Pemakanan sesuai mengikut jenis darah

Hi Assalamualaikum



Hari jumaat punya cerita. Pius ke shah alam buat medical check up. Free consultation dan medical check up dari Nor Azima Wellness centre. Rupanya tahap kalsium dalam badan sangat rendah walaupun pius peminum susu tegar.

Dr Azima: tengok, susu tak membantu menambah kalsium dalam badan awak pun.

Assalamualaikum, hai :)
Update blog santai-santai

Alhamdulillah, dapat juga jumpa group sembang niaga walaupun diri ini tidak lah banyak berkata-kata serta diam seperti biasa. heee.. Bila jarang jumpa orang macam ini lah gayanya :) tak reti bersembang.

Partner : takpe, nanti lama-lama biasa la

InsyaAllah, kena banyak jumpa orang baru fasih berkata-kata. Baru ada keyakinan, keberanian. hiks. Alhamdulillah banyak perkongsian dari mereka yang berpegalaman, hamba yang kerdil ini lebih banyak menadah telinga. Almaklum lah, pengalaman pun ciput sangat. Hehe.

bersama Tuan Haji Zainal
Tuan Haji Zainal ni kenal dekat facebook mulanya dan ditakdirkan satu group whatsapp. Aktif dalam program wakaf Al-quran. Gambar dekat kedai Safa Bakeri.

Assalamualaikum, hai :)
Update blog cemas-cemas

Harini memang penuh dengan kecemasan, huuuu~ sepatutnya harini kad kahwin dah boleh hantar kepada customer tetapi sampulnya tiada stok pulak. Kilang ganti sampul lain. Esok baru sampai sampulnya. Ni la antara cabarannya bila buat printing online tetapi tiada cabaran macam mana pretasi kita nak meningkat kan. Janji dengan customer hari jumaat akan hantar kad, kad siap hari rabu tetapi tiada sampulnya. sob sob sob...


Perasaan berdebar tu ada setiap kali nak hantar barang kepada pelanggan. Risau pelanggan tak puas hati dengan hasilnya. Jantung tu berdebar-debar je masa nak hantar tetapi alhamdulillah, kebanyakkan pelanggan puas hati dengan hasilnya. Ada juga feedback negatif tapi berkenaan courier sebab ada sesetengah courier tak dapat masuk kampung jadi dorang hantar barang dekat satu tempat untuk diambil pelanggan. Maafkan segala kesulitan, hamba berusaha mempertingkatkan perkhidmatan ke arah yang lebih baik.

Assalamualaikum, hai :)
Update blog santai-santai

Rasa macam nak demam, kepala pening. Pius kalau demam memang 3-4 hari baru boleh disahkan sebagai demam :) Teringat zaman di asrama dulu, walaupun semua orang bertegas yang pius sebenarnya demam tapi diri masih lagi kata sihat. Yela, kalau boleh bangun, bersukan semua takkan lah demam kan. Nanti mulalah satu dorm marah-marah suruh rehat. Jerit dari tingkat 4 semata-mata suruh balik bilik berehat. Eh, tuan punya badan elok je bersukan kehulu kehilir. Time semua ke kelas prep, kita kena berkurung dalam dorm bersama pelajar-pelajar lain yang demam. Kena paksa baring atas katil. Pelik lah, badan rasa kuat je tapi nak kena baring bagai. Bila pergi klinik, orang lain siap kena papah lagi, kita rilek jalan sensorang. Sekali bila jumpa doktor, suhu kita yang paling tinggi. Macam mana pulak tu? Hari keempat, bila dah kena paksa dengan mama dorm suruh berehat barulah terasa satu badan panas sampai meleleh air mata. Huhu... kenangan :) sekarang bila dah rasa je tanda-tanda nak demam cepat-cepat berehat. hehe.

Tadi baring-baring kejap sambil tu tengok album dalam tab. Gambar-gambar dari group whatsapp.

Legoland,malaysia
Gambar depan hotel Legoland, Malaysia. Pergi beberapa hari lepas sabtu-isnin. Kak long upload dekat group family gambar-gambar di legoland dan doremon expo. Nanti kita update entry legoland ya sebab gambar banyak dekat kak long.

Doremon expo
Tiba-tiba sanchai sakura telah mengupload gambarnya di 3D muzium, Korea. Ewahh dia pun tak nak kalah. Haha.
Assalamualaikum & hai :)
Update blog santai-santai

Perjalanan khamis-ahad telah ditunda kepada esok hari :) Nasib juga ditunda sebab masih ada kerja yang tidak diselesaikan. Fuhh... Tundaan ada makna tu. Bajet nak siapkan kerja cepat sebab nak mandi sungai sekejap. haha. Ini kalau office hour, kena potong gaji. Sebenarnya nak pergi semalam tapi cuaca tak mengizinkan. Jadi harini nak sambunglah hajat di hati berendam ayaq sejuk. Tiba-tiba....

Mak: fairuz, nak pergi mandi sungai macam mana? kan baem pakai kereta.

Kuang kuang kuang... lupa pulak adik pinjam kereta pergi kerja. Hurmm..........................  kempunan. Takpe lah, kita mandi puas-puas nanti :) Siapkan kerja cepat-cepat.

Alhamdulillah, siap!

tulisan cakar ayam
Alhamdulillah, ada lagi kerja cuma tengah tunggu confirmation. Confirm je kita jalan. Yang mana baru buat tempahan, pius proceed hari isnin ya :)  Boleh je whatsapp sabtu ahad tapi berkemungkinan fairuz balas lambat sikit atau malam sebab siang full aktiviti :)

Pius: Nak sejukkan badan :)
Assalamualaikum dan Hai :)

Baru selesai siapkan kad kahwin pelanggan. Alhamdulillah :) Hari khamis sehingga ahad berkemungkinan akan ke suatu tempat jadi harus siapkan kerja dulu. Bersyukur, selalu dapat pelanggan yang mesra dan mudah berurusan. 

Owh, berkenaan tajuk. Tak... bukan cerita pasal kahwin tetapi berkenaan pelanggan yang sama nama dengan owner printing yang comel ini. ahak, sila muntah. 


Memang, nama fairuz memang sangat senang dijumpai tidak kira lelaki mahupun wanita comel seperti yang sedang menaip ini. erk~ sendawa. Biasanya pius akan bahasakan pelanggan dengan panggilan Encik Fairuz tetapi pelanggan biasanya akan tukar nama pius kepada Cik Siti. Ahahaha. Mesti automatik convert jadi Cik Siti punya. Mungkin bagi mereka satu kepelikkan meletakkan panggilan Cik pada nama Fairuz. 

Rindu sebenarnya nak menaip panjang lebar di blog sambil upload gambar. Boleh la setakat menulis sikit sebelum tidur. Itu pun pikir jugak cerita apa yang perlu dikarangkan. Owh ya, nampaknya entry Jom buat sling bag telah mengatasi entry profile hanis kamal bakar. Pius pun rindu jugak nak menjahit, .Bawah katil dan dalam almari dah prepare kain untuk next project. Pantang jumpa pakaian dan kain yang tidak di guna terus simpan:) Tabiat agaknya. Entah bila nak next project nya. Rasa macam nak buat skirt labuh. hehe.

Banyak benda baru yang berlaku di sekeliling pius. pun nak cerita jugak sebagai penambah perasa. Ada kucing baru beranak dalam bumbung rumah jiran sebelah. huhu. Rumah pius tingkat atas jadi boleh nampak bumbung rumah jiran. Adalah dalam 2 ekor, comel sangat warna putih. Malam-malam dia keluar main atas zink. Selang 5 rumah ada gym baru buka, bangunan tinggi. Boleh dengar sampai sini musik dan percakapan mereka. Mungkin sebab bangunan tinggi agaknya, tu yang dengar sampai ke sini. Nampak lah budak-budak tengah angkat berat, hehe. Kita kasi intai sikit.

Family pulak tengah sibuk nak pindah rumah baru. Topik terhangat adalah berkaitan jubin lantai, grill, dapur dan pagar. Haha. 

Pius? Masih berusaha membina empayar :) teringkat kata-kata bos dahulu "kita berniaga jangan tamak, jangan semua benda kita nak buat walaupun kita boleh buat, kerja mesti fokus" dan pius sedang berusaha untuk memfokuskan apa yang pius usahakan. Rakan printing yang pius kenal pun dia tidak buat semua benda walaupun dia ada kemampuan untuk buat. Jadi bila ada sahaja pelanggan yang perlukan kad kahwin, mesti dia akan beri job kepada pius. Allah, best kan :) Itulah seronoknya bila kita ada rakan dalam bidang yang sama. Lepas ni bila dah fokus, maybe turn pius pulak untuk beri job pada orang lain :) Sama-sama kita berkongsi rezeki.

Banyak yang lari tajuk ni, hehe. Random jadinya. Okaylah, badan dan bahu pun dah lenguh mengadap pc. Mengadap tab update blog macam tak seberapa feeling pulak. hehe. Okay, masa untuk rehat :)

Pius: Senyum dan bersangka baik lah di kala di timpa ujian. Senyum sikit la :) Ada berita gembira bakal menyusul!

Assalamualaikum, hai :-)
Update blog santai-santai.

Ya Allah, kagum sangat tengok gambar-gambar dari lensa mereka ini.  Haaaaaaaaa, bawa lah daku terbang. Ewah. Seronok sangat bunyinya.

Tengok gambar je dah terasa teruja sangat, Ya Allah... belum lagi tengok depan-depan. Subhanallah. Cantikkkkkkkkkkkk! Suatu hari nanti :-)

Pius: Unconcious mind sebelum tidur, hik :-)

Powered by Blogger.