Rindu rumah. Baru sehari dah rasa homesick. Macam mana nak JV ngan cik kiah ni. Nak balik rumahhh. Tadi makan nasi kerabu beli kat bazaar. Tak sodapp.

Rindu dekat baby baby baby baby yang baru nak hidup. Take care, jangan biar kucing buat baja na!

Sejarah Bukit Kutu

Rentetan dari peristiwa "Ekspedisi Bukit Kutu" maka timbul lah entri berkaitan sejarah Bukit Kutu. Huhu.

Sebenarnya sebelum xpdc lagi pius dah buat research pasal Bukit Kutu. Ewah, siap research! Sebab tu bila guide ajak ke kawasan bangunan tinggalan, pius ikut. Sebab memang itu yang ditunggu. Hehe.

Masa search pasal Bukit Kutu. terjumpa satu blog yang cerita pasal pendakian di Bukit Kutu dan disitulah jumpa link ke satu lagi blog yang sangat menarik. Memang menarik! Berbaloi pius buat research sebelum pergi.

Di kawasan puncak Bukit Kutu terdapat beberapa struktur yang dikatakan tinggalan rumah banglo yang menjadi rumah peranginan untuk pegawai-pegawai British pada masa dahulu. Okay, dah bersedia?

Gambar lama Banglo di Bukit Kutu

 Siapakah lelaki tersebut?

Cerobong asap
 Inilah rupa rumah yang dikatakan rumah peranginan pada zaman british dahulu. Mesti semua pun tertanya dekat mana lokasi rumah ni. Senang je, antara yang masih jelas kelihatan dekat puncak Bukit kutu adalah cerobong asap di atas.

Masa mendaki haritu kawasan sekitar cerobong ni semak jadi tak nampak dengan jelas rupanya. Ni pius sertakan gambar lain yang lebih jelas.


Nampak jelas tangga rumah dan cerobong asap. 

Semua gambar kredit kepada blog Encik Shiek (LINK), korang kena baca macam mana Encik Shiek ni boleh ada gambar hitam putih dan siapa lelaki di dalam gambar di atas. Baca tau. Sangat menarik.

Okay, serba sedikit pasal Bukit Kutu. hehe. Jika korang berhasrat ke Bukit Kutu.... 

Lokasi : Kuala Kubu Bharu, Selangor, Malaysia
– Masuk ikut Kampung Pertak (Kampung Moden Orang Asli)- Terus hingga ke sungai.
– Point Mula: 3.572510, 101.738128 (gps coordinate
– Summit: 3.543263, 101.719998 (gps coordinate
– Ketinggian : 1053m atas paras laut

Okay, itu aja serba sedikit pasal Bukit Kutu :)

Oh ya, semalam Moon Whatsapp gambar Ekspedisi Bukit Kutu.

Hahahahahaha ^_^"
Bila Moon ambil gambar ni? lawak tengok diri sendiri.


Sesi bergambar beramai-ramai :)

Online Sticker Printing Malaysia

hihi Assalamualaikum :)

Saja rajin nak menulis rehat-rehatkan pikiran sebelum perah otak buat design. Kadang bila nak buat design kena relak-relak, tenang-tenang, tidur seminit dua dulu. ahak. Bangun kang baru ada idea. Kalau tak jem la kepala satu hari nak buat banyak design. Lepas habis satu design kita rehat jap cari-cari idea. So, ni kira rehat kejap la ni.

Kadang customer ni tak kisah kita design macam mana pun, dia okay aja. Kadang tu rasa macam simple sangat design tapi customer suka. Cantek katanya. Dengar pujian customer tu yang buat rasa bersemangat tu. hahaha. Perubahan sikit-sikit tu biasa.

Untuk Sticker Transparent
Ni baru proceed print tadi. Simple je untuk sticker transparent.

Tajuk menunjukkan kegembiraan. Hak.

Isnin dan Jumaat selalu jadi hari paling malas aku nak buat kerja. Haha. Yang peliknya hari sabtu ahad pulak terlebih dos bekerja. Bila time cuti kau nak buat kerja, time kerja kau nak rehat. ehh.

Hari ni ada 5 senarai design perlu diselesaikan disebabkan pius terima tempahan pada hari sabtu dan ahad. Jadi semua design akan di tolak pada hari bekerja iaitu hari isnin. Jadi monday blues tu tak leh la nak layan sangat. Haha, walaupun sekejap lagi rasa nak lari-lari kejap tengok runningman yang tak sempat tengok semalam. Hahahaha.

Lepas raya pius and girlfren rancang nak buka ofis supaya kerja lebih teratur dan fokus. Perancangan dulu. Lepas raya kang baru nak tengok keadaan semua. Next time walaupun ada ofis, tempahan masih lagi berjalan secara online. InsyaAllah. Kalau jadi buka maksudnya kena hijrah duduk di area berdekatan ofis. Takut wehh. takut nak keluar dari safe zone. Hukkkkk.

Pagi tadi sahurrr.. den dah boleh pose. Yeahaaaa 3 hari je cutii. lalalalala. Pagi tadi lepas subuh tengok bintang dalam bilik bercahaya. Ehhhh suka sangat laaa... Apasal semalam tak glow pun? Happy hapi hapiiiii.
Eh, memang melampau sangat la kerisauan tu. 

Semalam buka ig, entah kenapa ig dekat handphone ni tak keluar pulak notification. Bila buka baru akan naik notification. Jadi memang tak alert bila customer comment atau bertanyakan sesuatu dekat ig. Kenapa ya? Handphone rosak ke atau tersalah setting? Selama ni okay je. 

Yang tu okay lagi. Semalam terjah ig customer tiba-tiba tengok sticker yang ditampal sangatlah di potong dengan tidak elok. Eh?? Teruk sangat dah ni.


Eh, rasa macam melampau sangat la sampai nombor pun hampir-hampir tak nampak. Terus hantar mesej ke kilang tapi cuti kan mana ada orang nak reply. Eh, sedih sangat ni! Kita ni nak bagi yang terbaik dekat customer tiba-tiba tengok hasilnya menghampakan. Walaupun customer tak cakap apa-apa tapi kita panas hati jugak la.
Assalamualaikum :)

Harini 2 ramadhan, dah dua hari puasa. Tapi aku tak pose harini. Almaklumlah cuti awal pulak tahun ni. Jangan cuti awal dan hujung bulan puasa sudah la..

Aku tak terasa sangat bulan puasa mungkin sebab awal-awal lagi dah tak boleh puasa. Rasa kurang meriah pulak. Jika tahun dulu siap prepare telekung baru, basuh telekung satu rumah. Tunggu pengumuman puasa. Tahun ni macam lembik je suasana. Mungkin sebab semua pun dah kahwin, tak ramai orang dekat rumah.

Aku punya gaya kalau tak puasa memang tak makan sekali dengan family. Just prepare apa yang patut then masuk bilik. Lepas semua dah habis makan, hantar pergi masjid then baru aku mencekik darah. huhu. Tapi kalau semua balik time puasa, memang makan sekali la walaupun tak puasa.

Agaknya sebab terikut gaya sejak kecil lagi. waktu sekolah rendah dulu, dalam family aku. kalau siapa tak puasa tak boleh makan sama-sama. Hahaha. Family pius ramai, jadi kalau makan sesama tu meriah la kiranya. Jadi kalau ponteng puasa tu, tunggu la orang puasa makan dulu. Memang macam tu sampai sekolah menengah. Dah besar ni tak kesah dah la. Dah paham. La ni tak puasa bersebab. time kecik dulu saja ponteng puasa.

okay la. Nak hantar mak pergi masjid. Bai. Selamat Berpuasa. Selamat mendalami Bulan Ramadhan.

Sama-sama la kita ya :)
Ekspedisi Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu

Jap ya nak baca dulu bahagian 1, ambil feel dulu....

okay, sambung dari ENTRI lepas :) 

Kira-kira hampir pukul 2 petang, pius sampai ke kawasan tanah lapang di puncak Bukit Kutu. Siap bertongkat bagai! di sambut crew #TSDayOut yang menunggu para peserta dengan sijil. Ahhhhhhhhhhh. Sampai juga akhirnya!


Dimana dekat situ ada corong sampah kesan dari pembinaan dahulu. Masa pius sampai ni, kawasan dekat sekitar tinggalan agak semak jadi sukar melihat keadaan sebenar corong tersebut. Bila dah sampai sini, maknanya perlu naik lagi sikit untuk sampai ke peak area.


Ekspedisi Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu

Tinggalan sejarah di Bukit Kutu
Bukit Kutu yang juga dikenali sebagai Gunung Kutu terletak di daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Baru yang terletak berhampiran Kampung Pertak, Selangor. Bukit Kutu dahulunya dikenali sebagai Trecher's Hill yang terletak pada ketinggian 3456 kaki atau 1090 meter dari aras laut.
Sumber: Wikipedia

1) Cabaran Mendaki Bukit Kutu bersama #TSDayOut  (Tourism Selangor)
2) Tips sepanjang pendakian 
3) Alternatif jika tidak melakukan pendakian
4) Sejarah Bukit Kutu 
5) Di mana Bukit Kutu?


Aku tak berhubung lagi dengan shira since dia kahwin haritu. Huhu. taknak la ganggu pengantin baru. ngehngeh. Sebelum majlis, dia ada nyatakan secebis perancangannya selepas berkahwin. Sebagai sahabat sama jantina (hahaha) semestinya aku faham dan berharap yang terbaik untuk dia. Dan aku tahu, kita dah tak boleh sesuka hati nak mingle around (<wujud ke perkataan ni?) kehulu kehilir macam dulu. sebab dia pun sudah bergelar isteri..  sebenarnya saya isteri dia!

So, aku rasa aku perlu cari lebih kenalan terutamanya yang sama interest. yang suka hiking, suka outdoor activity, suka camping, suka aktiviti yang melibatkan kehijauan dan kebiruan alam la senang kira. Sebab bukan semua orang suka aktiviti luar terutamanya perempuan yang sangat sinonim dengan shopping. 

Beberapa hari lepas aku ada terbaca blog seorang ayah yang hari cutinya penuh dengan aktiviti luar seperti berkhemah bersama anak-anak dan isteri. Ada je tempat dan lokasi baru yang dikongsi. 

Aku rasa aku akan berkahwin dengan lelaki sedemikian rupa. ha ha ha cakap pasal kahwin la sebab baru lepas buat hantaran (untuk shooting iklan). Since semua orang pun sibuk mention..

"Yang ni boleh simpan untuk ayut tunang"

"Yang hijau ni simpan untuk kau kahwin"

"Dulang ni boleh simpan untuk kau kahwin nanti"

Walau hati rasa macam taknak kahwin. boleh tak? huhu

Hujung minggu ni nak pergi hiking buku kutu, harap jadi lah :) Lama tak hiking, rasanya perlu jogging 2, 3 round tasik. huhu. Gila pemalas nak jogging. owh, kasut takdek! kena beli ni. Nak beli batang selfie la boleh selfie bebanyak. hikhikhik. Blogger kena ambik gambar banyak kan. Rindu blogging tempek gambar bebanyak. Tangan ni rindu nak menaip berjela-jela. 

minggu pertama-kedua selalu bz, minggu ketiga dan 4 selalunya boleh relak-relak lagi :) Ni baru masuk awal bulan. dah nak start bz. so blogging dulu :)

Okay. Publish!
Bulan 5, Alhamdulillah melihatkan banyak perkembangan terutamanya dalam urusan kerja dan kewangan. Bulan 5 sahaja Allah beri banyak rezeki dari sumber berbeza.
Bulan 5, Allah beri peluang menjadi pengajar dan menyampaikan ilmu, Allah beri peluang
menjadi fasilitator di bawah seorang trainer dan belajar banyak perkara, Allah beri ruang jadi
freelancer dalam bidang kerja lama (landscape design). Keadaan bisnes bertambah baik, gaji mula
meningkat meninggalkan tahap gaji ketika bekerja dahulu. dan hari ini Allah tambah lagi...

Alhamdulillah syukur.

Tapi hati rasa kosong tatkala tangan menerima kepingan kertas sepertinya tiada makna..

Tidak dapat menandingi kemanisan ketika melakukan kerja-kerja sukarelawan walaupun dalam
poket terdesak hanya ada tak sampai RM50. Hati masih seronok kehulu dan kehilir
membuat banyak perkara tanpa perlu ada perasaan risau. Hati masih teruja menuju walaupun ke utara
negara sekalipun.

Dan hati gembira dengan hanya jutaan bintang yang Allah sajikan di tengah malam hari
di ruang gelap bertemankan kedinginan.

kaya + kemanisan

Mencari kemanisan dalam roti kaya.
Powered by Blogger.