Assalamualaikum

Yeayyyy cuti raya cinaaaaaa... hehe.. korang dah cuti ker? CUti-cuti ni seronok la ya dapat luangkan masa dengan family. Pius pun dah lama tak gather big family, ngindunya dekat anak-anak buah. auntie rinduuuuuu...  Tadi masa mesej dengan customer, buka kejap whatsapp family. Rancang nak buat makan-makan dekat rumah. Yela, jarang dapat peluang macam ni tetambah semua dah ada family sendiri. Sekali sekala dapat spend masa dengan semua mestilah seronok kan. Katanya nak buat makan-makan bbq tak pun piknik. Okaylah... buat makan-makan... bacalah mesej sorang-sorang..


Dah sejak bila pulak pius makan jering rebus cicah gule ni???  Eee... aku tak pernah makan pun jering rebus cicah gule.. ada ke jering cicah gula?? akak aku ni semua merapu jer..  petai bako la, petai panjat la.. tak paham betul kaum-kaum ibu ni.  Agaknya terkonang makan beradap kot, hehehe..

"fairuz tak pernah makan pun jering cicah gulaaaaaaaa... ini fitnahhh..."

"kau mana ingat.. kecik-kecik mak suap"


p/s : JOM LUANGKAN MASA DENGAN FAMILY TERCINTA! :) 

Pius : Berusaha sebaik mungkin :) untuk may 2014. Allah permudahkan lah urusan Fairuz Jaafar.

Assalamualaikum

hehe tajuk jer omputih, isinya melayu. takut kang kalau tulis omputih korang pulak tak paham. aku yang tulis ni lagi pusing-pusing.

Tiada cerita menarik sebenarnya nak share, kalau ada pun dah basi (tunggu gambar tak kunjung tiba). hehe. Tapi rindu sangat nak menaip panjang-panjang. Rasa tak puas nak menaip, taip jugak walaupun kadang-kadang entry tu bukan-bukan jer. Haha.. itu namanya entry hentam kromo serta entry lepas perasaan.

Aku rasa ramai jer dalam dunia ni yang sangat suka pada bintang. *high five! sama lah kite* Aku pun tak tahu sejak bila aku suka dengan bintang.. aku suka bintang ke? rasanya aku suka langit yang penuh dengan bintang la.. kalau orang suka bintang, mesti nama-nama bintang semua dia tahu, kan? tapi aku nama bintang pun tak tahu. hehe.. setakat polaris tu tau la, tu pun sebab tengok winter sonata. hik! yela, aku rasa aku suka langit yang penuh dengan bintang. Kalau suka bintang mestilah suka kalau ternampak bintang sebutir dekat langit. Aku kalau langit penuh dengan bintang baru rasa nak terlompat-lompat. Eh, dah conpius la..

Haha.. dah kenapa nak conpius. Yang pasti pius suka tengok langit yang penuh dengan bintang.

Mata pius ni silau sikit waktu malam, jadi kalau tengok langit tu selalu rasa tak puas. Lampu kiri kanan banyak sangat sampai silau mata nak tengok ke langit. Sebab tu pius selalu teringin nak pergi camp site yang boleh nampak langit yang luas. Jauh dari silauan lampu. camping atas bukit pun best jugak kan. Lagi best kot rasanya. Owhh... terbayang je pun dah buat pius rasa teruja. hahahahaahaha. Haritu ke Broga hill, memang rasa puas sangat. Sebab waktu tu langit penuh sangat dengan bintang. Subhanallah... rasa nak baring tengok langit time mendaki tu jugak. Ya Allah.. cantik!

Zahariz : Dengan Basikal aku menjelajah
Disebabkan aku suka sangat dengan langit yang penuh dengan bintang, langit bilik pun pius hias dengan bintang. Glow in the dark tu kan.. time sekolah menengah dulu, kalau ada jer duit lebih mesti pergi kedai beli bintang glow in the dark tu. Bintang tu size kecik sangat, adalah dalam half 10sen size dia, ke lebih kecik! memang terasa macam langit betul bila lampu bilik dipadam. huhuu..murah je dulu, 20sen sepaket kecik. Dalam tu tak pasti ada berapa, 10 agaknya. Belilah sikit-sikit sampai penuh langit bilik. Punya suka nak tampal kat ceiling rumah. Sampailah one day, bilik tu disapu cat....~ dengan bintang-bintang tu pun kena sapu. Yela, macam mana nak cabut satu-satu bintang tu dekat ceiling? Dah la time nak lekat tu bukan main guna batang penyapu. letak bintang dekat hujung penyapu, panjat kerusi.. lompat!!  haha, korang boleh bayangkan ke?... dekat belakang bintang tu memang beli siap dengan gam belakang dia. Nasib baik la tak berlubang ceiling rumah tu.

dekat mana nak carik bintang yg kecik ya? dekat luar banyak besar-besar la. tak cantik.
contoh....
Sekarang dah ganti dengan bintang baru, tak jumpa bintang kecik tapi boleh la daripada takde kan..

:) :) :) korang bayangkan lah pius tengah senyum lebar time taip entry ni. dah macam syok sendiri..

Heeee.. entahlah.. suka sangat la. sampai rasa nak beli rumah yang ada rooftop garden. Nak tatap bintang sangat kan.. tak kiralah rumah jenis apa, janji atas rumah boleh naik. hahahahahahaha.. adoiiii la.. berangan tak ingat. takpe, kita program diri kita dengan angan-angan ya :) kita adalah apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap dan apa yang kita buat. so, start dari berfikir dulu.. hehe. (Fikir, rasa, cakap, buat = itu semua Doa)

okay, nak rumah macam ni!
Sabar hati, nati kita pergi camping ya :)

Bai.. Ingat, kita sama-sama baiki dalaman diri ya :) hope you find your way, take care :) take care.

Assalamualaikum

~ Entah ayat apa yang pius nak tulis ni. Tak tahu ayat yang sebagaimana yang mampu mentafsirkan perasaan waktu ini. *ewah, ayat tunggang langgang*. taip delete taip delete.. ish..

Ya Allah, nak tulis pun susah. Memang penulisan tak mampu nak terangkan hati dan perasaan manusia secara keseluruhannya. Sebenarnya harini tiba-tiba ajer terjumpa sesuatu yang.. buat fairuz terkejut. Tak tahu nak gembira ke nak melompat ke.. entah perasaan apa yang sepatutnya perlu ada. Selama ni fairuz fikir orang tak menghargai apa fairuz buat dan beri... tapi harini Allah cantas semua pemikiran tu. Tak disangka-sangka. Ya, saya silap. Kadang-kadang orang lebih suka simpan sesuatu dari meluahkannya... huahhhh.. nak taip apa pun dah tak tahu.

Bila kita tak letak harapan pada sesuatu tiba-tiba kita jumpa... huuuuuu.. apa yang aku tulis ni...???

Terima kasih Allah, tahu sedikit ini pun dah buat hati saya lega. Alhamdulillah :)

saja nak cerita jugak!
Assalamualaikum..

Lama pius teringin menaip mengarang panjang lebar, rindu sangat...  itunya tiba-tiba sahaja teringat akan adik UMAR. Saya pasti dia seorang adik :) Harap korang tak salah anggap ya baca cerita pius ni. Hehe. Cerita jer.

Bagaimana saya tiba-tiba boleh bertemu dengan yang namanya UMAR ini? Bukanlah tiba-tiba, tapi bertemu UMAR ketika Majlis Jualan Amal untuk GAZA di Putrajaya. Seingat saya Perdana Global peace Foundation (Pengasasnya Tun Dr Mahathir) yang menjemput untuk sama-sama menyertai Majlis Amal ini. Majlis ni berlangsung selama 3 hari dan hari terakhir adalah hari kemuncak acara iaitu makan malam amal. Entahlah, dah lupa sebab gambar yang ada pada saya cuma sedikit.~ mengeluh.

paling awal bukak Booth :) , masih kosong :)
Banyak booth menarik dekat sini, antaranya booth yang paling kerap saya singgah adalah booth ________ tak ingat nama. Hahaha. Tapi yang pasti booth tu belakang booth saya jer. Banyak tulisan khat dekat booth tu, sebab tu saya tertarik.. belajar macam mana nak membaca khat khufi. Hehe.. bukan mudah :) dan paling saya seronok tengok orang lain tulis khat. Leka saya dibuatnya.

Cantikkkk... hadiah buat saya :) tq ustaz
Hari pertama majlis, masih belum ramai yang buka booth jadi saya banyak tertumpu pada booth tulisan khat tadi. Dan dekat booth tu la saya bertemu yang namanya UMAR itu, tapi saya macam biasa saja. Masa terus berlalu *ewahh* dan barulah saya tahu yang namanya UMAR itu pun pandai menulis Khat. Booth dia sebaris dengan booth saya cuma selang satu meja sahaja. Bila ada pelanggan menempah nama untuk ditulis di booth UMAR, saya akan turut menyinggah, Sebab saya suka tengok orang tulis khat. Cantik sungguh!

Hari pertama berakhir dengan lancar beserta sedikit kerisauan, sebab besoknya hanya saya seorang sahaja perempuan yang hadir. Tapi saya pergi juga memikirkan janji saya untuk membantu selama 3 hari. Tambahan saya suka dengan environment serta ilmu yang saya dapat sepanjang majlis.

Hari kedua juga kami buka booth awal, dimana dewan masih kosong. Disebabkan masih awal dan tak ramai orang datang menyinggah dan membeli, saya decide bawa baju-baju (jualan) untuk diseterika dalam surau. Entah berapa lama saya duduk iron baju.. selesai sahaja terus saya kemas semua barang dan bergegas keluar. Waktu tu banyak booth dah buka termasuk booth baru. Waktu itulah mata saya melilau.. sambil jalan (pegang baju berhanger) melihat dari jauh ahli kumpulan saya yang dah hadir. Memang fokus saya pada booth sahaja.. dan tiba-tiba saya tertoleh kanan.. terlihat UMAR memandang saya dengan muka yang agak pelik. Saya senyum nipis dan terus berjalan.

Hari kedua inilah baru saya betul-betul sedar ada hamba Allah bernama UMAR dekat situ. Tak..tak.. rasanya masa ni saya tak tahu lagi nama UMAR. Cuma sedar akan kehadirannya. Disebabkan tak tahu nama, saya gelar dia ustaz sahaja memandangkan dia berperwatakan seperti itu :)

Hari kedua majlis, saya sedar.. UMAR banyak tersenyum. Sama ada senyum pada saya atau Idris (pooh), itu saya tak pasti. Mungkin pada idris..

Idris turut bercharity :)
Sampai la masuk waktu untuk solat, semua rakan saya (lelaki) bergerak pergi masjid besi. Disebabkan saya tidak boleh solat, maka saya suruh semua pergi. Tak payah gilir-gilir tunggu dekat booth sebab saya okay je sorang dekat sini. Bosan-bosan boleh berborak dengan ahli-ahli booth yang lain. Time tu la UMAR datang.. belek-belek t-shirt gaza... saya tak faham sangat apa dia kata sebab suara dia perlahan. Saya dengar sedikit ajer waktu dia membayar duit t-shirt gaza tu.. kalau tak silap saya, dia berkata sesuatu berkaitan dengan kehadiran saya pada hari kedua ni. Something yg macam.. "ingat tak datang harini, sebab sorang je perempuan" something like that la.. saya seperti biasa senyum ajer. Mungkinlah sebab tu lah muka dia sedikit pelik waktu tengok saya awal pagi hari kedua tu. Dia tak jangka saya datang..

tulisan khat UMAR
Perwatakan UMAR ni sangat buat orang lain sejuk mata melihat.


Hari ketiga iaitu hari terakhir majlis adalah hari paling meriah. Semua booth ada, malah malamnya ada Majlis makan malam Amal Nurkilan Qaseh. Cuma waktu ni saya lihat umar dah tak senyum lagi. hahaha. Hari ketiga semua ahli group saya puasa kecuali saya yang tidak boleh berpuasa. Dah lupa hari apa, kalau tak silap saya puasa hari asyura. Waktu berbuka tu, semua siap sedia air untuk berbuka. Azan berkumandang.. rupanya ahli booth umar juga berpuasa dan dorang pun tertanya-tanya.. korang puasa ya? lebih kurang lah pertanyaan itu. Dah beberapa bulan berlalu, saya pun dah lupa apa yang diperkatakan. Mungkin dorang terkejut agaknya lihat rakan-rakan (lelaki) saya berpuasa pada hari tersebut yang rata-ratanya kelihatan seperti budak nakal. haha.. maafkan saya.

Hari terakhir baru saya berpeluang berborak dengan umar, memandangkan semua dekat situ dah saling mengenali dan mesra kecuali umar. Semua dekat situ saya tegur dan berborak mesra.. sampaikan sebelum balik ada makcik singgah booth, masih makcik ingat akan nama saya :) Subhanallah, terasa best! hehe..

Hari terakhir ni memang lama saya berborak dengan umar dan kebanyakkannya pasal kerja, pasal yayasan ___ tempat umar bekerja. Pasal software..

Banyak benda yang buat saya rasa UMAR ini special.. tapi tak mampu saya cerita melalui kata-kata sahaja. Saya suka perwatakan yang bernama umar ini. Saya gembira mengetahui persekitaran tempat umar bekerja. Bagi saya, dengan siapa kita berkawan, bagaimana persekitaran kita, apa aktiviti kita.. semua itu menunjukkan kita ini orang yang bagaimana. Sedikit sebanyak, itu semua mencerminkan diri kita.

saya doakan umar dapat yang terbaik dalam hidup :)

Persoalannya siapa bakal "umar" dalam hidup saya???  terus terasa kalau ada anak nati nak letak nama umar, harap saya dapat didik anak saya menjadi sebaik peribadi umar. Insya Allah :)

Let's Improve ourself :) Jom perbaiki dalaman diri kita :)

Just a story  to keep me writing.. Best story should come from heart :)
Assalamualaikum :)

Pada hari sabtu lepas, pius join Yes Club Malaysia dan aktiviti minggu itu adalah Yes Apprentice. Cabaran kali ni, peserta perlu menjual produk masing-masing di tepi jalan iaitu berdekatan Lowyat, Sungai wang dan Pavillion.. Jualan tertinggi pada hari itu akan dinobatkan sebagai pemenang. Untuk program ni pius satu group dengan dayah dan kak aida. Serius! tak tahu nak jual apa. Malam sebelum apprentice baru decide nak jual makanan. Teruja, neves semua ada... benda tak pernah buat selama ni! Nak kena approach orang untuk beli barang kita.. tak boleh bayangkan... Dalam fikiran pius "macam senang je".. sebab dah biasa dengan perkara tu semua masa join Yes Charity.

Group pius ditempatkan berhampiran sungai wang.
 
  
Group niki, ayu and the geng
Nampak macam senang je kan nak jual barang tepi jalan kan.. tapi hakikatnya bukan mudah. Tambah-tambah tengah K.L ni kan, owhh... tak sangka orang bandar macam ni.. huahhh... nanges. hahaha. Jauh beza dengan Kota damansara, senang nak approach orang. senang nak ajak borak dengan orang. Dekat sini.. dia pandang sebelah mata jerk.. jerk..  

Penat approach orang, berhenti rehat.
Apprentice ni sampai pukul 3 Petang. Dan yang bestnyer.. satu apa pun tak terjual.. hahahahahahahahahahahahahaha... Bukan senang. Antara cabaran yang perlu korang hadapi, kena halau dengan polis, kena reject, reject dan reject. Lepas tu tak leh bukak booth. Bag duit korang tk boleh pegang langsung. Pihak pengurusan yang pegang sepanjang program berlangsung. So, korang kena survive dengan produk korang sahaja. Huhukhuk..

Pemenang untuk program ni adalah kumpulan Ain dan Faiz dengan jualan berapa ratus tak ingat. Produk dorang adalah cupcake yang sangat la comel, gebu dan mengiurkan. Lupa nak ambik gambar.

First time join aktiviti macam ni memang sangat la mencabar bagi pius. Walaupun belom berjaya sepenuhnya untuk runtuhkan tembok diri tapi banyak perkara yang pius dapat dalam aktiviti ni. Pius sempat berkongsi cerita dan pengalaman bersama peserta baru yang join event yesclub.  Dorang semua memiliki perniagaan sendiri dan Insya Allah, usahawan berjaya. Pius doakan. Doa kan pius sama :)

Banyak tips pius dapat dari korang semua :)

Berangin
Balik dari program, pius n dayah terus singgah tasik.. ambik angin dan makan-makan. Jangan tanya mana datang makanan tu.. hahaha. :p


Itu jela, update. Tak sempat nak update aktiviti lain. sebab takde gambar. Ni pun nasib pius bawak kamera. hehe.
Assalamualaikum

Apalah agaknya fairus jaafar ni nak update dengan bermodalkan tajuk panadol. Hehe :) Btw, Selamat tahun baru semua :) masih belum terlambat rasanya nak wish tahun baru.

https://www.facebook.com/kalerfess
pinjam kalerfess punya banner :)
 Seperti awal tahun sudah, permulaan tahun ini juga pius demam :) Kenapa mesti awal tahun baru? Sudah menjadi pattern agaknya. hehe.. Takpe, syukur.. ini semua kan penghapus dosa-dosa kecil. Insya Allah.

Itu yang tajuk secara tidak langsung bertemakan demam.. panadol. Jarang sebenarnya nak makan panadol time tak sihat badan, selalu rehat baring-baring je. Kali ni makan jugak lah.. kunyah-kunyah... hehe.. entah lah, kalau makan panadol mesti nak kunyah. Pahit?? tu la korang.. betapa nikmatnya gigit panadol yang pahit tu..tau.. Terkejut kawan bila tengok pius kunyah panadol.. alaa... pahit je pon.. tapi yang bestnya, air masak/mineral yang kita minum selepas tu terasa sangat manis. Korang tak tahukan... cubalah. tak tipu!

Permulaan 2014, pius mulakan dengan resolution 2014 iaitu mission board untuk 2014 hasil dari MKB haritu. Korang pun buatlah mission board korang dan lihatnya tiap-tiap hari. Senang jer.. ambil cardboard dan tampalkan gambar berkaitan misi anda. Mesti korang tertanya kan, kenapa gambar? dan kenapa kena tengok hari-hari... senang jer. tu salah satu cara untuk kita program mind kita dengan apa yang kita inginkan. Pius nak terangkan lebih-lebih tak reti, kang takut korang bertambah tak paham.

Itu jugak lah cara pius time belajar dulu.. tampal besar-besar "DEKAN" dekat meja study. Biar bangun-bangun je terus nampak, hari-hari tengok. Secara tidak langsung nanti, kita akan bekerja ke arah mencapainya. Insya Allah.

Ya Allah, dah pukul 12.30mlm.. tak perasan masa langsung. cepat sangat masa berlalu...

okaylah.. jumpa next time. Insya Allah.



 ::PRINTING SERVICE::

Sedang memperluaskan Perniagaan anda?? Tercari-cari printing service untuk FLYER?? Jangan risau, kami sedia membantu..

SIMILI PAPER 80gsm
500pcs - RM126
1000pcs - RM189
3000pcs - RM279
5000pcs - RM396

ART PAPER 128gsm
500pcs - RM135
1000pcs - RM198
3000pcs - RM315
5000pcs - RM468

DISKAUN 10% SEHINGGA 31 JANUARI 2014!!

Powered by Blogger.