Ya Allah, sampaikan rindu aku kepada dia.....
Sent by pius meh..
Lama rasanya tak update blog, ni pun malas-malas menaip. Itupun sebab mata tak muh lelap lagi. Update gune phone je.

Lupe.. Assalamualaikum.. Siapa di luar? Aku di dalam oooiiii...

Aku bukanlah buzy mana pun cuma tiada mood untuk menaip apatah lagi karangan yang berjela panjangnya. Before this aku rasa macam stress dengan kerja.. Rasa macam nak give up pun ada. Sampai hormon pun dah tak betul, emosi kelaut!

Banyak benda berlaku baru-baru ni sampai aku rasa.... Apa ni?? Ada sehari tu, aku nanges time kerja sampai bengkak-bengkak mata. Melimpah ruah air mata sampai Nak usik kerja pun tak boleh. Malu aku dengan opismate. Naseb masa tu dah nak habis waktu kerja.

Agaknya, Frasa apa yang aku lalui sekarang ni? Frasa kematangan? Kedewasaan? Ecehhhh..
Nak share ngan cik kiah, dia pun dah tiap2 hari problem.. Kiah kiah... Propa semua ni...
Sebut pasal kiah, 25 may haritu dia kawen. Selama 3H2M aku berkampung di rumahnya. Pakej termasuk tempat penginapan, makan minum serta layanan ekslusif... Hahaha.. Family yang sangat mesra! Umi (mak kiah) pulak bukanlah segarang yang aku fikirkan. Lembut tapi agak tegas. Rindu dengan kemesraan keluarga umi..

Pada masa yang sama, angin telah bertiup dari arah shah alam membawa berita kakak aku bakal berkahwin tak lama lagi (Insya Allah). Dan tiba-tiba semalam, tak semena-mena mak bersuara ' kalau kau kahwin sekali, lagi bagus. Jimat duit'

Huh? Saper yang nak kawen ngan fairuz mak...

Jawapan selamat 'calon pun takdeee'

Dua tiga hari ni aku perasan mak asyik sebut nama tc.. Asal tepon bunyi je mesti tanya 'kecik ke?' Lepas abis tepon je mesti tanya 'kecik ke?' Jawapan ringkas 'Hurrrmmm'

Dia sendiri sibuk dengan kerja, sibuk dengan life dia.Family. Kawan-kawan. Bola. Rasanya belom ada aku dalam list commitment dia. Sejak aku cakap yang aku malas bercinta, rentak tc terus berubah. Hehe.. Pun okay.. Jodoh bukan di tangan aku. Aku ada alasan sendiri atas kemalasan itu. Kita terang lebih2 pun payah jugak.. Takut salah paham.. So,baik keep to our self. Biasalah bercinta ni ada naik, ada turunnya.. Kalau datang malasnya.. Malas la.. Kalau datang sayangnya.. Saa.. aaa... (Rosak plak keypad nak taip).

Senang cakap, yang jauh dikenang-kenang.

Yang ni frasa apa ye? Hehee...

Hurmmm... Dah pukul 5am dah ni.. Tido dulu lah.. Kang siang sambung.. Sebenarnya aku terlelap pukul 12 lebih pastu terjaga pkul 4.. Smbung balik entry.. ni aku nak tido balik... Jap eh...

5.14 pagi.. Huuuuuuuuuu asal aku pejam mata je terus on lagu putih putih melati ni????? Putih putih melati, merah merah delima.. Siapa yang baik hati pasti ku terime... Arggg.. Stress nak tido.. Berulang-ulang lagu ni dalam kepala... Dah macam kaset!

***

Blurr.. Alhamdulillah.. Kenyang baru lepas lunch.. Hehe. Ada setengah jam lagi before start sambung keleje. Hehe.. Keleje la sangat. Aku banyak benda sebenarnya nak buat tapi semua dalam satu masa, jadi kipala pusing jugak ada. Cuti ni mungkin boleh buat aktiviti sikit..

Sebut aktiviti, ada 2, 3 kejadian yang belum sempat aku update. Hehe.. Kesian kat blog aku..
Okaylah, dah takde ape nak taip. Heeeeeeeee eeeeeee eeeeee.. Bai.

Sent by pius meh..
Lalalala testing jap

Sent by pius meh..
..Assalamualaikum..

Ye, sebut saja ulu yam pasti terasa nak terjun dari batu-batuan walaupun sebenarnya bukan lah dalam sangat sungainya. Pun bagus jugak sebab tak reti berenang.

Hari ni baru terasa mood untuk menulis datang, walaupun kerja masih lagi berada di zone kemerah merahan. Serius, otak seperti kehilangan idea. Akibat kerja yang tidak pasti di mana tahapnya, maka sabtu lepas aku merajinkan diri menyambung kerja yang tertunggak di opis subang. Fiza, opismate juga ada. Masa berkualiti yang ada tidak banyak, harus dimanfaatkan sebaik mungkin. 

Tiba-tiba terlintas difikiran.. "bagus jugak dapat mandi-manda di sungai atau beriadah di mana-mana"

Dengan laju mengajak Kak fiza untuk turut serta. Destinasi pertama yang dipilih ialah Bukit Cerakah, shah alam sebab kak fiza tak pernah pergi lagi. Pun okay jugak walaupun aku dah banyak kali ke sana. Tapi... aku teringin nak mandi sungai... so, decide petang sabtu pergi ulu yam dan ahad baru gerak ke Bukit cerakah. Seronok la hang pa.. penang mari. hehe.. Ajak sekali khadijah. Mesti hang pa kebosanan duduk subang ni tak tau nak beriadah dekat mana. 

Tutup pc.. kemas meja.. gerak ke ulu yam...


Tengok gambar je dah buat diri terasa sejuk.. ecehhh poyo pulak. ehem. Akhirnya dapat jugak rehatkan diri dengan aktiviti macam ni. Sejuk tak terkata! 

Dalam kot!
Aku tertipu dengan keadaan sungai yang deras. Lantas ke atas batu dan terjun.. hahaha.. cetek jerrr.. beriya aku pulun nak lompat. Bersimpuh terus dalam tu.

Belakang tu fiza..
Aku paling tak tahan tengok gelagat kak fiza. Serius haritu aku asyik sangat gelak melihat segala aksi renang berirama opismate. Hehe.. Masing-masing tak reti berenang, aku cuma tau apungkan badan jer :) kak fiza je yang tak reti nak apungkan badan. So, aku dan kak dijah takde buat apa.. apungkan badan dan layan pemandangan sekeliling. Cara paling best menikmati ciptaanNYA..

Dah lama tu, baru kak fiza reti macam mana nak apungkan badan... hehe.. lawak. Syok katanya...  dok lawan siapa paling cepat sampai...hahaha.. gelak~

 
Ulu yam pun cantik jugak bagi pengemar photography..

cantik kan.. capture by fiza.

ni pun cantik jugak.. cuma edit contrast je
 
 Kebanyakkan gambar di ambil oleh kak fiza... 


 Okay, penat dah bersenam dan berkuak.. time to say gud bye.. peace :)
Yer yer.. jom kita bergumbira di hari bahagia. erk.. tukar lah.. Birthday. Kemain tajuk omputih. Kalau dimelayukan tak tau nak tulis apa. Cara menggembirakan hati anda? Ke aper? Macam pelik jer. Amaran! tips ini hanya berkesan untuk mereka yang kesunyian. eh. hahahahaha... giler.

1.Makan sedap
Oh.. terus meleleh air liur teringat makanan yang sedap-sedap. Ermm.. macam tak kena pulak tulis meleleh. Macam lain pulak maksudnya. Berkecur air liur eh? ahh.. what ever la.. Time-time besday ni tak semua orang suka makan kek, begitu juga aku.. aku prefer makan......

Sushiiii..yurm yurmmm
Beli lah makanan yang sedap-sedap tanpa rasa bersalah kerana sebelumnya berazam untuk berjimat cermat. Akan terasa kesedapan itu, percayalah. Hahaha.. sedap kot makan time-time nak berjimat nih...  masuk kereta, start enjin.. pretend macam lapor noh... makan terus.. tak pandang kiri kanan...

2.Belanja hebat
Hurmm.. apa pulak belanja hebat tajuknya.. hurmm..hurmmm... bazir duit lagi okay kot.. hehehe..

moh la kite beli sesuatu tanpa segan silu perabis duit
3.Posing sebanyak yang boleh
Ye, jom la kita melakukan aktiviti digemari ramai ini. kekeke... birthday girl ambik la gambar bebanyak. 


4.Resign letter
Yeahhhhhhhh... jom kita tulis surat benti kerja reramai.. hahahahaha.... *bile aku nak tulis nih* 


Yeahhh.. kering idea sebenarnya.. hehehe... sat na.. aku update aktiviti sabtu dan ahad. Ada masa dan mood nanti aku rajinkan diri mengupdate. Entry ni pun dah lama jadi pekasam! tu yang akhir-akhir penulisan seciut je jadinya. Hehe.. k bai.
yee.. tapi takde masa lagiii.. hahaha..k bai.
Selangor cuti kan harini.. huhuu... naseb bos pun kasi cuti.. ikutkan dia tak kasi. :) dapat lah relax" jap kat rumah walaupun kegusaran di hati semakin terasa. Sambil rehat-rehat tu, siapkan jugak tempahan kad kahwin pelanggan.

Tengahari tadi posmen datang, ada parcel. "Siapa yang hantar?" tetibe kan tak ingat pulak ada beli vitamin c. huhu. Aku beli dekat sepet je, dah selalu follow blog dia, rasa yakin nak beli kat situ. Akhirnya tergoda gak aku.

Terus buka bungkusan, rasa satu..hahaha.. okay, sedap. Dalam tu dapat sekali 2 face mask dan 2 eye mask. Tak tau pulak dapat free gift.  Dah nama free gift, mesti lah happy kan. Aku pun jarang nak beli-beli mask ni, keluar pun banyak shopping makanan. Entah tahun bila agaknya last aku pakai mask-mask ni.

 
Pakai mask hitam dulu. Macam tak nyempat aku nih... time tu jugak nak pakai. Terus tinggal kerja. huhuuu... Harus ambik gambar, buat bekalan nak send kat tc. Senang, kang dia mintak gambar.. aku send jela yang ni.. hahahaha.. Haritu aku send gambar pakai tepung komak *bedak sejuk*, dah delete agaknya dia.. *mcm hantu*.. Selalu dia send gambar orang asli kat aku... takde pun aku delete tau.. time aku hantar ke dia, saja nak delete-delete.. ketidak adilan di situ. Yang ni pun dah cukup ayu dah ni, dah macam model tudung fareeda...

 
Pakai pulak eye mask, gerammmm... sebab mask tu lembutnyerrr... rasa macam nak tonyoh-tonyoh akibat kelembutannyerr itu. Aku ni dah macam takde kerja nak buat, bukan apa... asyik buat kerja jer *baru buat sekejap* jemu jugak kan...

 
Akhirnya berguna jugak botol air yang aku beli nih.. hahahahaha... okayyy fine! aku sambung buat kerja. finee fineee....

Powered by Blogger.