Assalamualaikum :) Hai.
Update blog santai-santai

Haah, dah register company baru. Galian sendirian berhad namanya. Pakar dalam kerja pengalian posting-posting lama yang sudah tidak relevan lagi. hehe. Penat mencari gali. Korang pun tidak usah lah buat galian-galian tajuk-tajuk lama...alaaaaaaaa.... penat la kita nak cari entry-entry terdahulu, delete, draft semua. Yang mana terlepas pandang tu...kira tutup mata la ya. Alaaa. kisah lama. Buat gelak baca jer.. hehe. Dulu tak rajin buat labelling, jadi susah pula nak cari satu-satu.

Tu je updatenya~ hehe. Pius tak buat apa sangat harini. Keluar ambik barang, straight balik rumah. Esok baru hantar dekat pelanggan. Alhamdulillah :)

Sekarang nak berblog pun macam tak excited je, sebab takde gambor. Hehe. Nantilah, bila dah rajin semula ambil gambar baru kita seronok menulis. :)

Pius : Bintang :)
Assalamualaikum, hai :)
Update blog kejap.

Huhu, tak tau pulak ada air terjun bernama fairuz jaafar. Kalau air terjun Sofea Jane tu tau la. ^_^" Korang nak search apa sebenarnya ni? erm? *angkat kening*

Meh kita tengok carta harian, heee...


Kalau search keywords hanis kamal bakar, tu dah memang dah biasa la. Search paling tinggi dalam blog ni. Tapi air terjun fairuz jaafar....... ermmmm..... apa ertinya? google kejap.


Takde pulak jumpa air terjun bernama fairuz jaafar itu. Ke ada artis bernama fairuz jaafar pergi bermandi manda di air terjun? huhu. Ke korang cari air terjun sofea jane? Refer entry Atv Adventure kemensah.


3275 orang berminat dengan Hanis Kamal Bakar
1362 orang dijangkiti kutu
1302 orang sedang bercinta
984 orang nak belajar buat sayur jeruk (resipi tu tak jadi pun, haha dah cuba)
817 orang pandai menjahit
582 orang suka aktiviti mencabar
520 orang sibuk nak tau biodata hanis, oppsss haha. termasuk tuan yang menulis ni.
409 orang nak menjelajah bukit tinggi
319 orang dah nak kahwin!
187 orang masih tidak tau 10 fakta tentang Malaysia.

Huhuhu... okay la. Nak sambung kerja. Saja singgah berblog :)

10 Cara mudah redakan tekanan

Assalamualaikum, hi :) Ini adalah 10 cara mudah bagaimana fairuz jaafar redakan tekanan.

Tekanan boleh datang dalam pelbagai situasi termasuk lah melibatkan urusan pekerjaan, perhubungan, keadaan sekililing dan........ banyak lagi. *ehee.. malas nak pikir

Fairuz antara yang sering tertekan dengan pekerjaan. opss.. haha. Sebab selalu berhadapan dengan komputer jadi bahu sering terasa lenguh. Hurmm... adakah ini juga satu tekanan? hehe. Apa-apa pun, saya suka dengan kerja yang saya lakukan :)

Antara tanda-tanda anda sedang tertekan adalah:

1) Kelopak mata bergerak-gerak
2) Rambut gugur
3) Sakit belakang
4) Sakit perut

(Jika ia memang berlaku pada anda,segeralah atasinya)

Fairuz sendiri tidak tahu bila dan dimana fairuz sering mengalami tekanan kerana ianya berlaku secara tidak sedar. Eh.

Haha, pening sekejap nak bina ayat. Takkan tidak sedar pula kan. Ya, kadang-kadang kita sendiri tidak mengambil berat akan keadaan dan perubahan yang berlaku pada diri kita. *okay la, macam best sikit ayat ni* 

Okay, selesai kita bermukadimah. Ini antara cara mudah untuk redakan sebarang tekanan yang fairuz hadapi. (release stress katanya)

1) Mandi Sungai.

Assalamualaikum, hai :)
Update blog santai-santai.

Lama sudah rasanya tidak aktiv berblogwalking, log in, update terus logout. Hehe. Sistemnya begitu ya :) tapi ada juga singgah-singgah baca blog lain. Harini Fairuz Jaafar, ehem.. sertai segmen blogwalking oleh iris jasmine. Selamat berblogwalking semuanya :)


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalamualaikum , hai:-)
Update blog santai-santai.

Semalam fairuz berpeluang date dengan bakal pengantin. Alhamdulillah, mereka adik-beradik yang sangat ceria. Dah biasa berurusan dengan bakal pengantin secara online , maka bila ada yang request untuk berjumpa.... cara berurusan tu lain sikit la. Lebih kepada berborak :-) 

Abang dan adik bakal bersanding dalam satu majlis. Allah, happy nya tengok mereka. Ceria sentiasa dengan lawak-lawaknya. Energy giver betul mereka ini. Bila balik rumah kita pun bertukar ceria :-) yeahhh.

Terima kasih:-)  jauh juga cheras ke selayang.

Sebenarnya nak update malam tadi, tapi lepas je balik dari date dengan mereka terus terlayan whatsapp group. Leka membaca pengalaman rakan-rakan niaga.  Banyak ilmu yng pius dapat :-). Hikkk malu, masih banyak kekurangan diri yang perlu di perbaiki dan tambah baik.  Seronok baca pengalaman mereka, tengok gambar-gambar sewaktu kegemilangan mereka, satu rumah penuh motor besar :-). Waduh. Itulah sofa itulah katil. Hehe. Terkejut tengok ! Dan waktu-waktu leka mereka  sebelum semuanya hilang. Dan kini bangkit kembali dengan nilai diri yang lebih baik. Aminn alhamdulillah :-) 

kalau pius upload dekat sini gambar satu rumah penuh motor, mesti mulut masing-masing pun ternganga. hehe. Tapi sayang, gambar semua dah hilang. hahaha. Before tidur semalam, pius nak transfer gambar dari handphone ke tab. Masa masuk sd card untuk transfer, tiba-tiba tab stuck. kita pun restart la tab... jeng jeng jeng..... lupa dalam sd card ada software format tab. 
Huhuhuhuuuuu... maka dengan automatiknya tablet ini telah diformat! 

hehe, pius .... pius....


Ni yang install balik whatsapp, fb, insta, blogspot...hanya kerana se-kb gambar sedang bermain game dalam kereta sewaktu menunggu bakal pengantin. yeahhhhhh.... 

Assalamualaikum, hai :)
Update blog santai-santai.

Ya, dreaming....  penuhkan ig dengan traveller. Subhanallah, cantik sangat dunia ciptaan Allah. Cantik sangat bima sakti, cantik sangat gunung ganang, cantikkkkkkkk. 

Sejak ada ig ni, kita gunakan lah sebaik mungkin. Huhihu. Follow traveller. Nak cuci mata tengok pemandangan indah sebelum tidur.

Selamat malam:-)  sweet dream semua :-)

Assalamualaikum, hai :)
Update blog santai-santai.

Alahai, rasa macam lama pulak tidak berupdate blog fairuzjaafar ni. Cian baby kita ni ya... nati kita karang panjang-panjang ya sambil duduk di atas buaian di tepi pantai. *sengih sengsorang.

Beberapa hari lepas ada survey tapak perkhemahan di tepian pantai. Waduhh, rasa nak packing terus barang-barang dan pecut ke sana. Murah je tapaknya, RM24 maksimum 4 orang. Ada juga yang free tapi hari cuti full la sebab ramai family berkhemah disitu. 

Tiba-tiba pulak masuk topik khemah. Yela, haritu blogwalking tengok mereka semua bergumbira berselfie di tengah laut sambil berkayak. Ahh.. jeles. 3 bulan sekali perlu detach dari memikirkan hal kerja :)

Cakap pasal kerja, kalerfess kini sudah mempunyai akaun instagram. Huahahaha.. gelak besar. Baru terhegeh-hegeh daftar ig. Ngehehe.  Jangan kata kalerfess, pius pun dah ada ig. Baru create tadi.. huhuhu. Tapi tak tau nak update apa...  :)

Powered by Blogger.