Huaaahhh takutnya! Menangkap anak ayam di malam hari -_____-" semalam teman cik kiah tutup reban ayam memalam. Takutt gilaaaa. Dengan gelapnya. Pasang lampu kepala lagi. Siap jumpa ular... patah balikkkkk!!! wuuuuuuuuuu saya takuttttt.

Ni dia menangkap anak ayam nak asing reban pulak. Aku ikut separuh jalan je. Pastu lari balik rumah duduk atas batu. Takut ular punya pasal!

Cengkerik dari tadi berbunyi ni hah. Suluh sikit nampak la kepak dia bergerak-gerak.

Siang tadi kasi ayam makan. Berlari berterbangan la ayam sepantas kilat dengar tuannya panggil makan. Berdesub dari jauh!

Selalu aku tengok runningman tengok dorang masuk kampung takut dengan ayam. Ceh siap ejek ni... ayam pun nak takut ke?

Sekali... bila sampai sini... aku pun takut ayam wehhhh. Gerun semacam bila dia kembang ekor dia tu. Rasa macam nak kena kejar. Mak ayam lagi lah garang semacam. Heiiii...

Tapi yang bestnya :) bila kawasan gelap, langit nampak cerah. Nampok lah bintang berjuta di langit. Allah... suka sangat la hati ni. Kalau berduit ni mau den buat rooftop garden. Hahaha nak menatap bintang punya pasal.

Rumah cik kiah ni memang kiri kanan hutan je. Belakang sungai. Banjir tahun lepas rumah dia pun tenggelam sama. Sampai ke bumbung. Kira sepanjang hidup dia...ni la banjir paling besar sekali. Setiap tahun banjir sampai pagar luar rumah je. Kira kalau nak main banjir tu kena keluar rumah la baru dapat cecah-cecah kaki. Tahun lepas tenggelam terus rumah. Aku pun terkejut.

Sedih pun ado. Bisnes bepang almond time tu baru naik. Customer tetap pun dah ada. Tu berterabur bekas-bekas kuih dia keliling rumah berlumpur.

Rumah pun dah lain. Perabot semua takdok dah. Time ramadhan duduk rumah kecil tepi rumah (bekas kilang bepang). Raya ni baru masuk balik rumah. Tu pun ada lagi tak selesai. Rumah pun ada lagi kesan-kesan lumpur.

Tapi dorang happy je macam biasa :) family cik kiah ni peramah. Aku ni je ha yang tak reti nak borak borak. Tambah tambah bila dorang cakap loghat. Memang tak menyampok terus sebab tak paham. Hehe.

Anak dia ni dari tadi dok cium aku ni ha. Hamboi mesra sangat eris ni. Kiri kanan kiri kanan.

Ermmm esok balik dah :) siapkan kerja kejap. Petang baru balik.

Dalam debaran, berjalan juga urusan dekat sini. Takut. Berdebar.takut. ehhh semua ada ni.

Pius.
Jerantut, pahang.

Baru nak buat entri raya. Nampak sangat tak buka pc sepanjang cuti. hehe. Yela, bila namanya cuti... kita kena cuti betul-betul. Tahun ni 1st raya di rumah baru. Family kak long tidur rumah nenek, family kak ema tidur sini.  Family ani balik batu pahat, family aju balik pilah. Dak ani je tak balik rayo tahun ni sebab cuti pendek, raya rumah mertua je.  Baim raya pakistan, uki raya nepal. kikiki.

Raya pertama macam biasa kumpul ramai-ramai rumah nenek. Sementara tunggu semua bersiap, kita selfie sedas dua kiri kanan atas bawah dulu.


Baju kurung jahit sendiri. ahahaha. tang pesak tu susah bebenor nak jahit guna mesin. Almaklumlah dah lama tak jahit baju. Setahun sekali belum tentu jahit. hehe. Jadi tang pesak tu pius jahit guna tangan je. Baju cotton dari tahun lepas tak jahit-jahit. Ada lagi satu kain ela. Entah tahun bila nak berjahit. Konon nak hantar kedai jahit, sampai ke sudah. Dak awe la ni rajin membeli kain ela. 

Menangis tengok mark adam dalam 'ini malam kita punya'. Dorang pekena dia. Huhuhu. Gelak sampai keluar air mata. Ulangan.. tapi entah tengok banyak kali pun still rasa nak gelak.

Tadi dalam bilik sobonarnya. Bosan pulak, pi depan pasang tv. Esok dah start kerja balik. Huaaahhhh cepatnya masa berlalu. Rasa macam tak puas cuti walaupun hakikatnya daku hanya bekerja dari rumah.

Serius memang cuti ni tak pikir langsung kerja. Cuma start semalam customer dah start wasap :)

Tadi masa dalam bilik, saja bosan-bosan buka pc. Al maklumlahhh... semua dah nak start kojer. Jadi takdok la suara anak anak buah kedengaran. Tak tau nak buat apa, blogwalking, baca website sini sana... akhirnya terjumpa semula satu website yang jual ebook.

Ebook yang banyak mengubah pandangan dan tindakan fairuz jaafar. Ebook yang menyediakan ilmu berniaga tanpa modal. Ebook yang menjadikan siapa fairuz jaafar sekarang.

Memori sungguh ebook tu. Beli tahun 2012 kalau tak silap. Masih ada lagi sampai sekarang. Sob sob sob... dah berapa ramai agaknya yang mendapat dan mempraktikkan ilmu tersebut.

Nanti next entry pius share ya.

Huhuhu.. entry raya pun tak tulis lagi. Hahaha. Memang kemalasan sangat sampai update pun guna tepon je.

Baiiiiiiiii

Seperti mana tajuk seperti itu lah tuannya. Kohkohkoh..

Semalam pius tumbuk sambal belacan. Hikhikhik. Bulan pose kan.. tak sedap tanpa rasa pedas.

Bersila keayuan di lantai dapur. Krik krik krik...

Then tibo tibo mak den tanya pasal 'dio' pulok. Eh eh.. tibo tibo menanyo.. macam nak suruh kawen joo. Al maklum lah lepas ni turn hamba. Kohkohkoh.

Den jawap sambil lewa jola. Al sobabnya den pun tak berhubung lagi dengan dio. Takde gadoh apo pun.. cuma den ni kalau malas nak melayan.. memang den malas la jawapnyo.
.
.
.
.

Krik krik krik.... malaikat lalu.

Lepas rayo ni nak jv ngan cik kiah ( kawan hambo). Sebabnyo hamba sengsorang tak menang tangan. Krik krik krikk..

Kalau jadi den kena pindah dok sana... poning pikir. Lagi pikir lagi memacam.. jadi den ingat nak jalan jola. Moga dapat berkembang lebih maju. Kang asyik pikio je apo pun tak jalan. Sebelum den kahwen baik la den buat perkara yg den tingin sangat nak buat. Iaitu goyang kaki duit masokkk. Hahaha.

Apo kita cakap tu doa. Jadi baik la den cakap benda baik baik je.

Harapan nak duduk rumah lepas kahwin tu tinggi bebenor ni. Harapan setinggi gunung...

Jadi den pikio.. masa la ni la kena usaha untuk create perkara tersebut.
Hurmm larik pulak mood ni.

Tu la antara impian den. Nak keluar rat race. Impian setinggi gunung. Nak guna masa untuk improve dalaman diri. Takmuh berhabis banyak masa dalam rat race. Pastu banyak bonda nak buat dengan family.

Tapi sobonarnya.. den pun takut jugak. Kikiki.. yola.. nak merantau.. macam tak pernah duduk jauh.. padahal belajar dulu jauh sampai ke kedah nun. Yola.. la ni berbeza sebab betul-betul kena keluar dari safe zone.

Ehhh banyak pulok pikiaq. Jalan jelaaaaaa.

Buat orang nogori. Maafkan hambo atas kesalahan serta kepandaian berbahasa nogori. Al maklumlah dah malam. Lebih sedap berbahasa nogori ( macam takde kena mengena). Hambo pun dah nak tidoq. Ni pun update pakai tepon

Sonang publish terus tidoqqq.

Bila teringat zaman kecik-kecik dulu mesti rasa best je. Seronok sebab duduk kampung...
meh aku lukis sikit keseronokkan kampung aku waktu kecik-kecik...

selepas 30 minit....

hahaha. cantik sangat ni aku lukis. Aku pun dah tak berapa nak ingat rupa kampung aku macam mana. Yang aku ingat ada kawasan lapang untuk main rondes, baling tin, baling selipar. Rumah aku atas bukit, jadi jalan tar sampai naik bukit je. (yeke?)

Masuk darjah 5 aku pindah rumah nenek sebab atuk sakit dan sekarang selepas 16 tahun aku pindah balik ke kawasan Kampung aku dulu.  Dulu glamour bukit botak ni. huhuhu beberapa kali masuk berita sebab asyik tergendala projek bangunkan penempatan baru. Nama sekarang dah glamour sikit la. 

Time puasa dulu seronok sangat la bila ingat balik. Time tv ada pengumuman puasa, anak-anak (aku la tu) kecoh la sampai rumah jiran sebab seronok esoknya puasa. Time puasa pun sibuk kehulu kehilir main tali skipping.. bila malam ramai-ramai pergi surau terawih. Singgah beli bunga api sekali.

Sekarang tak merasa lah nak main baling tin, main galah panjang, baling selipar. hurrmmmm. Apatah lagi nak beraya satu kampung.

gaya tempurung memang menjadi igauan...
 Time rayo ni, rasanya masa umur 5 tahun. Dalam family, gambar aku je takde masa baby. Huuuuu dengan alasan kamera rosak masuk air. Bila adik lahir iaitu masa aku umur 5 tahun, baru beli kamera baru. Yolaaa anak lelaki first...... jatuh taraf anak bongsuku,,

Sampai sekarang bila aku belek album gambar, mesti aku akan tanya mak kenapa gambar aku takde! Boleh cetus pergaduhan ni tanya bebanyak kali, hahaha.

adik baruuuuuu
Tiba-tiba pulak ya cerita pasal gambar baby takdok. 

Baju raya dulu semua mak aku yang jahit. Pernah satu raya tu, aku teringin nak baju moden, takmuh pakai baju kurung. Merajuk bagai sebab mak aku ni mana tau sangat jahit baju modern. huhuu.. esoknya bangun dah siap tergantung baju kurung modern dengan kain terbelah. hahaha. Aku ni kuat merajuk, asal merajuk je demam. Tu yang tak menahan tu.. 

tagline "mak.. tengok ayut dah demam dah..." memang diingati satu keluarga aku. Termasuk la tagline "praapp" yang korang biasa tengok kumpulan bocey tu buat. Hahaha. 

Eh. aku bosan sebenarnya harini.
Senyum sengsorang.... :)
Semua orang ada cita-cita dan kerjaya impian. aku pun ada. Aku nak kerja goyang kaki tapi duit tiap bulan masuk. Hahahaha. Tak mustahil untuk dicapai cuma perlu berusaha dan berkorban dahulu. Tadi tengok gallery hanpon ada satu video pekerja dari satu syarikat sedang menjalankan tugasnya seperti biasa. 

video

"Cinta bukan hanya di mata.... cinta hadir di dalam jiwa...."

Video ni pius ambil masa bantu Dr Dini dekat Bangsar minggu lepas. Punya curi-curi dengar tepi pintu masa dorang main lagu. Sekali member buka pintu.. ayoooo... hahaha. 

"Boleh tak nak tengok-tengok?"

Aduhh cair hati ni dengar dorang nyanyi. Ni kalau ada orang nyanyi untuk aku ni.. mau bertutup kepala dengan bag kertas. cair punya pasal. Bunyi gitar letrik yang best tu.

"Kerja sini ke?" (kawan tanya, aku senyum senyum je)
"ya, kerja sini" 
"Kerja sebagai apa?"
" Musician" (Nama jawatan sebenar tak ingat)

Waaaaaa... serius tak tahu kerja kerajaan pun ada jawatan macam ni. Datang kerja main musik, buat lagu, berlatih. Eh ehhh best sangat ni. Siap ada studio lagi (belum siap sepenuhnya). Ini sudah best! Buat perkara yang kita minat.

Ya, kerja seperti inilah yang kita cari-cari. Kerja tapi macam tak kerja. Hahaha. 

okay, sekian melaporkan. 

 *******************

Dr Dini : "Awak kena belajar lagi cara bercakap"
Pius : Hahahahahaha  

First day program, tiba-tiba doc suruh bercakap (Kata-kata selamat datang, juga menjemput pakar motivasi pada hari tu)

Hahahaha... apo tiba-tiba doc niii.. Aku dah lah tak biasa...


Lepas je beri kata aluan serta menjemput doc.... korang tau apa aku dengar dari para peserta???

"Apa tu?? lain macam je"

Hahaha.. ok bai!
korang tau kan aku kat mana (?)

Letih rasa nak berehat sepanjang hari. Tadi pagi bawak mak dan cik ara pergi shopping raya. Punya ramai orang, berpusu-pusu. Ada dapat voucher RM100 dalam 600 orang katanya. Tapi boleh guna dekat giant jela. Dah dapat tu guna jela. Banyak juga barang dapat beli. Kordial 4 , ketupat faiza 7 bungkus, tisu bagai, biskut-biskut. Lampu kelip-kelip pun ado! Entah apa lagi dibeli. Biskut raya semua memang tak beli la. Tengok nama pengilang macam was-was je, tak payah la beli. Beli homemade dari orang je senang. Dah tau siapa buat.

Selesai membeli hantar cik ara dulu. Singgah sekejap tengok pokok-pokok yang cik ara tanam. Semua la gebu-gebuuu. Ya Allah seronok gila tengok. Semua naik cantik je. Dah macam cameron aku tengok. Macam-macam ada.. pokok roselle, delima, betik, limau, cili, bendi. Semua dah berbuah.

Aku tengok pokok-pokok mak aku tanam semua kurus keding je, tak segebu pokok cik ara.Tapi ada hasil jugak la. Bendi dah berapa kali petik buat masak.

Sebab kita orang tanam tak bubuh baja. Hahaha. Lepas ni kena pergi beli la. Mak aku ni buat baja sendiri.

Tengok mak menanam aku pun sibuk jugak la nak menanam. Pergi beli pasu dengan benih kailan. Sebab aku suka makan kailan. Niat hati nak tanam brokoli. Hahahaha.

Aku pun tanam terus dekat tanah tak semai dulu. Huuuuu main bedal je. Lepas 2-3 hari benih bercambah. Kembang-kembang hati gembira.

Ada satu bekas tu kucing berakkkk habis benih baru bercambahhh. Elok pulak time tu tengah wasap dengan cik kiah pasal blog. Dengar bunyi-bunyi then bau busukkk... sekali mengintai dekat tingkap... kucing tengah berak dalam pasuuuu.

"Biar jela buat baja"

Ehhhhh taknakk.

Buang la tanah tu tukar baru. Begitu gigih ya. Harini dah 17 hari tapi ketot je lagi. Nak pergi beli baja. Ingat nak pergi hari ni tapi dah tertido bagai time nak menulis blog ni (pakai tepon) . Esok la jawapnya.

Okay bai.

P/s: Hilang stress

Poyo sangat la homesick bagai padahal pergi 3 hari je. tu pun dekat Bangsar dan Putrajaya. Homesick sebab tak dapat makan mak masak la kot. hahaha. Bulan pose kan.

Jap eh, aku nak pergi tengok cerita betty sebenarnya ni. jap lagi la sambung ya. huhu. save dulu.

haha, terlajak tengok tv pulak.

Sori korang, hari isnin-rabu lepas pius takde, pergi bantu Dr Dini punya program dekat Bangsar. Ulang alik Putrajaya-Bangsar. Memang tak dapat nak on whatsapp sangat. Jadi terlewat sikit proceed tempahan. Tapi tak lah lewat sangat kan. Sempat juga aku buat kerja tengah malam. Dapat la proceed 4 tempahan. Balik je hari rabu terus proceed 2 lagi tempahan. Kelam kabut jugak la. Balik hari rabu malam, tak sempat rehat korang dah whatsapp. hahaha. terkejut beruk terus lari pergi selesaikan kerja.

Hari ni relak sikit la :)

Kalau sticker label untuk raya ni memang kena buat cecepat. Tengah musim orang menjual kuih rayo kan. Aku pun laju je haa buat kerja, taknak korang dapat sticker label lambat. kang tak cantik pulak packaging korang. Customer nak beli pun tak best.

Ni, lepas raya orang dah sibuk Majlis kahwin. Tempahan untuk sticker kahwin pun dah mula masuk.
Pius pun tengah usahakan website khas untuk korang pilih readymade design. Free design la. Senang, pilih design terus proceed cetak.

Okay-okay la. Bai. Macam dah merapu pulak aku update.
Powered by Blogger.