imageYihu. Harini aku tak banyak kerja. Biasalah hari jumaat. mood nak bercuti. Patutnya cuti kena hari Jumaat dan Sabtu. Ahad kerja. kan kan... Harini adalah kerja tapi tak banyak. Yang lain tengah tunggu confirmation. Mungkin next week baru kerja akan bertimbun semula. haha. doa doa. Tu yang ada masa bermesej dan berblog.
layan mesej cik kiah. Haritu bukan main stress lagi dia. haha. Kesian juga aku tengok dia tapi nak buat macam mana... Semua orang harus belajar. Stress sampai taknak mesej aku dah tu. hahaha. aku dekat rumah gelak jela. 
 Lama lepas tu baru mesej... pigidahh.
 
 



Apa kita pikir, apa kita rasa, apa kita buat dan apa kita cakap... tu kan doa. image doa doa supaya target tahun ni tercapai. haha.


Harini besday dia. Hari yang dia kata dia dah tua 28.. "tahun ni kita 28 wehh!!"







Biasa la kalau borak dengan cik kiah ni. semua amount jadi banyak serta merta. haha. Sekarang ni Alhamdulillah. Aku rasa mak dah boleh terima aku kerja sendiri. Siap suruh baim kerja dengan aku. Suruh belajar apa yang aku buat. Aku pun tengah pikir pikir. Aku buat bisnes pun belum ada sistem yang betul dan stabil. banyak lagi aku nak belajar. Costing pun masih lagi dalam usaha diperbaiki.

Aku kena keluar cari ilmu. yeahh usaha!


 

Aku beli tiket vip imkk untuk mak dan ayah tapi..... aku tak cakap dengan mereka lagi. Hahaha. Macam mana nak cakap eh. Lagi 8 hari. Berdebar dah ni. Minggu depan baru nak mai habaq. Owh.. semoga diberi kesempatan dan peluang untuk mereka.

Awwhh takmuh cakap lagi....

Sent by: tepon acik pius

Sebenarnya... aku mengantok sangat.. sekarang dah pukul 12 lebih. Tunggu mak balik.

Alhamdulillah harini Sihat Walafiat :) Mandi air panas dan rehat secukupnya. Aku rasa badan aku tak sihat sebab makan banyak benda berangin plus kerja direct tanpa rehat. Atau mungkin juga posture badan masa buat kerja tidak betul . haha

Jadi dalam dalam berehat tu, biasa lah tangan gatal. Mesti nak cari sesuatu untuk dibaca. Paling mudah buka pinterest je. Jumpa berkaitan Darah A. darah aku la tu.

Serba sedikit berkaitan darah A. Malas nak fahamkan.


Yela. Memang aku cepat stress. hahaha... tapi biasanya bila stress aku tinggal je semua benda yang menyeteress kan aku. Keluar jalan-jalan cari makan, mandi sungai, pergi kolam air panas, pergi taman, bersuka ria. Tapi takde la stress mana pun.. biasa jela kot.

hurmm bab makan pagi memang selalu tinggal, tiap hari nak makan benda manis.

Yang bawah tu memang aku sangat. Tak suka kawasan ramai orang, tak suka bising, suka positive thinking & positive emotions, pening dengan bau perfumes. Bab kerja tu... entah. heee..


Berjela pula...


Sejak aku pergi medical check up hari dulu, memang aku dah kurang sangat minum susu. Dah mula minum soya. Makan lebih sayur sayuran. Kurangkan cendawan kesukaan..sobb.. yang lain macam banyak sangat.. tak teringat :p

Bila aku dah start kurangkan makanan yang tidak sepatutnya, badan aku mula naik alergik. haha. Jika dulu tiada sebarang alergik pun. Sekarang... nak makan kena beringat terutamanya cheese, susu, cendawan.

owhh cheese.... habis satu badan bengkak..

tu jela, pengisian malam hari berkaitan Pemakanan Mengikut Jenis Darah , sekadar mengisi masa :)

Bai, selamat malam selamat pagi obebthesea

Aku nak tidur awal malam ni
tapi tetap juga lambat. 12malam.
Bunga api meletup letup di luar.
Cap goh mei barangkali.
Biasa aku buka tingkap tengok
bunga api....

Baru lepas makan panadol.
Aku jarang makan ubat
Sebab aku jarang demam
Jika aku demam, hari ke-4 baru
aku terasa yang aku demam.

Hari pertama. Sakit bahu dan belakang
Hari kedua. Mata merah badan panas

Arhh tak tahan betul bunyi
bunga api ni... wajib tengok!

Huahh habis dah pertunjukan
Bunga api.

Rumah aku dekat pinggir bandar.
Jadi boleh nampak kiri kanan
Bunga api. Atas bumbung rumah
pun ada. Jadi tak payah keluar rumah
buka tingkap je dah boleh tengok :)

Sambung semula..

Hari Pertama - Sakit bahu dan belakang (sekarang)
Hari kedua - Mata merah badan panas (kata mereka)
Hari ketiga - kena paksa rehat
Hari ke empat - rebah, menangis

Dulu memang aku tak tau simptom
simptom badan aku tak sihat.
Walaupun semua mengesahkan
aku tak sihat dan demam,
aku tetap tak percaya aku demam
dan masih aktif bekerja dan bersukan.

Hari ke empat baru betul betul
aku tak larat dan air mata mula
mengalir tak henti.serius... aku
tak menangis.

Jadi bila simptom sakit belakang
tu datang, aku tahu yang badan aku
perlukan rehat. Lebih baik rehat
sekarang sebelum demam menyerang.

Tapi aku tetap tak boleh tidur...

Tadi lepas maghrib aku ajak mak
teman pergi mandi kolam air panas
Garam bukit hanya berbaki 5 genggam.

:) kena tambah stok

Semoga sihat esok... kerja. Masih
ada amanah yang perlu di selesaikan.

Selamat malam. Mungkin juga pagi
di obebthesea.

Sent dari:
Tepon acik pius.

Niat di hati nak berjogging..
Niat sahaja barangkali semangatnya tiada.
Semangat buat kerja juga tiada..
Fikir mungkin bila bersenam
semangat akan datang, diri lebih cergas

Mendung, hujan rintik...
Alasan barangkali...

Dulu aku suka hujan. Hujan umpama
tiket kegembiraan buat aku.
Bila hari mendung sahaja, pasti aku
keluar bertemu rakan lain untuk turut
sama bermain hujan. Sampai aku
masuk u. Aku gembira bila hujan turun.
Jika orang lain berteduh, aku suka
berlari dan bermain air.

Kenangan :) balik dari pekan malam hari.

Main hujan sampai ke hostel. Sambil bernyanyi....

"Singgah sebentar ke negeri pahang,
kami ucapkan selamat lah datang..
apa yang kurang dicaci jangan.."

Entah siapa yang buat pemilihan lagu...

Hujan....

Dalam hidup, kesalahan akan
sentiasa membayangi kita...

Jadi aku pilih untuk bergembira..
Hidup dengan lebih bermakna...
Agar tiada lagi rasa bersalah dalam
hati kalian untuk aku.

Tiket kegembiraan.

Sent dari:
Tepon acik pius

Kadang bila kita ke pejabat
berkaunter untuk pendaftaran. Rasa
hati tu macam.. alahaiii ramai nya
orang.

Tapi kadang-kadang kita rasa nak
terus menunggu menunggu dan
menunggu. Walau skrin di atas jelas
menunjukkan angka giliran milik kita.

Kadang selepas habis pendaftaran
pun kita rasa tidak mahu melangkah
pergi. Tidak mahu ke kereta...
Kegilaan apakah iniii...??

Adoiiiiii balik lah! Kang melambung
Fee parking.

Entah magnet apa....

Sent dari:
Tepon acik pius :)

Resepi kimchi sedap dan mudah

Semenjak wabak k-pop melanda dunia, maka bertebaran la resepi kimchi di sana dan di sini juga. aha. Jadi ramai pula yang google resepi sayur jeruk dan juga kimchi telah tersalah masuk ke blog ini. Maafkan hamba. Dah banyak kali aku cuba resepi sayur masin tapi tak pernah nak jadi. Mungkin korang boleh refer sini untuk resepi sayur jeruk masin ( link blog di sini )
Tapi resepi kimchi mejadi dan mengikut selera. Dah beberapa kali pius buat tetap juga mengikut citarasa. Buat masa sekarang. Mana nak tahu jika masa hadapan terjumpa resepi lagi mengancam dan mudah. Setakat ni pius guna resepi dari blog berikut > ( link blog di sini )

atau boleh juga resepi ini ( link blog ) resepi lebih kurang dan ada beberapa bahan tambahan. next time cuba.

ni kimchi pius buat tercair sikit. hahaha. ni yang dah keberapa kali tak tau la. kimchi yang lain entah mana mana gambar. tapi sure bila buat tak sampai seminggu dah habis sebab dok makan sambil tengok tv. dah macam snack pulak.

Harap link resepi di atas tidak mengecewakan korang yang tersesat  dan terjumpa entry sayur jeruk yurm yurm di blog picisan ini. next time pius cuba resepi sayur jeruk masin pulak. tengok dari blognya nampak menjadi. harus cuba!

Alhamdulillah lega nya dapat baringkan badan :)

Selesai bermarathon hari ini. Semalam berbaki empat tempahan. Harini Alhamdulillah tambah lagi dua tempahan. Label untuk konvokesyen dan cookies.

Label untuk kuih muih juga dah selesai dan hanya perlu tunggu pengesahan untuk dicetak.

Harap lepas ni dapat tempahan yang mengujakan. Maksudnya betul betul suka untuk di design. Hehe. Kadang kadang kita ni nak buat design pun kena ada rasa jatuh cinta baru rasa tak sabar nak hasilkan design. Sebab kadang kadang walau sebaik mana pun kita hasilkan design, jika customer tidak suka, kita harus juga tukar.

Tapi bila customer yang letak sepenuh hati untuk kita menghasilkan design melalui kreativiti kita sendiri... itu yang tak sabarrrrr nak buat. Hehe.

Kadang kadang kita terangkan juga kenapa kita guna warna sekian sekian. Untuk lebih di fahami. Jika tidak suka juga baru kita tukar. Yang penting kita dah terangkan:)

Lepas ni harap dapat projek yang memerlukan proses research sebanyak 7 hari untuk hasilkan designnya :) hahaha. Doa doa.

Seasa

Malasnya nak menaip harini.... Perkara biasa bila cuti tiba, mandi manda di sungai menjadi pilihan. Disebabkan malas nak menulis.....

Ada yang sibuk menangkap ikan mengalahkan tuan yang lebih excited membawa pengaut ikan itu

ada yang bercinta

masih lagi sibuk dengan kerjaya barunya

setelah berputus asa....

ada juga yang berpura-pura memantau keselamatan anak-anak buah sedang bermain bola
 lupa nak ambil gambar budak-budak bermain bolaaa

hasil tangkapan
rasa macam nak join sama
Disebabkan dari awal pagi lagi kerja tak di usik, maka satu hari ni aku tak sentuh pun kerja. hehe. Petang keluar jalan-jalan cari makan.

macam biasa
luar biasa
Rabu

Alhamdulillah, harini berbaki 4 tempahan lagi untuk disiapkan. Nak siapkan segera sebab ada lagi tempahan yang akan masuk. Bergerak sepantas ferrari sebelum kerja semakin bertimbun. Bulan ni banyak tempahan untuk sticker majlis. Lebih banyak berbanding bulan-bulan lain. Musim orang kahwin la ya.  Sticker produk memang sentiasa masuk. Alhamdulillah.

nak kejar dateline punya pasal. 

okay selesai
Nak berehat kemas rumah. Sunyi sepi rumah hari ni.Semua berehat, aku sensorang buat kerja.
Akhirnya gagah juga menaip blog setelah tewas beberapa kali... :) dah nak dekat 3 pagi.. saja.. esok kan cuti. tapi tak pasti nak cuti ke tak... kerja Alhamdullilah semakin bertambah-tambah order nya. Walaupun 8-11hb cuti raya cina dan tiada cetakan akan dilakukan tapi semua orang dah book hari cuti untuk tempahan design. Jadi, naik cuti sahaja boleh terus print. Penuh kesabaran juga mereka menunggu hampir seminggu. Tengah fikir untuk buat promo apa waktu cuti raya cina ni..... untuk update instagram.

Ikutkan cuti ni nak jalan-jalan tapi rancangan hanya tinggal rancangan. Cik kiah ajak ke cameron highland (3 family). Walaupun dah berkali pergi tetap masih seronok berjalan dekat sana. Entah bila nak perginya?? Masa aku sibuk, hang senang. Masa hang senang, aku sibuk. Penat aku survey homestay tau dak.... jadi nya tidak. Padahal cameron je. Belum lagi nak pergi Iceland, rumah bakal mak mertua aku.

Esok Nasir (sepupu) kahwin, dalam tengahari pergi dewan. Petang nak mandi sungai! Hahaha. Alhamdulillah syukur selayangku sayang ada sungai.

26hb januari baru ni pergi tengok teater Bikers Kental. mak babah pius. Semenjak dua menjak tiga menjak dah jatuh cinta dengan teater, kalau ada yang mengajak, memang laju je pius jawab yes!

 Teater Bikers Kental pun best dan tidak mengecewakan.

red garage ya?


Kebetulan semua teater yang pius pergi ada Awie. Super Mokh, Baik Punya Cilok, Bikers kental. Tapi sepanjang masuk ke teater tak pernah lagi pius bayar. Haritu ada teater Mok Cun, memang nak pergi, kira first time nak bayar tiket la ni. Sekali ada kerja di Pahang, tak dapat juga merasa beli tiket teater. hehe.

balik rumah baru bergambar :)
Hari-hari lain memang sentiasa dengan kerja.

Cetak borang tempahan

Buat borang tempahan dalam versi mini, senang nak masuk bag. Sebab tempahan dibuat tidak kira masa, kadang-kadang di luar, waktu bershopping, waktu jalan-jalan. Jadi buat satu versi mini. Alhamdulillah, nak kena cetak lagi.

Siapkan design
..
dan
..
kadang-kadang buat kerja tiada kaitan

fairuzjaafar
saja refresh idea, kadang dalam kepala banyak sangat design jadi perlu juga detach supaya idea idea baru boleh masuk.

Balas mesej

 balas lagi
...
dan lagi
....

 Tips pertama : wajib screenshot testimoni dan sebagainya. (tiba-tiba memberi tip)

makan sushi
secara bersembunyi
....
dari Mak
....
"jangan makan sushi, nanti otak berulat" katanya.

gerudi katil
Pendekkan katil supaya muat secara melintang. masih ada rupanya bakat ide.

 Kemas bilik. Hermm perkara biasa bila beli frame tapi tidak tahu gambar apa yang perlu diletakkan.
..
dan
..
berehat baca buku.

Mencabar sungguh baca buka translate bm ni :)

Akhir sekali seperti biasa.... merancang untuk bercuti. Huahahaha. Ok Bai.
Powered by Blogger.