Assalamualaikum, hai :-)

Treasure hunt ya cik fairuz :-)

Selasa lepas, Kalerfess mengorak satu lagi langkah kehadapan, Alhamdullilah. Akhirnya jumpa supplier yang diperlukan. InsyaAllah, kami akan terus memperbaiki perkhidmatan kami dari masa ke semasa.

Antara feedback yang kami terima adalah dari segi produk update di facebook. Ya, malu pulak rasanya.. hehe.. sebab jarang update page kalerfess. Alhamdulillah, ramai yang memerlukan perkhidmatan kami sehingga tidak cukup tangan kami dibuatnya.

Korang gembira, pius pun gembira dapat bantu :-)

Nati ya update lagi, ada kerja :-)

Kad Kahwin Kalerfess

Assalammualaikum, Hai :)

Sebenarnya rajin aja tangan ni menaip cerita itu ini tapi bila nak klik button publish je, mesti tertekan button draft. Haha. Kita simpan dulu la...

Minggu ni banyak perkara yang perlu diselesaikan. Selepas balik dari Seminar Marketing ahad lepas, banyak idea-idea baru yang hendak diketengahkan. Bajet nak review dan bincang dalam minggu ni tapi ada kerja yang perlu diselesaikan dulu.

Alhamdulillah, hari ni dapat bantu 3 pasangan pengantin dan 1 lagi pasangan akan menyusul kemudian. Hujung tahun banyak majlis perkahwinan kan, jadi waktu ni adalah waktu yang sesuai untuk buat tempahan kad kahwin.


Dulu untuk produk kad kahwin, namanya cintaqaseh kad kahwin tetapi sekarang diletak terus bawah Kalerfess. Mungkin masa hadapan akan ada perubahan lain. dalam proses kemaskini :)

Layan bakal pengantin adalah yang terbaik sekali. huhu. Kadang-kadang mesej bincang sayang ayang pun di forward nya pada kita. Haha. Tiba-tiba sendiri yang malu. Pelanggan suka, kita lagi lah suka kan :)

p/s: Alhamdulillah, dapat bantu daily delicious untuk branding semula kuih tart nya:) in progress.

Kalerfess Printing Solution
"Kepakaran kami adalah membantu melonjakkan bisnes anda dengan 'Branding' yang tepat & hebat sehingga membuatkan hati pelanggan anda terpikat dan melekat"
Assalamualaikum, hai....

27 Ogos lepas, pius sekeluarga hantar babah (ayah) ke Komplek Tabung Haji. Babah berangkat malam. Petang tu gerak awal sikit, nak elak jam.





Dari rumah sebenarnya dah kesat-kesat air mata, sebak rasa. Pius anak perempuan last dalam family (bawah adik lelaki) tapi pius suka buat hal sendiri. Ada masalah, tak suka share. Dari kecik babah dah ajar berdikari, jadi bila besar terlebih berdikari pulak. huhu. Allah dah atur cantik :) ada sebab semua benda terjadi. 

Tadi babah telepon, tapi line tak berapa nak clear sangat. Baru cakap sikit dah terputus. sedeyyy laaaaa.. tapi teknologi sekarang semakin maju, boleh whatsapp :) Nasib ayah pius pandai whatsapp2 ni, dapat jugak send gambar. Tadi pun rasanya, babah rehat kejap dekat hotel. tu yang boleh telepon. 

Bah, terima kasih sebab sokong apa yang pius buat. Selama ni kita tak pernah ada topik yang betul-betul kita boleh borakkan. Bab bisnes baru masuk kan.. huhu.. Terima kasih selalu bagi info pasal bisnes. Tolong itu ini. Cuma pius yang tak cukup pantas bertindak. Maaf pius kecewakan babah, pius fokus satu-satu dulu ya :)

(Y sebenar)

Bah..

Pius: Nak capai matlamat!

Assalamualaikum, hai :-)

Baru habis sesi ketiga kefahaman Al-Quran. Entah la korang, tak tau bagaimana hendak diperkatakan lagi. Kena minum bnyak air ni biar hadam semuanya. Kepala pun macam pening-pening lalat masih blur dengan apa yang dipelajari. Tak sama langsung dengan apa yang sering kita dengar dan belajar dari kecil hingga dewasa. Baca Al-Quran sahaja tidak cukup selagi kita tidak memahami dan menjadikannya panduan hidup kita. Setiap kali kelas mesti bnyak persoalan yang bermain di minda. Lagi banyak benda nak tahu. Nak faham betul-betul.

Sampai rumah terus tengok phone, kalau-kalau ada yang mesej. Ada, owner printing :-)   rezeki kita kongsi.

Powered by Blogger.