Pius memang ada perangai malas mandi terutamanya menjelang malam. korang ada malas-malas camni tak? ke aku sorang je yang pemalas. Kalau petang still tak mandi lagi, makna kata tengah malam nak tido baru aku mandi. Bila semua orang dah masuk tidur, bila semua orang dah berdengkur. Perangai mana datang pun aku tak tau... lol

Bila perangai malas mandi ni datang.. mula lah tangan aku ni gatal mencari bahan-bahan untuk buat scrub muka, tangan dan juga kaki. nak qu puteh kan.. puteh puteh baru lah puteh. haha.

Alasannya untuk mencari mood mandi juga bila dah pakai scrub nanti memang terpaksa masuk bilik air dan mandi. Jadi jangan tanya kenapa serbuk kopi, serbuk kayu manis, baking soda, madu dan segala rencah dekat dapur cepat habis. haha.

Serbuk kayu manis + madu = mask

Serbuk kopi + air = scrub muka, tangan dan kaki

Baking soda + air =  rambut

Asam Jawa = Scrub muka, tangan dan kaki

Tengok la mana rencah yang ada dekat dapur tu. Kalau dah habis kopi, aku kerjakan serbuk kayu manis pula. haha. Tak kisah la asalkan ada scrub for sure perangai malas mandi terus hilang. Lagi satu yang baking soda untuk rambut tu, aku baru jumpa dekat pinterest untuk rambut kering. Serius berkesan untuk rambut pius.

caranya macam ni.

- 3 sudu baking soda + 6 sudu air
- sapu dekat rambut dan tunggu kering
- bilas dengan air panas
- bilas dengan bancuhan cuka
- bilas dengan air sejuk

Memang macam renyah sikit tapi bagi aku yang kadang-kadang malas mandi malam ni, memang perkara mudah je. Sejak guna baking soda ni, pius pun dah jarang guna syampu. Kadang-kadang je guna sebab bila guna syampu (ada bahan kimia) rambut memang akan kering. Baking soda pius akan guna seminggu sekali macam tu la. ikut kerajinan juga keadaan bahan mentah semasa. huhu.

If guna syampu, pius akan sapu minyak safi dekat hujung rambut dulu sebelum mandi. begitu kekdahnya.

sekian fifi fairuz fuyoo melaporkan edisi teramat serius ini dengan iringan doa, semoga mak tak jumpa blog fairuz.
Assalamualaikum, hai :)

Korang ada alahan tak dengan cheese? pizza hut kan ada buat promo pizza RM5, RM10 dan RM15. Orang dalam rumah ni suka makan pizza terutamanya kakak dan abang ipar. Tiap minggu ada je pizza terhidang atas meja. Jadi untuk menjaga hati, TERPAKSA pius makan 2 keping. Haha. Ada tu, 3 hari berturut makan pizza. Jadi TERPAKSA sekali lagi makan 4 keping.

Esoknya bangun pagi habis betis timbul merah-merah. Nasib tak gatal. Dah macam peta zimbabwe.

Lepas pergi medical checkup haritu, terus pius kurangkan minum dan makan produk berasaskan tenusu. Susu kegemaran pun dah tukar dengan soya. Tapi... pizza hut kan memang ada cheese.

Takkan nak pesan... " Encik saya nak chicken hawaii, no cheese ya"

Tak pasal pizzaman tu reply "Dah kenapa kau"

Tak tau pulak alah dengan cheese, makan kerap sangat agaknya. hehe

Ehhhhhhh.. aku bukan nak cerita pasal cheese. tiba-tiba pulak.

************************************************

Anggap jela appetizer. pembuka cerita.


7-9 April 2015 @ Seri Suasana DBKL, PD (Selasa-Khamis)

Alhamdulillah, dapat sertai Program Kecemerlangan Emosi dan Personaliti sebagai Fasilitator. Tq Diana sudi invite :) Dah lama rasanya tak beraktiviti, memang niat pergi kali ini untuk menuntut ilmu serta menambah baik diri.

6 April - Bergegas ke rumah Dr.Dini di Putrajaya.
Serius dah lama tak travel guna backpack. Rasa nak patah bahu macam bawa batu. Sepanjang perjalanan dari Selayang ke Tbs memang banyak bersabar. haha. Nasib dari tbs ke putrajaya naik kereta abang wan. Lega.

Sampai sana terus solat, keluar makan dan bincang untuk program di PD.


First time jumpa Dr Dini. 7 April bergerak ke Pd. pius naik kereta dengan Dr, Dini.

7-9 April 2015 @ Seri Suasana DBKL, PD




tiba-tiba rasa macam malas nak menaip


Dj girl sedang berselfie

proses membelah betik

ronggeng


Ya, 47 tu piusnyer score! haha.


okay, pakai sememeh je.

Eh, malas la nak menaip. Pening palo. Customer order semua pius tolak hari Jumaat pastu pening sensorang sebab tak buat rekod. padan muka aku.
Powered by Blogger.