Assalamualaikum :)

Lama rasa tak update blog walhal baru sahaja post entry beberapa hari lepas. Banyak sebenarnya perkara yang fairuz nak share dekat sini, cuma masanya belum sesuai sebab fairuz sendiri belum feel lagi perkara yang hendak dikongsi.

Untuk teruskan usaha dan niat yang tercipta, harus berada di tempat dan di sisi orang yang tepat. Ya Allah tempatkan aku ditempat yang betul. Aminn...

Malam ni join dayah and ahli yesclub main badminton di Lee chong wei sport arena. Waa.. Bila kali terakhir main badminton dan bersukan? Seriusly tak ingat. Heeee :) terus terasa aktif.

Memang terasa lain sangat berada di kalangan ahli yesclub. Kalau tempat ni yang terbaik buat aku, aku doa mohon Allah terus kekalkan aku dekat sini.

Berbalik pada badminton.. Bestnyerrrrrr.. Rasa tak pernah seaktif ini. Peluh peluh peluh... Best! Hikhik.. Next next time kita share benda bermanfaat pulak ye.


Sent by pius meh..
Assalamualaikum :)

Korang pernah tak ada perasaan 'tidak bernilai'? Pernah tak? Itulah yang aku rasa sekarang. Rasa diri tidak bernilai. 2, 3 hari ni pemikiran aku seolah-olah dibasuh, dibasuh, dibasuh... Tapi rasa tak bersih. Korang tau benda tu kotor.. tapi tak bertindak.

#jadi silalah paksa diri
Sent by pius meh..
Assalamualaikum

Yeahh dengan jayanya aku sampai ke Publika tanpa sesat! Haa.. Puas hati aku. 90% tengok signboard. No more gps-gps.. Tngok gps, jalan tak tengok, sampai bila nak kenal jalan. Jangan bergantung kat gps sahaja. Apa guna signboard kiri kanan.. Ye tak? Percaya diri sendiri.

Semalam Alhamdulillah, tak sesat.

Dan... Dan... Aku join lah aktiviti dayah. Aku tak tau macam mana nak story kat korang. Aku sendiri pun tertanya-tanya kenapa aku dekat situ. First aku jumpa nida dan dibawak masuk ke tempat treatment. Aku macam... Hurm... Tertanya-tanya.. Treatment apa ni? Duduk atas kerusi beralaskan alat apa tak tahu, semacam .. Ahhhh... Tak tau la nak explain. Gambar pulak takde nak tunjuk kat korang. Mesti korang pun tertanya-tanya apalah yang aku merepek ni... Takpe, nanti aku ambik gambar tempat treatment tu, smalam aku segan nak ambik gambar.

Sambil duduk buat treatment tu aku tunggu dayah. Ada beberapa orang masuk duduk buat treatment jugak. Muka dorang sangat sangat sangat nampak bersih. Seriusly! Muka dorang nampak bersih ajer dan kebanyakkan dari dorang akan senyum selebar mungkin. Seolah-olah dorang nak senyum sehabis mungkin, sampai telinga dan dorang semua sangat positif. Cakap benda-benda yang menaikkan semangat positif dalam diri. Adehhh.. Aku tak tau la nak terang cmner.. Tempat apa ni? Aku conpius la.

Esok esok aku update aktiviti ni dekat korang.

Ni dah pening..


Sent by pius meh..
Bai ebeli badi.. Belom apa-apa dah ucap selamat tinggal eh. 

Harini last day aku di sini sebagai landscape designer *sangat* huhu.. janganlah korang merperkotak-katikan aku yang kecil ni. hahaha.. Walaupun lari sedikit bidang tapi masih dalam kategori design kan.. Aku boleh bawak kerja ni cuma aku tak minat la nak belajar bahagian construction. Banyak ajer alasan yer..  Selama berada dekat sini banyak yang aku belajar. Cuma bahagian construction tu tak sempat nak belajar la.. hahaha.. balajar sikit-sikit jela bab tu.

So, last day iaitu harini.. aku, bos dan opismate lunch dekat giza. Aku pilih makan di Absolutely Thai sebab perut ni dah berkeroncong sangat nak makan nasik. Kalau makan kat italian ke barat ke jadah omputih tu, mesti tiada nasi. Aku lapar nasik..  Ingat nak makan japanese food tapi risau pulak opismate tak makan, jadi buat pilihan selamat jela. 

bos cedukkan lauk :)
Kadang-kadang aku malu jugak dengan bos aku ni, selalu aku pergi meeting dekat puchong, singgah makan dekat tecso. Dia ceduk lauk.. dia ambik makanan kat kaunter.. aku relax je tunggu dia bawak makanan ke meja. Dah macam tuan puteri. Setengah tempatkan kena order dekat kaunter, ambik makanan dekat kaunter. Aku tak tau la kalau semua bos macam ni. Rasa macam anak-anak ajer.

Dan.. makanan dekat Absolutely Thai ni memang sedap! Sambil makan, sambil menangis. Hahaha.. pedas! tapi sedap.

last seat
Semakan terakhir!
Harini last day kerja aku disemak. Hurmm, sedey la pulak. Nati nak holiday oversea ajaklah saya sekaliiii.. huhuuuu.. Kalau pergi korea laaaaaaa.. yekkk.. hahahaha... tahun lepaskan tak sempat gi korea, gi singapore jer. Mana tahu kot-kot tahun depan nak gi korea... ajak ahhhh, ajak ahhh... kuikuikuii...

So, last day...

Bulan depan baru start kursus, so sementara tu aku nak rehat-rehat jap, main game bebanyak then baru buat perkara yang tertangguh selama ni. Rumah pun buzy jugak rasanya, ada majlis nikah hujung bulan ni. So, pepaham jela omak den.. buzy mengemas. Oden pun kena gak la nolong. Untung la korang semuaaaa... korang kawen aku adaaaa... time aku nanti... entah siapalah yang adooo... buat pulak semua pregnant kan.. hahaha.. Alhamdulillah...

Tu jela cerita last day.

Malam ni ke Publika lagi sekali. Join event dayah. Cakap pasal Publika, semalam aku sesat entah mana-mana, padahal dah berapa kali pergi publika tu. Benci betul! Lain kali kalau orang bawak tu, tengok-tengok la jalan yer, jangan mengelamun berangan ajer kerja. Kesudahnya kemudian hari sendiri tak tahu pergi.. sob sob sob.. Aku dari subang terus ke duta, dah sampai istana dah pun sekali terlepas simpang.. aku pusing kemana tak tau.. hahaha.. sedeyyyy... sampai ke mid valley la.. adehh.. nama ajer duduk sini. Pening aku jalan kl.

'Dah la dayah, korang join la, aku give upppppp'

Dalam-dalam dok give up tu, aku carik jugak jalan duta dan akhirnya sampai jugak Publika. Tapi dah lambat laa.. malas dah la aku.. kol dayah tak angkat. Siap kau harini dayah... so, balik rumah jela.. singgah giant beli makanan nak mencekik akibat stress carik jalan sampai pusing-pusing. Tapi kalau dari selayang, aku tau ajer jalan.. Sebab dah biasa pergi stadium hoki dan station bas duta tu. Confident jer.

Sabtu ahad pulak join As dekat seri kembangan, pun pernah sesat dekat sini. Harap-harap tak la yer sebab event ni berbayar.. eh eh.. pepaham la kalau dah bayorr.. rugilah jawapnya kalau tak sampai.. hahaha. Saja aku penuhkan planner.. aku kan suka membizikan diri.. percayaalahhh...



Dah macam takde tajuk lain ajer kan.. hehee *nak senyum pun dah malas dah sekarang* rasa macam letih ajer. Lepas-lepas raya ni banyak pulak orang kawen. Yang bertunang pun banyak jugak. Sabtu baru ni, kawan aku bertunang tapi tak dapat pergi sebab rumah aku sendiri ada majlis kakak bertunang. Tengok keyword dah naik pasal kawen. Tips jumpa bakal mak mertua. Alahaaiii.. nebes sangat ke korang nak jumpa bakal mak mertua ni? Siap nak carik tip-tip lagi.. hehehe..  Sampai masa nanti tau la yer nebes tak nebes. Cakap sekarang boleh la kan... berani la yer..


Aku pun takde apa sebenarnya nak update, tu yang saje up pasal keyword. Macam dah ketiadaan modal nak update. rasa macam banyak je benda nak share tapi bila pikir-pikir balik macam tak patut dishare pulak. Jadi simpan jela buat pekasam. Tulis-tulis kosong jela. Malam ni dayah ajak pergi event YESCLUB.. ape kebendanya yesclub ni aku pun tak pasti. Katanya majlis ilmu, membantu anak muda.  Entah majlis apa kita tengok jela yer, membantu macam mana kita kemudian cerita. La ni pergi dulu. 'Tak rugi punyer' katanya. Kalau rugi siap kau dayah. So, bertiga la malam ni. Aku, dayah n elin. Jumpa korang malam ni yer :)
Sekejap sangat masa berlalu. Besok da tiba isnin. sigh~ rasa tak puas rehat dirumah. takpelah, minggu ni last, then rehat seminggu pulak. Harini selesai satu majlis, dalam kelam kabut selesai jugak dengan lancar. Alhamdulillah. Ketentuan Allah tiada siapa yang tahu. Indah sangat rancanganNYA. 

Semoga berbahagia keduanya. Harap semuanya lancar. aku nak kena panggil apa nanti ni? Adik?dik? hahahaha.... tak mampu dihadam lagi.. tak percayaaa.... huhuuuu.. okaylah. abang ipar tetap abang ipar. lupakan umur sekejap.

Semoga semua nerjalan dengan lancar :-)


Selamat pagiiii.... pagi dalam jepun apa yek? Abis blajar ilmu pun da pulang balik kasi sensei. Ohaiyo agaknya. sedap aku je. 

go to welfareMalaysia Houdinihe he he
translation: hai buat apa? malaysia harini hehehe

hasil dari google voice. konon penat nak taip, aku cakap kau tulis. hasilnya dia suruh aku pergi welfare. canggih noh ni.

 what happened todayI owe youwake up wake up

owh omputih dia paham, malay dia tak paham. nak tukar language plak tak boleh. kalau ttak beranganlah aku jadi bos, cakp jer orang lin tulis. teknologi sangat ni. huahahaha. Aku rasa minggu ni sibuk sikit kot dekat rumah, ada orang nak datang. mak aku biasa ler kalau orang nak datang, lauk mesti mau beli.. tu sibuk pergi pasar la tu carik bahan basah. balik pasar kang nak menghiaslah, jahit langsirlah, letak renda-rendalah. padahal aku rasa saper jer yang nak belek semua tu. pasu bunga je dah berapa kali ubah, perabot tak payah kira, dalam seminggu tu ada je yang berubah tempat. rajin betul mak aku ni. ni orang jauh nak datang lagilah bertambah cerewet. semua kene prepare awal. pinggan nak makam semua da ketepi siap-siap. gelas cawan letak siap-siap dekat depan. gitulah..... kalau mak suruh, 10 saat tak gerak lagi.. dia buat sendiri. orang kata tak sabar kan.. padahal besok pagi baru orangnye nak datang. macam kalut pun ada. gitulah mak aku, tak suka last.last minit. nak perfect je semua.

aku? lepas ni nak mengemas.. sebelum mak aku suruh baik aku buat. sebab aku tak suka orang mengarah aku padahal memang aku nak buat. nati nak buay keje jadi tk best. stylenyer gitu. 

okay bai... kalau ada salah eja tu korang pepaham lah. aku malas nak cek. goodbye see you later. google voice sangat!

merapu aje pagi ni.




Ya, aku tau... semua orang dah lama cerita pasal raya aku ajer yang terkebil-kebil baru nak update. Aku bukan apa, time raya asyik makan je kerja, ulang makanan yang sama rendang, nasi impit, rendang, nasi impit sampaikan bila aku tengok ajer gambar rendang dan nasi impit terus terasa mual. Hehe.. tu ambik masa nak mengupdate cerita pasal raya.

Macam biasa, sehari sebelum raya semua orang sibuk kedapur menyediakan juadah untuk pagi raya termasuk la...... ehem ehem.. mak aku. eheh. Aku korang jangan tanya kemana. Last day iftar biasanya kita orang satu family dah makan siap-siap nasi impit dan rendang. Haaaa.. kira dah raya la tu :)

Berbuka paling meriah

Tahun ni family kak long and dak ema beraya di selayang dulu, so meriah sikit malam raya berbuka ramai-ramai. Biasa kalau dah ramai macam ni memang tak duduk dekat meja makan dah..

Budak-budak macam biasa mainnnnnnn ajer dari siang ke malam... Jadi malamnya tidur awal la dah penat kan. Aku malam raya pergi ampang ambik khemah kelambu.. hehehe.. Kesian budak-budak kalau tidur takde kelambu, aku yang dah dewasa ni pun tak tahan dengan nyamuk.. inikan pulak dorang. Lagi kulit sensitif. So, berkhemah la dorang semua dekat ruang tamu depan. Berebut masing-masing nak guna khemah baru padahal sama je dengan yang lama. Kalau tahun depan semua balik selayang dulu, habislah campsite tak muat nak letak khemah lagi :p

Macam kurus
Seperti tahun-tahun sudah, raya pertama memang dekat selayang ajer. Adik-beradik sebelah ayah akan berkumpul dekat sini jumpa nenek. So, pagi raya aku tak pergi manalah. Setakat turun tangga ajer. Bersesak ramai-ramai dalam rumah nenek, baru meriah.

"ehh.. makanlah rebut-rebut baru meriah"


Pagi-pagi raya kalau turun rumah nenek satu benda ajer yang aku carik.. bukan kuih, bukan rendang tapi alat penimbang. hahaha.. timbang ramai-ramai baru seronok kan.. bolehlah.. sebelum ni 50+kg, lepas timbang 47.. ewahhh.. sekarang tak tau berapa.

First batch
Lepas makan dan berborak panjang, semua akan berkumpul dekat luar untuk ambik gambar sebelum bergerak balik kampung. First batch nenek, ibu-ibu bapa-bapa.. jadi anak-anak kene sabau la yer. Time-time macam ni la meriah sebab semua dok sakat menyakat. 

tunggu giliran
interframe interframe
Tunggu giliran
First batch, gambar family-family kecil, wanita-wanita sahaja, 'jejaka-jejaka sahaja' pun nak jugak interframe, cucu-cucu.. then baru gambar big family. Gambar takde la yer, tunggu tahun depan baru pas marathon, gitu. Jadi raya ni, baru dapat tengok gambar raya tahun lepas. stylenya gitu.. tahun ni tak tahulah..

Disebabkan first raya semua orang akan berkumpul dekat sini dan selepas itu bergerak balik kampung, maka takdelah beraya rumah sanak-saudara pada raya pertama. Itulah aku malas nak beli baju raya, sebab half day je pakai. Selebihnya raya dekat-dekat, layan budak-budak datang rumah. Petangnya dah bosan.... ikutlah kakak aku pergi ikea, macam takde tempat lain nak pergi dorang ni. Tahun lepas pun sama.

macam gemuk
Ya.. makan sushi dulu sebelum shopping.

Tu jela ringkas je aku taip untuk raya pertama. Nak masuk banyak-banyak penat la aku nak edit-edit. Ni pun ambik gambar dalam handphone jer. Gambar salam-salam satu family semua dalam kamera abang ipar. tak sempat aku nak ambik lagi.

Raya kedua dan ketiga aku beraya di Perak... tapi malas dah nak sambung.. tunggu next next next... mood. Kena ikut mood ni nak cerita pasal raya.

okaaayyyyy..... 


Lepas beberapa hari bercuti raya, harini aku start kerja dan pastinya mood bercuti masih membuak-buak lagiiii... Hehe.. Senyum sampai telinga. Dan.... Aku tetap dengan keputusan aku. Lega sangat rasa bila dapat luahkan apa yang tak terluah sebelum ni dan bertambah lega bila hasil kerja dihargai. Sepatutnya sejak dulu lagi harus bersikap terbuka dan berterus terang dengan bos bila ditanya pendapat. Ini tidak, asal tanya je... Jawapnya okay ajer. Memanjang okay padahal dalam hati.... Toksah cerita lah. Memacam perkara tak puas hati. Dalam kelegaan, perasaan nebes pulak muncul. Ya Allah, nebes sangat hati ni.

Bulan ni satu perkara besar aku belajar, tak rugi berterus terang, jujur dan ketepikan sekejap ego yang meninggi. Tak puas hati, terus terang ajer dengan baik, masa hadapan perkara lebih senang ditangani. Kekadang kita ni takut nak berterus terang, takut orang makan hati, takut bos tolak gaji (kuikuikui). Padahal kita tak sedar, dengan berlaku jujur banyak perkara boleh terlerai. Masalah susah dengan mudah dapat diselesaikan.Memang, siapa yang suka kalau orang bercakap benda buruk pasal kita, tak suka itu dan ini. Pasti kita marah. Dalam hati, ko bajet ko bagos sangat? Boleh jadi gaduh jawapnya, tapi percayalah bila hati kita telah reda... Secara automatik kita dapat berfikir dengan lebih baik apa yang diperkatakan sebelum ini. Then baru kita sedar, cara kita tak semuanya kena pada tempatnya, cara kita tak semua orang boleh terima.

Sebab tu aku lebih suka kawan yang boleh dibawa gaduh, mereka ni lebih bersifat terbuka. Alaaa gaduh-gaduh jap lepas tu baik balik bila masing-masing dah reda. Paham-paham jela, bila gaduh, aku kata kau, kau kata aku. Siapa yang tidak tercabar bila diri dikatakan macam-macam. Mulalah ego, keluar habis perkara-perkara yang kita pendam selama ni. Haaa... Baru kau tahu, ko ingat aku suka sangat perangai kau. Gitu... Biasalah hati tengah panas, tapi... Percayalah kemudian hari perkara lebih mudah buat kita.

Tak payah nak ego sangatlah. Tak salah kita mohon maaf dahulu. Sure lepas tu, dia juga bersikap terbuka. Mohon maaf juga pada kita. Sebab masing-masing tak sedar, melakukan kesilapan.

Hubungan lebih baik :) conpom. Tapi kalau tak baik-baik gak, maaf pun tidak... Maksudnya ego tu tinggi noh, tak nak mengaku berlaku silap. Rugi. Dah penat gaduh, dah tau kesilapan masing-masing tapi kemudian hari taknak berbaik. Rugi sangat. Ini namanya ego tak bertempat. Padahal dah tau dah, silap dimana.. Aku kalau dpat kawan macam ni, memang aku simpan.. Kawan gaduh, kawan susah, kawan waktu senang. Dah tau part mana dia tak suka, part mana dia tak puas hati... Dah tau semua.. Lebih senang berkawan.. Silap-silap apa yang sebelum ni kita tak puas hati, boleh jadi kita tak kisah lagi, sebab dah tau sebab musababnya.

Eh. Aku membebel ikut sedap jer. Hehehe... Aku bebel ikut hati aku ajer, kalau tak sama pendapat takpe.. Masing-masingkan ada pendapat sendiri. Pengalaman kita lain-lain kan. Entah korang paham ke tak aku bebel ni.. Kalau tak paham dah.. Kita tamat di sini. Hahahaha...

Harini balik je dari kerja aku terus singgah kfc berdekatan, dah janji dengan As nak jumpa pukul 6. Ale-ale dia dulu sampai, padahal tadi mesej aku, dah keluar opis bagitahu then baru dia nak keluar rumah. Saja aku nak dengar pasal bisnes dia. Carik semangat baru. Haritu aku jumpa dia, muka macam kanak-kanak rebina jer tapi harini aku tengok lain bebenor. Sampaikan kat dalam kfc tu, boleh aku carik-carik dia tak jumpa. Ishh.. Kata dah sampai kfc.. Aku pun duduk la sambil mata melilau tengok muka sorang-sorang dalam kfc tu. Aku pandang mamat depannnn kanan aku, jauh sikit. Macam bukan ajer. Aku pandang dia, dia pandang aku.. Ahh.. Susah apa.. Whatsapp jela tanya.. Sekali betul dia... Owhhh... Dah tukar rupa ke sekarang.. Huhuuu...

Eh, panjang plak aku bebel ni. Sambung...

Boleh plak, aku yang belikan dia air.. Dia relak je duduk. Apa labahau tol.. Tak gentleman langsung. Kalau dia baca ni abis aku, tau aku kutuk dia. Lantak kau, aku kutuk. Kau la bangun pergi beratur beli airrr.. Haissshhh.. Aku bebel ni... Lepas ni kena cop buat keje tak ikhlas.. Hahaha... Tapi okaylah, bukan aku bayar.. Huahahaha... Tak, tak... Aku tak kesah.. Saja aku suka nak bebel. Buat penambah perasa. Eh.

Lama jugaklah borak sampai tak perasan dah pukul 8 lebih. Naseb aku tak boleh solat. Cerita tak ingat punya pasal. Dah alang-alang jumpa, aku tanyalah macam-macam. Tu yang sampai tak perasaan waktu dah 2 jam berlalu.

Ni pun taip punya taip, tak perasan dah pukul 1 pagi. Tanda nya apa? Mata dah berat.. Okay, kita bam bam cuk la jawapnya yer. Okay nak tidoooo... Penat dah aku bebel sensorang...



Sent by pius meh..

August, mungkin jadi bulan terakhir, penutup kesempitan akal. Pengakhiran suatu keselesaan. Boleh jadi 'bulan kemerdekaan' buat aku juga.

Jika august adalah pengakhiran maka september bakal menjadi permulaan, bakal mengisi setiap ruang kosong yang.. pastinya memerlukan seribu satu pengorbanan. Langkah pertama sering kali kekok bukan...

Jika tiada langkah pertama, bagaimana langkah seterusnya bakal tercipta.. Tak mahu renung kebelakang lagi, pasti besar hikmah disebalik apa yang Allah tetapkan ini. Tiada manusia yang tidak sukakan kebaikan, fitrah bukan.

September... Rasanya hati sudah semakin lega :) fikiran sudah kembali jernih, luka sudah beransur pulih. Masa yang tepat sebagai permulaan:)

Asyik takut akan masa hadapan, bagaimana ingin bergerak? Risau itu dan ini, membuat jangkaan sendiri. Walhal diri sendiri belum mencuba dan berusaha. Belum tentu perkara akan jadi senegatif pikiran yang kita cipta. Mind should be change!


Sent by pius meh..

Yeaaaaaah.... Huhuuu dah ngaye keberape dah ni? Alaaaaaaa lemahnya nak update blog, rasa nak melepek ajer. Tapi tak seronok pulak kalau tak update, aku ni dah la jenis suka menulis, then ulang-ulang baca. Haha.. Dah macam syok sendiri.

Takde mood nak update pasal raya coz pikir nak rehat cukup-cukup raya ni. Big smile. Ni pun update guna tepon jer sambil menonton istanbul aku datang. Bolehlah, tunggu part lisa bertemu beto. Hehe. Sebelum tu layan kongsi (Tv3). Raya-raya ni banyak cerita hindustan kan, entah bila budaya ini berleluasa. Huhuuu.. Mohabbatein je dah berapa kali tayang (baru lepas tengok), tu belum lagi kuch kuch hota hei. Cerita Rosyam nor je takde tahun ni, ke ader?

Owh, jap jap.. Beto dah keluar. Hahaha iklan jap.

Okay, sambung balik! Aku nak tengok beto je. Hurm.. Terlupa plak nak taip apa, lost lepas tengok beto. kikikih..

Alaaaaa nak taip apa tadi ni........... Dah blur..

Penat dah aku pikir nak taip apa, sampai cerita istanbul ni pun dah nak habis.

"Dua hati yang dah sebati, takkan semudah tu dileraikan, awak yang cakap macam tu kan"

"Memang tapi ..........." (Carik sendiri)

Hahaha... Tetibe masuk segala skrip tv. Dah ler.. Totally out of mind.... Da blur nak taip apa..lupe.



Sent by pius meh..
Time nak raya ni semua orang sibuk mengemas dan tak terkecuali mak pius. Asal balik kerja ajer tengah mengemas, balik ajer tengah menukang, balik kerja ajer tengah pung pang pung pang susun atur perabot. Ada ajer kerjanya. Time ni la betul-betul nak mengemas rumah, cuci cermin tingkap bagai. Kalau time ni masih belajar, mesti dah cuti dan tengah menyental cermin tingkap.

Sekarang balik-balik rumah jer, melepet depan tv. Malas menguasai diri. Kadang-kadang mak suruh buat kerja, pius nanti-nantikan. 'jap mak, nak tengok tv. Dah nak habis dah ni' Tunggu habis sampai kesudah lah tak siap kerja. Agaknya dah masak sangat dengan perangai taknak lepas tv tu, mak letak je kerja depan mata. Buatlah kau depan tv. hahaha.. duduk la depan tv tu sambil kupas bawang, kopek ikan bilis, gunting cili, kopek kerang pun jadik jugak depan tv. Kejadahnya.. -_- patut beli tv satu lagi letak kat dapur.. kan..

Bilik tunggang langgang jangan cakap lah... tu pun nasib terjaga pukul 3 pagi, dapat jugak kemas apa-apa yang patut. ni kalau balik sat lagi, sepah balik memang tak tau la nak cakap apa. Time-time puasa ni.. menyentap kesabaran.

Esok baru start cuti, time tu buzy nolong masak. Owh.. pagi tadi lepas kemas-kemas bilik baring jap sambil tunggu sahur. Terdengar perbualan mak ngan babah.

'bah, nak masak rendang ayam ke daging?'
'Rendang unta'

Hahaha... aku dalam bilik gelak sengsorang.

'Bah, tengok dalam peti ais, lauk cukup untuk berapa hari'
'Lauk seminggu'
'Seminggu?'

hahaha.. mak tak puas hati, pergi check sendiri peti ais

'Mana ada seminggu lah bah'
'ni..'
'Ni semua ais batu'

Huhuuu.. bulan puasa peti ais penuh dengan ais batu jer. Asal balik rumah jer, pesan ais batu. ^_^"

Esok semua dah buzy masak kan.. potong-potong apa yang patut. Kemas-kemas depan. Hurm, kejap je kan Ramadhan berlalu.

Patut buat aiskrem malaysia tak raya ni? Panas-panas boleh makan. hehehehehehehe...


p/s: aku sebenarnya nak cerita benda lain, tapi dah lupa apa dia... hurrrmm.. apa yer?

Huh. dengar jer dah meleleh air liur..  -_____-" tapi pius.. huahhh.. ulser dekat bibir dan lidah. 'kau kenapa? diet ker?' Sedey betul lah. Aku berbuka minum airrrrr.... tengok asam pedas terliur jer. Sampai hati mak masak asam pedas.. huahhhhh...

Dah nak raya ni, tajuk entry pun berunsurkan raya lah kununnyer. Tahun ni kengkonon nya pius nak save bajet la, tak nak berabis duit beli baju baju dan baju. Hehehe.. Tapi apa kan daya, akhirnya aku tergoda! Hahaha.. Beberapa hari lepas, dak awe panggil aku masuk bilik dia.. kot la kan dia belikan aku baju ngaya ker kan.. hahaha.. biasa ler, dah kerja sekalipun status sebagai adik tetap tidak berubah. Ngupanya nak ajak aku beli baju online, kena beli banyak baru boleh. Cehhhh...paling minimum kena beli 8 helai, aku pilih dua jer. Tu pun sebab aku suka dress. Rabun jugak mata aku pilih.. bukan dah rabun ke mata aku ni?

Aku malas sebenarnya nak beli baju online, sebab haritu aku beli dress tapi kualiti dia tak bagus. Terus patah hati nak beli baju secara online. Atas nasehat, aku pilih dress yang jenis chiffon sahaja.

Semalam, tanya dak awe.. dah sampai ker baju? kalau dah sampai boleh aku buat baju raya. Terus dia panggil masuk bilik. Huh? sampai dah? 'Bukan.. ni baju aku beli sebelum ni, haritu punya sampai lepas raya' hamboiii... dah borong, borong lagi?

Aku pun cuba-cubalah dress yang ada.. memang puas hati! Labuh okay, tak jarang. Terus jatuh chenta. 'kalau kau nak, kau beli kat aku' haaaa.. patutlah suruh aku cuba.. taktik semua ni.. hahaha..  aku dah berkenan dah.. terus ambik dua...

jarang kat tangan jer. boleh pakai inner. labuh sampai lantai..
aku suka plain ajer
Korang asyik tunjuk makanan jer sampai aku terliur.. ni tukar selera sikit. Beli dress okay kot, lepas raya still boleh pakai bawak jenjalan. Yang lagi dua pun dress jugak cuma aku pilih bercorak. Okaylah kan, orang seronok makan ketupat rendang di hari raya, aku..? hahaha malas nak cakap.

dah dah.. aku takde modal nak taip dah ni.. pasal baju pun aku taip gak.. hahaha.. baiiiiiiii..

Selamat berhari raya, pulang ke kampung baik-baik :)


Namun ku gagal lagi.. Ewaaahhh... Lagu nak negatif jer. Sambung la entry tadi. Aku ingat dia dah sampai.. Ngupanya baru kat stesen KL... Lamooooooo giloooooooo baru sampai KL???? Apasal ktm ni? Blackout dan slow motion?

Rasa macam dahaga pulak tekak ni. Kang aku bergenjak nanti, time tu la dia sampai, pastu time tu la bateri plak habis. Cmne? Dah la sunyi je kt bus stop ni. Acaneee... Haus ni... Kang aku bukak soya sos sushi ni kang.. Isap isapp... Takde kojer...

Mamak oh mamak... Kalau gps jumpa tak kedai mamak?


Owhh... Nampak dah dia kedek2 terkedek2.. Eh silap.. Belakang yg terkedek2 tu..Okay. 12.30!


Sent by pius meh..

Ohoiiiii bestnyer lepak tepi jalan raya.. ^_^ seumur hidup, ni lah kali pertama... Hahaha.. Nampak noh la nipunyer. Tunggu dak awe ni hah tak sampai-sampai lagi... Ktm buat hal agaknya. Dengan baterinya da kong.. Tak tau jauh lagi ke hape.. Tak tunggu nati kang aku risau pulak.. Bas last kol 11.. Ni da pukul berape? Nak dekat pukul 12 dah.. Huish lamanyer ktm ni, dari 10.45 tadi aku tnggu.. Takkan dari subang-taman wahyu lama benor.. Pukul 10 naiknya..

Naseb kete kau hantar bengkel we, kalau tk, tk merasa la kau... Dan tak merasa la aku lepak kt sini... Huhuuuuuuuuuuuu....

Naseb aku sempat singgah giant beli sushi, kalau takk.. Kalau tak lapar la auntie piyushhhh ni... Huhuuu... Yang tak sedap aku tinggal sebelah.. Eheh.

Sushi giant pun boleh la walau tak sesedap sushi king. Sushi king conpom la da tutup kan.

Alamak... Makin sunyi plak kat sini.. Tadi banyak teksi.. Haaa... Tetibe rasa harus tinted cermin kereta.

Apa yg lambat sangat ktm ni? KL ada event ke haper? Tak paham aku. Dua jam dah ni. Ke Dak awe salah naik train ni.... Tengok sushi pun tak lalu dah, sebab tinggal yg tak sedap jer..

Risau jugak aku ni.. Dah pkul 12... Batang idong pun tak nampak. Mata oden dah bam bam cuk dah ni. Kalau aku pergi ambik kat subang tadi, agaknya dah lama sampai rumah dahh pun.. Hahahaha...

We, aku claim duit dress semalam la ye.. Yer... Huuuuuuuuuuuuu....

Dah.. Tak tau dah nak merapu apa... Wassap dah bunyik.. Dia agaknya...


Baibai baibaii...


Sent by pius meh..
betul.. baru pagi tadi aku pergi maybank subang dengan hati penuh gumbira nak tukar duit gayer. dengan sopan dan santun bertanya pada staff di kaunter.eheh. Sekali...

'Duit raya dah habis'

habis? duit rayo dah habisss??

-___________________- maka panjang lah muka aku mengenangkan naseb dihari raya nanti...

'tulaa.. nape tak tukar awal-awal, dah tau nak raya'
'entah kau ni yut, tukar la awal-awal'

membayangkan wajah mak, dak ani dan awe yang bakal mendendangkan lagu-lagu berunsur tidak puas hati. Hahaha.. 

duit raya jer punnnn... kalau takde kang kite packing la kuih sorang sikit kasi budak-budak. sedekah la jugak

hurmm.. berfikiran positif amat diperlukan ketika ini. Kena tukar jugak ni, dah conpom yang lain takde tukar duit, sebab ni bahagian aku. 

sambil bawak kereta sambil mengelamun, bank lain area sini aku tak berapa tahu sangat plus takkan nak keluar lama-lama waktu opis. Terus teringat mesin autopay parking.. hahaha.. patut ke aku buat-buat parking, then time nak bayar dekat autopay, masuk duit besar. Conpom berderu-deru balance keluar. Haaa.. hebat jugak pikiran aku ni.. ~ Pernah satu hari aku nak bayar parking tapi takde duit kecik, so terpaksa masuk note besar. Sekali.. hambekkkk... kling kling kling klinggg.. banyak la kling nyer tak larat nak taip. duit syilling 50sen keluar. Gilaaa.. hahaha.. Kalau zaman aku dulu, 50sen dah kira besar dah ni. Berat bag aku dengan syilling 50sen. ^_^"

Takpelah, pasrah.. kite balik opis jer risau bos masuk tanya kerja mana.

masuk je opis..

"huahhhh duit raya dah habiisssssss... nak tukar kat manaaaaaa" tak sempat nak duduk dah terus mengadu dekat opismate.

'public bank dah pergi?'

hurmmm belom. hikhikhikk.. plus tak tau public bank kat mana

Terus bawak opismate sesama pergi public bank. Hehe :) naseb baik public bank ada lagi duit nak tukar plus note baru.. heheeeeee... sebab kawasan rumah aku semua duit lama jer. 

oh.. tak2.. ni bukan duit aku.. kayo noh ni... *google
Alhamdulillah.. dah selesai kerja. 

Kalau tempat korang duit dah habis, apakata korang carik bank yang tak berapa menjadi tumpuan untuk tukar duit..  macam ambank dan standard chartered. Tadi aku singgah ambank jugak, tengok tak ramai pun orang beratur tukar duit.

tapi kalau nak lebih adventure sikit, korang pi tukar kat mesin autopay. tapi kalau tak keluar baki jangan salahkan aku.. hahahaha..

Powered by Blogger.