hukkkk...  nak gigi baru.. boleh ke gitu? hehe..  salah makan agaknya :-)  alaaa... takkan sebab sakit gigi je nak down.. kan..

Salah makan atau apa, dari semalam pening.. sampai bawa ke tidur.. asyik tersedar je sebab nak muntah.. hurmmmmmm... entah nape cite kat sini.

hurmm.. nak update pasal yesclub, tapi takde mood lagi... maaf.  share sikit dulu ye :-)

gambar semasa majlis penyerahan sijil yes apprentice, charity day dan juga penyerahan sumbangan kepada rumah anak yatim sri kundang.

nanti cerita lagi :-)

www.facebook.com/yesclubmalaysia

Assalamualaikum:-)  selamat malam.. selamat pagi.. hehehe.. dah pukul 1 kan...

Dah lama rasanya tak stay up buat kerja malam-malam sambil minum kopi.. ermm... nescafe 3 in 1 sebenarnya. hehe... Mulut kata kopi, tangan ambik nescafe. Sebenarnya sama je kan.. kedua duanya adalah kopi. Tapi kalau sebut kopi akan terbayang serbuk kopi. :-)

Tak pasti dengan diri sendiri hari ini, semacam negatif je. Mood jangan kata, kelaut barangkali. :-)

Dah lama rasanya pius tk menaip perihal aktiviti seharian. Apa ajer yang nak ditaipkan?

Charity day dah cerita pada entry lepas...

kisah hikmah juga sudah...

Yang tinggal saki baki penambah perisa :-)  hehe.. jangan marah.

okay, nescafe dah habis.. mata dah sedikit celik.. nyamuk semakin banyak.. itu tandanya kena cepat2 siapkan kerja. hehehe..

Ya Allah..

Ya Allah..

Ya Allah..

Assalamualaikum :-) 

Hehe, Alhamdulillah saya gembira hari ini. Tengok cermin pun nampak muka sendiri cantek jer. kakaka.. okay jangan marah saya. Bila kita happy, semua benda juga indah :-)

Harini selesai charity day 2.0  :-)  jap jap.. tengok cerita korea jap, sedey ni. Okay.. dah :-)  cerita korea sekarang dah mula ke arah yang lebih baik. Sudah mula mengikut jejak langkah jepun. Menerapkan cerita-cerita berunsurkan kekeluargaan, semangat belajar etc. Lagi menarik berbanding cerita cinta semata. eheh.

Okay, tamat iklan.

Harini, memang niat saya lepas habis charity sales petangnya nak ke taman kepong. Main rollerblade. Rewards untuk diri sendiri kononnya.. hehe .. lagipun rasa macam lama tak main, ngindu saya. Banyak faedahnya rollerblade ni, selain riadah.. kita latih diri untuk lebih berkeyakinan, macam mana nak face orang ramai saat kita jatuh... latih diri untuk jadi lebih berani.. macam mana nak bangun balik lepas jatuh... cuba dan cuba lagi sampai boleh :-)  Saya masih lagi tak tahu cara untuk brake/berhenti... jadi saya dapatkan pokok dan tiang untuk berhenti.. hahaha.. tak pun perlahankan saja.

Tapi.... tak kesampaian hajat saya nak main rollerblade hari ni....

Balik dari charity day, saya rehat sekejap duduk depan tv. Dalam pukul 4 saya terlena.. tak tahan daaaa.. terus masuk bilik tidur. Terjaga jer dari tidur dah pukul 5.30.. huhuuuu... siap-siap semua, 6.30 sampai rumah dayah. Hujan dah mula rintik. Tapi saya tetap juga nak keluar. Dalam perjalanan hujan semakin lebat :-)  Sah sah tak dapat main rollerblade.... sedey.. takpe la.. bukan hari saya.

Saya bawa dayah ke mall je. Katanya ada booth thailand.. boleh duduk makan toomsam ke kerabu mangga ke. hehe..  gembirakan hati sikit.

Dan... jeng jeng jenggg.... 

Masa nak parking kereta.... saya jumpaaa... haaaa... sambung besok... hehehe... masa nak parking, macam biasa saya akan buka tingkap sebab nak tengok tayar.. dan saya terpandang....

to be continue...

hahaha.. saya jumpa note purple..  RM100... wehh.. seratus tau atas lantai.. kalau saya kaya memang tk pandang da.. hehehe...

"dayah... ada seratus dekat lantai.. eh.. ada lagi RM50 dekat belakang sana"

haa.. duit bersepah., apa ni? nak kasik saya ke? hehe...

suruh dayah ambik... sebab tk tahu siapa owner dia, decide masuk je la tabung mana-mana... tapi bila fikir logik.. duit tu dekat dengan kereta sebelah. kemungkinan duit tu datang dari situ. cermin depan, masih basah.. menunjukkan kereta sebelah baru sahaja sampai. Sebab kan duit tu baru je jatuh jadi tiada orang yang perasan.

"nak tanya mak aku ke nak tanya kawan"  tanya dayah.

"mak"

Akhirnya kita org decide tinggalkan mesej dekat kereta sebelah....

"Encik/Cik, jika ada kehilangan barang sila hubungi kami...."

Kita orang takde lah tulis duit.. cuma mention barang sahaja...  buatnya duit tu sahaja owner tu ada, buatnyer dia betul-betul nak guna duit.. mcm mana..

okay.. kalau dia tk telefon, kita masuk la tabung mana-mana.

tengah sedap makan laksa dan kerabu mangga, telefon berbunyi..

"hello.. emm.. cik ke yang tinggalkan nota dekat kereta saya?"

"ye saya"

"emm.. saya ada hilang barang..tapi tak tahulah"

"barang apa?" tanya saya.

"cash"

"cash?? berapa?" ewahh..

"RM150"

tepat gitu! dah terang lagilah nyata... kan... betul teori saya :-)

Datanglah diaa... menggigil badan dia, sejuk..

"haa.. menggigil badan saya"

kalau da ckp macam tu, mmg  nk gunalah duit tu.. penting la tu...

Alhamdulillah.. lagi sekali.. saya dan dayah speechless... Aturan Allah sangat cantik :-)  hadiah ni lagi better dari rollerblade..gembira saya dan dayah :-)  Diam.. memikirkan hikmah disebalik tak dapat main rollerblade hari ni.. heee..

Allahu Akhbar , Subhanallah. Cantik kan aturanNYA :-)

Assalamualaikum, Selamat pagi.

Awal saya celik hari ini, Alhamdulillah :-)  sebenarnya saya tertanya-tanya kenapa Allah celikkan saya seawal waktu ini. Segar bugar *wujud ke ayat ni?* ... hehe.. saya mencari apakah hikmah disebalik semua ini. Ehem ehem ehem, sebenarnya saya terjaga sejak dari 2 pagi tadi dan berlanjutan tidak lena sehingga sekarang.. mungkin... mungkin.. sebab suara kakak saya yang sedang asyik berborak dengan suami beliau. mungkin...

Dalam jam 4 lebih saya terjaga, segar tak dapat lelapkan mata. Selalunya waktu sebegini saya masih dibuai mimpi. Akibat tidak lena, pejam pejam celik.. hendak atau tidak terpasanglah akan telinga saya ini akan perbualan kakak dan juga abang ipar. Entah kenapa saya rasa ianya sesuatu yang indah. Dalam tak sedar, hati saya tersenyum. hati tau... hehe... owhh.. dorang borak pasal saya.. amboiiii... hehe.. terfikir saya, 'owh, diri saya juga boleh menjadi bahan kegembiraan untuk orang lain'

Terus saya teringat...

"dalam kesusahan ada kemudahan"

Apa kaitannya?  hehehe..  takpe, lupakan kisah saya tak boleh tidur tadi. Saya nak sharing something ni, rezeki readers :-)

Semalam saya ke satu majlis, aktiviti rutin saya kini pada waktu malam. Kebiasaannya saya berdua dengan rakan saya. Tetapi malam smlm sangat special, saya turun bertiga ke arah parking. Selepas bayar parking di mesin autopay, kita orang berpisah kearah kereta masing-masing. Dimana saya berdua dengan rakan saya naik satu kereta dan seorang lagi sendirian.

Selepas hai hai bai bai, masuk sahaja kereta terus saya berborak dengan rakan disebelah perihal rutin saya pada hari ini. Enjin sudah hidup tapi masih tidak tergerak lagi. Habis sesi bercerita, saya mula turunkan handbrake, niat nak mulakan perjalanan pulang. dan.....

saya lupa di mana saya letak tiket saya tadi.. Allah, kenapa saya lupa... mulalah kami berdua mencari.. di dalam bag, di celah helaian buku, di bawah seat, di celah-celah pintu. tiadaaaa....  tapi hati saya terasa tiket tu masih ada dlm kereta.

kawan saya cadangkan untuk kembali ke mesin autopay tadi, kot-kot lupa nak ambik atau tercicir. Sesampai di mesin tadi, saya suruh rakan saya tengokkan... keluar sahaja kereta...

"fairuz.. ada bag orang" beritahu kawan saya sambil tinjau-tinjau sekitar mesin tadi.

"eh.. ambik ambik ambik" saya tanpa fikir panjang, suruh aja dia kutip barang tersebut. Niat boleh pulangkan nati pada tuannya.

tiket tiada...

"cuba check bag tu"

Subhanallah... rupanya tu purse milik rakan saya tadi. Ehhhhhh....

Saya park kereta saya tepi autopay tadi, keluar kereta... check balik barang-barang dalam bag saya dan Allah gerakkan hati saya untuk check purse saya. Ya Allah, tiket tu dalam purse. Saya sendiri tak ingat berbuat demikian. Bila masa saya letak? selalunya saya letak di tepi radio atau di atas riba.

Ya Allah.. Setiap perkara itu ada hikmahnya. Kenapa Allah lenyapkan sekejap ingatan saya, dan kembalikan semula. kenapa Allah gerakkan kami ke mesin autopay semula. Ya Allah...

Allah nak jumpakan kami dengan purse kawan saya tadi. Selepas jumpa purse kawan saya, tiket pun dijumpa sama. Cantiknya susunan Allah S.W.T

Baru sebentar tadi kami sharing pasal HIKMAH.. dan kami betul-betul dapat pelajarannya hari ini. Tak terkata saya.. masing-masing mendiamkan diri.. fikir akan kejadian yang baru terjadi. Setiap perkara ada hikmah disebaliknya. ada pelajaran, ada pengajaran yang tersembunyi. :-)

Sampai saja rumah terus saya khabarkan pada empunya purse. Hehehehe.. dia sendiri tak sedar purse dia berada dalam tangan saya. kelu. Macam mana boleh berada di tangan saya. Saja saya cerita dulu kejadiannya.. dia sendiri tertanya siapa empunya purse yg saya jumpa tu. haaa.. bila saya tulis je nombor ic dia... terus..

"weh!!! 2 ic aku! beg apa?"

"purse putih, sila check confirm takde" hehe

terkelu dia, tak tau nak kata apa.

Kan... Allah nak suruh saya pergi ambik dulu purse tu baru boleh balik. hehehe.  Semua ni menguatkan lagi hati saya. Pengajaran buat saya. pelajaran buat saya.. saya sharing dengan anda semua :-)  mungkin kecil sahaja peristiwa ni.. bagi saya dan rakan.. pelajaran yang sangat besar. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, semalam 13 oktober telah berlangsungnya jualan amal anjuran YES CLUB MALAYSIA (www.facebook.com/yesclubmalaysia) dibawah program YES APPRENTICE DAY bertempat di Bestari de' kota, kota damansara. Tempat yang sebelum ini sunyi dan sepi kini dipenuhi dengan ahli-ahli yes club yang happening jesteru memeriahkan suasana.

Ini pengalaman kali kedua buat saya dalam menjalankan aktiviti jualan amal dan pengalaman ini tentunya berharga buat saya. Pada jualan amal pertama sebelum ini, saya banyak bertindak mendiamkan diri dan duduk di bahagian belakang membantu apa yang patut. Tetapi untuk program kali ini, setiap ahli yesclub perlu menjadi ketua pada group masing-masing. Dimana setiap ketua perlu mencari 3 rakan untuk menjayakan booth masing-masing. Dan disinilah banyak yang saya pelajari. Saya perlu membuat semua perkara yang tidak saya lakukan sebelum ini, saya perlu kehadapan bercakap dengan orang. Dimana sebelum ini, itulah perkara yang tidak saya gemari.

Cuba tengok pada tajuk, gembira kan :-)  Tipu!  sbenarnya saya teramat sedey.. sedey serta luluh hati saya. Pada event kali ini saya bertindak sebagai ketua kepada group saya dan saya sendiri berpeluang mengatur dan membuat keputusan. Pada malam jumaat, saya menerima banyak barangan terpakai yang diderma oleh kawan kepada kawan saya. Waktu tu hati saya gembira sangat melihat kotak-kotak serta bag yang ada. Banyak! tak perlu saya risau lagi mencari barangan terpakai. Gembira dengan bantuan yg dihulurkan rakan saya. Sanggup ke rumah rakan-rakan ke sana kesitu ke shah alam membantu saya mengumpulkan barang yg diderma.

Malam itu juga saya dan rakan saya (ketua group lain) memunggah barangan yang ada. Dari satu bag ke satu bag, dari kotak ke kotak... hati saya semakin luluh, bertambah sayu. saya sedey melihat beberapa bag yang begitu menghampakan saya. Terfikir saya sejenak 'barangan terpakai ataupun sampah?' mungkin agak keras bunyinya tapi itulah hakikat yaang perlu saya nyatakan. Bayangkan jika saya serah terus barangan tersebut ke rumah anak-anak yatim.. macam mana perasaan mereka menerima barangan yang selayaknya dijadikan sampah? dengan seluar kecik koyak pulak tu.. siapa yang nak pakai? jika kita sendiri tidak sanggup memakainya, inikan pula org lain. Buang sajalah! Ingat rumah anak yatim ni ladang dan tong sampah anda kah???

"andai bersedekah barang, biarlah ia senang digunakan oleh penerima. Jangan bersedekah barangan yang kita dan penerima malu untuk menggunakannya"

"sunat ,menderma perkara yang disukai penderma dan yang menerima. Tidak kira sama ada jumlahnya sedikit atau banyak"

Nasib program kali ini adalah jualan amal, maka perlu di audit dulu barangan yang ingin dijual. duit dari hasil jualan dapat digunakan untuk membeli keperluan yang sepatutnya.

Dalam saya sedey, ada juga yang mengubat luka. Subhanallah, satu plastik tudung labuh yang dijaga rapi dan bersih. Ya Allah bagaimanalah rupa penderma ini? pastinya sebersih dan secantik barangan yg didermakan. Jubah-jubah juga banyak yang elok. Kalau saya ini adalah dipihak yang menerima bantuan, pasti gembira hati saya melihat pakaian2 yang elok dan baik untuk digunakan.

Alhamdulillah, ini juga pelajaran buat saya. Pelajaran yang amat bermakna. Insya Allah minggu depan akan berlangsung lagi jualan amal ini. Ada lagi pakaian yang baik-baik tapi tk dapat saya bawa semalam. kereta penuhhh... hehehe..

Ini pengalaman yg menyeronokkan buat saya malah ahli keluarga saya juga turut serta membantu saya mengasingkan pakaian. dah macam ladang baju ruang tamu rumah saya. hahaha. lupa nak ambik gambar. next time saya ambik ok.  balik sahaja dari jualan amal, keluarga saya excited nak tahu macam mana jualan. berhasil atau tidak. gembira saya tengok! excited dengar saya cerita. Allahu Akhbar, gembira hati saya tengok keluarga saya :-) 

Pilihlah yang terbaik!

Kita sering mendengar ungkapan 'pilihan di tangan kita' serta 'kita berhak memilih'. Ya, itulah kebenarannya. Pilihan di tangan kita! tetapi pilihan yang sebagai mana yang ingin kita pilih? Adakah pilihan yang merosakkan diri serta membawa kita jauh dari bayangan diri serta terumbang ambing tanpa haluan yang betul? Itukah pilihan kita? 

Saban hari tanpa sedar kita mensabotaj diri sendiri tidak kira dari segi pemikiran, perasaan, percakapan serta kelakuan. Sedarkah kita apa sahaja yang kita lakukan menentukan siapa kita di masa hadapan? Malah sekecil-kecil kelakuan juga bakal memberi kesan kepada kehidupan kita, bakal membentuk tabiat kita serta membentuk diri kita. 

Adakah kita pasti laluan hasil dari pilihan kita dahulu membawa kita ke tanah yang subur tiada lopak juga lumpur. Masihkah kita berdiri di tanah lama? sedar akan kekotorannya tapi diri masih tidak mahu berganjak membersih dan menghiasinya. Sampai bila kita mahu membiarkan diri kita berlumut setiap masa? tidak lemaskah kita?

Ya, pilihan di tangan kita dan kita berhak merancang perjalanan yang ingin kita lalui setiap masa. Itulah pilihan saya dahulu dan saya sedikit pun tidak menyesal dengan pilihan itu, kerana Allah pertemukan saya dengan pilihan yang lebih baik sewaktu saya melaluinya. Yakin setiap perkara ada hikmahnya. Itulah pengajaran yang diberi Allah pada setiap manusia. 'Pengalaman yang mendewasakan'. Semestinya pengajaran yang berguna dan boleh digunakan. Syukur itu hanyalah perjalanan dan bukan pengakhiran. Jika dulu di jalan yang salah, maka betulkan lah. tiada istilah lambat, yang penting usaha memperbaikinya.

Itulah yang saya lakukan sekarang, memperbaiki dari hari ke hari. Berusaha meninggalkan tabiat lama serta mencipta tabiat baru yang lebih berguna. Harus saya beristiqamah melakukannya dan dengan bantuanNYA saya terus berada di samping rakan-rakan dari YESCLUB MALAYSIA yang berterusan memberi sokongan super positiv setiap masa. Tiada tempat setanding YESCLUB yang sentiasa mendorong dan menyokong ahlinya.

Ya, ramai yamg masih tidak tahu akan kewujudan badan NGO ini yang membantu anak muda keluar dari kehidupan biasa kepada kehidupan luar biasa. Dengan fokus utama melahirkan generasi muda kaya, berjaya serta pemurah yang bermula dari 'personal development'. Yesclub juga bertindak menyediakan environment super positif di kalangan ahlinya yang sekaligus membantu dalam memperbaiki diri serta membina potensi diri yang jauh ditinggalkan atau mungkin tidak disedari.

Bangunlah! kita bakal memimpin negara satu hari nanti dan pastinya pimpinan yang berjaya dari pemimpin yang berjaya juga. Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang dapat memimpin dirinya sendiri. Ayuh perbaiki diri kita dari sekarang. Lupakan tabiat lama yang melalaikan, buang kehidupan gembira yang merosakkan jiwa. Ayuh pilih YESCLUB MALAYSIA


www.facebook.com/yesclubmalaysia





Powered by Blogger.