huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh arrrrrggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
grrrrrrrarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

huuuuuu ______________ 1year!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hukhukkk *__* letih.

26,27, 28 March ada exhibition dekat klcc. Tapi kali ni rasa tak berapa nak best sangat sebab eco-b dibuat sekali dengan construction punya exhibition. Jadi tak banyak benda menarik nak tengok. 

booth in early stage
Pasang decking
Cuba try test kolam
Aku datang awal meeting *tibe-tibe*
Vertical wall in progress.. dah hari keberapa tak ingat
Exhibition
Seating
Gaya malas nak menaip. pius tak berapa nak ada perasaan dengan exhibition kali ni. Booth pun ringkas sangat. Yang pius suka pun water feature tu jer. ____

water feature

Klcc dah la jam giler.. hukkk.. parking semua pun full jer. Entah dekat mana parking yang murah dekat area klcc nih. Ada pun selalu full. Dua hari parking bawah klcc.. sehari RM37.. dua hari dah berapa.. grrr...

tu jela.. buiii
Lama aku teringin main rollerblade ni tapi baru sekarang aku dapat main..kuikuikui... Teringat dulu time diploma dekat kedah. Selalu cakap kat diri nak beli rollerblade kalau result exam bagus tapi setiap kali result okay selalu macam... 'emm.. nak beli ker?' hehehe... Yelaa.. teringin je tapi kang beli tak main pulak.. main sekali pastu buat perhiasan.. hehehe..

Semalam saja keluar nak bind kertas2 kerja.. carik sushi sekali.. dah alang-alang tu rasa macam nak menyinggah taman lelayang kepong ambik angin. Tu yang terpandang satu corner ni sewa rollerblade. Terus pergi tanya-tanya..

' Rollerblade ni sewa ker?'
'Haah, cubalah'
'Tak retilah' 
' Semua orang pun first time tak reti jugak'

Nampak macam kaki aku gemokk... 
Aku memang la tak reti tapi time kecik-kecik dulu, ni la febret aku.. pinjam kawan punya rollerblade main kat tepi tadika.. sebab situ je ada court. 


Banyak kali jugaklah aku jatuh macam nangka tapi takde pulak aku nak rasa malu.. heran..hahaha.. yela, aku kan suka cover2 ayu.. muntah. Seronok lagi ada lah.. Feeling jatuh pastu bangun balik tu semacam seronok pulak. Pastu orang kiri kanan gelak kat aku.. aku? gelak untuk diri sendiri..hehehe.. fun la pulak. Terserlah diri sebenar aku bila main benda alah ni.. hahaha.. so tak cover..

' Pernah main ke sebelum ni? macam dah tau main jer?'
'Kecik-kecik dulu adalah'

Aku sendiri pun tak tau yang aku masih reti lagi nak main rollerblade sebab dah lama sangat kot.. cuma aku tak tau bab nak brake jer.. so, abang tu ajar cara nak brake.. tu yang banyak kali jatuh tu.. kalau main biasa tu okay jer.. cuma kena dapatkan tiang la tok berhenti..huuu ^_^" Okaylah untuk first trial.

'Lepas ni dah reti main, belilah kasut sendiri.. tak payah pinjam dah'

Oooo... idea yang bernas lagilah jitu.


After memenatkan dan memeluhkan diri.. terus ke tujuan sebenar.. ambik angin tepi tasik. Baru lepas hujan tu yang suasana nampak macam suram jer.. padahal baru pukul 4.


Sambil makan sushi. Entah kenapa lately aku mengidam benar nak makan sushi. Tapi sushi giant tak sedap.. hehehe.. takpelah.. 

So, apa yang aku dapat semalam? lutut dan tapak tangan yang lebam-lebam..hahaha.. best.

p/s: Rollerblade sewa RM5 setengah jam.. semalam aku datang awal so dapat RM5 untuk 1jam. 
Salam jumaat :)

Entry untuk penyertaan contest kaca mata PapaMifz.com. Saja aku join.. dok blog walking terjumpa lah contest ni dekat blog dayang deno. Memandangkan aku ni specky little girl.. uhuukk ^_^, adalah molek jugak aku join. Mana tahu rezeki nak tukar speck mata baru. Dah lama rasanya tak bertukar spek.. power makin bertambah, kepala makin sakit. 

Untuk contest ni, aku nak kasi ilmu sikit dekat semua yang join contest ni *hahaha, bajet sungguh*.. ehemm..   spek ni namanya pinhole glasses. Rasanya ramai dah tau, tapi kot-kot ada yang tak tau... kasi can *chance* la aku nak membajet terel sikit.. Okay, spek ni sesuai untuk yang rabun dekat mahupun jauhhh. Fungsi utama pinhole glasses ini adalah untuk memperbaiki kerabunan mata kita. Tu yang aku suka. 

Spek ni memang takde power seperti spek mata yang kita semua pakai.. tapi... tapi.... kita still boleh lihat dengan jelas melalui lubang-lubang yang ada dekat kantanya itu. ewahh.. Aku dulu pon macam was-was.. yeke boleh nampak?? tapi.. ye! boleh nampak. Elok dipakai time tengok tv, baca buku.. sebab dia melatih mata kita supaya tidak malas!


Satu je kelemahan spek ini yang paling aku tak suka ialah.. tak boleh nak bawa jalan.. maksudnya, kita hanya boleh guna bila kita tak bergerak.. duduk sahaja. tak boleh pakai time bawak kereta. So, korang kena merajinkan diri lah pakai spek ni selalu dekat rumah.. supaya kurangkan power mata.

Harga? dekat mana beli?
Harga spek ni sangatlah murah.. hahaha.. RM5 sahaja. murah bukan? sebab aku beli dekat DAISO... kalau korang beli dekat tempat lain, konfem harga dia mahal giler.. padahal ianya mempunyai fungsi yang sama. DAISO ada banyak cawangan. Ikano ada, mid valley, sunway pyramid.. entah mana lagi. Rambang mata kalau korang pergi DAISO.. setiap item hanya RM5. 

Cun kot pakai spek mata ni *ahakk* muntah muntah muntah.. tu jela kot pasal spek mata. Sekarang still jugak kena pakai spek mata, still jugak kena carik spek baru, power dah naikkkk.. sekarang aku pakai spek mata cardin. Beli time sale dulu.. dapat murah cuma tak ingat berapa harga masa beli dulu. Okay.. tu jela.. hope-hope la.. mana tau rezeki.. dapat nombor dua... molek dah tuh..

P/S: sapa nak join, boleh klik sini tarikh tutup contest adalah hari ini 15 MAC 2013. Semoga berjaya :)
.Moh kite ke morib.

Lama baru aku nak update pasal ke morib ni. Gigih merajinkan diri. *gigih wehh* takott.. tak rajin nak naip panjang-panjang *yolahhh*. korang tengok jela yer.. Berbarbeque di tepian pantai morib. 9 mac 2013.

Encik badang tengah melipat kanvas.
mr & mrs mi.. huhu ^_^
Nad bersama bodyguardnya.
Abang bora yang gigih datang dari senawang.
Abang bora rajin
Encik Badang
Encik badang lagi.. gambo ko je badang.. hahaha...

Bora lagiiiiiiiiiiii
Yurm yurmmm
Pemandangan senja


pi mana wehhh...



Alien

Dahhh.... penat taipp.. hahaha... Morib bersama classmate anaktiricrew.degree 06.2012.
Assalamualaikum..

Huahaha... tajuk yoyo on sangat. Tetibe rasa macam esok PMR pulak.. eh. kau bajet kau awek muda sgt. tolonglah kasi cermin... pius sebenarnya takde apa nak update tapi jari ni still jugak rasa nak taip-taip walaupun semuanya bakal kelaut lalu menjadi ikan pekasam. entah hape2.. ada ke orang buat ikan pekasam guna ikan laut?

Malas lah bermukadimah....

Hari ni masa bergerak terlalu pantas, banyak lagi kerja tak sudah. Esok dah kena present.. lalu fairuz jaafar menjadi stress lalu magrain, lalu tak lalu makan, lalu.. lalu lalang.. huaahhhh.. asyik kata banyak kerja tapi tak reti-reti ke mak hencik nak start buat kerja tu!! jawapannya > mencari mood kerja. tipu.

So, minggu ni adalah minggu kebizian.. tiada fb *tipu* tiada blog *tifuuuu* semasa berada di ofis. Best kan bos dapat pekerja macam saya.. tarik nafas, kembang idung. Tak boleh nak kata apalah.. mmg dari awal dah kena warning ngan bos... time minggu free, suketi korang la nak buang masa.. boleh goyang-goyang kaki lagi, tido n what so ever.. tapi time bz, padan lah muka. sendiri mau ingat. Keje tak siap, alamatnya kol 12 la aku balik. time aku nak benti ni la.. banyak benda nak kena buat. Kang lama-lama tak berhenti aku. dari 1 bulan ke 1 bulan.. ayooo ama..

 







Bersungguh  
Semalam bos beli buku suruh aku bawak balik and study. huh? Aku paling malas nak buat kerja dekat rumah.. korang pepaham jela. Itulah time nak rehat. Tak patut bawak balik kerja. Tarik nafas, kembang lagi. pekerja contoh. Ada satu buku tu besar gedabak, malas nak sentuh. Aku refer buku kecik la dulu kenn.. tu yang penanda semua tu bukan aku, aku adalah malas okay nak study2... Tu keje bos aku.. *bos, i lap u tapi i nak benti kerja dah ni* hahaha.. aku takut nak cakap kt bos yang aku nak berhenti. Sebab haritu opismate ader mintak cuti, tapi dia macam tak nak kasi lepas sebab dah nak dekat tarikh exhibition. yang lain tak leh cuti katanya. cehhhhhh... aku pulak still ada lgi satu projek kat tangan. projek yang mengkayakan bos-bos aku dan engkorang yang makan gaji. Aku ngan korang tak kaya tau.. bos yang kaya.. kita-kita makan gaji ni butoo.. eh. salute kat orang yang buat bisnes sendiri tapi humble giler. poket berkepuk.

dengan semangat berkobar-kobar
 Dengan semangat yang jitu, dengan pen berwarna pink itu..lalu...  ahhh.. mata dah kuyuuuuu..  ini namanya hangat-hangat tahi ayam. Bangun, carik kamera. Membuang masa dengan alasan mengantok akan hilang dan semangat untuk bekerja akan kembali jitu.

lukisan kekacang meninggalkan kulit kacang. ya. itulah kacang lupakan kulit.
 sambil baring sambil snap-snap. Moga hilanglah segala mengantok. kekacang menjadi sasaran.

wayar-wayar pun jadik la..
Mengapai bintang di balik kelambu.
Juga selimut-selimut kesayangan di kala sejuk.
Puas dah main-main, okay. Yess.. Hilang dah mengantok! Moh study and carik idea untuk hari rabu. Lalalalala.. inilahhh barisan kitaaa... capai pen, capai buku... selak-selak sikit.. dan akhirnya...

Best nya idea niiii.. saper punya idea ni.. sure bos suka... kembang lagi.
Akhirnya malam semalam aku tewas, ye, aku tewas. Okay, nak pergi dapur carik kopi cap aminah, kopi kepala dara, kopi kapal selam, kopi kak timah.. 

Bai.
Powered by Blogger.