Tersirat seribu makna
Tersimpan satu rahsia
Di bawah jutaan bintang
Dua mata duduk bertentang

Dikala dua berjalan sepi
Langkah jauh mengenal diri
Bertemu kita akhirnya di sini
Dunia kecil ciptaan Ilahi

Saat hati bertemu hati
Kunci diserah tanda dipercayai
Mengharap diri ada yang mengerti
Mengharap diri ada yang memahami

Sesudah hati mula berbicara
Tiada apa dapat diduga
Walau bahasa jauh berbeza
Difahami jua walau tanpa kata-kata

Seperiuk maggie dibahagi dua
Dengan alasan hanya mahu yang halal sahaja
Walau wajah kekal bertutup rahsia
Namun hati tetap kenal siapa dia


Zzzzz tido.


Sent by: Tepon Acik Pius
1:17 AM
 (Sticky Post) NEW UPDATE 2016

TEMPAHAN DILANJUTKAN  SEHINGGA 2O JUNE 2016

Assalamualaikum :)

Ramadhan baru je nak masuk, sebulan lagi baru nak raya. Kenapa awal-awal dah keluar sampul duit raya??? Haaaaa.... sebabnya tempahan hanya dibuka sebelum bulan puasa sehingga pertengahan bulan puasa je. Hampir raya semua orang dah busy nak prepare raya. Kedai printing pun nak raya juga :) Hehe.

Jadi untuk tahun ni fairuz tidak terima tempahan last minit tau, jangan macam tahun lepas. Last minit baru nak tempah. Bukan tak boleh ambil tempahan... boleh ambik tapi lepas raya la baru dapat sampulnya..huhuuuu. Untuk elakkan masalah kelewatan, digalakkan tempah awal-awal ya.

Anda boleh letak nama sendiri, gambar keluarga, logo syarikat. Nak reka sendiri juga boleh. No problem :) Nak kami design pun boleh! Jangan risau kami sedia membantu kerana itu adalah kepakaran kami :)








Sampul duit raya 2016, siap packing ( 4 May 2016)

Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi / Whatsapp kami:

+6013-296 4760 - Fairuz

  • Menerima tempahan custom design
  • Percuma postage semenanjung ( Skynet)
  • Self collect untuk warga Singapura -  Johor bharu
  • Self collect untuk warga Brunei - Limbang

Pembayaran melalui :
  • Maybank2u
  • Foreign Telegraphic transfer / Visa (Swift code)

New update : 30 Mac 2016


Tempahan cetakan sampul duit raya dibuka dari 21 Mac 2016 - 10 Jun 2016 sahaja.

VISIT GALLERY 2016 :
Sityprint
New Update : TEMPAHAN DILANJUTKAN  SEHINGGA 2O JUNE 2016!

(Sticky post)

 
Tempahan Sampul Duit 2016 kini telah ditutup.

Terima kasih kepada semua yang telah membuat tempahan sampul raya untuk tahun 2016. Tempahan terakhir akan siap pada 24hb ini.

antara tempahan 2016
apa kata mereka
Buat anda yang masih memerlukan sampul raya pada tahun ini, saya mohon maaf. Tempahan terakhir telah saya terima, maka tempahan sampul 2016 dengan rasminya ditutup.

Terima kasih kepada semua. Tahun depan ada rezeki kita jumpa lagi.

Harini cuti... akhirnya. Nak berehat
sebentar. Semalam full. Kehulu
kehilir dibuatnya.

Semalam aku pergi cuci rambut
dekat kedai. Saja. Nak relax sekejap
sebelum sambung buat kerja.
Gila geliiiii!!!!! Ahhhh rasa nak jerit!!
Meremang remang bulu roma....
Tak boleh orang duduk belakang
usik rambut dan kepala. Erkk tobat.

Aku tak pernah cuci rambut kat
kedai. Saja jee. Paling tak tahan,
sampai dua orang keringkan rambut
Ke kiri ke kanan aku dibuatnya.
Ini dah kenapa? Memang begini ke
Salon?

Huhuhuu best je rasa rambut. I like.

Malam aku pergi hantar barang
pada customer.
Jauh juga tempatnya.
dan disebabkan aku tak cukup tidur
Tersengguk sengguk aku bawa kereta
Hampir ke divider... erkkk. Terus
Tampar tampar pipi ni!!!!
Mengantok....

Jangan salah faham ya, Pius tidak
terima urgent order. Yang ini aja
ter-last minit. Dan semua tempahan
hantar courier.

Alhamdulillah selesai.

Dan hari ini.... cuti. Yeaayyy.

Sent dari tepon acik pius.

Kadang suka sangat pada perubahan last minit. Yaaa, Happy! Saya yang paling gembira di waktu ini. Pada pukul 1:04 pagi. Patutkah saya minum kopi?

Huhuhu...

Adoi.. rasa nak menari kejap. Gatal dah belakang badan ni. Nak main dengan lola la. dok menyondol grill pintu depan. Suruh orang buka pintu... Lola ni la satu-satunya kucing setakat ini yang aku berani nak belai-belai. usik perut dan tonyoh sesuka hati.. huhu. Aku tak benci kucing.. cuma aku takut kucing gigit.

aku suka kucing kecik je sebelum ni, sebab tak mengigit. Sampai bawa sorok-sorok tidur sekali. Time sekolah menengah dulu ler.... time tu sibuk la mak marah sebab bawa kucing masuk bilik. Time aku dah tidur, diangkutnya kucing letak balik luar rumah. Rumah aku memang ada kucing sebelum ni tapi baem dan awa yang bela. Sampai beranak pinak. Selalu aku tengok dorang peluk2 ngomol2 kucing tu. Erk.. tak berani aku. Sekadar turun bawah kasi makan dan belai-belai sikit boleh la. Sat gi buatnya kucing tu dok target kaki aku, memang mencicit la lari.

Tapi semenjak pindah rumah, dak awa bawa balik Lola. Ambil dari pejabat dia. Mula-mula memang aku tak usik sangat Lola ni. Sebab dia memilih orang juga. Kalau tak kenal dia buat bodoh je / lari. Bila dah lama-lama baru la aku okay. Tapi.... dia la satu-satunya kucing yang tak peduli kalau aku acah acah guna lidi. Kalau kucing lain... mula dah.. main tangkap tangkap. Yang dia buat bodoh je.... pon bagus jugak.. takde la kerja nak target kaki orang je. huhu


tak reti duduk diam. nak berselfie pun susah.


video



video


entah kenapa manja terlebih pulak Lola ni dengan aku. Mungkin dah tiada orang nak layan dia. huahaha. Baru lepas kena marah haritu, berak dekat kebun sayur mak. hahaha. merajuk dia, buat tak peduli dekat mak. Kalau ada budak-budak ni memang dia lari. Tak nampak batang idung. Entah mana dia menyorok.

Tu.. dok menyondol pagar lagi...

Saja menulis. hilangkan bosan. Sebentar lagi nak sambung kerja... huhuhuhuhuhuuu.. mampu gelak je harini. Huahahahahaha hahahahaha hahahahaha.

Memang harini full sangat. Dari pagi, bawa nenek pergi pasar, balik terus buat kerja. Rehat. sambung balik. rehat lagi. sambung lagi. Tunggu feedback... sambung lagi. Ni la satu yang ter-last minit. Harap esok final, boleh terus cetak dan beralih ke order lain. Yang lain Alhamdulillah, dah siap. Tunggu nak cetak.

Nenek cakap.... kalau tak ajak pergi pasar, tak jumpa la muka kau. huhuuuu. Rasa bersalah.

Banyak kerja ke? Harini banyak.
Tadi lepas pergi pasar pun aku tak melepak lama. Letak barang terus balik. Tak duduk la nek..

Nenek pius ni orang Melaka, kadang bunyi macam kasar tapi biasa je. Sori nek.

Aku tengok page Istana budaya. Antara yang menarik....
22 oktober - Adam dan Hawa
5 November - Mak Cun
1 Disember - Kitaro

Macam best tapi lambat lagi. Minggu ni Shrek Musical. hurmmm.... tak berapa minat. Teringin nak pergi Kitaro. Agaknya berapa tiket kitaro eh...

Powered by Blogger.