Hujung-hujung bulan macam ni kepala mesti pikir nak makan apa. Entah tabiat dari mana.:inlove: Biasalah gaji nak masuk kann.. huhuuu..  Selalunya hujung bulan macam ni mesti nak makan sedap-sedap tak kira murah ke mahal asalkan sedap ikut tekak. Kalau murah tu confirm la belum dapat gaji lagi kan.. hehe..

Pius ni jenis makan sikit tapi berulang-ulang. Rasanya kalau duduk saja dekat rumah, mahu makan tengahari berlanjutan sampai petang.. hahaha..  ya ya ya.. makanan yang selalu rasa nak makan.. Asal lalu pasar malam je mulalah rasa nak menyinggah carik yong tau fuu.. haaa.. terbayang dah ni. Kena pulak yong tau fu kuah sedap.. haaaaa... tak sempat sampai rumah aku dah habiskan. tapi kalau masuk je kereta, cucuk-cuck sekali tak sedap kuahnya, hurrmmm...  makanlah saper nak!! terus bawak balik rumah kan.. dasar sangat.. hahaha

sedapnyerrrrr....
eh.. tetibe takde idea nak taip apa..  huhuu.. macam takde motif.. ^_^" . Aku bosan kat ofis sebenarnya, semua pun bz dengan kerja memasing. Aku yang stress ni makin bertambah plak stress tengok muka masing-masing monyok ajer. 


Hurmm.. aku terliur nak makan magie+enoki+seaweed+cili padi. Kadang-kadang ada jer nasi n lauk tapi tekak aku ni terliur jer tengok magie tambah-tambah kalau ada seaweed. Huaaahhh... sedapnyerrr.... kalau takde magie sekali pun aku buat kuah jer makan dengan nasik. sedap tak terkata, nasik bersama kuah seaweed pedas... haaaiiiii...  kebuncitan depan tv la jawabnya.

japp.. dengar lagu rayooo... eeee, tak best betul dengar lagu raya dalam opiss.. tutup radio pliizzz.. terseksa jiwa raga dengar lagu raya dalam opis.. hahaha.. hilang terus mood raya.

Tapi time-time camni mesti nak carik sushi.. alahaiiiiii... terbayang-bayang plak sushi..


"fairuz, kau buat la sushi"

oh, akan dipertimbangkan. Tapi mana nak dapat telur ikan oren-oren tu yer.. apa nama tah.. aku panggil telur ikan jer.. kang kalau aku buat takde yang feberet, pun tak memenuhi citarasa aku jugak..  ale-ale timun, isi ketam, telur, sardin mayonis.. alaaaaaaaaa.....

aku taknak set-set sushi apa jadah nama tu..  aku gila dua ni jer..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



haa... senang jer nak membahagiakan hati aku nii... kann.. jimat beli dua ni jerrr, takyah beli bento set ker, ape set ker, udon mee ke hape ker.. cukup dua ni jer.... hahaha... 

eh.. nak balik lahh.. saja aku merapu padahal takde motif pun.. bai.

Aaaaarrrgggghhhhh maluuuuuuuuuuuuuuuu jumpe serabai serabai macam niiii... Mana kotaaakkk nak sarung muka niiii... Huaaaaaahhhhhh... Sob sob sobbb... Kenapakah ini terjadiiiiiiiii... Malu!

Haruskah aku menari hawaii dalam bilik ni. Gila dah ni.


Sent by pius meh..

Semalam family abang zaz berbuka dekat rumah. So, meriah sikit la dengan adanya dak ema (kakak) dan aloya. Hehe.

Berbuka macam biasa, ringkas je. Sup ketam (febret mak), sayur buncis dan sphageti dak awe. Suker sangat dak awe ngan sphageti.

Macam biasa time berbuka, borak-borak sikit...

"fairuz, ko bahagian duit ngaya"

Eh?

Jap jap.. Tengok safiya jap.. Touching lahhhh... Husband and wife..

Okaayyy.. Sambung balik.. Huhu..

"Aku nak kasi duit barang basah"

"Dak ani barang basah, dah kasi dah pon"

Ceeehhhhhhhhh... Semua dah cop-cop plak kan...

Tunjuk-tunjuk dak awe la kot. Kepakaran dia la tu tunjuk-menunjuk *kuih tunjuk* ^_^

Alamak.. Sempat ker nak tukar duit ngaye ni. Kerja swasta gaji selalu lambat, entah sempat atau tidak ni. Kang lambat-lambat takut tak boleh dah nak tukar. Aku kalau boleh nak kerja senang jer, kasi sedebuk pastu takyah pikir dah.. Huhuu.. Tu aku nak kasi untuk barang basah jer.

Dan.... Camne nak tukar duit raya eh.. Ayoyooo aku tak tau.. Hahaha... Al-maklumlah, sebelum-sebelum ni bukan aku yang prepare duit raya, sekadar topup bile perlu jer. Tolong hulur-hulur tangan jer.. Ehem..

"Time kaseh cik" salam-salam cium tangan. Nasib tak panggil aku makcik.
Gaji oh gaji bile nak masuk nii..

"Kau tak beli baju raya yut?"

Lagi satu soalan. Tadi tak habis lagi pasal duit gayo..

Haaa... Malasnya aku nak beli baju ngayer. Takde semangat pius nak beli-beli ni. Lainlah kalau ada boypelen, leh la match-match warna.. Hahaha... Motif sangat...

Takdelah, aku memang malas nak keluar shopping. Baju raya tahun lepas pun ada lagi tak pakai. Kita bukan budak-budak lagi nak nanges baju raya tak beli.. Kan.. *akulah tu* setakat pakai setengah hari, pastu tukar uniform *baju rumah*. Baju lain tak terusik. Hari lain kang aku korek baju lama, sebab takyah gosok.. Haa.. Kan.. Nampak tak nampak tak.. ^_^"

Kalau rajin adalah bajunya, kalau malas aku pakai je baju sedia ada. Baju kurung je dah sebeban dalam almari, tu pun nasib baik dah sedekah separuh. Bila sangat nak pakai.. Aku kerja tiap-tiap hari seluar, skirt.

Oh.. Dah dah.. Sampai di sini.

P/s: tahun lepas sula pink meh, tahun ni pink jugak ker amoi??????


Sent by pius meh..

Eeeeeee... Penat aku bebel-bebel taip entry sekali dah habis tulis boleh pulak terpadam... Majuk aaaaaaaaa... Apa punya telipon ni...

Majuk aaaa... Boikot...

Eeeeee... Eeeeeeeee.... Aku update ni jela!



Sent by pius meh..
Hahaha... Pius tak tau nak letak tajuk apa sebab takde motif nak menaip. Saja hilangkan rindu. Hehe..

Harini Nuzul Quran dan selangor cuti. Negeri lain tak tau.. Yang tau aku cuti.. Hehe...

Semalam balik lewat sikit sebab ada majlis berbuka puasa dekat restoran sedap. Boleh tahan sedap ^_^ . Makan secara buffet memang rugilah ajak aku kan.. Makan seciput seciput.. Tapi okaylah seorang RM35. Makanan pun banyak pilihan, lauk melayu ada, western, kuih muih, bubur la.. Memacam.. Ramai jugak orang stay kat situ lepas solat maghrib, sodap la katakan.. Rasanya mesti bos aku stress tengok aku makan sikit je tak setimpal dengan harga RM35. Puasa wehh.. Makan ciput je dah kenyang.. Lainlah kalau suruh makan lepas terawih tu, mmg lapar.

Sampai rumah dah hampir pukul 10.. Tengok kain sebakul tak lipat lagi.. Hurmm... Lipat-lipat kain sampai tertidur... Tadi aku tengok tv, ni tv tengok aku.

Harini cuti pun bukan buat apa, pergi nsk teman mak n nenek beli barang. Aku tak suka sangat nak pergi nsk ni sebab crowded memanjang. Tapi dah dikata kat sana murah, ikutkan jela. Saiko ok, tunjuk-tunjuk tanda harga depan mata ni.. Huhuu.. Kot ye pun murah kan... Takyah la saiko... Selalu mak ajak pergi nsk, aku tak nak.. "Pergi giant la" tapi hari ni pergi jugak lah..

Balik rumah tayang lah kacang buncis sepeket RM2 tu.. Haishhh..

"Ni kalau kat pasar, sikit je"

Yelaaa... Lepas ni pergi nsk jelaaaa...


Entry kucar kacir



Sent by pius meh..
Raya tahun ni aku excited. Excited nak jumpa kawan-kawan lama time skool dulu. Dah macam jejak kaseh plak wall fb aku. Huhu.. Naseb zaman sekarang dah canggih... Hahaha.

Satu team hoki start sekolah rendah sampailah sekolah menengah. Sampailah lepas pmr, aku decide nak masuk sekolah berasrama. Start dari situlah kita semua terpisah kan.. Kan.. Hahaha...

Tak sangka korang still lagi carik aku.. Sob sob...

Zaman dulu mana lah ada duit kan nak guna hanset. Siapa pakai hanset tu kira dah canggih lah. Huhu..

Tapi... Antara yang rapat tu ada sorang yang paling rapat dengan aku.. Nama dia farah. Aku memang rapat dengan dia, family dia. Lepas je dia pindah, makin jarang kita orang jumpa sampai betul2 dah hilang contact. Aku dengan kawan lain carik dia, carik fb dia.. Entahlah, dia macam nak menyepikan diri jer. Aku plak yang sedey. Semua orang carik dia. Dapat tahu dia dah kahwin, sekarang nak masuk 2 dah.. Happy for you.

Disebabkan susah sangat nak dapatkan farah, kita orang decide nak terjah rumah atoknya raya nanti atas bantuan adiknya, angah. Naseb jugak jumpa fb adik dia. Thanks angah atas cadangan ini. Farah, benda lama janganlah dikenang. Kita orang tak ambik peduli.. Yang penting sekarang. Sedey plak aku tulis entry ni.

Dayah, aqma, elin, farah dan semua.. Jumpa korang raya nanti. Jika Allah izinkan kita bertemu.

Nicholas mora aka wak din, hang tak nak jumpa aku ke wehhhhh....


Entry kucar kacir.



Sent by pius meh..
Hurm.. Entah kenapa internet dekat rumah ni. Tak boleh langsung nak view blog. Ingatkan setting laptop yang tak betul tapi bila buka melalui pc juga sama. Setting internet yang tak betul ker? Blog orang lain boleh ajer view. Tak paham kenapa blog aku je yang tak boleh view.

Bukak guna hanset boleh pulak. Haih la blog.. Dah tak sayang ker... Hurm.. Update guna bb jela jawabnya..


Sent by pius meh..
Aku ada interview harini jadi malam semalam mamai-mamai bangun carik kasut dekat belakang.. tertidur pulak time tengok tv. Ikut hati nak sambung je tidur tapi bila memikirkan baju apa pun tak siap lagi. Bangun jugak jalan ke dapur belakang carik kasut. Hurmm.. terjumpa pulak kasut ni...


Huahhhh... sayang kasut ni...
Dah setahun lebih kasut ni rosak ketika kejadian tahun baru dulu. Pakai.. muat lagi. Hehe.. Ni lah dia perempuan kalau dah sayang benda.. dah tercabut-cabut pun still lagi nak simpan. Kalau baiki boleh guna lagi kan.. hehe.. kalau kasut ni jenis tak selesa memang aku dah buang dah. Tapi sebab selesalah aku sayang kasut ni. Simpan jugak walau dah tercabut-cabut tapaknya. Sob sob sob.. sayang punyer pasal. hahaha. Kereta pun aku tak sayang macam ni.. kesian kereta aku.. huhuuu... Oh ye.. cakap pasal kereta, kenapa aku macam takde perasaan je eh bile kereta aku calar-balar orang langgar? tengok orang lain sikit punyer melenting. Sah.. sah.. kau tidak ku sayangi.. hehehe.. okaylahhhh... pasni jaga elok-elok. benda susah nak dapat..

ye.. tau.. 

Selamat berbuka :)

Kenapa hati kering bile melibatkan perkara besar dan sensitif bila melibatkan perkara kecik eh? 

bila nak berfikiran matang ni pius?
ArrgggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhHhhhhhhhhhhhhhhhhhhh haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaAaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Hah! Lepas perasaan.. Nebes untuk esok.. Stress untuk besok.. Nak hadapi tapi taknak usaha.. Acane? ^_^"

Mood: Nebes tapi still nak senyum sensorang. Hehe..

Tido tido tidoooooooo....


Sent by pius meh..
Sebenarnya aku tengah mencari lens mug nikon.. huuuuuu.. nak sangat-sangat.. tapi kebanyakkannya out of stock dan wording dia Nikkor/Nican instead of nikon. Lama dah aku carik, ada yang jual mahal kemain. Korang beli kat mana erk? Aku ni kalau nak keluar carik-carik barang ni memang malas. Carik online jela jawabnya. Time femes dulu ramai jugak yang jual mug ni tetapi sekarang tidak diketahui.. hurm.. bahasa~

canon pun smart jugak
Canon pun smart jugak! lens warna putih pun style. takut beli nanti yang sampainya caniam bukan canon.. huhuuu.. payah jugak online ni. Tadi time cuci-cuci mata mencari khazanah alam yang ingin dilawati, terjumpa pulak tumbler si minion ni. Alaaaaaaaaaaaaaa... comel la pulak. Padahal tumbler biasa jer tapi disebabkan ada minion kat situ terus jadi shomel. Hurmm.. shomel.. shomel? Takde tumbler 3D ke eh?

Big family
Bana na?
Yang ni aku suka paling suka.. sebab ekspresi minion ni sebijik macam muka nicholas mora, kawan aku. Hahaha.. Rasa macam nak beli satu pos ke dia. Tapi sayang seribu kali sayang, alamat rumah kau dah hilang lah wak din. kuikuikui.. Kalau tak memang aku belilah buat kezutan..

stuart yg paling comei..
Tetibe macam meroyan nak beli. tah pape aku nih. Mungkin sebab aku suka tumbler kot.. hahaha.. dah tu stress nak pilih mana satu sebab rasa semua cute ajer. Berkali-kali tengok nak pilih mana satu.. dah apesal meroyan pulak.  Akhirnya pilih tumbler wif 3 minion...... bayar terus.

setengah jam kemudian...

Aku tukarrrrrr.... hahaha.. stress mak hencik. Rasa macam nak beli semua. Haishh pandai tol buat duit. Kang sampai barangnya nanti rasa-rasa tak puas hati beli lagi.. kakakaka.. inilah yang dinamakan pembaziran dibulan ramadhan. huhuu...

Apa-apa pun still nak carik lens mug tu... ^_^" Tak membazirkan.. boleh guna. Hahaha... Aku kalau boleh nak beli bukan sebab minat je, bukan sebab bermusim jer.. tapi sebab memang aku nak dan benda tu ada function lain supaya next time bile musim tu dah habis, bendanya masih boleh digunakan. Tapi lens mug tu memang aku suka sangat-sangat dan rasanya sampai bile-bile pun tak habis musimnya.

Nak membeli biar ada guna.. ye dak.. kalau tak, terima lah naseb macam tedy bear-tedy bear kat rumah tu. Time minat tu bukan main la dok bawak peluk tidur...huhuhu.. hilang minat? bungkus plastik hitam baling atas almari. Gitulah jawabnya. Tunggu nak sedekah jer.

Sama jugak macam pergi shopping.. time popular baju peplum, semualah dok pakat nak beli peplum.. Kang habis musim tak pakai dah, carik balik baju kurung lama-lama. Sebab apa? sebab dah selesa dengan yang lama. Sayang lagi.. kan... sayang nak buang.. Minat ajer tak cukup tanpa sayang.. tetiba.

Sayang ajer tak cukup jika tidak selesa. tetiba.

Kalau dah sayang memang sayang lah.. tak nak buang walaupun dah tercabut-cabut.. walaupun.. sayang tidak semestinya memiliki. Erk. ni lagi tetiba.

okay dahhhh.. aku nak carik lens mug yang disayangi sambil tunggu tumbler sampai.

Pissss : Despicable me lagi best kot dari despicable me 2...

"selamatkan cacing, selamatkan pulau..." jerit sambil menjulang-julang banner. *pengaruh cite korea banyak sangat* huhuu.. pening kepala aku ni hah, rasa nak tidur lalok semacam. Layan cerita korea apa pun tak bleh.

jap.. tido jap..

Puasa belum habis, raya belum tiba tapi dah mula nak rancang next trip. Huhuuu...


Orang yang memahami dan mengenali dirinya adalah orang yang mengetahui apa kehendak dirinya tetapi orang yang enggan mengenali dirinya bagaikan orang yang bersembunyi di sebalik bayangannya. 
-unknown- sgt~

Ewah.. tajuknya..

Zaman sekarang ni semua orang sibuk judge orang lain, semua orang sibuk dengan kehidupan orang lain. Hari-hari berjam hadap pesebuk tengok kehidupan orang lain. Judge itu dan ini. Kita lupa.. lupa nak lihat diri sendiri. Hurmm.. serius tak serius tak?..

Hahaha..

Takdelah, kadang-kadang tu kan kita terlalu mudah nak judge orang lain. Padahal kita sendiri bukan berada ditempat orang tersebut. Hal luar dan dalam juga kita tidak tahu, hati dia lagi confirm kita tak dapat baca. Sunggguh-sungguh kita nilai macamlah kita ni tuan punya diri, tahu segala macam hal dalam hati. Lupa.. lupa pada PENILAI sebenar. ayat tunggang langgang

Dahhh.. buang jauh-jauh semua tu~

*****************
jauh-jauh sampai tak nampak
Aku ni sejak dari zaman sekolah sampailah sekarang suka sangat buat personaliti test. Tak kiralah dari sumber apa sekalipun pasti aku buat. Bermula dengan majalah remaja, surat kabau, internet, buku teks sekolah.. boleh kata semua perkara berkaitan personaliti diri aku suka.  Selain kuiz, ada juga personaliti diri berdasarkan tarikh lahir korang sedia maklum yang dibuat berdasarkan ilmu sains metafizik yang mana aku pun tak tau metafizik tu apa sebenarnya. Ini seriusss.. wonderpet... kami datang.. dah google pun still paham-paham taik ayam je. suam-suam kuku.

Benda-benda ni bukanlah sesuatu yang korang boleh kata sahih datanya dan bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan pegangan. Hanya Allah yang mengetahui akan apa yang DIA ciptakan. Tapi tak salahkan kita berusaha mengenal diri supaya dapat memperbaiki diri kearah yang lebih baik. itu lebih baik dari sibuk menilai orang lain... ewahh..

Aku lahir bulan Ramadhan tetibe..... yelaaaa! sempena Ramadhan kan.. heboh sekampung ahh.. :p

RAMADHAN - anda baik, pendiam dan suka merendah diri. Anda tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Anda tidak suka menonjolkan diri. Kehidupan anda selalu selamat.

Kalau bab baik tak baik tu sepatutnya kena tanya cermin (kawan/parent) la. Nak tau comot ke tak muka mesti nak tengok cermin kan. Sambil tu tengok jerawat mana lagi yang tak dipicit-picit ditenyeh tenyeh. Kalau bab pendiam tu memang ye sangat. Kalau nak dengar aku gelak besar-besar, bebel tiap masa.. haaa.. haaa.. jadi kawan rapat dulu.. huhuu.. and serius! aku tak suka menonjolkan diri buat masa sekarang. Blog ni lain lah, ni medium untuk bersuara memandangkan aku ni pendiam. eheh. sangat~ 

lahir sama bulan Ramadhan? Yeaahh giv me fiveee

tak sama? korang yang mana? klik SINI

***********************
Mengikut kiraan tarikh lahir
Contoh: 12 April 1974
12+4+1+9+7+4= 37
3+7=10
1+0 = 1

Aku nombor 4, which is conservative katanya..
- Golongan ini sangat peka dan tradisional. ini tak paham..
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. hurmm.. tak dapat dipastikan..
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. btol btol btol
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. iye.. saya lah tu
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. oh yeahhh...
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. apa degil sangat kau ni pius?
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. ala mucuk-mucuk.. sorilahhh..


korang punyer aper? klik SINI

***************
PErsonaliti warna pink dan coklat. Ikut hati memang aku suka pink tapi kebanyakkan baju pilihan aku ialah yang berwarna coklat.




MERAH JAMBU
- tegas tetapi agak manja. hurmm.. hurmmm..
- mudah tersentuh dan menyimpan perasaan. hurrmmm.. kena mengaku ker?
- suka romantis dan bermadah. hurmmmmm...
- tidak senang dengan bising dan peperangan.
- tidak banyak bercakap tetapi suka berfikir. huuuuurrrmmmmmmm (pikir).. iye
- cepat marah tetapi mudah redanya. ye saya


COKLAT
- memiliki sifat keibuan. meh ibu pelok meh.. hahahaha~
- suka merendah diri. aku tak pakai kasut tinggi
- sopan dan halus budi.
- hati sentiasa was-was takut tersalah. tula pasal...
- sukar memberi kepercayaan. tulaa.. susah lah.. 
- takut untuk membuat keputusan. tulaa.. camne eh..


Eeeeee... sakit bahu lah tulis panjang-panjang ni..  malas dah la nak tulis..

Dahh... henti-henti nilai orang lainn..!!!
Bulan-bulan puasa ni rajin no kome mengupdate makanan.. slurrppp.. terliur!! hahaha.. semua tempat bw pasal makanan ajer. Heppppp.. biasa dia tu... tambah-tambah yang dah kawen tu, lagilah tiap-tiap hari tunjuk masak apa. Semua pun nampak sedap jerr.. telur goreng pun dah nampak macam ayam gorenggggg.. hehehe..

Bulan-bulan pose ni kalau tak puasa lagilah terasa lapor bebenor. ehemm.. siapalah tu. Time boleh puasa takde pulak terasa lapar memanjang kan.. haishh.. sedey~ boleh makan tapi tak boleh makan.. lalalalala...

Oh. teringat msg kak kiah tadi.. soalan berkaitan hidup dan mati katanya. dah sudah....


Kiah: tau x kiter nyer ptptn tu bunga setiap bulan naik weiiiiiii"
Peah: yoko?
Kiah: Akunyer bayaran da bertambah. Yolah peah oi. kiah tak tipu


owhh i seeeee... betul-betul hidup dan mati ni.. ^_^"

Last aku ngan kiah pergi ptptn bulan feb. masa tu status pinjaman RM15,412.50 sekarang dah naik jadi RM15,456.50. Dari RM15 ribu naik RM456. Banyak tu. Lagi lama tangguh bayaran lagi bertambah-tambah la jawapnya. Tu baru diploma! kalau dicampur dan didarab pinjaman degree?? haa.. jeng jeng jengg...

Hurm, dah kerja baru tau bukan senang nak carik duit ni kan. Takpe, usaha usaha dan usaha. Doa.doa.doa. Jangan sampai gelap mata dah. eh. Astaghfirullah hal azim... Astaghfirullah hal azim... tak baik berburuk sangka. syuhh syuhh.. *sambil tangan kibas-kibas* korang niiiii.. tak baek tau.. pose ni pose... peringatan untuk diri sendiri. *kibas makin laju*

Tulaa.. bila nak start bayar ptptn ni? 
Hafe ni tarik-tarik?~

Semalam aku dah start balik kerja awal dalam pukul 5 dah gerak keluar office. Jalanraya macam biasa, tak berapa nak jam sangat. Kalau time hujan tu baru betul jam sebab takde polis traffic yang jaga time tu. Semalam first day puasa takdelah terkocoh-kocoh sangat sebab balik awal kan. Aku balik rumah pun relax-relax jer, sampai rumah mak dah siap masak..kuikuikui... Aku tak kisah sangat mak aku masak apa asalkan bukan lauk kedai. Lauk kedai ni sedap makan kat kedai jer, kalau bawak balik rumah dah jadik tak sedap. hahaha.. So, selalu kalau mak masak simple-simple pun aku dah selera makan bertambah-tambah. Kadang-kadang mak aku malas nak masak sebab takde orang nak makan.. goreng telur, goreng kentang dah. Pun 2 pinggan aku bedal. ^_^" Aku ni spesis kalau makan kat luar susah nak habis, memang selalu aku tapau lebihan nasi. Takpun paksa jugak makan sebab bos dah warning suruh habiskan nasi. Oit.. kelaut dah ni.. masuk bab makanan plak..~ lupakan pasal makanan

Bulan puasa ni kan, teringat kecik-kecik dulu. Puasa puasa gak, main tetap main. Berjemurlah dari pagi ke petang dok layan tali skipping la, galah panjang la, kejar-kejar la.. hoii... tak tau penat time tu! tau main je. Lepas berbuka reramai satu geng pergi surau. Best tak terkatalah zaman tu. Setiap kali selesai 2 rakaat, pusing belakang makan mangga. kuikuikui.. bawak sebiji terus. Balik terawih kang jeling-jeling cinta monyet ketika itu.. pastu sengih-sengih... hahahaha.. lawak. Seronok bukan ape sebenarnya, cinta monyet aku tu rumah dia sebelah surau. tu aku semangat tu. hahaha. budak-budak sangat time tu. ^_^"

Hari-hari sebelum terawih main dulu depan surau, beli bunga api la. main nyorok-nyorok la. Kadang tu entah hape hape la yang aku main. teringat upin ipin

kemain lagi aku berposing
Sekarang ni dah rasa macam besar sikit.. sikit la.. huhuu.. tiga empat tahun lepas aku still lagi pergi terawih sesama ngan mak, kakak. Setiap kali nak pergi mesti suruh dorang tunggu. taknak jalan sensorang. Solat pulak sebelah-sebelah. Sekarang ni nak pergi terawih dah tak kesah, kalau lambat pun boleh jalan sensorang. Kekadang tu time solat tak perasan duduk sebelah mak sendiri, padahal tadi panggil makcik. Hahaha.. Semalam time dah habis solat, sebelum imam baca doa. Terperasan baris depan.. kakak aku. Saja tengok jer gaya dia.. buat hape kat depan tu dok senyap-senyap ambik gambar ruangan masjid. Aku senyum jer :) habis imam baca doa, bangun salam-salam jemaah lain. Saja buat-buat tak nampak dia..hahaha.. aku jalan dulu kedepan... tibe-tibe ada orang tarik telekung aku dari belakang.  tau dah dia.. biasa dia tu..huhu..

aku toleh, tengok akak aku sengih-sengih.. poyo tau.. sengih-sengih.. 
Hari ni 1 Ramadhan 1434H dan semalam kita semua sudah menunaikan solat sunat Terawih untuk malam pertama. Pasti ramai yang tidak mahu terlepas kan. Ada yang balik kerja lambat terkocoh-kocoh mandi semua nak pergi masjid. Yela, semalam waktu kerja habis seperti biasa kan? harini baru start balik awal. Insya Allah, malam ni malam kedua untuk kita semua.

Tahun ni suasana masjid berhampiran rumah pius sangat berlainan. Tirai yang sebelum ini membahagikan kawasan untuk jemaah wanita telah dibuka seterusnya menjadikan kawasan untuk jemaah wanita lebih luas. Suasana seakan-akan masjid negeri, nampak keseluruhan masjid. Memang tujuan asal untuk meluaskan dan memberi keselesaan kepada jemaah wanita tapi pada masa yang sama tiada lagi bunyi bising anak-anak bermain disebalik tirai. Khusyuk ajer solat dekat depan. comel :) tak boleh main-main dah sebab tirai yang membahagikan kawasan untuk jemaah perempuan dan lelaki telah dibuka. Kalau dekat luar tu biasalah, budak-budak main tapi takde la bising sangat sebab dekat luar kan.

Seperti tahun sebelumnya, Solat sunat Terawih dikekalkan 8 rakaat berselang dengan tazkhirah.

"Bulan Ramadhan bukan bulan puasa"

Itulah input tazkhirah semalam. Banyak kali juga Ustaz berkenaan tekankan yang bulan Ramadhan bukan bulan puasa tetapi bulan beribadah dan antara ibadah yang wajib dilakukan adalah puasa.

"Bulan Ramadhan bulan Beribadah"

Nyata penggunaan ayat tersebut membawa makna sebenar Bulan Ramadhan. Nak kita semua celik dan faham bahawa bulan Ramadhan bukan sahaja bulan untuk berpuasa, tetapi juga bulan untuk kita perbanyakkan ibadah. korang paham tak pius tulis apa nih? heee..


Salam Ramadhan buat kalian. Sama-sama kita berusaha tingkatkan amalan. 

# Inilah bulannya... tolak malas tepi-tepi. tolak malas tepi-tepi. tolak malas tepi-tepi. 

salah kata harap dimaafkan.
Korang ada tak perasaan tak mahu lihat atau ingat wajah seseorang? Hm? Ado? Huuu -_-' itulah yang terjadi sekarang. Macam terbayang-bayang ajer pergi mana-mana pun. Dah macam saka dok follow sini sana cuma bezanya wajah itu terlalu kiut miut.. Haha.. Motif kiut miut?

Then satu hari ni, aku rimas plak. Tutup fb.. Kengkonon taknak tengok!! Okaylah, bukak blog sambil blogwalking. Baca lah info-info menarik dekat blog orang. Sekali baca punya baca punya baca!!! Ada gak muka dia kat situ!! Argghhhhh... Rasa nak tampor-tampor je..hahaha... Asal semua tempat ada ni?? Blog orang pun ada muka kau ni dah apesal. Gitu dalam hati.. Huhuu.. Sakit hati pun ader gak.. Tapi bukan aku benci pon.. Sayang2 benci gitu.. Ewahhh..

Tapi tula.. sebenarnya aku xde benda nak buat. Haha.. Gatal tangan nak menaip.. Tu ajer. Sila kutuk dlm hati sbab terbaca entry tidak berfaedah ini.

Kbai.



Sent by pius meh..
Hahahaha.. poyo plak tajuk ni.. 

Sambung entry lepas..  Selepas mendaki kawasan teh boh sungai palas, ada 2, 3 tempat lagi yang kita orang singgah antaranya Butterfly farm. Bayaran masuk RM5 seorang, dalamnya kecik ajer. Selain rama-rama ada jugak serangga lain, ulor pun ado.. gitu-gitu lah. Rasa kurang berbaloi masuk sini tapi bila mengenangkan bukan dekat nak datang, so masuk ajer la. Kalau bawak anak-anak ehem okay la kot. Plus kalau korang minat photography. Seronok la. Sebelum balik bilik, sempat jugak menyinggah kea farm dan pasar malam brinchang walaupun keadaan jalan sesak waktu ni. Dari info yang kita orang dapat, pasar malam tidak akan dibuka waktu bulan puasa. Kiranya ni pasar malam terakhir sebelum Ramadhan. Raya kang baru bukak balik.

Ahad.

Sejak akhir-akhir ni penulisan berbaur negatif ajer. Kepala dok pikiaq negatif ajer. Kepala asyik bersangka buruk ajer. Jadi fikir, sangatlah tepat merehatkan minda ketika ini. Sabtu 6 julai kite gerak ke cameron highland. Rancang last minit sangat. hehe. Cadang sebenarnya nak carik tempat rehat sekitar fraser hills tetapi bila mengenangkan dekat sana kurang aktiviti, tu yang pilih cameron. Kebetulan opismate nak ikut.. boleh ajer. Hehe..

Jumaat before balik kerja, kite print dulu map sekitar tanah rata, Brinchang dan kea farm. Banyak juga tempat menarik. Hehe.. tasaba..

Laluan ke Cameron..

Tol Gombak -- Tol Bentong -- Bandar Bentong -- Raub -- Sg koyan -- Pos Betau-- Ringlet -- Tanah Rata.

Bertolak dari rumah 8 pagi sampai tanah rata dalam 11.30, dalam 3jam lebih la. Penat jugak walaupun bawak auto ajer. Naseb tidur semalam dekat sana. Laluan yang kite lalu ni okay la, takde lah konar-konar maut sangat cuma ada satu jalan ni memang kena perlahan-lahan sebab sangat-sangat tajam dan sempit. Overall jalan semua okay..

tak ingat kat mana.. dah nak sampai ringlet agaknya.
Kenapa perempuan suka buat keputusan dalam keadaan beremosi?

Susah nak tolak tepi..

Awak...



Sent by pius meh..
Huuuuuuu... Stressnya aku dengan kerjaaaaa... Susahnya nak wt construction drawing.. Detail mak nenek.. Mana aku pernah involve construction.. Mana aku nak tau... System2 la bagai.. Sedey aku.. Rasa mcm susah nak naik step ni... Huahhhhhhhhh.....

"Saya nak you orang tau.. Kalau dah tau, you orang lengkap"

Boleh design, tau macam mana design naik.. Macam mana construction.. Material..

Sobsob...



Sent by pius meh..
Harini hati aku betul-betul terasa nak tutup buku lama dan buka helaian baru. Tapi.. Semacam ada yang kurang untuk aku tamatkan buku lama.

Kadang-kadang aku rasa dunia tidak adil pada aku. Menemukan aku dengan orang yang tidak jujur.. Menemukan aku dengan orang yang hanya pandai berkata-kata.. Menemukan aku dengan orang yang tidak bersungguh dengan kata-kata. Menemukan aku dengan hati yang bertindih. Menemukan aku dengan orang yang bersungguh memulakan sesuatu tetapi takut mengakhiri sesuatu. Menemukan aku dengan hati yang rapuh, cepat tergoda dengan keadaan. Betulkah duit mengubah seseorang? Betulkah duit membutakan hati seseorang?

Kadang-kadang aku rasa dunia tidak adil pada aku. Mengambil kegembiraan aku, mengambil kesayangan aku, kenapa cemburu dengan kegembiraan yang aku ada? Padahal dah banyak kegembiraan yang engkau ada.. Kiri kanan depan belakang, Kenapa datang kembali menganggu?

Kadang-kadang aku rasa dunia lah punca segala kesedihan aku. Dunialah penyebab kehilangan segalanya milik aku.

Tanpa aku sedar..

Kegembiraan yang aku punya semuanya pura-pura. Kesayangan aku sebenarnya hanya bersifat sementara. Sekejap saja dicuit terus lari, nampak betul tiada keikhlasan dihati. Nampak betul tidak bersungguh dengan hati. Nampak sungguh sebenarnya tiada hati. Nampak sungguh sebenarnya....

Eh. Ngantok la.

Tak nampak kah lagi?

Dunia ini sementara sahaja.. Gedung pahala depan mata.


Sent by pius meh..
Minggu lepas aku terima whatsapp dari family group.. maksudnya group besarlah, cousin makcik pakcik.. Selalunya aku memang silent reader sahaja sebab kebanyakkan hal macam terlalu tua untuk aku.. hahahaha.. yela, aku baru 18. Semua topik macam bosan-bosan gitu jadi malas nak reply orang-orang tua berborak.. kuikuikui.. ampunn...

Tapi ada satu mesej ni macam terkesan sangat.. Korang perasan tak??

************************

RENUNGAN DIRI & BERSAMA~

PERASAN TAK ??

PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan


Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..


 Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran


Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan


Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan
3. Mimpi 


Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras


Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..


Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh 


TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian. ?.

Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..

Kirimlah kpd insan2 yg kamu ingati...

Sent by pius meh..
Amboi statement~

Harini bos masuk opis lambat.. Aku macam biasa, kalau bos masuk semacam keboringan sedikit.. Hahaa.. Selesai collect document yang aku letak atas meja, dia terus ke bilik.

Tiba-tiba..

"Fairuz.. Fairuz ke yang print ni?" Opismate ke meja aku sambil merujuk pada kepingan kertas yang dikepilkan cek.

"Hurmm... Tak ingatlah kak fiza, banyak sangat tender, nape?"

"Yang ni page belakang, page depan takde"

Ah.. Sudahh.. Mana nak ingat. Kalau aku print sekali pun mesti aku klip kalau banyak page. Kena check email ni...

Sambil aku carik punca email tender tersebut, kak fiza kol company tersebut dan tak disangka.. Tarikh hantar tender tu dah tutup. Bos kat dalam dah nampak tanda-tanda bakal mengamuk.. Memang nak sangat masuk tender tu. Penting katanya. Rugi jela da bayar tapi tak masuk..

"Eh. Itu tender submit 5hb ma bukan harini"
"Tapi dia kata hari ni tutup" balas kak fiza.
"You telefon balik tanya"

Tak habis lagi... Tambah lagi satu..

"Ada orang masuk bilik saya ke? Tender da hilang, saya letak sini"

Aku dan kak fiza terus bangun.. Mengintai dari luar apa yang dikatakan oleh bos..

"Saya letak sini.. Sudah hilang ma"

Saper yang nak masuk ambik?

"Kalau cleaner masuk bilik saya, you orang tengok ye, mesti mau tengok"

Apajadah nyer acik cleaner tu nak ambik..??? Apa bos aku ni.. Banyak sangat tengok drama bos ni.. Huhuu.. Kot la kan ada org upah cleaner tu suh curik document tender??? Mengamuk bos.. Suara da mula tinggi.. Aku dan kak fiza diam.. Saling berpandangan. Aku berkata perlahan "betul kerr??" Kak fiza jungkit bahu tanda tak tahu.

"Salah aku ker??"

Haishh..

Dari luar aku dengar bos telefon someone..

"My apologize, my staff mistake"

My staff mistake??? What the???

Habis je telefon, terus bos panggil meeting dalam bilik dia. Suara tibe-tibe ceria.. Document tender atas meja..

Heklehh.. Salah letak lah tu.. Ada ke salahkan cleaner... Tak patut tak patut.

"Harini saya nak minta tolong you orang aa.. Siapkan tender, esok kite submit"

Memang kalau namanyer tender, kena buat last minit eh? Bos aku ni selalu camtu.. Esok nak submit, harini baru kelam kabut nak buat. Kang pukul berape aku balik sat lagi.

"You orang nak pergi makan dulu ke?"

Haa.. Tengok tengok.. Nak suruh wat keje, tu yang belanja makan.

"Makan dulu" haa laju aku bersuara.

"Kita orang puasa harini" kak fiza sambung.

Hahaha.. Tula aku.. Last minit baru nak habiskan puasa ganti. Hukhukk.. Masih berbaki satu hari. Aku ganti puasa ikut suke hati je. Kadang2 puasa nazar dulu.

Aku sambung buat keje tertunggak..

"Kalau macam tu you orang balik sekarang lah, lepas tu baru masuk opis balik"

Balik? Skrang? Pukul 5?

"Sekarang?" Aku bersuara.

"Yela.. You orang balik rehat2 dulu.. Nati datang balik"

Pandai bos ehh... Piapp..

"Apa you orang makan harini claim balik"

Hamboiiiiiiii...

"Macam tuh kita makan mahal-mahal" kak fiza ketawa..

Hahaha.. Siap bos.. Semua mahal2 kita orang ambik.

Naseb bukan salah aku.. Salah akauntan lim. Fuhh.. Aku tak suka bos aku marah-marah. Sebab dia jarang marah, sekali marah.. Aku yang tengah mengantuk pun terus terjaga.

Dah kene paksa, balik gak la.. Lepak rumah kak fiza.

#prepare mental n fizikal.

Sori dik, akak balik lambat.. Pi beli roti sendiri eh.kuikui...


Sent by pius meh..

yo yoo on.. wasupp.. huhuu.. Ape kehee nyer pius harini..

Harini dah 1 julai 2013.. Julai lah.. JULAI.. huhuu.. Rasa macam nak nyanyi lagu julai jer tapi sayang takde pulak lagu julai. Ada ke yer? Lagu april ada dah, februari macam ada..huhu.. oktober lah kot paling femes.. lagu awie tu kan.. tragedi oktober. Eh. yeke? mandai aku jer. hehe.. bukan tau sangat lagu-lagu ni, yang mana disogok yang tulah yang disuka. gituu..

Kejap sangat masa berlalu..

Rasa macam baru seminggu lepas duduk di studio sambil tangan gosok product. sambil tunggu roti bakar siap. Hahaha.. nikmat.

Kejap sangat masa berlalu..

Rasa macam baru semalam semuanya berlaku. Sekelip mata berubah. hehe..

Korang, Ramadhan hampir tiba..

adoii.. nape mood sedey tibe-tibe ni....

Banyak sebenarnyer aku nak tulis dekat sini tapi risau menimbulkan ketidak selesaan kepada orang lain.. uhukkk.. skema. jadi aku tulis santai-santai jerr.. belum ada mood nak bersuka ria dekat blog sebab kerja dah makin bertimbun, stress dah tentunya ada.

Btw, spiderman ni macam gay jer... buatkan aku teringat pada seseorang.. auww.. hahahaha...
#Julai.. come to mama.. 
..Assalamualaikum..

huhuhu.. aku memang tak puas hati dengan sorang minah ni.. tak habis-habis nak ganggu hidup aku. Tak boleh tengok aku happy sikit. tak boleh tengok aku gembira sikit.. ada je perkara sedey nak buat tau.. rasa macam nak piap-piap jer. tapi ku tahankan ajer...

Huhuu...

Semalam, boleh pulak dia send lagu sahabat (aizat) kat fb.. arrgghhh menyedehkan... siap kau kiah... pasni aku send kad raya tulis ayat BAIK punyaa.. hahahaa... okay.. tunggu eh.. ayat paling sedey aku kirim sat lagi.. biar nanges-nanges hang.. hahahaha...


Akhir kata, terime la hakikat bahawa aku lebih muda dari mu.. 18 tahun! eh.


Powered by Blogger.