Bukan semua perkara boleh kita luah dengan kata-kata. Bukan semua perkara kite boleh share dengan teman rapat. Dan bukan semua perkara kita perlu simpan dalam hati.

Some say..

"You lost......."

Tapi jauh di sudut hati saya, yakin ianya tindakan yang betul.

Bukan semua "kata-kata" perlu kita percaya..

Sangat negative untuk dihadam.. ?

Should I hit the reset button?

Kalaulah ianya ditempat yang betul..

Pasti akan jadi saat terindah... Dreaming...

Doa adalah yang terbaik kan.. :)

Be positive :)


Sent by pius meh..
TEMPAHAN SAMPUL DUIT RAYA


Panas panas panas!!

Kami membuka peluang kepada peniaga-peniaga bazar ramadhan, peniaga kecil-kecilan serta individu untuk menjana pendapatan sampingan dengan menjual sampul duit raya. Terdapat 7 design untuk edisi sampul raya 2013. Pemborong dialu-alukan. Lagi cepat tempah, lagi cepat dapat. call/sms/whatsapp/pm kami untuk senarai harga/keterangan lanjut.

Kami juga menerima tempahan untuk sampul duit raya syarikat mahupun individu, minimum order 250 paket (5pcs/paket).

(1 Paket = 5pcs)

1,250 pcs (250pkt) = RM280
2,500 pcs (500pkt) = RM390
5,000 pcs (1,000pkt) = RM680

Pakej 6 Design dalam 1

1250pcs (250pkt) x 6 design = RM1500
2500pcs (500pkt) x 6 design = RM2200









Selamat berniaga :)



...

Bersyukurlah...

...

Hujan merentap jerebu kotor..

..

Hujan menyentap diri kita..

..

Dari terus dikaburi..

..

Bersyukurlah..

..

Kini dapat berfikir rasional..

..

Maaf..

..

Suatu hari pasti ternampak kebaikannya..

..

Insya Allah



Sent by pius meh..

Harini keluar ofis macam pelik.. I seeeeeee... Silau matahari..

"Awat silau sangat ni?"

Owhh baru perasan, dah berape hari balik kerja suasana suram, jerebu!

Alhamdulillah.. Seronoknyer tengok Environment clear je. Terus seronok Nak drive balik rumah. Ngindu bukit-bukau tepi jalan. Ngindu langit biru. Ngindu kibaran bendera pas di puncak bangunan. Eh.

Jelas, aku suka drive balik rumah berbanding pergi kerja. Obvious sangat kot sebab ape..Hehe.. Ondeway pergi kerja kiri kanan konkrit. Masih okay ketiadaan jam melampau. Tapi drive balik rumah satu kepuasan. Semakin jauh semakin dekat bukit bukau.. Semuanya green.. Sedap sangat mata memandang.


Sent by pius meh..
Harini seperti biasa balik kerja. Hidup enjin sambil otak ligat membayangkan menu apa bakal terhidang saat berbuka sekejap lagi. jika semalam burger daging (akibat terlalu lama tenung burger abg burn),maka harini terliur nak makan magie tomyam. Durian.

"Magie tomyam baru beli smlm, sepaket"

"Durian?? Durian crepe...?"

"Kalau dapat durian ni, mau seronok mak"

Maka misi malam ini adalah menyuprisekan mak dengan duvian. Suprise tak suprise tak.

Sampai rumah.

"Pius, bawak kak ani pergi selayang mall, nak beli barang. Esok nak balik dah"

"Bile? Malam ni"

"Malam ni la"

"Baru ingat nak keluar.. Boleh lah.. Sekali jalan"

"Pergi mana?"

"Secret"

"Secret resepi??"

Apajadahnya secret resepi..

"SECRET"

"Makkkk.... Tengok dak pius ni mak.. Mana dia nak keluar"

Mak: jumpe boypren kot

#aku nak beli durian lerr..

Last-last satu durian pun tak jumpa dekat pasar borong. Dekat mananyer aku nampak durian ek???? Subang kot... Hampeh.

Ps: Apa saja lah perut ni.. Magie la.. Durian la.. Steamboat la.. Haishhh
Sent by pius meh..
Subang dan Selayang dah hujan :) Barulah betul cameronnya sejuk dan nyaman. Hehe..

Sejuk-sejuk bentang toto, tengok oppa.. Uishh layan.. Hehe..

#Lawak pulak episod kali ni... Tak tahan gelak

Ps: Oppa merujuk kepada cerita korea.. Hokeyy.. #mood sentap tetibe selepas bergelak sakan.
Sent by pius meh..

Jun hampir melalui petak-petak akhir dan Julai sudah mula terlihat dari kejauhan. Fuhh.. Setelah 2 bulan tanpa arah, Julai kini bangun dengan semangat baru.. Hoyeaahh... Petak-petak yang dulunya kosong akan kembali meriah...

Julai.. Jangan hampakan aku!

#Dan May, moga kite bertemu lagi tahun hadapan dalam suasana baru. Insya Allah :)


Sent by pius meh..
Now, topik paling hangat untuk berborak di office selain taik kucing yang memilih tangga sebagai ground landing ialah jerebu. Ye. Kurangnya kesedaran sivik disitu. Melepaskan tut tut di tangga. Sudahlah berhampiran dengan area nk punch kad. Huh. *perlu tak aku snap gambar?*

Jika sebelum ini angin meniup asap ke Singapura, ini kalilah asap bertiup pula ke semenanjung Malaysia. Jika pagi sabtu aku bangun di selayang maka hari ahad secara tiba-tiba aku kini di cameron highland. Turun bawah kot-kot ada stlawbeli, sedap jugak boleh cicah coklat. Yummy..

Melalui berita semalam, pembenihan awan tak dapat dilakukan kerana cuaca kering selain tiada awan sesuai. Taufan bebinca yang melanda laut china selatan dengan tiupan angin barat daya membawa asap jerebu ke Semenanjung menyukarkan lagi pembenihan awan. Mengikut kata Ketua Pengarah jbtn Meteorologi, che Gayah.. Taufan dijangka berakhir esok (harini) dan pembenihan akan dilakukan segera.

Maka sejak semalam aku menerima mesej yang serupa..

Forwarded -
Please bring a huge umbrella out today.. and avoid rain water at all cost... government is planning to seed the clouds to rain and according to my chemist friend, the rain water is harmful to human skin. So if u see rain falling.. stay indoor and dun rain dance arnd... πž†Άπž†’
Forwarded message

FYI, pass to people that you care.

Adakah kita serupa? Adakah kalian juga menerime mesej yang sama? Apakata kita research sikit pasal pembenihan awan..

#Jerebu di hati belum habis clear lagi


Sent by pius meh..
..Assalamualaikum..

Sambung dari entry lepas..

second day, kita orang pergi Perhentian Besar dekat area Tuna bay. Dekat Tuna bay banyak kawasan untuk snorkeling dan itulah tujuan utama aku ke sini. Haha.. Kawasan pantai sini lebih cantik, pasir lembut tak terkata berbanding dengan kawasan kampung nelayan. Geram rasa nak berguling dekat sini. Hehe.. 


..Assalamualaikum..

Korang apa khabar? sihat tak? Pius harap korang yang baca blog ni sihat-sihat. :)

Lama sebenarnya pius rancang nak ke Perhentian, rasanya adalah dalam 2 bulan. Lama tak? hehe.. Bila hati rasa teringin sangat, 2 bulan pun terasa lama. Ye tak. Pius gerak dari Hentian bas Putra jumaat malam (10.30mlm) dan sampai ke Kuala Besut lebih kurang pukul 6 suku. Dah berapa tahun rasanya tak naik bas jalan jauh-jauh. Jadi perjalanan kali ni memang terasa sangat risau, takut dan seram juga ada. Takut jugaklah.. ishhh.. siap pakai tali pinggang lagi.

Lepas solat ( Surau berdekatan dengan jeti) kita orang sarapan. Pulut bakar dia paling sedap! dan lepat pisangg.. ermmm.. first time makan lepat pisang ganu.. pisang dibalut pulut. Hurmm.. rasa lain sikitlah dari kl.

Berhampiran Jeti

crystal blue water. osem.
Pius stay dekat Perhentian kecil-kampung nelayan. Dekat sini makanan lebih murah dari tempat lain. Nama je kampung nelayan tapi air still lagi cantik dan terjaga. Pulau perhentian antara taman laut Malaysia kan, jadi kawasan sini memang terpelihara.


Assalamualaikum..

Dalam banyak-banyak mimpi, tak tahu kenapa dua mimpi ni jelas sangat dalam minda aku.padahal mimpi-mimpi lain tu, bangun tidur ingat kejap pastu terus lupa.  Baru-baru ni aku mimpi..

Anjing putih..
Tetibe plak mimpi anjing putih.. bulu lebat, cantik jer... dalam hati "jangan lah datang kat aku".. sekali betul dia dtg.. memang dah rasa macam nak kena gigit je.. "kena samak sat gi nih"  tapi baru sampai dekat aku dah terjaga.. so tak tau dia gigit ke tak..hehehe...

Second, mimpi rumah terbakar tapi tak nampak pun api besar. Mimpi tu betul-betul dekat rumah aku yang lama.. rumah tu pun dah takde sekarang. dah roboh. Mimpi tengah duduk-duduk ngan adik n kakak, tetibe plug letrik utama macam menyala-yala api.. macam nak meletup tu.. terus kita orang larik keluar rumahh... pastu bunyilahh.. meletup tu. hehee.. nanges lah rumah terbakar.. tapi dalam mimpi tu tak tunjuk pun rumah aku terbakar.. tunjuk orang ramai.. aku tengah carik adik n kakak aku.. gitu.

pastu tetibe entah camne.. aku dah ada dalam rumah tu balik.. plug letrik dah baiki..dah elok.. rumah pun elok xde pape pun.. huhuhuhu.. mcm scene beberape hari kemudiannya je..

 tu laa.. satu-satu jelas dalam minda ni.. pun tak paham kenapa boleh teringat-ingat. takde la aku dok terpikirkan sgt.. tapi mesti terbayang-bayang...

ngeeeeeee~~


..Assalamualaikum..

Since percutian bajet aku untuk minggu ini tak dapat dilaksanakan maka berbajet-bajet la aku di rumah sambil memikirkan aktiviti untuk minggu ini. Rumah memang sunyi kalau takde anak buah yang datang.. tapi kalau anak buah datang.. hah.. tak terlayan semua.. Rumah confirm tak payah kemas.. eheh. sebab tau rumah bakal bersepah kembali. Hehe.. 

Minggu ni aku tak keluar memana sangat memandangkan anak buah dah datang. So, layan dorang jela..


Zara, sejak kecil dah terbiasa panggil wewe. Jauh beza wewe dan Zara. Tak pasti macam mana boleh start panggil wewe. Mama dia lah ni.. Hurmm.. ikutkan nama aku sendiri pun aku tak tau kenapa orang panggil ayut.. (sampai sekarang). Tapi memang kebanyakkan mereka yang bernama fairuz, nickname nya mesti ayut.   Agaknya kitorang pelat kot nak sebut nama sendiri. oit.. tetibe interframe..

Si kecik ni Zeti.. Susah nak ambik gambar dia senyum secara normal..hukhuk.. geletek-geletek sikit baru bleh.. amoii aaa... paling sepet sebijik ikut mak dia. Dalam family aku, kak long n adik last jer yang betul-betul ikut belah ayah, chinese. 

Paling suka memuji tak kira apa pun termasuk la dirinya sendiri.. hehe.. 

"sedapppnyerrrr nasik niiiiii"

"cantiknyaaaa cincin niiiii" 

"etty cantik kannn"

 Tula ayat yang selalu keluar dari mulut zeti.. semuanya memuji..

giler menulis.. melukis
Budak-budak kan.. memang suka nak melukis. Saja aku lambakkan marker bebanyak kt lantai.. kasi rambang mata dorang sebab colourful.. marker lama tu, banyak dah takde dakwat. Tu pun bawak keluar semata-mata nak pujuk wewe ni.. merajuk sebab aku tak nak layan.. tak muh dengar cakap auntie saper suruh. ..senang je modal nak buat pujuk... hukhukk.. giler tak seronok dapat marker banyak-banyak kaler macam ni.. walaupun hakikatnya banyak kaler dah janda. ~


Owhh yer, sebenarnya nak cerita pasal tong kodak-kodak ni hah.. aku pun tak tau la mana asal benda alah ni.. lagu dia yang betul-betul pun aku tak tau. Entah korang dekat luar sana biasa ke tak buat benda alah ni. Sebab sejak aku kecik lagi memang dah buat gini. 

muke etty main tong kodak kodak
habis gerbang-gerbang rambut.. 
Tu jugak la modal aku nak melayan dorang dari menanges panggil mak nya yang keluar beli barang.. hukhuk.. " mama pergi kedai.. jom jom main tong kodak-kodak ngan auntie" confirm lupa terus nak nanges.. hehe..

video

Tong kodak kodak..
mayang jambu jambu..
mana ini budak..
ada dalam kelammmmmm  buuuu (angkat tinggi-tinggi)

Aku lengguh kaki sebenarnya buat cenggini.. sampai semput-semput ha.. hehehe..

#kukunci lirik..huhuuu...

..Assalamualaikum..

Sempena ketiadaan bos dekat opis akibat kesihatan yang tidak mengizinkan, moh la kita bersuka ria sambil membuang masa tanpa memikirkan preparation untuk meeting yang telah dicancelkan. Yihuu! disitu. hep hepp..

Serius disitu. Ketiadaan bos memberi ruang untuk kami berjimba. ngeheee.. tapi tapi.. kalau keluar bos takde, tak best laa.. saper nak belanja makan. erk~ Hari Jumaat kan.. Selalu bos blanje blanje.. haha..

Harini pagi-pagi lagi aku dah kelam-kabut memikirkan plan yang telah aku rancang sebulan lalu. Silap sebab aku tak beli tiket bas awal-awal dan akibatnya..... plan tak dapat dilaksanakan! Al maklum lah dengan keadaan sekarang.. cuti sekolah. Tiket bas semua full. Tapi nasib jugak boleh pospond kalau tidak habis la kena drive sendiri tak pun burn saja duit pakej tersebut. Selamat boleh postpone kan.. :)

tunggu aku datang..
Ya Allah.. tengok gambar je dah terasa teruja apatah lagi depan-depan mata. Haaaa... cair hati tengok. Rasa nak guling-guling buat drama hindustan dekat situ.

So minggu ni kena rancang benda lain la.. aku bosan kalau duduk rumah jer. Semua benda aku malas buat. Hahaha.. sampai kakak aku kata 'kau duduk rumah masak la yut' ... jangan harap! kasik lepas perut aku jer.. kesian dorang..hahaha... Entah, dulu time aku rajin masak.. tiap-tiap hari aku masak sampai mak asyik puji jer.. "fairuz ada rumah ni dapat rehat sikit.. dia masak.. dia kemas.." wehh.. rajin sungguh aku dulu weh.. kihkihkih... ewahh..  tapi sejak dah kerja ni aku malas je nak masak apa-apa.. kadang-kadang aku masak, orang semua keluar.. takde orang makan. Adik futsal, mak kenduri, kakak keluar.. tu aku malas nak masak tuh. kalau tinggal berdua ngan baem (adik) baru aku tanya kot-kot dia lapor nak makan nasik.. Then baru aku masak..

Nak cakap punyer lama aku tak tung tang dalam dapur, sampai haritu ada tetamu datang aku terbuat air teh+air laut.. paham tak tu? air teh masinnn laaaaa.... hahaha.. naseb rasa dulu, kalau tak rasa dulu naya diri jer, cancel jadik menantu. eheh. Tak pernah-pernah pulak mak letak garam dalam bekas besar, selalu gula je bekas besar.. tu dengan yakinnya aku bubuh je bersudu-sudu. Yela... kalau masuk dapur pun sekadar cuci tangan, basuh pinggan, minum air, masak magie gitu-gitulah. Okay.. korang tnggu aku rajin masak balik pastu baru masuk minang eh.. hahaha.. aku suka masak sebenarnya. aku suka cuba-cuba resepi.. cuma sejak kerja ni, memang rasa malas noh nak masak.. rasa macam nikmatnya bila balik kerja tengok bawah tudung ada makanan mak masak walaupun kadang-kadang tu ada ikan masin ngan telur goreng jer. Sedap nikmat tak terkata. Letak kicap sikit.  Bertambah tambah nasik. 

Alaaa perempuan ni.. dah kahwin kang gerenti nak masuk dapur, nak masak sedap-sedap untuk family. Gerenti dari tak pandai terus jadi pandai masak. Klau tak pandai gak.. tu namanya orang gaji yang masak. okay. fine. bai.

Hurmm.. macam dah melalut pulak tibe-tibe.. 

Balik kepada aktiviti... satu benda yang palingggggggg aku suka sekali... duduk tempat yang luas sambil baring melihat langit yang penuh dengan bintang-bintang ataupun awan waktu siang. Ya Allah, sejuk giler rasa hati ni. 

Alaaa... kat mana-mana pun boleh buat... 

Tak sama wehh... kita selalu berada dekat tempat yang ada banyak bangunan, rumah-rumah yang pasti terang dengan lampu-lampu. Time tu mata kita dah disilaukan dengan cahaya tu semua, jadik mata kita tak nampak langit yang sebenarnya cerah dekat atas kita. (Kalau waktu siang tu lain lah.)  Serius. ini seriuss... wonderpet kami datang...

Kalau area rumah korang blackout, cuba keluar dan renung langit. Sangat indah... ewahh.. romantik gitu. Itupun kalau langit cerah la, ada bintang-bintang. Last.. aku paste gambar dan video dari blog ZAHARIZ buat tatapan korang..





Mystical Aurora Borealis from ZFilms Production on Vimeo.



"Dengan Basikal Aku Menjelajah" Trailer 2012 from ZFilms Production on Vimeo.

Baibai korang.. semoga hari korang baik-baik sahaja.
..Assalamualaikum..

Esok jumaat kawan-kawan.. :) Jadik ke tak planning ni... -____-

Rasa banyak perkara dalam kepala ni..

Esok Jumaat.. esok juga meeting.. esok jugak nak kena tunjuk kerja tadi.. hehehe.. pening kepala dengan bos. Kesian pun ada. Dah tak sihat pun nak datang kerja jugak. coti jela... Hari ni senyap sunyi je.. huhuu psssttt sebab bos takde suara. Nak discuss pasal kerja pun guna isyarat bagai.. wehhh... mana aku nak paham. hahaha... Lawak pun ada...

angguk tetap angguk... walau dalam hati " apa bos aku nak ni?"


Hiyaaaahhhhh.... malasnya isnin.. hehehe.. huhuhuuuu.. isnin kan.. biasa lah memalas sikit. sabtu ahad banyak duduk rumah jer... ada la keluar kejap-kejap. Hehe.. keluar singgah popular! Tapi tak tau nak beli apa sebenarnya cuma terasa macam nak membaca. cehh... konon tau. Pusing area novel tu.. wehhh.. aku dah lama tak baca novel-novel ni. huhuhu.. Pusing punya pusing satu novel pun tak menarik minat aku.  Ale-ale ternampak satu group Chinese ni dok borak-borak pasal kuih tart dekat area buku masakan.  Okay, beli buku masakan la.. hehe tetibe!


Tapi tak jadik beliiiii.. hahahaha... aku letak balik buku masakan tu sebab time nak bayar ternampak novel tu... tu.. tu... yang kat atas tu. hukhukkk.. malu! baru nak praktis memasak. Hahahaha.. Tetibe ternampak plak novel ni.. Korang tau kan cerita ni ada kat tv3 sekarang, aku ada la tengok 2 3 kali.. macam best jer. Semalam gak aku baca sampai ke malam.. tapi tak habis lagi la.. tebal kot buku ni.. hehehe, tu yang aku usung bawak pergi kerja. kononnnnnnn....


kolam air panas
Tayangan free of charge minggu ini....hahaha.. giler! malas nak cerita kat blog.. kang....haaa... haaa.. teeeetttt...





Juga gambar awan yang sangat sangat sangat cantekkkkk.. Subhanallah. Tak fokus aku nak bawak kete. ngeeeheee.. aku snap guna phone jer. blur la sikit. Tu jela kot minggu ni. Insya Allah minggu depan dapat rehat-rehat skit. Aminnn.. dengan izinNya. Tasabaaaaaa...... 

Powered by Blogger.