Assalamualaikum :-)

Alhamdulillah, hari yang sangat puas! Buas dan tuas. Apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya. Nak lelap dah ni, 3 pagi. Syoknya tidur di kala badan kelenguhan. Formal sikit bahasa.

Pagi tadi ke Sri Serdang ada bisnes coaching dengan jutawan printing. Sampai awal 15 minit, breakfast nasi lemak. Hukhukhukkk... dah naik pejabat, rupanya salah tempat.  Hehe.  Rupanya bukan di wisma sri serdang tetapi di pejabat cheras. Buka pejabat baru. Dapat la tengok document dalam proses filling. Huishhhh banyaknya. Tak sangka pulak kena buat filling sedetail dan sebanyak itu. Terkejut bila tengok gambar filling office di serdang.

Welcome to the club :-)  hehe... open la sikit mind yang tak pernah belajar bisnes ini.

Balik kepada coaching, harini belajar pasal bmc - bisnes model canvas. Alhamdulillah untuk ilmu hari ini. Terima kasih Tuan Haji Basit :-)  Banyak yang saya pelajari dan banyak juga yang perlu saya perbaiki. Terutamanya dalam bab pengiraan kos.. owhh, tak lupa medical card :-)  rahsia sudah terbongkar.

Dapat duduk semeja dengan mereka yang seangkatan bidang memang sangat saya hargai. Tak kira tua atau muda, kita masih boleh berkongsi ilmu. Dan yang penting, saya kini sudah mempunyai mentor yang betul :-)

Moga kalerfess akan lebih berkembang dengan sistem dan pengurusan yang betul.

Ada 3 owner printing lain yang mengikuti kelas bmc ini. So, dapat lah menambah kenalan dalam skop bisnes. Huhuuu.

Habis kelas bmc, terus ke shah alam. Uruskan kerja. Dari shah alam ke kepong dan batu caves berjumpa supplier. Terkejar-kejar sikit harini.

Malam, ada customer nak jumpa. Hantar baju F1 dan namecard. Dapat crunchy flakes sebalang.. sedap gila, gila pun tak sedap macam tu.

Malm, buzy buat mock instagram untuk wedding kawan. Sambil-sambil tu rehat tengok runningman. Itu yang jadi lambat kerjanya. Huhuuu

Hai, assalamualaikum :-)

Dah mengantok sangat dah sebenarnya ni. Pagi tadi pukul 6 lebih dah keluar rumah pergi setia alam. Drift sikit la sebab rasa macam dah lambat. 7 suku sampai sungai buloh. Bertiga satu kereta.

Alhamdulillah, dapat la recharge semangat diri hari ni. Cuma abang bara bara bere bere takde pulak harini. Hehe. Ni first time pergi setia city convention. Cantik tempat dia.

Tamat program, Pukul 12 lebih singgah pulak seksyen 7 shah alam, sebab dah mengidm sangat nak makan laksa.

Masa otw ke sungai buloh, lalu la dekat kawasan perumahn baru siap. Cahaya spk kot, ada pulak bunting-bunting tepi jalan.

Open house!!!!!!

Amboiiiiiiii, terus buat U-turn sebab nampak satay punya pasal. Hahaahaa. Padahal baru lepas makan laksa.  Kan... dah la main redah je.

Dah dia pun letak bunting banyak-bnyak gambar satay, kita tak boleh menolak rezeki knnn... kannnn...

Serius cantek sangat kawasan dia, masih kekal kehijauan flora dan fauna. Amboiiiii... kira sesuai la dengan cita rasa... hehe.... tapi, bukan kita orang tengok pun show house dia. Dok nmpak satay je, tak sempat dah nak pergi tengok rumh contoh. Dah kenyang balik. Kann. Orang lain sibuk tunggu turn nak tengok kawasan, kita sibuk makan satay.

Eh.. tak tahan sgt dah ni mata..

Bukit Tinggi, Pahang

Hai, Assalamualaikum :)

Hehe, merajinkan diri update gambar jenjalan di bukit tinggi, pahang.

Hari: Ahad
Tarikh : 17 Ogos 2014

tiba-tiba nak letak tarikh pulak. 

Hari ahad lepas pius dan shira ke bukit tinggi, pahang. Ni kali kedua pius ke bukit tinggi dan tak kisah untuk pergi kali yang ketiga. hehe. Alhamdulillah, cuaca elok sangat hari ahad tu. Beberapa hari sebelumnya hujan turun setiap petang.

Cadang gerak dari rumah pukul 9 pagi.

nampak tak kesungguhan mengupdate disini???
Jalan-jalan Japanese Garden dulu. Lama tak bersenam, naik bukit tinggi sikit kaki dah lenguh-lenguh.

Hai, Assalamualaikum :-)

Rasa bersalahnya tak update page kalerfess. Macam terabai disitu. Bukn taknk update, kekadang buat kerja sampai lupa nk update. Rasa macam nk cari admin untuk fb pun ada. Huhu...

Alhamdulillah, kalerfess makin berkembang. Berkat kerja berjemaah. Harap banyak perkara boleh ditambah baik tahun ni.

Promosi Baju F1 dan namecard murah!!!

Betul-betul perlukan work space.. bilik pius dah macam tongkang pecah je bila banyak kerja. Aaaaaaaa....

Rindu studio part 6!!!!!!!!!!!

Pius: office? Rumah sewa? Kedai??

Hai, Assalamualaikum :)

kom apa? kombat, bat apa? batmen. men apa? mentol. tol apa? tolak. lak apa? laksaaa!!!!! arrgghhh slurrppp sedapnya laksaaaaa... kena pergi carik laksa ni besok....

Pius nak update tapi macam malas-malas gituu.. harap ada orang updatekan, huhuuu. Nak tengok tv la, dari tadi mengadap pc. *kononnya*

tadi jenjalan bukit tinggi pahang (siri kedua!) haha.. saja mengimbau kenangan.. sejuk dekat atas sana, rasa tak nak turun lah.... nati-nati la update.. besok lusa tulat...


fairuz jaafar dan rusa

Harini update bersama rusa, esok rabbit, tulat keldai.. okay tak? kasi banyak sikit entry bulan ni. hehe.

Bai :)

Pius: Gerilla...

Hai, Assalamualaikum :-)

Hehe, tengah tengok kuch kuch hota hai. Berkurun dah cerita ni tapi layan lagi. Haha.

Sekarang musim hujan ya, sedapnya angin sejuk sampai ke malam.

Alhamdulillah harini ada customer yang repeat order. Ingat lagi masa first time buat design untuk customer ni. Memang banyak kerenahnya. Sampai dah stress tukar design bnyak kali. Hehe. Akhirnya jumpa juga dengan customer tu untuk hantar tempahan yang dah siap. Allah, lemah lembut orangnya, baik seperti ibu. Waduhhhh...

Tersalah sangka rupanya...

Lepas-lepas tu terus la ramah-tamah dengan akak ni. Klau dia tepon pun siap boleh borak gelak ketawa macam lama sangat kenal. Huhuuu... tu la orang kata, tak kenal maka tak cinta.. ohoii...

Pius: Tambah kenalan :-)  

Hai, Assalamualaikum :-)

Tula, cuti raya lama-lama lagi, huhuuu -.-

Nak switch on mood kerja pun dah payah. Rehat banyak sangat ni...  Alhamdulillah, kalerfess semakin berkembang dari hari ke hari. Rezeki tu Allah dah tentukan untuk setiap orang. Syukur sangat. Cuma nak kena tambah lagi ilmu-ilmu yang berkaitan dengan printing n bisnes.

Bila kita usaha, nekad dengan matlamat kita... InsyaAllah jalan tu rasa macam terbentang luas je. ada je laluan yang DIA beri untuk kita. Kadang-kadang benda yang kita tak sngka akan jumpa, tiba-tiba je ada depan mata.

Memang ada cabarannya bekerja sendiri sama macam pekerjaan lain. Kalau kerja makan gaji, bila berlaku kesilapan client marah, tambah pula kemarahan bos. Bila kerja sendiri, pun kena marah jugak.. marah diri sendiri. Huhu.. tapi itulah ilmu yang susah nak dapat. Kesilapan untuk membaiki diri.

Orang kata, selagi tak terbang.. macam mana nak tahu selebar mana sayap kita boleh berkembang. Buat je dulu, baru tahu tahap mana kita. Just do it katanya. Hurm macam helang mengajar anaknya terbang... menarik!

Tapi satu yang pius belajar.. nak bisnes, bisnes betul-betul! Jangan berjudi. Semua main redah je, ilmu bisnes takde, system entah kemana, main langgar semua benda.. cuba try test.

Sebab tu pius percaya, Berbisnes perlu ada mentor. Mentor yang dah berjaya dalam bidang yang kita pilih. Yang tahu arah mana perlu kita tuju dan arah mana yang kita perlu skip.

Koranggg, doakan lah pius. Bukan senang kita nak jumpa usahawan berjaya yang sudi ajar kita dari A to Z. Yang sama-sama nak tengok kita berjaya. 

Pius tak kesah orang sekeliling kata apa. Yang pius tahu, pius nak capai matlamat dan contribute balik. Tak semua orang paham kehendak dan matlamat kita. Tak boleh marah orang bila ada yg laser mulutnya. Sebb dorang tak paham matlamat kita.

Harap dapat ilmu yang bermanfaat :-)

Bagi masa pada diri belajar ilmu yang betul. Taknak berjudi lagi.

Korangggg... layan feeling pulak malam ni.. hekkk :-)  sori
Bebelan yang mungkin korang tak paham........

Tak kena langsung dgn tajuk...

Kawan, jangan putus semangat. chayook la... senyum :-)

Hai, Assalamualaikum :)

Hehe, baru nak update gambar ngaye :) update sikit jeeee.....

Selfie Raya

Cubit pipi dia...
Si kecik yang asyik mengunyah kuih raya, habis mulut merah banyak noh minum air sirap.

"Auntie auntie.. nak ni"
"Hiyakkkk... tak boleh buka, pergi ambik dekat dapur"
"Auntieeee.. nak ni" 
"senyum duluuuuu"

Suka sangat dengan biskut :) 

Pius: Rambut raya ali :)
Hai, Assalamualaikum

Salam raya :-) 
Korang buat apaaaaaa... malasnya nak update raya. Huhu. Aktiviti Ramadhan pun tak berupdate lagi. Last aktiviti before raya.. Sehelai baju buat menyapu si air mata.


Powered by Blogger.