Assalamualaikum, hai :-)

Saja panjang-panjangkan tajuk, orang dah lama tak update blog . Hehe. Banyak sangat cerita sampai dah jadi kimchi dah. Korea sangat~ astro problem, jadi banyak siaran tiada termasuk lah runningman. Eheh. Tu jela program yang fairuz suka. Hehehe.... tipu.

Dalam seminggu ni hujan lebat turun setiap petang. Jadi pius kena susun jadual jumpa supplier tengahari sahaja. Kalau keluar petang boleh tapi kena redah banjir. Uishh, kalau zaman kanak-kanak ni, memang dah kira heaven la dapat main hujan dan banjir. Setiap petang keluar rumah senyap-senyap sebab nak mandi hujan. Kenangan :-)

Harini update harga baju korporat (Baju F1) dan t-shirt. Alhamdulillah, selesai mengupdate harga.

Oh, ya. Berkenaan seorang pakcik penjual tisu. tadi, masa berhenti dekat traffic light. Ternampk seorang pakcik berjalan dari satu kereta ke kereta yang lain untuk menjual tisu. sebelum ni pius pernah beli tisu dekat dia. Dia memang biasa ada time traffic light merah. tapi harini lain sikit sebab kakinya berbalut. Masih nampak kesan darah. maksudnya luka tu baru lagi. Sedih pula, dia yang luka jalan terhenjut-henjut tu masih usaha mencari rezeki. 
Hurmmm.. mungkin seposen dua posen seringgit dua ringgit tak memberi nilai kepada kita tetapi sangat bernilai buat dia. 

Assalamualaikum, Hai :)

Haah, pautan kasih namanya. hehe :) Di sini fairuz senaraikan beberapa pautan kasih, ehem untuk tatapan semua. Silalah menjamu mata.

1) Website: Kalerfess




3) Instagram: Kalerfess_printing

Bulan lepas, fairuz belajar teknik guerrilla  Marketing dan dah apply sikit-sikit. InsyaAllah, bulan ni nak praktik kan ilmu yang lain lagi. Yang perlu kos sikit. Untuk teknik simple-simple fairuz dah cuba, alhamdulillah :) tempahan semakin meningkat. Nati fairuz share beberapa strategi marketing yang low budget. Kita sharing is caring ya. 


Fairuz: Suka usahawan generasi baru yang tolong-menolong, bantu-membantu. sayang semua :)
Buat BLOG itu mudah!

Assalamualaikum, Hai :)

Ramai rupanya yang masih tidak mengetahui cara membuat blog. Ku pikirkan dunia telah ketahuan semuanya. Eh!

Baru ni ada join group whatsapp sembang bisnes, ramai di situ yang telah lama berniaga. Kira kita boleh panggil orang lama la ya :) sebab umur pangkat ibu dan ayah. Ada yang berniaga Songket, Bakery. Eh, rasa kerdil la :)

Dekat situ ada juga yang bertanya mengenai blog dan ig. Sebab zaman telah berubah dimana rata-rata kini menyebarkan perniagaan mereka secara online. Kata mereka dunia online ni pening! hehe :) Tapi nak mengikut peredaran masa kan, supaya mudah pelanggan nak access. Taip je kek batu caves, keluar la blog fairuz jaafar. contoh jela.

Fairuz tak buat tutorial sebab di luar sana banyak tutorial cara bina blog ni, google je :) Kebiasaan, pius akan rujuk jombinabelog kalau ada tutorial berkaitan blog yang pius perlukan. Banyak tutorial dekat situ, hanya copy paste je :)

Cara daftar Blog : 
http://jombinabelog.blogspot.com/2011/11/sebelum-mendaftar-blog-di-blogspot-anda.html

Jom Bina Belog
http://jombinabelog.blogspot.com/

Sebenarnya pius pun tak reti daftar Instagram.. ngehehehehe... partner tolong buatkan. Ingatkan susah noh rupanya boleh install dekat tab je.  al-maklum lah, baru terkedek-kedek nak buat ig untuk kalerfess, sebab ramai yang dah bertanya. Katanya dah jarang online fb... waduhhh, gawat gini :) Nanti kita update laju-laju di ig ya.

Pius: Musim sejuk (hujan) :) penuhkan peti ais dengan aiskrim :) wehuuu...
IMKK 23-26 Oktober 2014

Assalamualaikum, hai :)

Rasa macam baru sahaja ke IMKK Jun lalu. Jarak di antara Jun dan oktober seakan dekat sangat :) Alhamdulillah, Fairuz juga akan ke IMKK 23 oktober ini. Teruja dah ni....

Mungkin bagi korang yang pertama kali pergi IMKK ni mesti tertanya, apalah yang teruja sangat tu.. hehe. IMKK ni lebih kepada dalaman/kerohanian kita. Banyak slot-slot muhasabah diri, time slot-slot ni memang meleleh-leleh la... satu dewan akan kedengaran menangis teresak-esak. Ni nak recharge kembali, dah banyak tumpahan-tumpahan hitam. heeee :)

Bagi yang first time masuk dewan seminar, jangan terkejut pula bila semua peserta bermarathon mencari tempat duduk paling hadapan (seat general). Saya di antaranya! IMKK perlu duduk di depan. Kalau MMM takpe, sebab tak ramai sangat orang. Tetapi IMKK, ah.... harus berlarian mencari tempat duduk hadapan. Melainkan kalian seat vip ke atas :) Yang tu tak perlu bermarathon :) sebab dah sah duduk di bahagian hadapan.

Pengalaman marathon tu yang paling best! Waktu kita masih menunggu pintu dewan dibuka,kita akan bertemu ramai rakan baru. Sharing maklumat perniagaan, idea bisnes, bincang isu dalam bisnes. Best! Paling penting untuk kita ada group (whatsapp-rakan bisnes) selepas imkk untuk sentiasa bermastermind. Jadi, rajin-rajin la berkenalan ya :)

Lepas keluar IMKK, diri dah tak tentu arah nak buat itu ini. Semangat tengah naik kan, dalaman pulak tengah kuat.

Waktu saya pergi IMKK dulu, saya baru betul-betul serius nak bangunkan Kalerfess. Sebelum tu saya dalam keadaan rehat-rehat lagi, duduk goyang kaki. hehe. Buat kerja ikut mood! Tiada ilmu. semangat pun entah kemana. Matlamat pulak tak jelas. Waktu tu masih tercari-cari lagi haluan.  Asal ada sahaja seminar seminut, mesti nak pergi.

Bila saya decide sahaja nak serius bangunkan kalerfess, terus terjumpa klinik usahawan dr.azizan. Seminar free kan, buka mata sikit:) Dari seminar-seminar free ni la saya teruskan ke IMKK dan MMM :) Alhamdulillah dari sinilah saya bertemu mentor bisnes. Di sinilah dapat ilmu perniagaan, di sinilah bertemu rakan-rakan bisnes yang sentiasa memberi tips perniagaan. Alhamdulillah :)

Ni cerita syok sendiri ni, huhu. Penat nak kupas detail-detail. Kena pergi dan alami sendiri :) Bukan untuk bisnes je tau. Untuk baiki hubungan suami isteri pun okay :) Semua la boleh. Pusingkan kembali diri anda 360 darjah!

Assalamualaikum, hai :-)

Update blog santai-santai :-)

Dalam kesusahan pasti ada kemudahan! Kena sentiasa positifkan diri walau dalam apa jua keadaan. Tepuk bahu tanya selera, eh.

Tepuk bahu, katakan pada diri... stay f.o.c.u.s . You can do it bro! Eh eh.

F.o.c.u.s - Forget Other Commitment Until Success

Ya, kekal pada matlamat. Usaha mencari solusi :-) Takpe, jika komputer merajuk dan panas hati... kita biar dulu dia sejuk. Mungkin khabar angin bahawa dia akan diduakan telah tersebar. Aishhh....

Pengajaran: Sentiasa update backup file :-)

Oh my.................

Assalamualaikum :)

Pius harap korang sihat-sihat :)

Semalam hari yang panjang buat pius seperti study week panjangnya, hehe. Berusaha setenang mungkin hadapi cabaran yang mungkin adalah satu persediaan untuk masa hadapan :) Aturan Allah tiada yang tidak berguna :)

Tengahari semalam, pius bersiap untuk menghantar barang kepada customer di shah alam. Pos ambil masa, jadi pius sendiri buat penghantaran kali ini memandangkan regular customer dan urgent pula.



tetapi apa yang terjadi selepas itu... sob sob sob.. sedey... :)

baby bertemu kekasih hatinya :) haha
kereta tak boleh start pulok, main biola sekejap :) memikirkan solution nya. handphone pula ketiadaan bateri, terus mesej partner. Nasib juga sungai buloh dan shah alam tidak berapa jauh. Dari petang sampai lah ke malam. Nasib baik berada dalam kawasan parking giant, boleh la pergi makan dulu sementara tunggu partner datang. Tq sangat-sangat :)

Telefon pomen, jauh pulak. Tak boleh datang :) pusing area shah alam carik kedai repair kereta. Alhamdulillah :) ada satu yang buka. Hurm bateri kering rupanya. almaklum lah, pakai je tau :) haha. Dekat situ juga tukar bateri baru. Bersyukur dapat balik rumah :) Pukul 1 pagi baru sampai. hehe.

Pius: Kena cari Superhero ni :)
Di Sebalik Kalerfess

Assalamualaikum, hai :)

Saya Fairuz Jaafar, pemilik Kalerfess Printing Solution. Kepakaran saya adalah membantu melonjakkan bisnes anda dengan branding yang tepat dan hebat yang membuatkan hati pelanggan anda terpikat dan melekat.

Alhamdulillah, harini saya bersyukur sangat dengan segala laluan yang Allah aturkan buat saya. Setiap hari saya melalui laluan yang membawa saya kearah matlamat yang saya angan-angankan sebelum ini. Ya, saya bermula dengan angan-angan.

Setahun yang lalu saya nekad berhenti kerja dengan membawa harapan, masa yang ada akan saya manfaatkan sepenuhnya untuk mencapai angan-angan dan impian saya. Impian untuk memajukan empayar saya sendiri. Tindakan mengejut yang saya ambil membuatkan ibu dan ayah risau malah adik-beradik juga mempersoalkan tindakan saya yang bersifat tergesa-gesa dengan tiadanya perbincangan. Tetapi kehendak diri siapa yang dapat menghalang....

Sejurus selepas berhenti kerja, seorang rakan lama menghubungi saya. Mengajak saya ke satu program berunsurkan keusahawanan. Saya yang ketika itu tercari-cari ilmu berkaitan perniagaan bersetuju menyertai program tersebut dengan harapan dapat mempelajari selok belok perniagaan. Setelah hampir beberapa bulan menyertai, saya mula berasa ada yang tidak kena dengan apa yang saya pelajari di dalam program tersebut. Saya mula membuat siasatan saya sendiri dan ternyata apa yang saya pelajari bukanlah ilmu berkaitan perniagaan yang sebenar. Saya telah berhabis untuk program (MLM) tersebut tetapi apa kan daya, itulah yuran kebodohan yang perlu saya bayar.

Setelah berhenti dari program 'usahawan' tersebut, saya teruskan usaha membangunkan kalerfess. Setiap hari saya masih mencari ilmu dan mentor yang betul untuk membantu dan memberi panduan pada saya. Alhamdulillah, berbekalkan ebook dan panduan bisnes printing yang saya beli secara online masih dapat membantu saya. Masih ada pelanggan yang membuat tempahan walaupun saya bergerak secara online.

video

Kini, tahun 2014 saya mula bangkit semula dengan ilmu dan mentor yang betul. Alhamdulillah, semenjak saya menulis impian (video) saya dengan jelas, Allah aturkan banyak perkara yang tidak saya jangkakan akan terjadi. Daripada mentor sampai lah kepada ilmu perniagaan yang berguna. Jika dahulu saya masih mencari matlamat, tujuan serta kepakaran yang boleh saya sumbangkan kepada ramai orang tetapi kini saya telah jelas dengan apa yang boleh saya berikan kepada mereka.

Ini matlamat saya kini, berdasarkan masalah pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan dari Kalerfess.

Assalamualaikum :) Hai.

Ambil masa update blog santai-santai.

Korang buat apa? Pius minggu ni kehulu-kehilir dari K.L - Ampang- Kepong - Sungai Buloh. Hehe. Sekarang kan musim hujan petang-petang, pun redah jugak :) Rindu pulak nak mandi hujan... Semalam pergi sungai buloh lalu rawang, lebat sangat hujan sampai tak nampak jalan. Nampak pulak petir depan mata :) yela, lalu ikut rawang kan banyak kawasan bukit-bukau. Seram jugak petir-petir:)

slow and steady

Powered by Blogger.