Assalamualaikum

Ecehh, seronok la sangat.

Macam nak bermadah puisi pulak petang-petang ni tapi kang ado yang geli geleman. Rindu pulak nak menaip mengarang dekat blog yang lama diabaikan ini.. Walaupun takde cerita menarik tapi tetap nak mengatalkan tangan. Ahad lepas pius ke seminar Dr.Azizan, tambah-tambahkan sikit motivasi diri yang semakin lemah ni. Dengar story Aflin shauki dengan pelekat pant dia... kelakar.. "mamamama... harini ada orang order 100"

owhh..lupa, kak long pun pergi sama :)
Macam biasa, keluar dengan shira dan nadia. Antara kawan belajar yang duduk berdekatan. Ehem.. dulu kan..kan.. pius sebenarnya kan.. tak berapa suka sangat berkawan... dengan kata yang lebih tepat lagi.. "pilih kawan". Huhuuuu.. yang mana banyak sangat bergosip, kita jauh-jauhkan.. hahaha.. kepala mesti sama. Tapi bila umur semakin meningkat, sendiri dapat lihat kawan macam mana yang seharusnya kita jadikan kawan. Kawan seronok tak semestinya baik untuk kita dan kawan yang tidak kita gemari tak bermakna tidak memberi kebaikan pada kita. Umur semakin meningkat, kawan-kawan pun semakin matang. Mengajar kita bukan dengan cara tengkingan ataupun melalui kata-kata tetapi dengan tingkah laku yang baik. Hurmm, sejujurnya kawan karib pius sekarang adalah kawan yang pius benci satu masa dahulu. Huhuu... nak yang seronok ataupun yang memberi kebaikan? Tepuk dada tanya selera, kita sambung cerita...

lepas habis seminar, ada pendaftaran untuk next klass. Rezeki, dapat tiket dengan harga murah.

Ingatkan lepas seminar nak pergi putrajaya, ada hari belia. Bila tengok tentative program rasa macam tak berbaloi pulak nak pergi, takde program yang diinginkan. Jadi pakat teman nadia pergi kwc carik manik untuk tudung kahwin dia nati. Seronok la kan jenjalan, setengah jam kemudian semua dah seret-seret kaki.. tak tahannnn!!! Lenguh tak terkata.. huhuuu... Semua pakat nak balik sebab dah sakit kaki. Nasib tak krem tapak kaki ni.

berselfie dengan  #pantangjumpacermin!

selesai drama seret kaki..huhu..
3 hari ni pius stay up duduk buat kerja depan laptop, sekejap duduk, sekejap baring. Hampir terkehel leher gara-gara buat kerja sambil baring.. itulah padahnya. Dah siap kerja barulah terasa lega sangat.. terus terbayang ada orang belikan sushi kegemaran letak depan mata.. haha.. walhal baru dua hari lepas makan.. Pagi tadi mak, kakak n nenek ajak pergi mall.. nak beli kasut and makan-makan. kejap jer katanya. Hermm.. memang tidak la nak bangun bila kerja tak siap. Nasib jugak tak pergi, sekejapnya tu sampai ke pukul 3.

Pius: Marketing strategi menggunakan cerita-cerita kontroversi? Hurmmm... tertipulah kiranya kita ni?
Assalamualaikum :)

Harini takde buat apa sangat cuma tengahari tadi keluar selesaikan kerja yang tertangguh selama ni. Selama ni?? macam lama jer..hehe. Memang lama. Pius pun tak tau kenapa selama ni pius takut sangat nak selesaikan perkara tersebut. Bila nak buat je mesti banyak pikir.. 'macam mana kalau jadi macam ni?' 'macam mana kalau tak jadi?' macam-macam persoalan yang sebenarnya bila kita sedar, semua tu hanya pikiran kita ajer.

FEAR : Fantasized Experience Appearing Real

Ya, takut dengan perkara yang kita fantasikan walhal benda tu takde apa pun malah tak terjadi langsung macam apa yang kita fikirkan selama ni.

Aku macam seronok pulak..hahaha.. dapat atasi ketakutan selama ni. Yang sebenarnya takde apa punnnnn..huhuuu..

pis no war :)
Pius: Think Fresh, Do the best, Give the best
Assalamualaikum

new update : Workshop oleh Hanis Kamal Bakar

Setiap kali cerita lakonan Hanis Kamal Bakar ditayang dekat tv mesti akan keluar keyword 'Biodata Hanis' tak pun 'Profile Hanis Kamal Bakar'. Baru-baru ni buka blog tengok ramainya yang view Entry special : Hanis Kamal Bakar


All time punya view
Mungkin ada cerita terbaru lakonan Hanis dekat tv.. ingat macam tu la.. rupanya tuan empunya diri muncul dekat surat khabar. 

Penat layan program tv yang entah haper-haper? Jom buat 'cover hardisk' dari seluar jeans lama!! Huhuu...


Disebabkan beberapa kejadian tidak diingini telah berlaku maka bertambah lah koleksi seluar jeans di tempat kejadian. Menjadi tabiat, pantang melihat kain perca atau kain apa-apa ajer la yang tak guna lagi.. terus terbayang-bayang nak jahit itu ini. Jadi kita buat sarung Hardisk jela memandangkan rupanya yang gemilang itu telah beralih zaman.

Asssalamualaikum :)

Huhuuu tak tau nak letak tajuk apa.

Harini awal pagi teman nenek pergi pasar, takde lauk dah katanya nak masak. Tengok maxi dress berlambak dekat pasar cantik-cantik! geram tengok.. huhuu. Balik dari pasar dalam pukul 11, belum sempat duduk masuk mesej nak tempah logo dan nak siap harini. Terus laju-laju basuh pinggan, panaskan lauk. Nasib baik babah bawa balik lauk kenduri malam semalam, masuk peti ais... senang harini panaskan ajer. hehehe.

Siap panaskan lauk, buka tv buka laptop... hurmmm mana satu nak fokus. hehe... Buka logo yang nak dibuat tu.. owhhh..patut la nak harini sebab logo ringkas jer. Fuhhhh... tapi macam tak kena pulak dengan name card yang pius buat haritu.. macam logo sedia ada pun ya.. huhuu... maafkan hamba..

   


Jadi hasilnya seperti yang diingini la...  maafkan hamba.. 
MELOVE CUPCAKES ni memang sangat sedap! Tak terlampau manis. Setiap kali dia bawa cupcakes ni mesti semua orang berebut nak makan. Satu sebab sedap satu lagi sebab free... hahaha... Masa tu time nak promote cupcakes kan, kena rajin kasi orang makan. Tapi seriusly memang sedap. Kalau korang nak order boleh kol AIN nombor seperti yang tertera dekat name card.

Selesai logo.. buat kuih apam madu pulak.. hehehehehe.. sebab besoknya babah buat meeting dekat rumah jadi buat la sikit kuih. Tapi tapi.. tak pernah buat pun kuih apam coklat, tolong jaga api tu selalu la takpun tukang menyibok basuh pinggan. Resepi ambik dekat internet je. Rasa dah okay sangat dah mcam kek coklat tapi tak tau la rupa sebenarnya macam mana. Sepatutnya mampat ke gebu..? yang pius buat ni mampat, takde pulak naiknya. Agaknya kena letak serbuk penaik banyak sikit kot.. tak pun api terlampau kuat.

itu jela nak cito... sambung nanti...

Powered by Blogger.