[Bedtime story]

Minggu ni family cik kiah ada buat
makan-makan doa selamat....
Katanya sempena masuk rumah
lepas banjir + buka ofis + (tak ingat).

Beberapa hari lepas.. mengamuk la
Cik kiah tu. Sebab ayam-ayam dia
kena makan dek musuh. Siap nak
balik awal tu.. sebab nak pergi
potong kayu nak buat reban baru.

Reban kebal musuh la kot. Haha.

Dengan den sekali terjebak pergi
teman dia potong kayu. Bukan dia
la potong. Suruh orang je tapi sebab
lelaki kan.. bawak la teman.

Entah memacam benda la dia ni
buat. Tu ada arnab tersesat dalam rumah dia..
Esok lusa naik la reban arnab pulak.
Hahaha.

Esok lusa nak sembelih ayam buat
kenduri. Sedapnyoooo tapi takut
naik alah pulak. Entah sejak bila
alergik dengan ayam ni. Musykil~

Ayam tak boleh.. cheese tak boleh..
Cheese cake betul!

Esok cuti.. tapi rasa macam nak
buat kerja. Macam tu la.. bila buat
benda yang kita suka. Buat kerja
tak ingat dunia. Makan tah pukul
berapa.. balik lambat sentiasa. Huhu.

Patut la mak selalu pesan.. bila time
makan.. makan. Mesti dia dah tau
anak dia ni bila buat kerja, semua benda entah kemana.

Kadang malam pun duduk lagi depan
komputer. Yela kadang tu bila buat
kerja tak perasan dah tengah malam.

Sekarang je dah tak buat kerja malam, sabtu dan ahad. Masuk ofis isnin-jumaat siang. Kalau dah
borink sangat tu baru la sentuh kerja
waktu cuti.

Selamat malam.

Takde mood sangat nak menaip.
Nyamuk banyak!

[Bedtime story] ♥

Yeahhhhh tiket percuma dari celcom!
Yihuuuuuu yabedabeduuuuuuu.....
Concert? Seingat den macam tak
pernah pergi concert... ade ke erkk?
Cer ingatkan...

Ermmm (tengah mengingat)

Seingat hamba la.. waktu sekolah
menengah form 1 tu adalah pergi
dengar tomok menyanyi. Hahaha.
Tomok, tau tak? Konsert merdeka..

Aku tak minat pun tomok time tu tapi
Kawan dok minat sangat, meneman la
kiranya. Tapi bila tomok naik pentas,
semua pakat mai serbu dengan den
sekali.. siap berdiri barisan hadapan.
Ini dah ape kes??

Orang belakang tolak, sebab tu la
kedepan.. (ehem)

Waktu tu kumpulan newboyz (camno eja?)
meletup-letup. Pergi rumah kawan-
kawan je mesti putar kaset newboyz. Haha.

Ala setakat konsert kecil time merdeka..
Ado la era pazira. Ontah sapo laih.
Ciput sangat yang datang pun.

Berbalik kepada Tiket Free MTV world
Stage. Den pun diberi 2 tiket percuma
selepas menjawap 1 soalan ringkas.
Alkisahnya.... saper yang nak bersesak
kat situ... kita ni bukan peminat Apink
apatah lagi kumpulan jepun dan
sebagainya yang dikatakan hadir.

Kalau ada dinner ke.. nak juga den
mentekedarah disitu. Runningman
yang den selalu tengok tu pun, den
takdok hati nak pergi.

Melainkan korang bagi tiket super
VVIP duduk MAKAN satu meja.. ya
dengan laju kita terima. Hahaha.
Dan yang pasti kena bawa rakan
yang fan bebetul. Supaya takde orang
nak ganggu aku makan.

Nak buat apo dengan tiket tu...
saper nak? Saper minat apink?

Bertuah pulak kita minggu ni ya..
Dapat benda free je. Yang jst era tepon
100 kali pun tak dapat. Huhuu.
Yang ni jawap je 'ungu' dapat 2 tiket.

Cer bagi den jawap tapi hadiah dia
tiket ke korea. Haaaaa. Barulah
Yes melompat-lompattttt.

Dua tiga empat menjak ni rajin benor
aku update pakai tepon. Time kerja tak
menyempat update plus kering isu-isu
hangat.

Tu pun time nak tido baru ada hati nak
update. Bosan la katakan. Bunyik
cengkerik memanjang. Den ni time
nak tidur memang kadang-kadang
tak boleh dengar bunyi-bunyi.
Kalau ada jam tu memang siap cabut
bateri..  haha. Tak boleh dengar dia
berdetik. Tapi jam berbunyi belum
tentu lagi aku bangun. Hahahahaha.

Maaf mak. Jam pasar malam mu ku
jadikan perhiasan saja.

Tu kalau keadaan sunyi sangat.
Time tak sunyi, bunyi tv pun boleh tidur.

Cakap pasal kegemukkan, kebuncitan dan
kecacingan..... ya. baru baru ni cik
Kiah telah mengupload gambar itu di fb.
Ah. Rosak reputasi den. Aku suruh
croppp. Dia masuk full jugakkk.
Saja sajaaaaaa.

Dalam banyak banyak tempat...
Fb juga dia upload. Masuk la harian
Metro ke. Harakah ke. Blog cari
jodoh ke. Eh hahahaha.

Internet ofis macam ferraaarrii harini
Jadi macam bosan sikit nak buat
kerja. Tapi lepas jugak la proceed 3
design.

Rajin ke nak bersenam ni? Rasanya-
rasanya marah tak orang bawah
kalau den main tali skipping dalam
rumah? Hahaha

[ Bedtime story ]

Boleh tak nak request swiss roll
macam ni time besday?

"Boleh je" jawap sendiri.

Yeahhh. Comel sangat la swiss roll
ni. Please someone tolong hantar
swiss rool comel begini ke depan
pintu hamba. Hahaha. Nak paksa
siapa ni???

Eh comel sangattt la. Kikiki. Tadi
buka ig tiba-tiba terjumpa swiss roll
bercorak yang super duper cute.
Ya Allah. Comelnya. Ingatkan trend
baru. Rupanya dah lama da. Hehe.

Tengok resepi macam senang...
MACAM senang ya... boleh la cuba.
Cik kiah haritu stress, tutup pc
balik rumah buat kuih. Hehe. Ado
juga orang begini.

Hurmmm. Paksa cik kiah buat la.
Hehe. Tak tak. Buat sesama.
Rasanya kalau ada dot dot dot
Dah lama den menabur usaha nak
buat swiss roll paling comel ni.hekk
Hahaha.pigidah.

nak swiss roll ni... yang ada tulis...
"buat isteriku"
Eh ehhhh. Dah mamai sangat ni. Hahaha.
Habis la kalau adik bradik Bacoo.. kang
time besday ada pulak yang membahan
hantar swiss roll depan rumah.

Tobat tak keluar bilik!

Instant update.

Sumber gambar: Pinterest

Selamat malam.
Selamat pagiii

Orang kata mimpi mainan tidur..
adakah aku telah dipermainkan?
hehe.

Dalam mimpi
semua perkara yang bukan milik kita,
kita miliki...

Jahat kan mimpi...

Tapi boleh buat kita tersenyum senang hati...


Harini cuti. Aku tak pergi mana pun.
Kerja apa pun tak buat sebab dok
Layan drama korea. Habis la basah baju.. banyak pulak adegan air mata.

Hurmmm... korea.. asyik hilang
ingatan memanjang. Hehe. Buat la
genre lain sikit. Macam Teacher's
Diary (Thai) ke..

Ni.. setiap kali cerita ada je penyakit,
Hilang ingatan la... hikkk. Aku juga
yang tengok. Bosan.

Buku pinjam haritu dah habis baca
cuma pulangnya tidak. Rasanya kena
pinjam lagi... encik library tu kasi
2 buku je sekali pinjam.

Library nya kecil tapi banyak juga
buku yang latest di pasaran. Ada la
terselit satu novel aku pinjam...
Tapi bahasa novel tu tak seronok nak
baca... tapi habis juga :)

Esok nak pulang buku.. nak pinjam
buku lain... banyak sangat buku
rambang mata... semua nak baca.
Tapi encik library tu selalu sangat
buka lambat. Cuti memanjang.

Patut ke aku letak bubur dimejanya
next time?

"Nah.."
"Apa ni?"
"Bubur..."
"Bubur? untuk apa?"
"Yela.. setiap kali saya datang je tutup.
Kot la demam"

Haha imaginasi je tu.

Tapi ok la....Jangan pandang rendah
library kecil! Hehe.

Hanya story yang mungkin seronok
dibaca kemudian hari...

Selamat malam....
Selamat pagi orang oversea. Eh

Instant update

Assalamualaikum

Alhamdulillah, harini ada masa sikit nak sambung buat website sticker yang tertunggak. Customer bila nak buat tempahan sticker selalunya nak design readymade sebab percuma. Hehe. Koleksi readymade design sticker2u belum banyak lagi sebab kebanyakkan pelanggan request custom design sesuai dengan produk mereka (sticker label).

Draft website

Website ni lebih kepada koleksi sticker untuk doorgift, majlis keramaian. Senang pelanggan nak pilih. InsyaAllah sikit masa lagi siaplah websitenya . weeee 


Hehe. Jumaat lepas entah kenapa rasa nak balik rumah sangat padahal takde dalam perancangan pun nak balik. Petang tu terus beritahu Cik kiah, den nak balik rumah. Pukul 5 dah tutup office. haha. Kang keluar lambat, alamat lewat la den sampai rumah.

Yeahhh. Sampai rumah dalam pukul 9 malam sebab menyinggah RNR Genting Sempah. Sampai je rumah........ buka tudung saji dulu. Hahahaha. Lapor makanan rumah. Ada sambal sardin. Hurm sedap sangat dah ni asalkan mak masak

Niat hati nak menjengguk pokok kailan. Haha tapi malam sangat pulak. Duduk depan tv je tunggu Runningman. ngeh. tak sempat tengok... tidur keletihan. Sapo la kata pergi pahang 2 jam je.... agaknya bawok ferarri lepas la 2 jam. haha. ampun.



Pokok kailan dah membesar 


Pokok Malberry dah tumbuh daun dan buah 
Best sebenarnya menanam ni, suka hati bila pokok menjadi.


Hehehe akhirnya dapat jugak kita pergi mancing. Pakej siap pasang umpan. Harini balik je kerja terus merempit naik motor dengan cik kiah. Niat dihati nak memancing ikan, mana tau kot kot ada talent memancing ikan. Walhal nak letak cengkerik dekat mata kail pun fail! Pegang pun idok.

Sampai dekat sana, masuk la kebun orang kampung. Ada sungai kecik.

Suruh cik kiah pasangkan siap siap umpan. Turun sikit tebing. Baling umpan.

Hahaha gembira... baru baling umpan tu dah gembira. Belum lagi dapat ikannya.

Lama tunggu... den ni kurang kesabaran. Asyik dok angkat angkat mata kail tu. Haha. Sekali.... huahhh dapat ikannnnn!!!!!! Ikan haruan!!! Tapi bukan den yang mancing. Hahahahaha tak dapek den nak membanggo kat sini.

Bukan main lagi cik kiah tarik batang pancing dia tu. Melambung kelangit. Ni gaya apa tak tau. Belum pernah den tengok orang tarik ikan melambung ke langit. Hahahaha. Dapat la dia ikan haruan.

Den yang menelan air liur dari tadi tak dapat-dapat. Hilang kesabaran memancing ikan ni. Baru sekejap dah gibab.

Sampai kesudah.... takdok juga ikan yang lekat. Sekadar gigit kepala cengkerik je. -____-

Next time k. Tunggu den buat kajian dulu. ahak.

Instant update Hp

Huhu.. tak tau nak letak tajuk apa. Rasa macam banyak cerita nak type tapi dari tadi dok pikir nak taip apa....

Tahun ni puasa ganti awal. Hahahaha selesai dah ganti. Ada haritu tidur rumah cik kiah. Sahur dekat sana. Elok tengah sedap makan tiba-tiba kerusi pius duduk patah. Haha. Ber eh eh eh la den kala itu. Kerusi banjir katanya. Jointing dah reput terendam banjir.
Hahaha. Lain kali kena duduk sipi sipi jerrrrrrr.

Duduk sini menuntut cik kiah mcm macam. Nak pergi mancing, hang kata nak bawa aku...

Semalam nak pergi pancing, cengkerik pun dah beli tapi tak sempat sebab dah petang sangat. Dok melompat lompat la cengkerik tu. Digeriknya plastik tu sampai bocor.

Cik kiah ngan adik dia la menangkapnya. Den memang tak la... huhuuu..

"Dah tu macam mana nak memancing?"

"Hang tolong cucuk la cengkerik"

Harapan hati nak datang memancing jerrrr. Pakej mata kail dah siap sedia.

"Selalu dapat ikan besar mana?"

"Besar ni , kadang besar ni"

Laaa keciknyeeee (besar jari kelingking). Den ingat besar tapak tangan ke....

Huhuhuhu... pun boleh. Nak harap si baem bawa pergi mancing memang sampai kesudah la tak dibawanya. Pergi dengan geng  geng dia ajer. Takkan tiba tiba nak bawa kakak sorang ni.

Okay la aktiviti dekat sini. Pius pun memang suka aktiviti macam ni dari bershopping. Kot lepas ni husband hang beli atv, boleh la den join sekaki. Hahaha.

Haaaa... lagi satu. Air terjun takdak!! Hahaha kempunan la nak mandi air terjun macam ni. Rumah den yang dekat dengar bandar tu pun senang nak cari air terjun. Apo ni cik kiah? Kampung susah nak cari air terjun??
Mula la cik kiah tu membebel...

Pasrah... hehe.

Semalam pergi kenduri shira dekat jerantut (Majlis sebelah lelaki). Dapat la merasa lauk orang kahwin. Hehe. Rasa macam nak tapau je daging semalam. Sodap yang amat!!

Instant update mobile.

Bai

7 hari permulaan....

Dunia baru...
Persekitaran baru...
Cara kerja baru...
Loghat baru tak paham...

Pagi-pagi buka tingkap tengok
pemandangan hijau..
Kabus tiap pagi...

Rindu segala macam hal..
Sampai terbawa dalam mimpi..

Tiada hiburan..
Hanya ada buku bacaan..

Fairuz okay!
Fairuz success!
Good job!

Rindunya kat rumah..... mak... sunyi kat sini. Kalau kat rumah boleh juga gaduh-gaduh dengan mak. Hikk.

Selamat malam mak....

Hihi.. Assalamualaikum :)

Alhamdulillah ruang kerja sudah selesai disetup cumanya ada sedikit lagi belum selesai. elektrik dekat ofis tak berapa nak kuat jadi kalau on 2 pc dan segala macam device akan berkelip-kelip la lampu. Pc pun on off sentiasa. huhu. Baru panggil orang wiring tadi, InsyaAllah lepas ni semuanya akan okay :)


Ni meja pius. Rasa macam dah cukup cantik dan selesa untuk buat kerja. Sama macam meja sewaktu bekerja makan gaji dulu.

sekali......

Powered by Blogger.