.. Setiap floor ada taman.. Second floor ada swimming pool yang sangat besar. Apa yang aku musykil dekat sini ialah kenapa tak boleh ambik gambar? Dan kenapa rumah tu di design dengan tembok tinggi di hadapan? Kalau masuk dari depan memang tak tau ada banglo mewah dekat situ.Emmrr.. Private mungkin.. Tapi serius macam resort dah.

Okaylah, lupakan pasal rumah banglo itu. Aku sekarang masih lagi dekat luar.. Tunggu bos habis meeting. Dah penat tunggu, dah penat jalan, dah penat pusing.. Xtau dah nak pusing mana..

Habis satu MPH tu aku pusing.. Baca baca dan baca..penat berdiri aku duduk.. Siap duduk kat lantai lagi.. Nak suruh aku shopping ke??? Cuci mata dah lah.. Aku adalah kedekut nak bershopping tapi bab2 aktiviti luar aku rela berhabis. That's me.

Seriusly... Nak balik rumah sekarang! Motif entry adalah melepaskan keboringan diri.. Relak la..
Sent by pius meh..
..Assalammualaikum..

Selamat pagi korang :) hari ni aku tak berapa buzy sangat dekat office jadi dengan hati yang happy-happy gitu, aku pun join contest 'saya sayang kamu, sahabat ku' 

Klik banner untuk join sama :)
Siapa nama sahabat yang aku sayangi? aku sayang semua sahabat aku dan sahabat yang paling rapat dengan aku bernama cik kiah... eh, silap.. NOOR SUZILAWATI .. dia adalah sahabat yang paling aku sayang... muahh muahh muahhh.. *terima lah suzi oitttt* oh lupa nak kenalkan diri yang bernama FAIRUZ ini.. saya FAIRUZ JAAFAR..

Suzi (kiri) dan fairuz (kanan)

Cerita serba sedikit mengenai sahabat anda? cerita pasal saya tak nak ker? hehe :) Aku mula berkawan dengan kak kiah ni..adehh silap.. cik suzi ni sejak azali lagi.. hahaha... ehem.. sejak diploma. Waktu tu kita orang kelas sama. Blok asrama juga sama. ehehe.. Waktu pertama kali berkenalan dengan cik suzi ni, dia adalah sangat tegas orangnya malah cerewet okay! nak bahasakan diri aku-aku pun xleh oittt..hahaha... sangat la sopan *habis la kena duku pasni* 
Klik sini untuk join
Harini tak buzy sangat dekat opis, kerja pon dah siap cuma mungkin ada beberapa part yang kena betul selepas direview nati. So sementara tunggu untuk direview tu... pius join Pencarian Bloglist Musim 1 Diari Farisha bagi mengisi jemputan yang dikirimkan. :)

..Assalammualaikum..

Hari minggu buat saya seperti biasa berada di rumah selayang. Memalaskan diri sambil makan, makan dan makan. Biasalah kalau dah balik rumah, mak masak. Selera sangat. Malah kalau ikan masin je pon akan ku santap sampai licin. Punya nak kata sangat selera makan dekat rumah.

Pagi sabtu takde apa yang saya buat, turun ke bawah rumah sambil tengok kucing-kucing yang ada. Ada seekor kucing yang tak tau mana datangnya. Kata adik itu kucingnya yang dahulu, maknanya 'emak' bagi anak kucingnya sekarang. Tapi saya sendiri tak dapat nak pastikan sebab kucing tu terlalu kurus, bulu pun dah takde. Malah badan berkurap, berdarah dan sebagainya. Sangat kesian. Dah seminggu kucing tu dekat sini.. semua kata tu bukan lah 'miki' tapi TUAN nya lebih tahu.  

Tengok adik dan kakak mandi kan kucing dan sapu minyak dekat badan 'miki' yang berkurap dan berdarah tu. Aku? aku tengok jela. Sebab aku paling takut kucing gigit aku. so aku tak berani nak mandikan, nak geletek-geletek badan dia, nak pegang dia terutamanya time dia nak main-main dengan kite. Memang aku menjerit. Setakat usap-usap letak dekat peha tu okay lagi. Masa TAMTAM sakit dulu je aku berani pegang, angkat, basuh berak bagai. 

masa ni dah sapu minyak dekat badan dia, so.. 'miki' jilat-jilat badan dia.

Harini hari yang baik, langit cerah dan berangin. Apalagi yang buat hati kita seronok selain dapat balik ke rumah family. Tak kira lah macam mana keadaan rumah kita, tetap rasa bahagia.


Sent by pius meh..

Assalammualaikum..

Hari ni tak di jangka langsung, meeting yang sepatutnya hari esok dipindah ke waktu ini. Peluh besar, kerja tak siap lagi.

Akhirnya dengan kerelaan hati sebagai pekerja cemerlang *award sendiri* maka segala file yang berkenaan disusun rapi untuk ditunjukkan nanti. Peluh lagi.

Awan mendung sepanjang jalan seperti menemani hati yang kusut dek kerana tertekan ingin menghasilkan kerja sebaik mungkin. Kemana arah tuju kali ini? Kali ini ke clubhouse bukit kiara (Berjaya clubs-Bukit Kiara Equestrian & Country resort), mungkin tidak asing bagi kalian yang selalu ke sini atas sebab aktiviti yang ada begitu serasi dengan minat anda. Ecewahhh.. *serius nak tanya, mahal tak aktiviti dekat sini* semua yang masuk kete2 besor je.. Aku ni ape ade? Setakat idung besor den ado la.. Itu pun dah bersyukur sangat.. *oittt.. Ape melalut ni* serius dah mamai nak tidur. Ngee.. Peluh besar bila encik bos cerita member cardnya seketika dulu habis berpuluh ribu.. Haaa? Giler! Peluh-peluh... Banyak lagi yang boleh dibuat dengan jumlah sebanyak tu.

Di meja makan,sampai giliran aku. Nah bos, ini sahaja idea yang saya ada untuk ditunjuk. Option 1 dan 2.. Option 3 ondaway. Idea-idea yang hampas hampagas itu ku letak berhadapan.

Semuanya okay dan menarik katanya.. Tapi....... Peluh besar! Nah dikeluarnya kertas contengan seorang artist. Idea baru katanya... Haaa.. Sigh. Idea baru lagi. Rasanya sudah berzaman cari idea dan design itu ini, dah bertimbun pun sampai sudah bertukar-tukar tangan. Ada saja idea baru yang nak diketengahkan.. Macam mana mau siap begini? Masa tidak panjang lagi..

Design bertukar tangan sekali lagi.. Fuhhh.. Nasib juga aku ada kerja baru untuk dibuat. Stress dengan kerja yang semuanya kena perfect itu. Langsai.

Habis meeting tiada lain, jalan-jalan sekitar club untuk mencari apa yang menarik dekat situ.. Atau lebih tepat, port nk bergambar.. Hahaha..

Alaaaa... Stress la tulis gaya macam nih..

Harini dinner dekat 'jom cari makan' makanan chinese malay. Agak sedap tapi ada juga yang tak boleh nak diterima untuk ditelan.

Sekian, yang begitu stress.

Lupa, cantik juga clubhouse ni walaupun dah lama.. Buat annual dinner ok kot.


Sent by pius meh..

..Assalammualaikum..

Hikhik.. ape punya tajuk tu? *muka tersengih-sengih* bukan apa, tiba-tiba teringat pulak kisah semalam *kisah apa tuh?* tersengih lagi.

"oit! bukan aku lah, aku cuma nak mencungkil isu jumpa bakal mak mertua je" silalah percaya.

Harini sebenarnya stress dengan kerja dekat office sampai rasa tiada idea nak design apa. Design yang dah siap pun rasa macam hampas hampagas gitu la. So, untuk menghilangkan stress yang telah bermaharajalela.. maka aku pun mencarilah bacaan yang bagus-bagus.. contohnya.. ehem.. inilah. Tips jumpa bakal mak mertua. huyoooo.. dengar je dah berdebar-debar, tu belum jumpa lagi. Mau tertumpah-tumpah air nak minum. gigil~

Hahaha.. cehhh.. macam aku pulak yang nak berjumpa bakal mak mertua itu. Tidak tidak.. aku awal lagi.. tapi sebagai persedian awal *hahaha*, kena lah buat research dulu. Nebes okay.. okay-okay, aku tengah bayangkan...





Seperti jangkaan aku, pagi ni kl mendung, subang pula hujan lebat. Nasib juga hujan dah berhenti saat aku tiba di puteri subang. Fuhh.. Lega.

Sampai je opis, takde mende lain yang aku buat. Breakfast! Tak sempat nak menyinggah kedai nasi lemak, so beli roti jela. Then on pc..

Benda pertama yang aku buat setiap kali on pc ialah.. Sign in fb.. Tengok-tengok and log out. Hehe.. Then sign in blog. Aitt?? Satu kehairanan di sini.. Kenapa pageview banyak sangat nih? Gosok-gosok mata sikit.. Konon tak percaya.. Hurmm.. Entah apa dorang cari dekat sini, aku pun tak tau.. Bukan ade ape pun.. Cite-cite kosong je..
Assalamualaikum :)

Waaa... Feelingnya sejuk-sejuk :) dari pagi sampai ke petang hujan. Sambung pula ke malam. Ermm.. Pikir jap, agak-agak besok nak pergi kerja hujan tak.. Alamak!

Seharian duduk rumah rasa malas sangat. Nak mengemas lagilah sangat malas tambah-tambah minggu ni takde anak-anak buah. Nginduuunyer auntie dekat kalian.. Wewe, zeti, mira, ali.. Alya auntie jumpe dah semalam. Lupa ambik baju auntie beli kan..

Mata ni rasa macam nak tidur awal je tapi bila teringat kerja yang babah suruh taip terus tak jadi nak baring. Tapi duduk-duduk ni malas pulak nak buat.. Hehehe.. Adeh, kalau dah malas tuh xboleh nak kata ape dah..

Sigh...
Sent by pius meh..

Yeahhhh.. Akhirnya dapat jugak update entry guna bb.. Fuhhh.. Punyer senang rupanya.. Apelahhh..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Hai.. Selamat malam.. Testing-testing 123.. Roger-roger.. Dapat tak yang disana??
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

when you are far away from someone you love. always miss him. and always asked him to be a friend. jom kawan. jom kawan. jom kawan. afraid of frustrated. and what you get is..

'Please don't repeat what u have said, please'

yet, still missing him. 



Assalamualaikum :)

Semalam seharian duduk rumah.cuti kan. tapi rasa bosan sangat duduk rumah. nak keluar pulak terasa macam malas pulak. Dok mengadap tv sahaja la. 

Bangun pagi. buat roti bakar.bancuh susu.

punya malas nak keluar rumah. makan mama jela. dok sorang-sorang pulak tu.lagilah bertambah malas.

Orang cuti dia kerja pulak. hurm. lagilah bosan.

malam housemate balik. dok tanya pasal minat dak baju kemeja. ader tak anak buah. sah-sah! mesti nak menjual nih. adeh. ni yang paling malas ni. " jap, orang bawa keluar.. tngok la.. tak beli pun takpe" adoi. aku nih memang jenis cepat cair. tengok kemeja. cuba. fuhh..nasib kecik. keluar baju budak pulak. adeh..terus gelap mata. okaylah aku beli 2! 

hai.. susah hidup aku jumpa orang yang banyak cakap ni. tak reti nak layan. 

ada kawan baik pun bnyak cakap. ok lagi.. menghiburkan hati. ada yang tersayang pun banyak cakap. ok lagi. gumbira di hati. ada housemate banyak cakap..? adehh..habis duit aku!

i luv you toooooo baby..
yup..alone and lonely.. hehehe.. aku kan pjj.. percintaan jarak jauh..hahahaha.. tak2, aku dah terbiasa macam ni.. tak payah kesian kt aku sb aku suka cara yang macam ni.. having fun sometime.. sendiri..

Okay, aku dalam ktm ke cm.. hurmm.. best ke? istanbul aku datang bagi aku biasa je.. lebih best aku, dia dan tong sampah.just pendapat aku. Tapi harini saja nk pg tengok sb rasa mcm best... jalan cerita da biasa tengok.. oklah.. aku kasi 3* dari 5*...

Hurm lapar la perut.. nak makan sizzling rice ke kfc? *itu je ke fav ko?* hahaha..
Borink-borink dalam office, buat planner sambil tuh carik bahan untuk dibaca.. tiba-tiba ternampak la video ni.. ayat ngorat artis top malaysia.. hehehe.. 


Siapa pilihan korang? 

sharnaaz paling best, comel.. faizal hussein imbau kenangan lama, beto sweet..

p/s: april 2013, could be another day?
Asyik tertangguh je kau wahai kereta.. Memang dah lama nak ambik kereta tapi asyik tertangguh jer.. Hari ni ingat nak setelkan dokumen yang perlu nanti.. then.. kakak mesej tanya pasal software.. sambil tu tanya pasal kereta. katanya better ambik tahun depan/2013. sebab kalau ambik sekarang dah hujung tahun.. mana tahu 5 tahun akan datang ke kan nak pakai kereta lain.. harga kereta akan ikut tahun. So, rugilah katanya sebab dah nak dekat tahun baru. Hermm pius pun tak paham la sangat bab -bab cengini. Mesej lah abang ipar.. dan dia pun terangkan lah panjang lebar.. katanya ikutlah, kalau nak ambik sekarang pun boleh.. paham tapi tak berapa nak nampak sangat... hehe

so.. search internet pulak.. jumpalah page niii ahmadijat..


Tips Membeli Kereta 1

Kali nih AI nak bercerita mengenai pembelian kenderaan pulak. Istilah yg org bank guna – ‘Hire Purchase’ [suka sgt pakai istilah penjajah]. Yang mana lebih untung? Beli kereta tunai (tp 2nd hand), beli kereta baru [pinjaman penuh, RM0 byr muka] atau kereta baru [byr muka 10% + pinjaman selama 7 thn]???? Pernah tak kita terfikir atau kira berapa yg kita bayar pada bank utk pinjaman kereta? Berapa faedah yg bank dapat? Ok, cuba kita kira satu persatu..
———————————–
OPSYEN 1: BELI TUNAI (Kereta 2nd Hand)
————————————
Cth anda membeli kereta Perodua Kancil (tahun 2000) pada harga RM7,000. Apa yg anda dapat?
Anda akan dapat sebuah kereta yg milik anda sepenuhnya tanpa ada bebanan utk membayar hutang bulanan. Anda juga bebas daripada membayar faedah ke atas pinjaman anda kepada bank. Tp anda perlu menyimpan sedikit daripada duit gaji bulanan anda kerana kereta 2nd hand kadang-kadang mempunyai masalah-masalahnya yg tersendiri. Yelah, kereta lama kan. Banyak ‘wear and tear’ yg ada.
—————————————————
KERETA BARU (Full loan, 0 down payment)
—————————————————
Jika anda membeli kereta baru tanpa muka dengan pinjaman penuh, pecahannya adalah seperti berikut:
Cth: anda membeli kereta Proton Saga FL Executive dengan harga RM43,800.00 dgn faedah bank sebanyak 3.5%. Anda membuat pinjaman penuh dgn bayaran balik selama 9 tahun.
Harga Kereta      : RM43,800.00
Faedah Bank      :  RM43,800 x 3.5% = RM1,533.00
                           RM1,533.00 x 9 tahun = RM13,797.00
Jumlah Keseluruhan : RM43,800 + RM13,797 = RM57,597.00  —> inilah harga kereta yang anda perlu byr.
RM57,597.00 / 9 tahun [108 bulan] = RM533.30 sebulan. Ini bermakna anda telah membayar RM13,797.00 lebih daripada yg sepatutnya anda bayar kepada pihak bank.
——————————————————————-
KERETA BARU [byr muka 10% + pinjaman selama 7 thn]
——————————————————————-
Kita ambik cth yg sama seperti di atas.
Cth: anda membeli kereta Proton Saga FL Executive dengan harga RM43,800.00 dgn faedah bank sebanyak 3.5%. Anda membuat pinjaman 90%, bayar muka sebanyak RM4,380 [10% harga kereta] dgn bayaran balik selama 7 tahun.
Harga Kereta    : RM43,800.00
Pinjaman Bank  : RM43,800 – RM4,380 = RM39,420.00
Faedah Bank     : RM39,420 x 3.5% = RM1,379.70
                                 RM1,379.70 x 7 tahun = RM9,657.00
Jumlah Keseluruhan : RM39,420 + RM9,657 = RM49,077.00  —> inilah harga kereta yang anda perlu byr.
RM49,077.00 / 84 bulan [7 tahun] = RM584.25 sebulan. Ini bermakna anda hanya membayar RM9,657.00 lebih daripada yg sepatutnya anda bayar kepada pihak bank.
Berdasarkan kiraan ini anda boleh nilai sendiri opsyen mana yg sesuai dgn bajet anda. Saya akan sambung pd post akan dtg utk bercerita bagaimana nak kurangkan bayaran faedah pd bank. Jumpa lagi ye…

Tips Membeli Kereta 2

Bagaimana caranya hendak mengelakkan daripada membayar lebih kepada bank??
Jika anda belum membaca post saya mengenai Tips Membeli Kereta, sila baca di sini.
Satu cara adalah dengan menjual kenderaan anda pada tahun kelima @ keenam. Tp dgn syarat, anda perlu menggunakan opsyen pertama atau ketiga *ini bermakna skim siswazah adalah sangat tidak baik* daripada cth di atas.
Cthnya. Kita ambil opsyen ketiga di atas. Beli kereta baru dgn harga RM43,800, byr muka 10% dan pinjaman selama 7 tahun.
Susut nilai kereta lebih kurang 10% setahun [tetapi bergantung juga kpd keaadaan ekonomi dan pasaran kereta terpakai]. Kita ambil 10% sbg ukuran.
Tahun pertama   : RM43,800 – RM4,380 = RM39,420
Tahun kedua     : RM39,420 – RM3,942 = RM35, 478
Tahun ketiga      : RM35,478 – RM3,548 = RM31,930
Tahun keempat  : RM31,930 – RM3,193 = RM28, 737
Tahun kelima     : RM28,737 – RM2,874 = RM25,863
Maka pada tahun kelima, harga kereta anda adalah dalam anggaran RM25,000.
Kita tgk pula berapa jumlah baki pinjaman anda pada tahun kelima. Setiap bulan anda membayar RM584.25.
Maka setahun = RM7,011.00. Jumlah pinjaman anda ialah RM49,077.00.
Tahun pertama   : RM49,077 – RM7,011 = RM42,066
Tahun kedua      : RM42,066 – RM7,011 = RM35,055
Tahun ketiga      : RM35,055 – RM7,011 = RM28,044
Tahun keempat  : RM28,044 – RM7,011 = RM21,033
Tahun kelima     : RM21,033 – RM7,011 = RM14,022
Pada tahun kelima, baki pinjaman anda adalah RM14,022. Katakan harga kereta anda pada tahun kelima adalah RM20,000 [disebabkan harga pasaran kereta terpakai agak merosot, kita tolak RM5,000 dari jumlah yg telah dikira di atas]. Maka kita akan dapati jika anda menjual kereta anda pada tahun kelima, anda akan masih mempunyai baki sebanyak RM5,978 [RM20,000 – RM14,022]. Anda untung RM5,978. Duit keuntungan bukan utk anda pakai pergi melancong.. :)  tetapi anda gunakan sebagai bayaran muka utk kereta baru anda. Di mana penjimatannya?? [yelah, tolak kereta lama, ambik kereta baru. Tambah hutang lagi.]
Untungnya ialah, anda hanya perlu membayar RM39,435.00 [bayaran bulan RM7,011 x 5 tahun + RM4,380 duit muka] berbanding harga sebenar kereta iaitu RM43,800.00. Jumlah yang anda bayar jauh lebih jimat berbanding harga sebenar yang anda perlu bayar kpd pihak bank iaitu RM49,077.00. Anda telah jimat RM4,365.00 [RM49,077 – RM39,435.00].
Nampak tak penjimatannya?? Inilah teknik yg sering dipakai oleh org-org yg tahu menguruskan aset [terutama aset yg mempunyai susut nilai seperti kereta]. Pemahaman org bahawa pakai kereta sampai habis bayar adalah salah sebenarnya. Dgn penerangan saya td, saya harap anda dpt memahami apa yg cuba saya sampaikan. Jika anda ada kawan yg sering bertukar kereta setiap 5 ke 6 thn, kwn anda sebenarnya bukan hendak menunjuk-nunjuk ada kereta baru tp dia melakukan seperti penerangan saya di atas. Apa yg penting…kerjasama  duit muka dan bayaran bulanan yg anda mampu bayar.
Jadi, anda bagaimana??? Tepuk poket, tanyalah duit. Jika anda mampu apa salahnya.

So, lepas baca page tu aku pun kepala ada tak betul sikit.. nak ambik sekarang ke tunggu tahun depan.. haa.. camneee... ting tong ting tong...

*nampaknya kite sebagai siswazah telah ditipu..* orang menggunakan kite untuk keuntungan mereka.. so, nak buat ke skim siswazah??? huahhhhhh camne...
Powered by Blogger.