Assalamualaikum

Tajuknya agak 'teruk' sedikit dengan berperisakan negativity. Tajuk je macam bukan main je bunyinya... kan.. tadi pagi pius pergi interview tapi interview untuk apa tu tak nak lah cerita. Biarlah rahsia.. haha.. Sebelum interview kena isi borang dan jawap kertas soalan dulu tapi pius sekadar isi borang je dulu dan kertas soalan pius tak jawab sampai habis. Dah selesai interview baru nak disudahkan. Nak interview cepat la kiranya. Panel interview ada 2 orang dan 4 orang calon akan serentak diinterview. Kira open interview la ni sebab bukan 4 orang calon tu je dalam bilik tersebut tapi semua calon yang ada hari ni. So sementara menunggu giliran memasing, dorang boleh dengar dan tengok la 4 orang depan mereka di interview. Dan... pius adalah 4 calon terawal di interview *sebab tak siapkan soalan, terus pecut masuk duduk depan panel*.

Masa di interview, ada 2 lelaki 2 perempuan. Pius selalu kalau pergi interview memang selalu jawap nak skema ajer tapi harini tiba-tiba pulak rasa nak luahkan pendapat sendiri. Sampai la giliran pius... bila dia tanya... pius jawap la mengikut kehendak dan pemahaman pius sendiri. Yang tanya tu panel perempuan, cara percakapan dan muka kira lebih kurang seiras la dengan lecture time belajar dulu. huhuu.. kira cakap tu ada bunyi macam kasar sikit la. Macam orang melaka kan intonasi dia macam marah tapi sebenarnya biasa jer. normal. Kita family belah melaka, jadi rasa biasa jela. Jadi, berbalas-balas la antara pius dengan panel tu tadi...

Assalamualaikum.

huuuuuuuuuu.. baru nak update entry. punyalah bersungguh update guna handphone jer sebab line internet rumah slooowwww.. sehingga boleh mendatangkan kemarahan.. hahaa.. yoyo la taip sekali nak send hilanggg.. dah kenapa?? penat la gini. mana sama nak taip balik semula kan. malas dah la.. akhirnya buka laptop jela. huh, elok pulak internet. takpe! kita update merapu tanda protess.. hahaha.. sebelum start buat kerja kan.. amik mood sikit. kononnya laaaaa.... meh la update pasal meja *dah kenapa meja?* sebab meja jer yang berada depan mata sekarang ni. jangan banyak soal. Marah sebab taip entry panjang lebar pastu hilang.. hehe..

meja cik pius sepah sikittt jer..
Sabtu ahad lepas pergi negeri sembilan rumah mak mertua kakak. Ada lah sepupu-sepupu amiya sekali. Dorang dok main, biasalah budak-budak. Dorang pun dok tanya la acik pius. Soalan apa dah lupa, tapi pius bahasakan diri auntie la, macam biasa. terus dorang bisik-bisik.. kenapa pulak budak-budak ni. Okay, fineee.... sebab biasakan diri auntie. "Kita tak biasa panggil auntie, kita panggil acik jela" hahaha.. ikut korang laa... auntie piyush tak kesahhhhh.

Assalamualaikum 

Semalam ahad, lagi sekali dapat sertai talk usahawan Bangkit berniaga. Alhamdulillah dengan ilmu yang diberi. Dah banyak kali pius attend seminar percuma Dr Azizan tapi kali ni betul-betul buat hidup pius resah gelisah...huhuu...

Tapi itu bukanlah isu utama yang akan dikupas di sini.. Ewahh.. Apa kejadahnya semua ini???!

Malam sebelum pergi seminar, pius siap-siap la baju seterika supaya besoknya tidak la kelam kabut. Ringkas seluar jean dan blouse labuh.

Paginya pius terjaga agak lambat akibat penangan 2 episode runningman yang disiarkan dekat ONE 393. Seronok sangatkan.,, itulah padahnya... Hukhukkk.. Target keluar rumah 6.30/6.45 pagi tetapi 7 lebih baru tersedar. Terus meloncat bangun, terkejut! Akhirnya dalam pkul 8 barulah keluar dari rumah. Di sebabkan harini kawan yang drive maka pius bersenang hati duduk di seat penumpang berkasut flat. Kalau drive kena pakai kasut tinggi. Kalau tak rasa macam kaki tak sampai. Kalau pakai kasut flat boleh je tapi nati brek selalu macam mengejut. Dah terbiasa drive pakai kasut bertumit, bila tak pakai rasa lain.

Ini bukanlah isu utama...

Maka pagi tu ber'KL drift la kami dari Selayang ke Shah alam. Alhamdulillah, sempat sampai 8.45pagi.. seminar pun baru hendak bermula. Malah dapat duduk dihadapan sekali. Ehemm.. nak lambat selalu lah macam tu.. hehe..

Dan itu juga bukanlah isu utama.. Let's flash back.. Ewahh... Masa tengah bersiap nak pakai seluar jean.. Tiba-tibaaaa... Seluar jeans tak muaaaatttttt... Huaaaaaahhh... Huahhhh... Hahahaha macam mana boleh masuk separuh jerkkkkk.??? Were got. Were got?.. What happend..? Masuk semua skrip #ohmyenglish.

Semenjak habis belajar, pius lebih suka pakai skirt labuh jadi dah makin jarang pakai jean.. Tengok saiz jeans..Saiz S.. Sendat.. Sob sob... Terus tengok saiz seluar jean yang masih boleh dipakai... Saiz 29?? Okay. Nak pandang secara terbalik supaya 9 bertukar menjadi 6.. Dan petang harini...

Mak :   fairuz, nak tak seluar ni. Mak beli tapi tak pakai.
Pius  :   tak nak la, kita mana sama citarasa.
Mak :   cubalah tengok..
Pius  :   tak muat.. Pinggang dia besar *ukur seluar dekat leher*
Mak :   cuba lah dulu..

Pius  :   tak muat... *masuk bilik nak cuba pakai*

seluar pertama, muat.. Seluar kedua.. Muat walaupun longgar sedikit. Tengok saiz.. Saiz 32 dan XL... Haaaaaa... Pening.. Peninggg... Seluar ni salah saiz agakkknyaaaaa...

Mak :   Muat tak? Nak mak tambah cangkuk?
Pius  :   tak payah..
Mak :   kalau nak, boleh pasang cangkuk.
Pius  :   tak payahhh... Boleh pakai * terus sambung tengok tv.. xnak mengaku!*

tak puas hati...

Pius  :   kenapa mak taknak seluar ni? Mak tak muat ke? *tag masih tak bertanggal*
Mak :   mak beli dekat terengganu haritu, sebab tak bawak seluar lebih.
Pius  :   yela.. Mak tak muat ke? Kalau muat fairuz tak nak ambik *paksa mak mengaku dirinya dah semakin berisi*
Mak :   ambik la.. Mak taknak pakai..
Pius  :   fairuz tanya kenapa mak tak nak jawap.. Mak tak muat ke? *paksaan melampau suruh orang mengaku*
Mak :   tak la.. Mak tak nak * still taknak kalah*
Pius  :  yelaa.. Mak muat ke tak seluar ni * dah nak meletup*

haaa.. Mak lagi berisi dari pius! Tak kira... *tak dapat terima kenyataan*

Sekian, fifi fairuz fuyoo melaporkan!

Pius: Bukan isu pun.. haha.

----------

Sent by fairuz success, InsyaAllah.
Assalamualaikum

Akhirnyaaaaaa..... Selesai kerja, Alhamdulillah. Dapat bersandar sambil tengok tv... Huhuhuu.. Mata pun dah mengantok.

Harini selayang hujan dari petang sampai ke malam. Alhamdulillah.. Rumah pun dah start tak keluar air. Elok la hujan :).

Cuaca sejuk macam ni mula la nak selesema dan bersin tak berhenti. Meleleh je hidung ni.. Rasa terganggu nak buat kerja.

Pius: makk.. Tak tahan la hidung ni asyik meleleh je...
Mak: ambik tisu.. Sumbat masuk hidung..

Owhh.. Oooo.... Ingatkan boleh dapat solution yang lebih baik... Ngupernyer...

Xpela, sumbat jelaaaaa..... Huhuuu...

Pius: ngantok da.
----------
Sent via pius berjaya ;)
Assalamualaikum

Apa nak buat dengan gadis yang tidak fokus ini??? Buka pc sebab nak sambung buat kerja tapi melalut buat benda lain.. Blogwalking la.. Cuci mata tengok dress la.. Sampai sudah sikit je sambung buat kerja. Haaaa... Tak tahan dah, rasa nak cepuk-cepuk je gadis itu. Tolong cepuk sama!

Korang buat apa ya untuk kekal fokus? Kalau environment study tu rasanya mmg nak tak nak paksa jugak diri study, buat assgment dan sebagainya sebab tahu kena submit, ada exam. Haa... Macam mana nak kekal fokus ni...

Buat kerja dekat library la kan... Lokasi febret time study dulu. Senang nak fokus dekat sana. Hurm... Laptop tengah problem.. Banyak sangat alasan ni!

Pius: nak office sendiri!

----------
Sent by pius fokus berjaya
Assalamualaikum

Memang kadang-kadang suatu masa kita rasa orang tak paham dengan pilihan kita. Jalan yang kita pilih mungkin lari dari laluan yang biasa dilalui orang lain tapi itulah kepercayaan kita, laluan yang ingin kita lalui. Kita buat sesuatu bukan untuk kepuasan orang lain, bukan untuk mendapat pujian tapi kita yakin laluan yang ingin kita lalui akan memberi kepuasan kepada orang lain secara tidak langsung. InsyaAllah. We believe what we want to believe. *ayat b.i tak power*

Percaya atau tidak, nak atau taknak.. Apa yang kita fikirkan dan angankan suatu masa akan menjadi kenyataan. Allah mengikut sangkaan hambanya.. Kuasa Doa (cakap,fikir,rasa,buat). Entah korang paham tak pius bebel ni... Perkara yang sering Prof Muhaya cakap.. Berkaitan minda bawah sedar.

Ya Allah, permudahkan urusan fairuz jaafar dalam mencapai impian dan cita-citanya dunia dan akhirat. Aminn.

Pius: yakin akan diberi nilai yang sama. Allah sebaik-baik perancang. Selamat malam.

----------
Sent by pius
Assalamualaikum

Hujan balik..yeahhh.. Balik rumah...

Dapat la jogging 1 jam.. Jogging la sangat, huhu. Tapi ramai je yg datang pagi-pagi ni riadah. Gerai pun bukak je jual makanan minuman.

Cuba alat senaman tadi, kena tarik palang dan kerusi kita duduk akan terangkat samaa.. Paham tak? Huishh berat, tak terlarat. Lenguh tangan.. Haha... Nampak noh la jarang bersenam, ni pun dah start sakit kaki baru nak start senam...

Nampak budak main rollerblade tadi.... Alaaaaaaaaa ngindu nyer nak main rollerblade. Huuuuuuu..... Nak hadiah rollerblade satuuuu...

Okay... Nak balikkkkkkk....

Pius: tepon lambat loading.. Malas nak masuk gambar :)
----------
Sent by pius meh
Assalamualaikum

Semangatnya pagi ni nak pergi jogging :). Serius semangat! Awal pagi dah siap sidai kain semua. Yela, sebelum keluar tu buat la kerja rumah sikit. Relax sidai kain awal pagi... Siap pakai jersi harimau malaya lagi.. Haha.. Tu jela satu-satunya jersi yang ada sejak meninggalkan hoki. Air pun dah isi, roti pun dah makan.. Stokin dah sarung... Tinggal nak keluar rumah je...

Lalalala.... Senang hati makan sambil berdiri *jangan tiru gaya ini dirumah mahupun dimana-mana*

Sekali....... Hujannnnnnn.... Huaaahahahaha.... Terus kunyah laju-laju roti

Takpela, ada hikmah ni... Huhuu...

Elok buka tv, makan lagi roti... Hujan makin lebat.... Aaarrrgggg kainnnnnnn.... Ani lupa mau angkat kain pak!

Okayyyyyyyyyy... Angkat kain, bilas... Spin balik dalam mesin. Hukkk :p hahaha...

Hahahaha...

Pius: kita hanya merancang.

----------
Sent by pius meh
Assalamualaikum

Dah lama lepas tapi nak update jugak.. ngehehe...  tapi update ringkas jela..

Sementara tunggu belon panas, bersiar-siar dulu :)

Ramai orang haritu, jadi bot dengan sampan ni turun harga.

ruang piknik yang disediakan... 


Bagus jugak disediakan tempat piknik ni, ada jugaklah tempat santai waktu tengahari panas. Elok bawah pokok. Taman kepong takde ke sedia bean bag? huhuuu.. mau kena angkut balik rumah. 

sibuk tengok belon
Semua belon baru nak naik... lama jugaklah tunggu dia kembung.. huhuu...

Belon paling besar
darth vader baru bangun tidur
aku dekat mana??
Pius bukannya tau sangat darth vader ni, bukan tengok pun citer star wars. Tak pernah minat nak tengok. Anak buah tanya, jawab je topeng hantu. dah, habis cerita. Yang pasti, belon hijau tu dari Kedah, Malaysia.

Malaysia
Ada bentuk Aiskrim corneto, dari Belgium. Yang lain tak ingat dari mana.

Banyak aktiviti dekat sini, ada belon atas air, wall climbing, kayak untuk kanak-kanak, eh, banyak la sampai dah tak ingat..lupa nak ambik gambar.. bawa anak buah seronok sikit la layan dorang.   gerai makanan jangan tanya, kiri kanan penuh. Kamera lupa nak bawak, guna handphone jer. heeeee...




Pius: nampak sangat malas nak update
Assalamualaikum..

Hujan :).... Tiba-tiba keinginan mengupdate blog datang. Bagai deruan hujan membangkit semangat berblog lantas mengerak jari jemari... Owhhh tidak... Berhenti di situ sahaja.

Ingat nak update pasal belon panas tapi gambar tak complete.. Jadi kita update 1 gambar je... Next entry...Hehe

Okay, nak cerita rahsia kerajaan. Haritu terjumpa kertas putih... Tak tak.. Kertas tu memang dekat tempat dia, kite yang sesuka hati baca... Jadi secara sengajanya membuka dan membaca kertas putih tersebut... Dan..... Huaaahhhhh.... Sob sob sob lap hingus leleh... Sedeyyyyyyy..... Ada hikmahnya Allah suruh kita baca kertas tu. Tapi takpe.. Sekurang-kurangnya kita tau ada juga orang yang baik disekeliling kita.

Cop! Nak pergi kedai jap beli tong air.. Esok dah start catu air katanya.. Moh la kitaaa... Dah malam baru nak diajaknya... Macam tau-tau pulak kiter ada mood nak update blog...

Pius: baru je feeling nak taip panjang lebar
----------
Sent by pius meh
Powered by Blogger.